![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
![]() |
![]() |
||||||||
Sejarah Kesusasteraan Melayu 3 |
|||||||||
|
BAB I HIKAYAR PAHLAWAN-PAHLAWAN YANG BERCORAK KEBANGSAAN (Lanjutan dari hasi-hasil kesusateraan Melayu sebelum T.M. 1736) (II) Bangsa yang mempunyai sejarah kebangsaan sendiri tentulah berasa bangga jika menoleh kepada sesuatu zaman gemilangnya yang terlukis dengan berbagai peristiwa meriwayatkan peri kegagahan dan keberanian pahlawan-pahlawannya dalam khidmat menjulang mutu kemuliaan dan kebesaran Negara. Riwayat kegagahan dan keberanian seseorang pahlawan itu sentiasa hidup berkembang di tengah-tengah masyarakat bangsanya; namanya harum semerbak, dan jasa-jasanya tidak akan luput daripada kenangan bahkan menjadi tauladan kepada tiap-tiap seorang anak bangsanya turun-temurun. Makin lama zaman beredar maka semakin banyaklah pula kandungan cerita tentang seseorang pahlawan bangsa itu ditokok tambah dan dibunga-bungai, hingga merupakan seolah-olah ianya tersendiri atau teristimewa daripada manusia biasa; maka kerana tokok tambah yang berlebih-lebihan itulah juga terkadang-kadang menjadikan cerita itu dianggap oleh setengah-satengah orang yang terkemudian hanya sebagai cerita dongeng atau cerita yang dikelubungi oleh tahayyul. Bagaimanapun dapatlah diambil kesimpulan bahawa terbitnya perkara menokok tambah dan membunga-bungai riwayat atau hikayat berkenaan dengan seseorang pahlawan bangsa itu, puncanya tidak asing lagi melainkan ialah sebagai membuktikan penghargaan tinggi masyarakat akan jasa-jasa pahlawan itu. Riwayat seseorang pahlawan bangsa adalah jalin-berjalin dan tidak terpisah daripada sejarah kebangsaan. kerana sesungguhnya dalam kalangan masyarakat bangsa itulah lahirnya riwayat itu, dan disitu jugalah perkembangannya sa-tenggang demi sa-tenggang, hingga ada seseorang yang berusaha mengumpul dan menyusunnya menjadikan sebuah hikayat. Oleh demikian keadaannya nyatalah kandungan hikayat itu hasil dari ciptaan bersama; maka kerana itulah orang-orang yang ahli menjumlahkan hikayat jenis ini ke dalam golongan kesusasteraan kebangsaan. Dari semenjak zaman ugama Hindu berpengaruh di alam Melayu ini dahulu, kisah berkenaan dengan pahlawan-pahlawan atau kesatria-kesatria Hindu purba yang terkandung di dalam dua buah kitab ugama Hindu yang termasyhur, iaitu Mahabharata dan Ramayana, telah berkembang luas terutamanya di kalangan masyarakat pendudukpenduduk pulau Jawa. Selain dari perkembangan cerita-cerita Hindu yang tersebut itu maka pujangga-pujangga dan pengarang-pengarang Jawa telah pula dapat menciptakan beberapa buah cerita Jawa asli yang meriwayatkan kisah kesatria-kesatria Jawa seperti jenis cerita-cerita yang dinamakan cerita-cerita Panji, cerita Damar Wulan dan sebagainya. Daripada tanah Jawa maka berkembanglah pula cerita-cerita kesatria Hindu dan cerita-cerita Jawa itu ke Tanah Melayu samaada menerusi wayang kulit atau pun hikayat-hikayat yang disalin daripada hikayat-hikayat Jawa ke bahasa Melayu. Kemudian, apabila agama Islam telah berkembang maka tersebarlah pula di kalangan orang Melayu kesah beberapa orang pahlawan-pahlawan Islam, menerusi hikayat hikayat yang disalin daripada kesusasteraan Arab dan Parsi. Segalanya itu haruslah telah menggerakkan hati dan mendorong rasa kemahuan cerdek pandai Melayu ingin pula hendak menyusun hikayat-hikayat yang mengandungi kisah pahlawan kebangsaan sendiri; istimewa pula bahan-bahannya telah sedia ada dan kerap dituturkan dikalangan masyarakat di samping cerita-cerita tua, yang dituturkan turun-temurun, seperti cerita Malim Deman, Awang Sulong Merah Muda dan sabagainya. Tidaklah dapat diagak ada berapa buahkah hikayat-hikayat lama Melayu dari jenis yang mengandungi kesah pahlawan-pahlawan kebangsaan sendiri itu, kerana saperti yang telah diterangkan terlebeh dahulu (dalam Bab II, Penggal Yang Kedua buku ini), bahawa hasil-hasil kesusasteraan lama Melayu banyak yang telah hilang atau musnah di sepanjang peredaran zaman yang menempuh berbagai peristiwa mengenai sejarah bangsa Melayu. Bagaimana pun ada juga lagi sebuah hikayat dari jenis ini yang dipusakai oleh bangsa Melayu hingga ke zaman sekarang; hikayat ini meriwayatkan kesah sa-orang pahlawan atau hulubalang yang tak mudah luput dari kenangan bangsa Melayu, iaitu Hang Tuah. Hang Tuah Di-Dalam Buku Sejarah Melayu Jika kita berpegang kepada aliran citra-citra yang terkandung di dalam buku Sejarah Melayu, sama ada naskhah Raffies No. 19 atau pun naskhah Shellabear (naskhah Munshi Abdullah) maka tidaklah rasanya boleh disyaki lagi tentang adanya seorang hulubalang Melayu bernama Hang Tuah yang menyandang jawatan Laksamana pada zaman Kerajaan Melayu Melaka sedang meningkat ke punchak kebesaran dan kemasyhurannya, iaitu sebelum negeri itu jatuh ka-tangan Feringgi dalam T.M. 1511. Di dalam buku Sejarah Melayu itu ada didapati beberapa riwayat menerangkan sifat-sifat istimewa Hang Tuah dalam khidmat-nya menjulang mutu kebesaran dan kermuliaan negara dan rajanya. Sifat-sifat Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang gagah berani ada tersebut di dalam beberapa peperangan yang telah berlaku; sama ada angkatan Melaka menyerang sesebuah daerah asing, atau pun diserang oleh angkatan luar, maka Hang Tuah jarang ketinggalan daripada mengambil bahagian mengepalai" angkatan perang Melaka. Suatu di antara sifat-sifat istimewa Hang Tuah seperti yang tersebut didalam buku Sejarah Melayu itu, ialah sifat taat setianya kapada raja. Suatu perkara berkenaan hal ini hendaklah difaham, iaitu taat setia yang sedemikian adalah mengikut kehendak yang bersesuai dengan keadaan corak pemerintahan pada zaman itu. Hang Tuah telah berkhidmat dengan tiga orang Raja Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah, Sultan 'Alau'ddin Riayah Shah I dan Sultan Mahmud Shah. Sebagai suatu bukti menunjukkan sifat taat setia Hang Tuah menjunjung titah perintah rajanya, dapat dipastikan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pernah Hang Tuah dihukum bunuh oleh rajanya; meski pun demikian taat setianya tidak juga berubah melainkan terus juga ia berkhidmat, berbuat kebaktian kepada rajanya itu. Di dalam buku Sejarah Melayu tiada di dapati apa-apa keterangan berkenaan dengan usul asal Hang Tuah, seumpama siapa ibu bapanya; di mana tempat lahirnya; bagaimana mulanya maka ia beroleh jawatan berkhidmat di istana raja dan sebagainya; tetapi nama anak-anaknya dan siapa isteri-isterinya ada tersebut di dalam kedua-dua buah naskah Raffles No. 18 dan naskah Abdullah atau naskah Shellabear itu. Tersebut juga di dalam kedua-dua buah naskah itu keterangan berkenaan dengan Hang Tuah meninggal dunia. Pad a penghujung Bab XV, di dalam naskah Raffles No. 18 itu ada tersebut demikian: "Setelah itu, maka Sultan Mahmud Shah beristeri pula akan anak Laksamana, Tun Birah namanya, beranak seorang perempuan Raja Dewi namanya." Di hujung Bab XVIII naskah Raffles No. ]8 itu pula, ada menerangkan peri Hang Tuah meninggal dunia, serta huraian ringkas tentang keluarganya; huraian itu demikian bunyinya: "Sebermula akan Laksamana Hang Tuah pun sudah mati. Maka menantunya Khoja Husain namanya, ialah dijadikan oleh Sultan Mahumd Shah Laksamana, kerana Laksamana Hang Tuah isterinya dua orang. Seorang kaum Seri Bija Diraja, Dato' Bongkok, beranak tiga orang; yang tua, perempuan di dudukkan dengan Khoja Husain; yang tengah, laki-laki Tun Bayajit namanya; yang bongsu,perempuan Tun Birah namanya diperisteri oleh Sultan Mahmud Shah, beranakkan Raja Dewi. Seorang lagi isteri Laksamana. kaum Bendahara Paduka Raja, keluarga pada Paduka Tuan, beranak dua: seorang laki-laki yang bergelar Guna, seorang perempuan duduk dengan Hang Nadim. Maka Khoja Husainlah jadi Laksamana menggantikan mentuanya. Maka Laksamana Khoja Husain beranak laki-Iaki bernama Tun 'Abdullah." Keterangan yang lebih jelas berkenaan Hang Tuah meninggal dunia ada didapati di-dalam sebuah naskhah Sejarah Melayu yang dipunyai oleh Dato F. W. Douglas dan telah dipetik dan disisipkan ke dalam buku Sejarah Melayu naskhah Shellabear yang di-gunakan disekolah Melayu sekarang. Keterangan itu bagini bunyinya: "Shahadan akan Laksamana Hang Tuah pun kembali ke Rahmatullah Taala. Maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling dengan sepenuh-penuh adat dianugerah. Tiga hari baginda tiada nobal. Maka Khoja Hassan menggantikan mentuanya jadi Laksamana. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-Iaki Tun Abdul namanya. Wa'lIahu a'lamu bis'-sawab. wa ilaihi-marji'u wa'l-ma'ab." Berkenaan dengan keluarga Hang Tuah seperti yang tersebut di dalam Sejarah Melayu naskah Shellabear ialah demikian: "Ada pun Laksamana Hang Tuah rahimullah itu beristeri dua orang, seorang saudara Seri Bija Diraja Dafo' Bongkok, beranak tiga orang; yang tua perempuan, Tun Serah namanya, duduk dengan Khoja Hassan, dan yang tengah laki-laki, Tun Biajid namanya, yang bongsu perempuan. Tun Sabariah namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, beranak seorang perempuan, Raja Dewi namanya. Seorang lagi isteri Laksamana Hang Tuah, keluarga Bendahara Paduka Raja, beranak dua orang: yang tua laki-laki, bergelar Sang Guna, yang muda perempuan, duduk dengan Hang Nadim. Dan Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-laki, Tun 'Abdul namanya." Jika dibandingkan keterangan-keterangan diantara kedua-dua buah naskah Sejarah Melayu itu nescaya didapati ada bertelingkah tentang nama-nama orang, umpamanya di dalam sebuah naskah nama seorang di antara menantu Hang Tuah di sebutkan Khoja Husain, tetapi didalam naskhah yang sebuah lagi Khoja Hassan pula namanya. Demikian juga anak perempuan Hang Tuah yang diperisterikan oleh Sultan Mahmud; naskah Raffles menyebut Tun Birah namanya, tetapi di dalam naskah yang sabuah lagi itu Tun Sabariah pula. Ada pun sebabnya maka bertelingkah itu haruslah juga oleh kecuaian orang yang menyalin daripada naskah yang terlebih tua itu. Dalam pada itu pun pada amnya keterangan berkenaan siapa-siapa dia anak isteri Hang Tuah itu tidalah boleh dikatakan bertelingkah di antara kedua-dua buah naskah buku Sejarah Melayu tersebut. Hang Tuah Dalam Tuhfat Al-Nafis Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau (JMBRAS Vol. X Part II. Aug. 1932), tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut demikian: Pada masa kerajaan Sultan Mansur Shah inilah mengutus ke Bugis kepada Raja Goa, dengan membawa beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman; maka dibalas oleh Raja Goa dengan seorang anak raja-raja pada negeri kecil bernama Daeng Mempawah, iaitu akhirnya jadi Laksamana Hang Tuah. ialah mashhor dibdalam Melaka hulubalang yang perkasa, dan ialah yang membunuh Hang Jebat yang menderhaka mengambil gundik raja dilawannya bermukah. Kemudian. mengamukIah ia di dalam istana, maka raja pun keluarlah dari dalam istananya. Maka tiada sa-orang daripada menteri dan hulubalang raja itu menaiki Hang Jebat itu, hanyalah Hang Tuah jua berani menaiki. Maka lalu dibunuhnya Hang Jebat itu, dan berpanjanganlah hikayatnya di dalam siarah panjang-panjang. Shahadan baginda Sultan Mansur Shah inilah yang berangkat beristeri ketanah Jawa akan anak Ratu Majapahit, maka lalu di bawanya balik ke Melaka, dan Pulau Tujuh pun di berikan oleh Ratu Majapahit kapada menantunya Raja Melaka itu. Keterangan ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu alasan tentang adanya seorang hulubalang bernama Hang Tuah pada zaman Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah dahulu itu tetapi berkenaan dengan keterangan mengatakan bahawa Hang Tuah asalnya seorang anak raja negeri kecil di tanah Bugis, dan nama asalnya Daeng Mempawah itu, sukarlah hendak diakui sah, istimewa jika dipandang pada segi zaman penciptaan buku Tuhfat al Nafis itu. Menurut keterangan Raja Ali al Haji di dalam pendahuluan katanya, bahawa ia mulai mengarang buku itu ialah pada tiga haribulan Sha'ban T.M. 1282 (T.M.1865), pada hal Hikayat Hang Tuah, menurut keterangan daftar buku-buku lama Melayu catitan Werndly, telah sedia ada sebelum T.M. 1736. Demikian juga saperti yang telah dimakalum bahawa zaman terciptanya buku Sejarah Melayu atau Sulalatu 'I-Salatin yang ada mengandungi sedikit-sedikit riwayat Hang Tuah, ialah kira-kira lebih dua ratus tahun terdahulu daripada buku Tuhfat al-Nafis itu. Tidaklah boleh dinafikan iaitu harus juga pengarang buku Tuhfat al-Nafis itu telah mendengar riwayat berkenaan gagah berani dan taat setia Hang Tuah itu daripada cerita-cerita mulut yang telah berkembang turun-temurun di kalangan masyarakat orang-orang Melayu. Dalam pada itu pula, menurut seperti yang difahamkan bahawa pengarang Tuhfat al-Nafis itu ialah dari keturunan Raja Bugis, maka haruslah kerana itu telah menimbulkan sesuatu perasaan kapadanya hingga ia mengatakan bahawa darah Raja Bugis ada mengalir dalam tubuh Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah Di kalangan masyarakat sesuatu kaum yang ramai bilangan orang-orangnya masih buta huruf dan belum mengambil berat mencatitkan sesuatu riwayat atau peristiwa yang berkaitan dengan sejarah, memanglah menjadi perkara biasa berlaku, iaitu apa-apa jua peristiwa atau hal yang sebenar terjadi pada sesuatu masa itu, dengan cepat sahaja berubah aliran ceritanya hingga seolah-olah menjadi dongeng atau cerita khayal. Perkara yang seperti ini berlaku ialah kerana sesuatu riwayat atau peristiwa yang terjadi dengan sebenarnya itu disampaikan dari mulut ke mulut dan dari setenggang ke setenggang hingga beberapa tenggang atau keturunan yang terkemudian. Maka disepanjang masa perkembangan cerita itu terjadilah tokok tambah yang direka-reka menurut sedap orang yang menceritakannya sehingga sampailah kepada suatu zaman yang terkemudian manakala ada seseorang cerdik pandai di kalangan masyarakat itu berusaha menyusun cerita yang telah dikarang dan ditokok tambah turun-temurun itu menjadikannya sebuah hikayat. Sebagaimana kebanyakan pengarang-pengarang kesusasteraan lama Melayu juga, tiada lah diketahul siapakah dia penyusun Hikayat Hang Tuah itu; hanya yang dapat diagak ialah zaman penciptaannya, iaitu nyatalah terkemudian daripada T.M. 1641, sesudah negeri Melaka dirampas daripada tangan Feringgi oleh tindakan bersama angkatan-angkatan perang Belanda dan Johor dalam bulan January 1641, kerana Hikayat Hang Tuah itu berakhirkan riwayat ketewasan Feringgi di Melaka itu. Suatu perkara lagi yang dapat diagak bahawa Hikayat Hang Tuah itu ialah asalnya daripada bahasa Melayu, dan sejati bentuk Melayunya, yakni bukan tersalin daripada sesuatu bahasa asing, umpamanya daripada kesusasteraan Hindu seperti hikayat-hikayat Seri Rama, Pandawa Jaya, Sang Boma dan sebagainya. Meski pun demikian, pada permulaan hikayat itu terdapat juga bentuk cerita yang menyerupai corak kesusasteraan Hindu, atau pun. mencontohi corak cerita-cerita Panji yang berasal daripada tanah Jawa itu, iaitu menyebutkan kisah seorang raja keinderaan turun ke dunia lalu beristerikan saorang puteri raja, dan daripada perkahwinan ini baginda beroleh seorang putera yang dinamakan Sang Purba; kemudian putera ini dirajakan oleh baginda di Bukit Siguntang. Corak kesusasteraan Hindu ini ternyata dengan lebih jelas lagi dalam cerita yang salanjutnya iaitu tentang kisah Sang Purba terlihat seekor Jembu muntah, dan muntah lembu itu pula telah menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya; akhirnya tuan puteri itu dijadikan oleh Sang Purba permaisurinya. Maka dengan permaisuri itu Sang Purba beroleh empat orang putera, yang sulungnya bernama Sang Maniaka, yang tengahnya Sang Jaya Nantaka, yang alang Sang Saniaka dan yang bongsu Sang Satiaka namanya. Menurut Hikayat Hang Tuah bahawa Sang Maniaka,. putera Sang Purba yang sulung itu telah merajai Bintan. Di situ baginda telah memilih beberapa orang yang berasal untuk memegang jawatan menjadi orang besar-besar negeri dan pegawai-pegawai kerajaan. Seorang di antara orang, besar-besar itu digelar baginda Bendahara Paduka Raja. Menurut jalan cerita hikayat itu pada masa Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itulah juga Hang Tuah lima bersahabat mulai diambil raja menjawat jawatan dalam istana. Tatkala meriwayatkan kisah Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itu maka pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah telah menyisipkan atau mengaitkan sedikit cerita Panji, iaitu tentang kisah Ratu Lasam menitahkan seorang menterinya yang bernama Pateh Kerma Wijaya pergi memperbaiki segala negeri-negeri yang dialahkan oleh Radin Inu Kuripan. Kemudian Pateh Kerma Wijaya keluar meninggalkan tanah Jawa lalu pergi ka Bintan kerana merajuk oleh pekerti Ratu Lasam mengambil anak perempuannya dengan tidak memberi tahu kapadanya terlebih dahulu. Cerita itu dilanjutkan pula dengan menyebutkan kisah Radin Inu Daha yang bernama Radin Wira Nantaja merantau ke segenap tanah Jawa. mencari saudara perempuannya Radin Galoh Puspa Kencana nama timangannya Radin Puspa Nengrat. Akhirnya Radin Wira Nantaja belayar ke Bintan; ianya sangatlah dikasihi oleh Raja Bintan (Sang Maniaka) hingga diberi gelaran Ratu Melayu. Pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah itu meriwayatkan bahawa pada masa Sang Maniaka hendak membuka negeri Melaka kononnya Radin Wira Nantaja atau Ratu Melayu itu ada lagi bersama-sama baginda di Bintan. dan ada juga bersama-sama dalam perburuan yang menerbitkan suatu peristiwa luar biasa manakala.seekor pelanduk puteh menerajangkan anjing perburuan. hingga anjing itu terjun ke dalam sungai. Pada masa Radin Wira Nantaja di Bintan itu juga diriwayatkan kononnya datang Pateh Daha membawa surat daripada Ratu Daha memanggil Radin Wira Nantaja kembali. Di dalam surat itu. mengatakan bahawa Radin Galoh sudah bertemu dengan Radin Inu Kuripan di Galang (Gagelang). Tidak Menasabah Pada Segi Sejarah Jika dipandang pada segi sejarah terutama sekali tentang tingkatan-tingkatan zaman yang terkandung di dalam aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Maka bolehlah dikatakan tiada dapat diterima akal oleh menilik kepada terlalu lanjutnya hidup seseorang yang diriwayatkan itu; umpamanya Sang Maniaka yang dikatakan putera sulung kapada Sang Purba, iaitu putera seorang raja keinderaan itu. menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, telah lahir di Bukit Siguntang, kemudiannya merajal pulau Bintan. Pada zaman baginda di pulau Bintan itu dikaitkan pula riwayat baginda dengan zaman Radin Inu Kuripan mencari Radin Galoh Daha saperti yang tersebut di dalam cerita-cerita Panji. Menurut pendapat ahli-ahli penyiasat kesusasteraan bahawa cerita Panji itu berlakunya pada zaman Kerajaan Kediri, iaitu beberapa lama terdahulu daripada zaman keagungan Kerajaan Majapahit (mulai daripada T.M. 1294). Kemudian Sang Maniaka juga telah membuka dan merajai Melaka lalu berkahwin dengan puteri Ratu Majapahit, iaitu pada zaman Pateh Gajah Mada (kira-kira T.M. 13311364). Menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, Sang Maniaka (yang disebutkan Raja Melaka sahaja) mash hidup lagi sehingga kezaman negeri Melaka hampir jatuh ke tangan Feringgi (kejatuhan Melaka itu pada T.M. 1511), iaitu setelah baginda mengangkat anakanda baginda yang bernama Puteri Gunung Ledang itu naik takhta Kerajaan Melaka. Akhirnya baginda keluar daripada istana melakukan diri sebagai seorang darwish. Menurut aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Diraja yang telah dipilih oleh Sang Maniaka pada masa baginda mula naik takhta kerajaan di pulau Bintan itu, ada juga hidup di sepanjang zaman yang tersebut, demikianlah juga Hang Tuah. Hampir kepada penghujung hikayat itu disebutkan bahawa ketiga-tiganya itu telah bermohon kapada Raja Melaka kerana hendak berkhalwat, yakni berbuat amal ibadat kapada Allah Taala; Bendahara dikatakan duduk di Tanjung Keling, Temenggung di Tanjung Tuan dan Laksamana (Hang Tuah) di Tanjung Jugra. Riwayat Hang Tuah tidaklah pula berakhir di Tanjung Jugra saperti yang tersebut tadi, kerana pada penghujung Hikayat Hang Tuah itu ada menyebut demikian: Maka akan Tun Tuah pun tiadalah tersebut lagi di dalam negeri itu, tetapi Tun Tuah tiada mati, kerana ia hulubalang besar, dan lagi ia menjadi wali Allah. Maka sekarang ini khabarnya Tun Tuah itu ada di pucuk hulu Sungai Perak,dan ia duduk menjadi raja segala Batak dan orang hutan. Maka sekarang pun kadang-kadang ada bertemu dengan orang maka ditanya orang itu katanya: "Tuanku mahukah beristeri?" Maka katanya: "Tiadalah hamba mahu beristeri lagi." Demikianlah peri Hikayat Hang Tuah itu adanya. Pertelingkahan Riwayat Hang Tuah Jika dibandingkan riwayat Hang Tuah seperti yang terkandung didalam buku Sejarah Melayu dengan aliran jalan cerita yang di dalam hikayatnya itu, nescaya didapati ada beberapa pertelingkahannya; dan daripada perbandingan itu bertambah nyatalah bahawa aliran riwayat Hang Tuah yang di dalam hikayat itu, kebanyakan bahan-bahannya terkumpul daripada cerita-cerita mulut yang ditokok tambah dan dibunga-bungai, tidak seperti riwayatnya di dalam buku Sejarah Melayu yang lebih banyak bersifat sejarah. Begitu juga dari sebab adanya berbagai pertelingkahan di antara kedua buah buku itu maka bolehlah diagak bahawa pada masa Hikayat Hang Tuah itu dikarang atau disusun tidaklah penyusunnya itu berpandu ataupun memetik bahan-bahan daripada buku Sejarah MeIayu itu; kerana jika buku Sejarah Melayu itu dijadikan panduan nescaya tidaklah berlaku pertelingkahan-pertelingkahan tentang riwayat-riwayat Sang Sapurba, Sang Maniaka, Hang Tuah dan lain-lain lagi kecualilah jika disengajakan oleh pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah itu. Bagaimanapun segala isi cerita-cerita lama, khasnya berkenaan dengan riwayat seseorang pahlawan bangsa, yang berpunca daripada cerita mulut dan berkembang turun-temurun dari mulut ke mulut itu, tidaklah boleh dikatakan kesemuanya sebagai cerita dongeng atau rekaan semata-mata, kerana ada juga tentang-tentangnya yang barangkali boleh dipegang kebenarannya. Misalnya, kisah yang menyebutkan bahawa Hang Tuah berasal dari golongan rakyat jelata yang miskin, bertempat kediaman di Sungai Duyung; nama ayahnya Hang Mahmud dan ibunya Dang Merdu Wati; demikian juga tentang riwayat keberanian dan kecekapan Hang Tuah yang membayangkan bahawa ia telah mempunyai bakat hulubalang dari semenjak kecilnya lagi, seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah itu, boleh juga dikatakan munasabah dan harus boleh diterima kebenarannya. Berhubung dengan riwayat Hang Tuah, ada suatu perkara yang masih lagi menjadi tanda tanya kepada orang Melayu hingga ke zaman ini; perkara ini ialah tentang peristiwa pertikaman di antara Hang Tuah dengan seorang di antara sahabatnya yang telah berbuat cemar di dalam istana raja. Oleh kerana riwayat pertikaman ini barangkali disampaikan turun-temurun dari mulut ke mulut, maka lama-kelamaan tidaklah dapat dielakkan daripada menerbitkan kekeliruan hingga bertelingkah tentang menentukan dengan siapakah Hang Tuah bertikam itu; kerana ada dua puncanya, satu punca mengatakan pertikaman itu di antara Hang Tuah dengan Hang Kesturi, dan punca yang lain pula mengatakan dengan Hang Jebat. Di dalam buku Sejarah Melayu sama ada naskah Shellabear atau pun naskah Raffles No. 18, Hang Tuah dikatakan bertikam dengan Hang Kesturi; dalam pada itu pula menurut keterangan Sir Richard Winstedt di dalam Journal MBRAS, Vol. XVI Part III December 1938, iaitu tatkala menghuraikan ringkasan-ringkasan isi buku Sejarah Melayu naskah Shellabear, beliau telah membuat suatu catitan yang mengatakan bahawa ada juga sebuah naskah asal buku Sejarah Melayu itu jalan ceritanya meriwayatkan peristiwa pertikaman di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Ada dua punca lagi yang meriwayatan peristiwa pertikaman itu di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat; punca yang pertamanya ialah Hikayat Hang Tuah, dan yang keduanya di dalam "Tuhfat al-Nafis", karangan Raja 'Ali al-Haji Riau, seperti yang telah terdahulu disebutkan di dalam bab ini. Jika ditilik kepada punca-punca tersebut itu maka didapatilah terlebih banyak yang mengatakan peristiwa pertikaman itu berlaku di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Di dalam Hikayat Hang Tuah ada menyebutkan bahawa Hang Kesturi pada suatu masa yang terkemudian telah bergelar Maharaja Setia. Suatu lagi pertelingkahan yang nyata di antara jalan cerita Hikayat Hang Tuah dengan riwayat yang terkandung di dalam buku Sejarah Melayu, ialah tentang perkara siapakah yang melarikan Tun Teja, puteri Bendahara Pahang. Menurut buku Sejarah Melayu, orang yang melarikan Tun Teja itu ialah Hang Nadim, iaitu menantu Hang Tuah; tetapi menurut Hikayat Hang Tuah yang melarikan itu ialah Hang Tuah. Dalam pada itu ada beberapa riwayat berkenaan Hang Tuah yang terkandung di dalam buku Sejarah Melayu itu tiada tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu saperti kisah Hang Tuah dan Sang Setia dititahkan pergi meminang Puteri Gunung Ledang, demikian juga kisah-kisah Hang Tuah mengadap musuh dalam beberapa peperangan. Suatu perkara lagi yang menjadi tanda tanya kepada orang-orang Melayu berkenaan dengan riwayat Hang Tuah seperti yang tersebut dalam buku Sejarah Melayu, ialah berkenaan kisah Sultan Mansur Shah pergi berkahwin dengan puteri Ratu Majapahit. Hang Tuah diceritakan ada bersama-sama mengiringi baginda dan bertemu dengan Pateh Gajah Mada. Perkara yang menerbitkan ragu-ragu berkenaan riwayat ini ialah tentang zaman Pateh Gajah Mada yang memegang jawatan Amangkubumi Kerajaan Majapahit itu tarikhnya ialah T.M. 1331-1364; sedang zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah di negeri Melaka menurut tarikh suratan di batu nesannya yang ada tersimpan di dalam muzium Singapura itu ( sekarang ini di dalam muzium Melaka) ialah T.M. 1458-1577, yakni perbezaannya kira-kira seratus tahun. Maka dengan berpegang kepada perbezaan kedua zaman yang tersebut itu terbitlah soal umpamanya: "Bagaimanakah pula dapat dikatakan Sultan Mansur dan Hang Tuah semasa dengan Gajah Mada dan telah bertemu dengan Gajah Mada masa Sultan Mansur datang berkahwin di Jawa?". Bagi membincangkan soal ini haruslah kita mengarah kapada pokok perkara yang dipersoalkan, iaitu tentang kisah perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri seorang di antara ratu-ratu Majapahit, dan perkara ini sakurang-kurangnya boleh juga dipandang sebagai satu catitan yang bertujuan untuk menegaskan bahawa dari semenjak zaman itu lagi telah ada perhubungan sendamenyenda di antara raja-raja kedua buah negara tersebut. Menurut keterangan di dalam Ensiklopedia Indonesia bahawa Kerajaan Majapahit telah didirikan oleh Radin Wijaya dalam T.M. 1292; Gajah Mada telah diangkat menjadi Pateh. (Amangkubumi) pada T.M. 1331. Majapahit meningkat ke puncak kebesarannya dalam zaman pemerintahan Hayam Wuruk T.M. 1350-1389 hingga seluruh kepulauan (terhitung juga Sriwijaya, T.M. 1377) dianggap termasuk nusantara. Selanjutnya buku Ensiklopedia Indonesia memberi keterangan demikian: T.M. 1389-1520 (?) kemunduran dan jatuhnya Majapahit; berkembangnya Melaka (yang beragama Islam). Selain dari keterangan dalam buku Ensiklopedia Indonesia , perhatikan pula keterangan ringkas berkenaan Kerajaan Majapahit yang dipetik daripada buku "Sejarah Tanah Air disusun oleh Oemar DMS (Ahli Pengajar Sejarah Indopesia)usaha Penerbitan Bintang Mas, Dijakarta keterangan itu demikian: "Raja Majapahit yang penghabisan bernama Kartawijaya. Isteri dan iparnya beragama Islam. Oleh sebab itu iparnya tadi diberinya kebebasan buat mengembangkan agama Islam di Jawa Timur. Setelah Islam tersiar luas, maka terdirilah sebuah Kerajaan Islam di Jawa yang bernama Demak. Kerajaan ini dibentuk oleh rajanya yang bernama Radin Fatah dalam tahun 1478. Raja ini memerangi Majapahit sampai musnah. Yang menjadi panglima perang pada waktu itu adalah putera raja sendiri bernama Pateh Dnus." Daripada keterangan-keterangan yang dipetik dari kedua-dua buah buku yang tersebut di atas tadi ternyatalah bahawa Kerajaan Majapahit sungguh pun harus telah lemah keadaannya, tetapi masih ada lagi dalam zaman Kerajaan Sultan Mansur Shah di Melaka T.M. 1458-1577. Oleh yang demikian adakah menjadi suatu perkara mustahil jika Sultan Mansur Shah berkahwin dengan seorang puteri Ratu Majapahit yang memerintah pada zaman baginda itu? Jika dikatakan pula tidak munasabah adanya perkahwinan itu, oleh perbezaan tentang agama, yakni Ratu Majapahit beragama Hindu, sedang Sultan Mansur Shah beragama Islam; tetapi betapa pula halnya Ratu Majapahit yang penghabisan. bernama Kartawijaya yang mempunyal isteri dan ipar beragama Islam itu? hingga diberinya pula kebebasan kepada iparnya mengembangkan agama Islam di Jawa Timur, iaitu menurut keterangan di dalam buku "Sejarah Tanah Air itu. Berkenaan dengan Pateh Gajah Mada pula menurut keterangan kamus bahasa Melayu-Inggeris (A Majay-English Dictionary) oleh R. J. Wilkinson, bahawa Pateh Gajah Mada ialah gelaran Perdana-perdana Menteri Majapahit; maka boleh jadi demikian jugalah pada pengertian orang-orang Melayu dari semenjak zaman buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu di susun atau dikarang. Tuan R. J. Wilkinson di dalam pendahuluan kata kamus yang disusunnya itu, ada menyebut kerjasama jawatankuasa berkenaan usaha menyusun kamusnya itu yang terdiri dari orang-orang Melayu dari Singapura, Johor dan Riau, demikian juga jawatankuasa yang terdiri dari orang-orang Melayu yang mewakili Kedah, Pulau Pinang dan province Wellesley, serta bantuan yang telah di.beri oleh D.Y.M.M. Sultan Perak dan orang besar-besar baginda (terutamanya sekali Raja Haji Yahya). Pengertian berkenaan Pateh Gajah Mada saperti yang diterangkan di dalam kamus tersebut boleh jadi daripada orang-orang Melayu yang di dalam. jawatan-jawatan kuasa itulah jua terbitnya. Pengertian demikian harusIah juga berpunca kepada kemasyhuran bijaksana dan gagah perkasanya Pateh Gajah Mada yang memegang jawatan Amangkubumi Majapahit pada T.M. 1331-1364 itu. Hingga menerbitkan sangkaan orang Melayu pada masa yang telah lalu bahawa Pateh Gajah Mada itu sebagai gelaran Perdana-perdana Menteri Majapahit; ya'ani pada sangkaan mereka seperti gelaran-gelaran Bendahara Paduka Raja. Bendahara Seri Maharaja dan sebagainya pada zaman pemerintahan raja-raja Melayu dahulu Maka kerana itulah agaknya yang menyebabkan salah seorang Amangkubumi atau Perdana Menteri Majapahit pada zaman yang terkemudian disebutkan o leh pengarang-pengarang buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu Pateh Gajah Mada namanya. Dalam pada itu harus pula tidak boleh dinafikan tentang adanya berbagai tokok tambah atau sengaja diperbesar-besarkan kisah Hang Tuah oleh pengarang-pengarang buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah itu. Sari Pati Riwayat Hang Tuah Riwayat Hang Tuah menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah ialah dimulai dengan menceritakan bahawa Hang Tuah berasal dari golongan orang miskin. ayahnya bernama Hang Mahmud dan nama ibunya Dang Merdu Wati, mereka tinggal di Sungai Duyung. Oleh kesempitan hidup maka mereka bertiga beranak itu pun berpindah ke pulau Bintan dan membuat tempat kediaman serta berkedai hampir dengan kampung Bendahara Paduka Raja. Di Bintan Hang Tuah bersahabat dengan empat orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Kanak-kanak lima bersahabat ini pada suatu masa telah pergi ke laut dengan sebuah perahu lading, lalu bertemu dengan tiga buah perahu yang mengusir perahu lading mereka itu hingga sampai ke daratan sebuah pulau. Di situ Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya telah menentang musuh itu dengan mencederakan beberapa orang di antara mereka, dan yang lainnya telah lari menyelamatkan diri. Berita keberanian dan kejayaan kanak-kanak berlima itu telah sampai ke pengetahuan Bendahara Paduka Raja. Pada suatu hari telah berlaku huru-hara di pasar, disebabkan orang mengamuk, ketika itu Hang Tuah sedang membelah kayu api di halaman rumahnya; tidak lama kemudian orang mengamuk itu pun sampai ke hadapan rumah Hang Tuah, dan ia telah dibunuh oleh Hang Tuah dengan kapaknya. Pada suatu hari yang lain pula sedang Hang Jebat, Hang Kesturi. Hang Lekir dan Hang Lekiu ada di rumah Hang Tuah, tiba-tiba berlaku lagi peristiwa orang mengamuk. Kali ini beberapa orang pula yang mengamuk itu. Berbetulan pada masa itu Bendahara Paduka Raja sedang berjalan diiringi oleh segala penggawa dan pertuanan, tetapi sekalian mereka itu telah melarikan diri apabila sahaja orang-orang mengamuk itu hampir kepada mereka, dengan meninggalkan Bendahara seorang diri. Hang Tuah dan keempat orang sahabatnya itu telah tampil kehadapan Bendahara lalu membunuh orang-orang mengamuk itu. Kerana peristiwa itulah Hang Tuah lima bersahabat amat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja suami isteri, dan kerana itulah juga kelima orang kanak-kanak itu diambil oleh raja menjadi biduanda di dalam istana baginda; kemudian Hang Tuah telah dilantik menjadi bentara, iaitu sesudah perpindahan ke MeIaka. Oleh kerana Raja Melaka tiada berjaya meminang Tun Teja, puteri Bendahara Seri Buana negeri Indera Pura (Pahang) itu, maka Hang Tuah telah dititahkan pergi bersama-sama dengan Pateh Kerma Wijaya dan beberapa orang pegawai-pegawai lain lagi ke Majapahit kerana meminang puteri Betara Majapahit. Di Majapahit Hang Tuah telah membuktikan keberaniannya mengadap berbagai dugaan; peminangan Raja Melaka itu diperkenankan oleh Betara Majapahit. Dalam masa mengawal keselamatan Raja Melaka tatkala istiadat perkahwinan diraja di Majapahit itu, Hang Tuah lima bersahabat Wah mengadap berbagai mara dan dugaan, tetapi segalanya itu di tempuh mereka dengan jaya. Di Majapahitlah Hang Tuah menerima gelaran Laksamana. Gelaran ini di kurniakan oleh Betara Majapahit, iaitu sesudah Hang Tuah membunuh seorang perajurit bernama Taming Sari. Baginda juga mengurniakan anak Sungai Jemaja kapada Hang Tuah. Setelah selamat kembali ke melaka maka Hang Tuah bertambah-tambah dikasihi oleh Raja Melaka. Hal ini menimbulkan perasaan dengki kapada setengah-setengah pegawai, lalu mereka membuat fitnah atasnya, hingga Hang Tuah dihukum bunuh oleh Raja Melaka, tetapi oleh Bendahara Paduka Raja itu disuruhnya Hang Tuah berlepas barang ke mana. Hang Tuah belayar ka Indera Pura ada beberapa bulan lamanya ia di negeri itu, ia telah melarikan Tun Teja, puteri Bendahara Seri Buana yang Wah bertunang dengan Megat Panji 'Alam, Terengganu, lalu dibawanya belayar balik ke Melaka dipersembahkannya kepada Raja Melaka. Sesudah itu Hang Tuah pergi sekali lagi ke Indera Pura, dan di sana Hang Jebat dan Hang Kesturi telah membunuh Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali yang bertujuan hendak menyerang negeri Melaka itu. Berita perkahwinan Raja Melaka dengan Tun Teja itu telah sampai ke pengetahuan Betara Majapahit dan menerbitkan kemurkaan baginda oleh mengenangkan puteri baginda dimadukan itu. Hang Tuah telah dititahkan lagi oleh Raja Melaka pergi ke Majapahit, dan pada kali ini pun ia tiada terlepas daripada mengadap mara, tetapi semua itu dapat dilaluinya. Sesudah itu, sekali lagi Hang Tuah pergi mengiringi Raja Melaka ke Majapahit. Dalam pemergiannya kali ini amatlah ia berjaga-jaga akan keselamatan Raja Melaka dan beberapa kali ia mengadap lawan, bertikam dengan perajurit-perajurit yang termasyhur handalnya. Bagaimana pun terselamat juga ia daripada segala mara bahaya itu, dan mengiringi rajanya balik ke Melaka. Kemudian Hang Tuah telah membunuh perajurit Merga Paksi tujuh beradik yang datang daripada Majapahit dengan tujuan hendak mengalahkan Melaka; hal ini menyebabkan Raja MeIaka bertambah kasih akan Hang Tuah dan kerana itulah sekali lagi ia difitnahkan oleh sekalian (Pegawai-pegawai yang dengki kepadanya. Oleh mendengarkan fitnah itu Raja Melaka telah memerintahkan supaya Hang Tuah di bunuh; tetapi sekali lagi Bendahara Paduka Raja menyelamatkan Hang Tuah, lalu disuruhnya berlepas ke Hulu Melaka, dan di sanalah Hang Tuah tinggal di dusun Bendahara sambil berguru apada Shaikh Mansur. Hang Jebat yang telah menggantikan Hang Tuah itu, telah menderhaka kepada Raja Melaka, dengan berbuat 'Cemar di dalam istana; tiada siapa di antara hulubalanghulubalang Melaka yang dapat menentangnya; akhirnya Hang Tuah dijemput kembali, lalu membunuh Hang Jebat. Sesudah itu lagi seorang perajurit pilihan bernama Kertala Sari telah datang daripada Majapahit hendak mengalahkan Melaka. Perajurit ini pun dapat dibunuh oleh Hang Tuah. Menjadi Duta Hang Tuah kemudiannya telah pula diutus kenegeri Vijaya Nagaram di benua keling bersama-sama dengan Hang Kesturi yang pada masa itu dikurniai: gelaran Maharaja Setia. Dalam pelayaran ke benua Keling itulah Hang Tuah telah berjumpa dengan Nabi Khidhir. Pada masa ia di benua Keling itu, raja negeri Vijaya Nagaram yang bernama Kisna Rayana itu telah pula menitahkan Hang Tuah pergi membawa utusan baginda ka benua China. Di benua China , Hang Tuah dapat melihat rupa Raja. China dengan helahnya makan sayur kangkong yang tiada berkerat-kerat. Dalam pelayaran balik daripada benua China itu Hang Tuah serta angkatan dari benua Keling itu telah berperang dan mengalahkan angkatan Feringgi. Setelah balik ke Melaka, Hang Tuah di titahkan pula oleh Raja Melaka supaya pergi ke Majapahit kerana menghantar Radin Bahar, putera Raja MeIaka dengan Radin Mas Ayu, yang akan dirajakan di Majapahit, kerana Betara Majapahit telah mangkat. Dalam pelayaran balik daripada Majapahit itu, kelengkapan Melaka yang dikepalai oleh Hang Tuah telah berperang dengan angkatan Adipati Solok, dan ianya dibawa ke Melaka dan kemudiannya dihantar balik ke Brunei. Hang Tuah di titahkan pula oleh Raja Melaka pergi ke negeri Siam . Pada masa dinegeri Siam itu Hang Tuah, teIah membunuh enam orang pendekar-pendekar Jepun. Tatkala dalam pelayaran hendak balik ke Melaka, maka. kelengkapan Hang Tuah telah di adang oleh beberapa buah perahu Jepun, lalu berperang; kesudahannya perahu-perahu. Jepun itu pun tewas. Kemudian Hang Tuah dititahkan oleh Raja Melaka pergi merajakan dua orang putera baginda, seorang di Lingga dan seorang lagi di Bintan. Negeri Indera Pura pada suatu masa telah diserang oleh ikan todak, anak Hang Jebat yang bernama Hang Madim itu, telah memberi akal supaya berkotakan batang pisang, akhirnya tidaklah ikan todak itu meyerang lagi. Hang Madim dikurnia oleh Raja Indera Pura gelaran Orang Kaya Sang Si Tuah, tetapi tiada lama kemudian ia telah difitnahkan oleh orang besar-resar yang dengki kepadanya, lalu ianya dihukum bunuh oleh Raja Indera Pura. Apabila berita ini sampai ke Melaka maka Hang Tuah telah dititahkan oleh Raja Melaka pergi ke Indera Pura menangkap sekalian orang-orang yang berbuat fitnah akan Hang Madim itu. Mahkota Asli, Keris Hang Tuah Hilang Pada suatu masa Raja Melaka berangkat hendak bermain-main ke Singapura, baginda memakai pakaian kerajaan dengan selengkapnya, termasuklah mahkota yang diberi oleh ayahanda baginda di Bukit Siguntang itu. Dalam pelayaran antara daerah laut Singapura sekonyong-konyong ternampak seekor ikan bersisikkan emas dan bermatakan manikam. terlalu indah rupanya, duduk di bawah perahu kenaikan baginda, menimbulkan dirinya mengikut perahu raja itu. Apabila Raja memandang ke bawah perahu itu mahkota yang dipakai baginda itu pun jatuh ke dalam laut. Setelah tiada siapa yang sanggup menyelamatkannya maka Hang Tuah pun turun menyelam. dapat kapadanya mahkota itu lalu dibawanya timbul, tetapi apabila ia hampir sampai ke perahu maka datanglah seekor buaya putih, matanya bernyala-nyala. Di sembar oleh buaya itu akan keris Hang Tuah pada tangannya. Oleh sebab terkejut maka mahkota yang di tangan Hang Tuah itu pun jatuh semula ke dalam air. Tiada berapa lama kemudian maka datanglah sebuah angkatan laut Feringgi menyerang Melaka. Perjuangan hebat telah berlaku antara kedua pihak dan berkesudahan sama-sama berundur kerana kapitan Gabenor, iaitu kepala angkatan Feringgi itu beroleh luka parah kena bedil, demikian juga Hang Tuah telah kena bedil yang tepat, hingga tiada khabarkan dirinya tiga hari tiga malam. Hang Tuah dan Hang Kasturi (Maharaja Setia), kemudiannya telah dititahkan pula pergi ke benua Rum ( Istanbul ), kerana membeli bedil dan meriam-meriam besar. Hang Tuah dalam pelayaran itu telah singgah di bandar Acheh Darus salam lalu mengadap Sultan Sallehuddin. Apabila sampai ke Judah , Hang Tuah telah singgah berziarah ke makam Siti Hawa. Masa itu ialah dalam tahun Hijrah 886. Raja negeri Makkah bernama Sharif Ahmad dan saudaranya bernama Sharif Baharuddin menjadi Raja Madinah. Di Judah Hang Tuah bertemu sekali lagi dengan Nabi Khidhir, dan ia telah diberi oleh Nabi sebuah cembul dengan katanya, "Apabila anakku tiada tahu berkata-kata dengan bahasa orang maka anakku keluarkan air yang di dalam cembul ini, sapukan pada mulutmu dan telingamu, maka tahulah kamu berkata-kata daripada serba bahasa orang." Sesudah itu, pada musim haji maka Hang Tuah dan Hang Kasturi pun berangkat ke Mekah menyempurnakan segala rukun haji bersama-sama dengan umat Islam dan beberapa buah negeri. Kemudian pergi pula ia ke Madinah bersama-sama dengan kafilah yang banyak itu. Di sana ia telah mengunjungi makam Nabi Muhammad s.a.w. serta kubur sahabat-sahabat nabi. Dalam pelayaran ke benua Rum, Hang Tuah telah singgah di negeri Masir tiga bulan lamanya melihat-lihat akan kebesaran Kerajaan Masir, kemudian baharulah ia belayar ke negeri Rum (Istambul), dan dapat mengadap Sultan Rum. Hang Tuah belayar balik ke Melaka dengan membawa kira-kira 800 pucuk bedil daripada benua Rum, dan 120 pucuk lagi daripada negeri Masir. Pada suatu masa Raja Melaka hendak mendengar khabar betapa hal ehwal di dalam kubur, tetapi tiada siapa yang sanggup ditanam hidup-hidup. Kemudian Hang Tuah tampil menyempurnakan kehendak raja itu. Ia telah dimasukkan ke dalam keranda lalu diturunkan ke dalam liang. Setelah ia dikeluarkan maka Hang Tuah pun menceritakan segala hal ahwal yang dasyat-dasyat saksikannya waktu di dalam kubur itu. Tiada lama kemudian daripada itu Hang Tuah, Bendahara dan Temenggung pun bermohon kepada Raja Melaka hendak pergi berbuat tempat duduk berkhalwat. Hang Tuah duduk di Tanjong Jugra bersama-sama gurunya. Pada penghujung hikayat itu menyebutkan bahawa Hang Tuah tiada mati, kerana ia hulubalang besar, lagi ia menjadi wali Allah. Kononnya, Hang Tuah ada di pucuk hulu Sungai Perak , ia menjadi raja segala Batak dan orang hutan.
BAB II CERITA-CERITA BERBINGKAI (Lanjutan dari hasil-hasil kesusasteraan Melayu sa-belum T.M. 1736) (III) Di antara kesusasteraan purba yang telah termasyur ke seluruh dunia, termasuklah sejenis kumpulan cerita yang disebut di dalam istilah kesusasteraan "cerita berbingkai". Bentuk cerita-cerita jenis ini berpunca atau berpokok daripada suatu cerita yang kemudiannya menerbitkan bermacam-macam cerita lagi; terkadang-kadang di dalam cerita yang terbit kemudian itu ada pula tersisip cerita lain. Maka cerita yang menjadi punca atau pokoknya itulah yang dianggap sebagai bingkainya. Di antara buku-buku yang boleh dijumlahkan kepada cerita-cerita jenis ini ialah: Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Ghulam atau Hikayat Raja "'Ajami Azbakh, Hikayat Kalilah wa-Damnah (Hikayat Panchatanderan) dan HikayatAlfu lailah wa-iailah atau Hikayat Seribu Satu Malam. Nama-nama empat buah hikayat dari jenis cerita ini ada terkandung di dalam daftar Werndly, yakni telah ada dalam bahasa Melayu sebelum T.M. 1736, hikayat-hikayat ini ialah: Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah wa-Damnah dan Hikayat Raja 'Ajami Azbakh atau Hikayat Ghulam. Hikayat Bayan Budiman Hikayat ini berasal dari benua Hindi, iaitu dari sebuah hikayat tua Hindu yang bernama Sukasaptati yakni "Cerita-cerita Bayan", terkandung di dalamnya tujuhpuluh cerita. Dalam bahasa Sanskrit ada dua bentuk hikayat ini, sebuah panjang dan yang sebuah lagi pendek; maka daripada naskah yang panjang itu telah ada salinannya ke bahasa Parsi, tetapi salinan ini tiada didapati lagi: Sebuah salinannya yang terkemudian dalam bahasa Parsi telah di terjemahkan dalam tahun Masehi 1329 oleh Nakhshabi dan di namakannya Tuti-nameh. Kandungan. salinan ini bukan lagi bersifat semata-mata terjemahan bahkan banyak diadakan tokok tambahnya. Cerita Bayan ini terkenal ke beberapa buah negeri,. dan salinan-salinannya telah ada dalam bahasa Turki,. Hindustan , demikian juga dalam bahasa Jawa, Bugis dan Makasar; tetapi salinan-salinannya dalam bahasa Jawa adalah jauh bezanya dengan salinan yang di dalam Bahasa Melayu, yakni Hikayat Bayan Budiman itu. Naskah yang tertua dari Hikayat Bayan Budiman sepanjang yang diketahui orang ada tersimpan didalam Bodleian Library, Oxford . Naskah ini tidak lengkap, hanya lembaran-lembaran hikayat itu mengandungi empat belas muka. Daripada maksud kata-kata yang tertulis disabelah luar dan dalam pembungkus lembaran-lembaran. yang tersebut itu dapat dijadikan alasan bahawa tarikh lembaran-lembaran itu dapat ke tangan seorang bangsa. Eropah ialah pada kira-kira T.M. 1600. Sebuah lagi naskah lama Hikayat Bayan Budiman, ada tersimpan di dalam kutub khanah India Office, LondonPada hujungan naskah ini ada menyebutkan bahawa. naskah itu telah disalin pada T.M. 1808 daripada naskah, yang telah "di-riwayatkan" pada tahun Wau, hari Sabtu. 18 Sha'ban, Hijrat u'I-Nabi s.'a.w seribu delapan, yakni bersamaan dengan T.M. 1599. Bagaimana pun, lembaran-lembaran Hikayat Bayan Budiman mengandungi 14 muka yang telah sampai ketangan seorang bangsa Eropah pada kira-kira T.M. 1600, dan ada tersimpan di dalam Bodleian Library, Oxford itu, haruslah lembaran-lembaran yang telah bercerai-cerai dari sebuah naskah lama, naskah ini haruslah telah diterjemahkan beberapa lama terlebih dahulu daripada naskah yang "di riwayatkan" pada T.M. 1599 itu. Boleh jadi juga naskah lama yang mengandungi lembaran-lembaran 14 muka itu telah di-terjemahkan atau disalin ke bahasa Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, yakni sebelum T.M. 1511, kerana pada zaman itu haruslah telah ada dibawa ke Melaka sesebuah naskah asal cerita-cerita bayan itu dalam bahasa Parsi, sama ada naskah Tuti-nameh atau lain, iaitu seperti beberapa buah hasil-hasil sastera Parsi atau 'Arab, seumpama Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan sebagainya, yang telah disadur atau disalin ke bahasa Melayu oleh penterjemah-penterjemah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka itu. Salinan cerita-cerita bayan yang termasyur ini ada empat namanya dalam bahasa Melayu, iaitu Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Khoja Maimun, Hikayat Khoja Mubarrak dan Cerita Taifah. Cerita yang menjadi bingkai Hikayat Bayan Budiman ini ialah berkenaan kisah seorang saudagar bernama Khoja Maimun dengan isterinya yang amat cantik Bibi Zainab nama-nya, serta dua ekor burung, iaitu seekor burung tiung dan seekor lagi burung bayan. Pada suatu masa Khoja Maimun telah pergi ke sebuah negeri lain kerana berniaga; isterinya ditinggalkannya bersama-sama dengan kedua ekor burung itu. Sepeninggalan Khoja Maimun pergi berniaga ke negeri lain itu, maka tersebutlah kisah pada suatu hari tatkala Putera Mahkota negeri itu sedang berangkat mengedari kota, tiba-tiba terpandanglah ia kepada wajah isteri Khoja Maimun yang cantik itu; maka terikatlah rasa cinta berahi antara kedua pihak. Putera Mahkota ingin bertemu muka dan bercumbu-cumbuan dengan isteri saudagar itu lalu dimintanyalah supaya perempuan itu datang keistananya pada waktu malam. Sesungguhnya, bahawa kewajipan dan kehormatan tidak ada makananya di sisi seseorang yang diharu nafsu berahi, maka demikianlah halnya pada suatu malam isteri Khoja Maimun itu pun berhias diri dengan tujuan akan pergi; tetapi terlebih dahulu ia telah mendapatkan burung tiung bertanyakan fikiran sambil menyatakan maksudnya itu lalu burung tiung memberi nasihat serta mengingatkan perempuan itu dengan cara berterus terang. Hikayat Bayan Budiman meriwayatkan peristiwa ini demikian:
Dalam pada itu bayan pun mencari akal bagi menahan isteri tuannya daripada melajakkan niatnya yang cemar itu dengan tidak mencela-cela perbuatannya, melainkan dengan jalan bercerita. Maka lekalah isteri Khoja Maimun mendengar cerita bayan yang amat menarik hatinya itu, hingga tiada jadi ia pergi. Cerita-cerita itu pula makin lama semakin banyak mengalirkan kias nasihat yimg halus dan dalam ertinya, terutama sekali mengenai: kaum perempuan. Demikianah halnya setiap malam-malam bersambut pagi bayan menghabiskan sebanyak tujuh puluh ceritanya. Segala isi cerita-cerita itu memberi insaf kepada isteri Khoja Maimun, sehingga pulihlah semula rasa setianya kepada suaminya dan lenyaplah segala niat hatinya hendak melakukan perbuatan cemar itu sampai suaminya kembali. Hikayat Kalilah wa-Damnah Salinan dalam bahasa Melayunya hikayat ini telah dicatitkan namanya oleh Werndly di dalam daftar nama buku-buku Melayu ciptaan sebelum T.M. 1736 itu, Kandungannya bercorak sadoran daripada hikayat Parsi. Tetapi punca yang asalnya ialah dari tanah Hindi iaitu daripada sebuah hikayat bernama Panchatantera, yakni lima cerita (untuk membentuk kesempurnaan budi pekerti); hikayat ini telah disusun oleh seorang Brahman Hindu kira-kira pada T.M. 300, yang dimaksudkan bagi mengajar putera-putera raja dengan jalan cerita-cerita yang disusun merupakan seolah-olahnya cerita-cerita itu berlaku dalam alam binatang, tetapi isinya mengandung kias nasihat yang baik-baik di-tujukan kapada manusia. Atas perintah Raja Parsi yang bernama Khisra Anusharwan (T.M. 531-579) maka senaskah hikayat Hindu itu telah dibawa kenegeri Parsi dan diterjemahkan ke bahasa Suryani kira-kira dalam T.M. 570 Lalu salinan itu diberi nama "KaIila wa Dimna" iaitu telur sebutan atas nama dua ekor serigala yang mengambil bahagian utama dalam aliran cerita Panchatantera itu. Dalam kurun Masehi yang ke- VIII naskah salinan Parsi dari hikayat itu telah disalin pula ke bahasa Arab oleh Abdullah ibn alMuquaffa'. Dalam kurun Masehi yang ke-VII, buah usaha 'Abdullah ibn al-Muquaffa' itu telah disalin semula ke Bahasa Parsi oleh Nasrullah, dan salinan ini telah dibaharui: pula oleh Wa'iz Kashifi sebelum ia meninggal dunia pada T.M. 1504 dan dinamakannya "Anwari Suhaili." Perkembangan salinan-salinan kesusasteraan mengandungi pelbagai cerita-cerita binatang yang berasal daripada tanah Hindi itu tidaklah terhad di negeri Parsi atau di tanah Arab sahaja bahkan telah tersebar luas dari Asia membawa ke Eropah dengan tidak kurang daripada dua ratus salinannya melalui saluran lebih daripada lima puluh Bahasa. Dalam bahasa Jawa ada tiga salinan hikayat yang mengandungi cerita-cerita binatang ini, iaitu satu dalam bahasa Jawa zaman pertengahan dan dua salinan lagi dalam bahasa Jawa baharu; sementara dalam bahasa Madura ada dua salinannya. Dalam bahasa Melayu ada tiga pula salinannya, iaitu yang pertamanya ialah naskah Hikayat Kalilah waDamnah saperti yang tersebut di dalam daftar Werndly T.M. 1736 itu, yang keduanya Hikayat Paneha Tanderan yang diterjemahkan oleh 'Abdullah bin Abdul Kadir Munshi daripada bahasa Tamil dengan bantuan sahabatnya yang bernama Tambi Malu Berpatar di Melaka pada T.M. 1835; dan yang ketiganya sebuah hikayat bernama "Dalang iaitu segala dongeng dan cerita yang telah dikarangkan oleh Hakim Lokman dan Bidpai". Buku ini asalnya dari salinan dalam bahasa Turki yang disalin ke Bahasa Peranehis, kemudian ke bahasa Belanda dan akhirnya diterjemahkan oleh Gonggrip ke bahasa Melayu. Salinan hikayat ini dalam bahasa Melayunya bersama-sama dengan Hikayat Kalilah wa-Damnah telah diterbitkan oleh Gonggrip pad a T.M. 1876. Salinan yang tertua dalam bahasa Melayunya Hikayat Kalilah wa-Damnah, yakni naskah yang ada tersebut namanya di dalam daftar Werndly itu, banyak bersesuai dan berseiras jalan ceritanya dengan kandungan naskah-naskah Parsi, iaitu salinan Nasrullah dalam kurun Masehi yang ke-XII, serta naskah salinan Husain Wa'iz Kashifi yang bernama "Anwari Suhaili" itu; dalam pada itu ada pula ia mengandungi cerita-cerita tambahan yang asing daripada kandungan naskah-naskah salinan Parsi tersebut. Oleh yang demikian haruslah naskah hikayat itu telah diturunkan daripada sesebuah naskah yang tersalin di tanah Hindi Selatan, dengan berdasarkan beberapa buah salinan lagi selain daripada salinan-salinan dari bahasa Parsi itu. Berkenaan dengan bilakah zamannya tercipta salinan tertua dalam bahasa Melayu Hikayat Kalilah wa-Damnah itu, maka sebagai suatu alasan bolehlah dikemukakan tentang ada terkandung di dalamnya tiga cerita yang disadur dari "Anwari Suhaili". Husain Wa'iz Kashifi, penyalin atau penyusun "Anwari Suhaili" itu telah meninggal dunia pada T.M. 1504. Sekiranya benarlah anggapan bahawa salinan dalam bahasa Melayu itu diturunkan daripada sesebuah naskah yang tersalin di tanah Hindi Selatan, maka haruslah mengambil masa yang lanjut jua baru naskah itu sampai ke tangan seseorang yang dapat menterjemahkannya ke bahasa Melayu; oleh yang demikian bolehlah diagak bahawa salinan bahasa Melayunya Hikayat Kalilah wa-Damnah itu haruslah belum tercipta terdahulu daripada T.M. 1504, iaitu tarikh Husain Wa'iz Kashifi meninggal dunia ini juga bererti bahawa salinan Hikayat Kalilah wa-Damnah itu tidak dapat dikatakan ciptaan zaman Kerajaan Melayu bahkan lebih hampir dan munasabah jika dikatakan ciptaan kurun yang ke-XVII. Hikayat Bakhtiar Hikayat Bakhtiar (bertuah) telah terkarang dalam bahasa Parsi kira-kira pada kurun Masehi yang ke-XIII, menurut satu punca pula pada T.M. 1203, iaitu meriwayatkan kisah Bakhtiar, putera Raja Azadbakht 'Ajam. Hikayat ini terjumlah ke dalam golongan cerita-cerita berbingkai, dan kisah putera raja itulah yang menjadi cerita bingkainya. Ringkasan jalan cerita salinan Hikayat Bakhtiar dalam bahasa Melayunya ialah begini: Raja Azadbakht bersama-sama dengan isteri baginda yang sedang hamil telah meninggalkan negeri dan takhta kerajaan kerana mengelakkan daripada berlaku perang saudara yang harus terbit dari angkara niat jahat adinda baginda sendiri yang hendak merampas kerajaan baginda itu. Setelah beberapa lamanya baginda suami isteri itu berjalan masuk hutan keluar hutan dengan menderita azab sengsara dan lapar dahaga, maka pada suatu hari permaisuri baginda itu pun melahirkan seorang putera, tetapi oleh mengenangkan betapa kesengsaraan dan kelaparan yang akan dilalui maka terpaksalah putera itu ditinggalkan sahaja di dalam hutan. Tuhan maha berkuasa dan maha mengasihani, kanak-kanak itu telah dijumpai oleh seorang saudagar, Idris namanya. Kebetulan pula saudagar Idris ini tiada mempunyai anak, lalu kanak-kanak itu dijadikannya anak angkat serta diberinya nama Bakhtiar, yakni "bertuah." Tersebut kembali kisah Raja Azadbakht bersama-sama permaisuri baginda; setelah meninggalkan putera yang baru lahir di dalam hutan itu, maka baginda pun meneruskan perjalanan dengan perasaan sedih dan dukacita; tambahan tiada pula tentu ke mana hala yang hendak dituju. Selang antara beberapa lamanya berjalan itu maka baginda pun sampailah ke sebuah negeri. Ada pun raja negeri itu baru sahaja mangkat dengan tiada mempunyai seoran pun keturunan yang akan mewarisi takhta kerajaan baginda. Sekalian menteri-menteri kerajaan itu mula-mulanya tiada tahu apa yang harus dibuat mereka; akhirnya dengan nasihat seorang menteri tua, mereka pun melepaskan seekor gajah sakti, dan beramai-ramai mereka mengikut dibelakangnya. Setelah gajah itu sampai ke pinggir negeri maka bertemulah dengan Raja Azadbakht suami isteri, lalu gajah itu pun berhenti dan menundukkan kepalanya seolah-olah menyembah. Dari peristiwa ini maka Raja Azadbakht pun dirajakan dinegeri itu. Selang beberapa tahun lamanya kemudian maka pada suatu hari saudagar Idris telah membawa Bakhtiar yang telah remaja umurnya itu mengadap Raja Azadbakht; berbetulan pada ketika itu ada pula seorang yang mengemukakan suatu masalah yang tiada dapat dijawab oleh raja dan menteri-menteri yang hadir disitu, akhirnya dengan izin raja, Bakhtiar telah dapat menghuraikan masalah itu. Kebijaksanaan Bakhtiar itu amatlah menarik hati raja, lalu baginda meminta kepada saudagar Idris supaya Bakhtiar ditinggalkan diam di istana bersama-sama baginda tidak sekali-kali baginda mengetahui bahawa Bakhtiar ialah putera baginda sendiri maka dari semenjak itu sentiasalah Bakhtiar berdamping dengan raja. Hal ini telah metierbitkan rasa dengki sekalian menteri-menteri dan orang besar-besar kepadanya, kerana cakap-cakap mereka seolah-olahnya tiada terpakai lagi kepada raja. Mereka telah mengadakan muafakat lalu memfitnahkan Bakhtiar dengan tuduhan mengatakan ia berbuat cemar dengan saorang perempuan istana. Meski pun kadi yang menghakimkan tudohan itu tiada mendapati keterangan yang sah atas kesalahan Bakhtiar, tetapi oleh bantahan keras dari menteri-menteri itu maka Bakhtiar telah dihukum penjara. Hukuman ini pun tiada memuaskan hati menteri-menteri itu, mereka menuntut supaya Bakhtiar dihukum bunuh. Bakhtiar tunduk kepada hukuman itu, tetapi ia memohonkan iaitu kiranya ia dibunuh biarlah di hadapan raja yang dikasihinya itu. Permohonannya dikabulkan dan raja pun datanglah ketempat ia dipenjarakan itu. Untuk menerbitkan perasaan insaf kepada raja tentang tuduh-menuduh orang yang tiada berdosa, maka Bakhtiar pun bercerita, dimulainya dengan cerita pemikat burung, demikian ringkasannya: Seorang pemikat burung telah beroleh seekor burong yang teramat indah rupanya, lalu dipersembahkan oleh pemikat itu kepada raja negeri Semanta Indera. Persembahannya itu telah menyebabkan raja amat kasih kepada si pemikat lalu baginda mengurniakan kepadanya jawatan menteri. Oleh hal yang demikian, terbitlah perasaan dengkisekalian menteri-menteri yang lain kepadanya, terutama sekali seorang menteri bernama Muhammad Julus. Muhammad Julus telah mendapat suatu helah untuk membencanakan si pemikat itu lalu disembahkannya kepada raja supaya memerintahkan si pemikat itu mencarikan kelamin burung itu dalam tempoh tujuh hari, jika tidak didapatnya nescaya ia dihukum bunuh. Bagaimana pun dengan pertolongan seorang shaikh dapat juga si pemikat memperolehi kelamin burung itu. Kejayaan si pemikat itu menyebabkan bertambah marak perasaan dengki Muhammad Julus, lalu diceritakannya kepada raja peri kecantikan puteri Maharaja Rum yang bernama Mengindera Sari itu, dan dicadangkannya supaya si pemikat di perintahkan pergi menjemput puteri itu. Tentu sekali si pemikat tiada berupaya hendak menyempurnakan perintah itu lalu ia pun pergi kepada shaikh yang telah memberi pertolongan kepadanya dahulu. Shaikh itu telah memberi suatu akal kepadanya iaitu hendaklah ia minta supaya di-sediakan sebuah bahtera emas yang dibuat dengan perbelanjaan Muhammad Julus, untuk kenaikan puteri itu. Bagi menyediakan bahtera emas itu tentulah bukan sedikit wang Muhammad Julus yang telah habis. Apabila bahtera itu telah sampai ke negeri Rum maka si pemikat itu pun mengadap Maharaja Rum lalu menceritakan bahawa ia datang daripada negeri Semanta Indera dengan tujuan baik jua. Maharaja Rum telah membenarkan puterinya Mengindera Sari menaiki bahtera emas itu, kemudian terkembanglah layar bahtera itu lalu belayar menuju negeri Semanta Indera. Setelah sampai maka si pemikat pun pergilah menemui shaikh yang menolongnya dahulu itu, maka shaikh itu menyuruh dia menyatakan kepada raja, iaitu apabila Puteri Mengindera Sari sedang menaiki dua belas anak tangga istana itu hendaklah tiap-tiap setingkatnya disemahkan dengan darah seekor kerbau hitam yang berali putih; jika tiada dapat diadakan maka darah Muhammad Julus akan gantinya. Kerbau seperti yang dikehendaki itu bukanlah mudah hendak didapat, bagaimanapun dengan beberapa susah payah, serta membayar tiap-tiap seekornya dengan harga sepuluh ribu dinar, dapat juga Muhammad Julus mengadakan sebelas ekor kerbau itu, tetapi apabila puteri itu terhenti pada tingkat yang kedua belasnya maka dengan kehendak si pemikat, darah Muhammad luluslah disemahkan sebagai gantinya. Bakhtiar menamatkan ceritanya itu sesudah lampau daripada waktu yang ditetapkan bagi menjalankan hukuman mati ke atasnya, dengan yang demikian dapatlah ia hidup sehari semalam lagi. Maka pada malam esoknya Bakhtiar bercerita lagi cerita yang keduanya dan seterusnya hingga tamat lima cerita. Dengan jalan bercerita itu Bakhtiar dapat menangguhkan hukuman mati ke atasnya selama tujuh belas hari, tetapi perdana menteri yang khianat itu masih juga tetap berpegang kepada hukuman yang telah dijatuhkan itu. Dengan permohonan Bakhtiar, raja telah menitahkan orang menjemput saudagar ldris; tiada lama kemudian tibalah saudagar ldris suami isteri dengan tangis ratapnya menemui Bakhtiar. Saudagar Idris kemudiannya telah menceritakan satu persatu kepada raja bagaimana peristiwa ia menemui dan mengambil Bakhtiar dijadikannya anak angkat, serta diterangkannya bukti-buktinya sekali. Setelah mendengarkan cerita itu barulah raja mengetahui bahawa yang sebenarnya Bakhtiar ialah putera baginda sendiri yang telah ditinggalkan di dalam hutan dahulu. Kesudahannya perdana menteri yang khianat itu di hukum penjara selama tujuh belas hari, iaitu selama Bakhtiar melalui kecemasan hukuman mati itu, tetapi kemudiannya ia di beri semula memegang jawatannya. Tiada lama sesudah itu maka tibalah pula adinda Raja Azadbakht yang Lilah insaf akan kesalahannya dan telah mengembara mencari kekandanya dari sebuah negeri ke sebuah negeri, hingga kedua bersaudara itu bertemu kembali di negeri itu. Hikayat Raifa 'Aifami Azabakh (Hikayat Ghulam) Hikayat ini dinamai juga Hikayat Zadabakhtin, tetapi lebih terkenal kepada orang-orang Melayu dengan nama "Hikayat Ghulam"; nama hikayat ini telah ada tercatit di dalam daftar Werndly T.M. 1736 itu. Hikayat ini ialah salinan daripada hikayat Arab yang berasal daripada hikayat Parsi jua. Menurut catitan di dalam sebuah naskah yang tersimpan di dalam kutub-khanah Leiden , bahawa hikayat ini telah di salin ke bahasa Melayu dari bahasa Arab oleh 'Abdul Wahab Siantan. Bentuk cerita yang menjadi bingkai atau pokok cerita hikayat ini ada berbeza sedikit daripada bingkai cerita Hikayat Bakhtiar. Ringkasan bingkai cerita Hikayat Ghulam itu ialah demikian: Raja Azabakh di negeri 'Ajam (Parsi) ada mempunyai sepuluh orang wazir dan seorang shah bandar. Dalam suatu temasya, Raja Azabakh telah terpandang kepada wajah anak perempuan shah bandar yang cantik parasnya itu, menyebabkan baginda jatuh asyik dan akhirnya baginda telah kahwin dengannya; tetapi dari peristiwa perkahwinan ini telah membukakan jalan bagi shah bandar itu merampas takhta kerajaan baginda. Bersama-sama dengan isteri baginda yang pada masa itu dalam keadaan hamil, Raja Azabakh telah meninggalkan negeri dengan tujuan hendak mencari perlindungan di sebuah negeri lain. Dalam pelarian itu, pada suatu malam isteri baginda telah melahirkan seorang putera; tetapi kerana baginda suami isteri itu sentiasa terancam oleh bahaya kelaparan maka kanak-kanak itu terpaksa ditinggalkan. Tuhan maha mengasihani, kanak-kanak ini telah dijumpai oleh seorang kepala peyamun lalu dipeliharanya hingga besar. Ada pun Raja Azabakh itu, selang tiada berapa lamanya telah mendapat bantuan daripada seorang raja, lalu merampas kembali takhta kerajaan negeri 'Ajam itu. Tersebut pula kisah kepala penyamun itu pada suatu hari ia telah ditewaskan oleh kafilah seorang saudagar dan tertangkap bersama-sama dengan sekalian orang-orangnya termasuk juga Ghulam; mereka telah dibawa mengadap Raja Azabakh. Baginda amat tertarik hati melihat Ghulam dengan tiada mengetahui bahawa anak itu ialah puteri baginda sendiri, lalu disuruh baginda ianya bekerja di dalam istana. Makin lama semakin pula mesra kasih baginda akan Ghulam hingga ia dikurniakan jawatan tinggi dalam istana; kerana itu dengkilah sekalian menteri-menteri akan dia, masing-masing mencari jalan hendak membinasakannya. Akhirnya maka dapatlah juga mereka menyusun tipu muslihat hingga menjadikan seolah-olah ada perhubungan sulit di antara Ghulam dengan permaisuri; tetapi permaisuri, dengan mengikut helah yang diajarkan oleh menteri-menteri kianat itu, dapatlah melepaskan dirinya dengan mengatakan Ghulam yang mencuba memujuknya. Menteri-menteri yang dengki itu berulang-ulang mengasut raja supaya Ghulam dihukum bunuh. Ghulam tetap tiada mengaku berdosa, diberinya alasan dengan jalan bercerita. Penamat cerita Ghulam ini lebih kurang serupalah dengan Hikayat Bakhtiar. Hikayat Ghulam mengandungi sembilan cerita, iaitu: (1) Cerita saudagar yang malang; (2) cerita saudagar yang membuangkan dua orang anak laki-lakinya ke laut; (3) cerita Abu Sabar; (4) cerita raja yang gopoh; (5) cerita raja yang membunoh enam orang wazirnya; (6) cerita Bakhtin Azmaya; (7) cerita Raja Yaman; (8) cerita Abu Tamman dan (9) cerita permaisuri dengan dua orang anaknya.
BAB III HIKAYAT-HIKAYAT (Lanjutan dari hasil-hasil kesusasteraan Melayu sa-belurn T.M. 1736) (IV)
Jika diperhatikan nama hikayat-hikayat yang terkandung di dalam daftar nama buku-buku Melayu sebelum T.M. 1736, yang telah dicatitkan oleh Werndly ifu, maka dapatlah dipastikan bahawa isi-isi kebanyakan di antara hikayat-hikayat itu berupa sadoran jika tidak pun banyak mencontohi corak-corak yang berasal daripada kesusasteraan Hindu, Jawa, Parsi, Arab dan sebagainya; dalam pada itu pun kebanyakan daripadanya bercorak campuran, ada yang mencontohi corak Hindu-Jawa, ada yang bercorak Hindu Parsi Parsi-Arab dan sebagainya. Demikian juga hikayat-hikayat lama jenis ini di antaranya banyak mengandungi cerita cerita yang merupai tahyul dan kebanyakannya masih tebal lagi mencontohi aliran jalan cerita Hindu, umpamanya menceritakan peri hal putera-putera dan puteri-puteri raja dari penjelmaan dewa-dewa keinderaan, serta kesaktian dan kegagahan putera-putera itu dalam peperangan menentang musuh-musuh seperti jin, bota, raksaksa dan sebagainya. Sebuah di antara hikayat-hikayat itu yang boleh dijadikan contoh ialah Hikayat Indera Sakti. Di dalam hikayat ini boleh dikatakan hampir tiap-tiap halamannya menceritakan kesaktian-kesaktian yang tiada sabit pada akal orang-orang zaman ini. Di antara hikayat-hikayat ciptaan sebelum T.M. 1736 yang boleh di jumlahkan kepada jenis hikayat yang tersebut itu ialah Hikayat Indera Putera-Hikayat Dewa Raja dan Hikayat Jaya Lengkara. Zaman Terciptanya, Hikayat Indera Putera Tiadalah diketahui bilakah tahunnya Hikayat Indera Sakti dan Hikayat Jaya Ungkara itu diciptakan, tetapi zaman terciptanya Hikayat Indera Putera harus boleh diagak iaitu hampir-hampir sezaman dengan Hikayat SeriRama; kerana di dalam Kitab Sirat ul-Mustakim yang telah terkarang pada tahun Hijrah 1044 (T.M. 1634) oleh Shaikh Nuruddin al-Raniri, pengarang Bustan ul-Salatin itu tatkala menghuraikan bab hukum suci telah menyebut nama dua buah hikayat lama yang termasyur, iaitu Hikayat Seri Rama dan Hikayat Indera Putera. Kitab itu menghuraikan bahawa tiada harus bersuci dengan sesuatu benda yang dihormati pada syarak saperti tulang atau kulit yang belum bersamak, tetapi harus istinja' dengan Kitab Taurat atau Injil yang sudah berubah daripada asalnya, demikian juga dengan kita-kitab yang tiada berguna pada syarak saperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Indera Putera atau sebagainya yang tiada mengandungi nama Allah di dalamnya. Huraian ini membuktikan bahawa kedua buah hikayat tersebut telah sedia terkenal dalam T.M. 1634, hingga dimisalkan kepada benda yang "tiada suci" oleh pengarang Kitab Siratul-Mustakim itu. Berkenaan dengan Hikayat Seri Rama, seperti yang telah diterangkan di dalam Bab III, Penggal I buku ini, dapat diagak iaitu zaman penciptaannya haruslah kira-kira pada penghujung kurun Masihi yang ke-XIV; ada sebuah naskah asalnya yang dimiliki oleh Archbishop Laud telah tersimpan dari semenjak T.M. 1633 di dalam Bodleian Library, Oxford, England. Dengan beralaskan zaman penciptaan Hikayat Seri Rama itu, maka bolehlah juga diagak bahawa Hikayat Indera Putera itu haruslah telah tercipta pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, jika tidak pun sama sezaman dengan Hikayat Seri Rama itu. Seperkara lagi yang membuktikan telah lama zaman terciptanya Hikayat Indera Putera itu, ialah dengan adanya salinan-salinan hikayat itu di dalam bahasa Bugis dan Acheh. Hikayat-Hikayat yang bercorak kesusasteraan Jawa dan Parsi-'Arab Dengan mudahnya dapat dipastikan bahawa di antara hikayat-hikayat Melayu ciptaan sebelum T.M. 1736 seperti yang terkandung nama-namanya di dalam daftar Werndly itu, kebanyakannya ialah berasal daripada kesusasteraan Jawa, umpamanya Hikayat Pandawa iaitu cerita keluarga Pandu dari kitab Hindu Mahabharata itu. Hikayat ini sungguh pun bercorak Hindu-Jawa, tetapi kandungannya banyak menggunakan perkataan-perkataan Arab. Selain dari itu ada beberapa buah lagi hikayat-hikayat yang berasal dari kesusasteraan Jawa, seperti Hikayat Datia Perjangga, Hikayat Segala Susuhunan dan Hikayat Kuda Perungu; tetapi yang terbanyaknya sekali ialah hikayat-hikayat yang berbingkaikan Cherita Panji. Didalam daftar Wemdly itu ada terkandung nama-nama enam hikayat jenis ini, iaitu Hikayat Raja Tambikbaya, Hikayat Raja Kuripan, Hikayat Rangga Rari, Hikayat Mesa Taman Panji Wila Keso'ma, Hikayat Mesa Gomitar (Gemetar) dan Hikayat Charang Kolina. Hikayat-hikayat yang bercorak atau yang disalin dari kesusasteraan Parsi-Arab selain daripada kitab-kitab mengandungi pengetahuan dan ajaran Islam ciptaan sebelum T.M. 1736, saperti yang tercatit di dalam daftar Werndly itu, di antaranya ialah Hikayat Jauhar Ma'nikam, Hikayat Isma Yatim, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja Busman dan Lokman, Hikayat Raja Sulaiman, Hikayat 'Abdullah ibn 'Omar, Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Mi'raj Nabi Muhammad, Hikayat Mir Muhammad, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Musa, Hikayat Nabi Yusof, Hikayat Nur Muhammad dan Cheritera Raja Som'ih. Di antara hikayat-hikayat jenis ini yang termasyhur dan digemari oleh orang-orang Melayu dari semenjak zaman-berzaman ialah Hikayat Jauhar Ma'nikam, hikayat ini telah ada beberapa salinannya saperti dalam bahasa Jawa, Sunda, Acheh dan Minangkabau. Hikayat Jauhar Ma'nikam Ringkasan jalan cerita Hikayat Jauhar Ma'nikam itu ialah saperti di bawah ini: Sepeninggalan Sultan Baghdad mengambil haji ke Makkah bersama-sama dengan permaisuri dan putera baginda, maka pemerintahan negeri itu telah diwakilkan oleh baginda kepada kadhi, tetapi kadhi itu tiada lurus hatinya, dicubanya memujuk puteri raja yang bernama Jauhar Ma'nikam itu, tetapi niat jahatnya itu tiada berhasil. Bagaimana pun kadhi itu tiada juga berpuas hati, difitnahkannya tuan puteri itu kapada ayahandanya lalu Jauhar Ma'nikam dihukum bunuh; tetapi saudara laki-laki tuan puteri itu yang di-perintahkan membunuhnya, telah menyuruh adindanya itu lari menyelamatkan diri. Tersebut kisah Raja Damsyik yang bernama Sultan Shah Johan itu tatkala baginda berburu di dalam hutan telah bertemu dengan Puteri Jauhar Ma'nikam lalu diambil baginda dijadikan permaisuri. Selang beberapa tahun lamanya kemudian, oleh rindu dendam akan ayahanda, bonda dan saudaranya, maka Puteri Jauhar Ma'nikam pun minta izin pada suaminya hendak pergi ke negeri Baghdad . Setelah diizinkan oleh suaminya maka Pureri Jauhar Ma'nikam pun berangkatlah bersama-sama dengan tiga orang puteranya yang masih kecil-kecil serta diiringi oleh seorang menteri. Masa dalam perjalanan, menteri yang mengiringinya itu telah memujuk Jauhar Ma'nikam, mula-mula dengan cara berlemah lembut, kemudiannya dengan ugutan, hingga ketiga-tiga orang putera rajanya itu dibunuhnya; tetapi tuan puteri itu dapat lari menyelamatkan dirinya. Sesudah melakukan perbuatan yang kejam itu maka menteri itu pun kembaki ke negeri Damsyik, disembahkannya kepada Sultan Shah Johan bahawa permaisuri baginda telah lari sesudah membunuh ketiga-tiga orang putera baginda itu. Dengan perasaan dukacita Sultan Shah Johan telah memerintahkan orang-orang pergi mencari permaisuri itu, dan baginda pun sama juga pergi mencarinya. Puteri Jauhar Ma'nikam telah pula dibawa orang ke negeri Masir. Pada suatu hari seorang suruhan Raja Damsyik telah bertemu dengan Jauhar Ma'nikam, tetapi malangnya pada malam itu juga tuan puteri itu telah dibawa lari oleh seorang penyamun Habshi; dengan segala helah dayanya dapat juga Puteri Jauhar Ma'nikam melepaskan dirinya; dengan berpakaian cara laki-laki ia lepas lari dan sampai dengan selamatnya ke negeri Rum. Berbetulan pada masa itu raja negeri Rum telah mangkat, baginda meninggalkan hanya seorang putera yang masih kecil lagi. Puteri J auhar Ma'nikam yang berpakaian cara laki-lelaki dan memakai nama Shah Johan, iaitu nama suaminya, telah diangkat menjadi raja negeri itu. Oleh kebijaksanaan dan terlalu adil pemerintahannya maka termasyhurlah nama Sultan Shah Johan, raja negeri Rum itu hingga ke negeri-negeri lain. Pada suatu masa, menteri yang telah berbuat kejam dengan membunuh ketiga-tiga orang putera tuan Puteri Jauhar Ma'nikam itu telah pergi ke negeri Baghdad dengan tujuan hendak menjual segala harta benda yang telah dirampasnya daripada tuan puteri itu.Harta benda itu telah sampai ke tangan Sultan Baghdad lalu dikenali baginda bahawa barang-barang, itu ialah milik puteri baginda, iaitu Puteri Jauhar Ma'nikam. Baginda memerintahkan supaya barang-barang itu dirampas. Menteri itu tidak pula mahu berdiam diri, ia membantah dengan sekeras-kerasnya. Akhirnya kedua pehak itu bersetuju hendak memperolehi timbangan yang adil saksama, iaitu keduanya akan pergi ke negeri Rum dan minta supaya pertelingkahan itu ditimbangkan oleh Sultan Shah Johan. Pada penghujong hikayat itu sakalian orang-orang yang telah berbuat salah ke atas diri Puteri Jauhar Ma'nikam, demikian juga ayahanda puteri itu Raja Baghdad, dan suaminya Raja Damsyik, semuanya telah hadhir dimajlis penghadapan Sultan Shah Johan, Raja Rum itu. Kesudahannya ketahuilah masing-masing siapa dia Sultan Shah Johan yang termasyhur bijaksana dan adilnya itu. Sakalian orang-orang yang berbuat salah telah dihukum menurut yang bersapadan dengan kesalahan mereka. Sasudah itu Puteri Jauhar Ma'nikam pun kembalilah kae negeri Damsyik bersama-sama suaminya; pemerintahan negeri Rum telah diserahkan kapada Putera Mahkota Rum yang telah remaja umurnya itu. Hikayat Isma Yatim Sekarang beredar pula kita kepada sebuah lagi hikayat yang termasyhur iaitu Hikayat Isma Yatim. Berkenaan dengan hikayat ini Werndly telah mencatitkan di dalam daftarnya itu demikian: "Bahasanya baik dan bentuk karangannya kemas". Gaya jalan bahasa dan bentuk corak hikayat ini boleh dikatakan tidak lagi terpengaruh oleh corak kesusasteraan Hindu-Jawa, bahkan ianya amat menghampiri kapada contoh-contoh kesusasteraan Parsi-Arab. Hikayat ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu contoh bagi merupakan bagaimana keadaan bentuk coraknya hasil-hasil sastera ciptaan zaman Kerajaan Melayu Melaka dahulu; kandungannya nyata sekali dimaksudkan untuk bacaan gulongan istana, kerana jalan ceritanya banyak membayangkan hal ehwal penghidupan di dalam istana, demikian juga menceritakan sifat-sifat kebijaksanaan seseorang pegawai serta kebaktian dan taat setianya kepada raja. Salinan hikayat ini telah dicetak digedong chetak Kelly & Walsh, Ltd., Singapura pada tahun 1910, untuk kegunaan sekolah-sekolah Melayu negeri-negeri Selat. Permulaan kata naskah salinan ini dapat dipastikan coraknya yang mencontohi kesusasteraan Parsi itu dengan menyerupai aturan pendahuluan kata Hikayat Arnir Hamzah dan Sejarah Melayu, iaitu dimulai dengan puji-pujian bagi Allah Tuhan yang maha suci dan yang maha tinggi; serta memohonkan berkat shafa'at Nabi Muhammad Mustafa, s.'a.w. Tetapi pendahuluan kata Hikayat Isma Yatim ini tidaklah menyebut nama seseorang orang besar atau raja,seperti pendahuluan kata buku Sejarah Melayu ada menyebutkan nama seseorang orang besar atau raja yang menyebabkan pengarangnya bersungguh-sungguh menciptakan buah usahanya itu. Sebahagian daripada pendahuluan kata Hikayat Isma Yatim itu demikian bunyinya: Ketahui oleh kamu, ayohai, segala saudaraku yang membaca hikayat ini, telah adalah faedah di dalamnya empat perkara: pertama, jikalau diturut saperti di dalam hikayat ini, "isharat" namanya; dan kedua, jikalau berkatakata di hadapan majlis di sebutkan dengan riwayat ini, "'ibarat" namanya; dan ketiga, jikalau ditanyai oleh segala raja-raja pada perkataan yang musykil maka berdatang sembah: "Ya tuanku demikian patik dengar di dalam hikayat", "cerita"-lah namanya; dan keempat, jikalau didengar dan dibaca oleh segala yang mashghul menjadikan suka hatinya, "hikayat" namanya; demikianlah hendak diketahui kebajikannya oleh segala. orang yang membaca hikayat ini, maka "'arif"-lah namanya. Dan jikalau tiada demikian adalah saperti ibarat gajah memamah rias, baik diikat; kera yang kecil makan buah kayu, saperti Hanoman gunong pun dapat diangkatnya, demkianlah ibarat orang yang arif dalamnya......... Begitu juga hikayat ini menyerupai susunan Hikayat Amir Hamzah iaitu dalam perkara membahagi-bahagikan isinya kepada beberapa bab. Dalam pada itu pula pada permulaan tiap-tiap satu bab Hikayat Isma Yatim itu diterangkan pati-pati jalan cerita yang mengikutnya, misalnya bagi Bab Yang Kelima, permulaannya demikian: "Al-kisah peri mengatakan tatkala Isma Yatim bersembah syarat kepada raja; dan peri mengatakan tatkala Isma Yatim bersembahkan kehendak raja; dan peri mengatakan tatkala Isma Yatim bersembahkan segala syarat laki-laki dan perempuan; dan peri mengatakan Isma Yatim di-kurniai, (oleh) mendapat Tuan Puteri Ratna Kendi di dalam permata Nila Kendi itu; dan peri mengatakan Isma Yatim di kurniai baginda isteri; dan peri mengatakan baginda memberi kurnia akan nakhoda itu isteri, serta digelar pula oleh baginda akan dia." Hikayat ini banyak mengandungi nasihat yang bijaksana dan tamthil ibarat yang berharga dalam hal ahwal pemerintahan dan pendidikan, serta disulam pula dengan pantun-pantun. Ringkasan kandungan Hikayat Isma Yatim ialah saperti di bawah ini: Seorang menteri di benua Keling, Megat Nira namanya telah pergi membawa diri ke negeri Masulipatam, sebab malu alah bermain catur dengan seorang hulubalang di hadapan majlis rajanya. Pada masa isterinya hampir akan bersalin, maka diketahuilah oleh Megat Nira daripada beberapa alamat yang disaksikannya, bahawa ia akan memperolehi seorang anak yang amat bijaksana. Hal ini terbukti apabila Isma Yatim diserahkan mengaji kepada seorang mualim bernama Sufian; dengan cepat dapat ianya mengarang hikayat, mula-mulanya hikayat untuk kanak-kanak, kemudian dikarangkannya pula hikayat-hikayat yang mengandungi tamthil 'ibarat untuk menambah akal dan menyukakan hab segala golongan orang ramai hingga termasyhurlah kebijaksanaannya ke seluroh negeri itu. Sesudah itu dikarangkannya pula sebuah hikayat yang mengandungi panduan dan nasihat bagi raja-raja, lalu ia pergi kepada perdana menteri minta persembahkan hikayat itu kepada raja. Maka oleh perdana menteri itu dibawanya Isma Yatim bersama-sama mengadap raja, dan pada hari itu juga ia telah diambil raja bekerja di dalam istana. Tiada beberapa lama sesudah itu ia telah diberi kerja menghampar permaidani raja dan kemudiannya dijadikan biduanda. Tatkala beramah mesra dengan seorang nakhoda yang datang daripada negeri asing ke negeri Indera-Patani, Isma Yatim telah menerangkan kepada nakhoda itu enam syarat yang harus diketahui oleh dagang sebagai membalas budi, maka nakhoda itu telah menghadiahkan pakaian yang indah-indah kepada Isma Yatim, demikian juga sebuah chanda-peti permainan ajaib yang didapatnya di pulau Mutia Langkawi untuk dipersembahkan kepada raja. Di dalam peti itu ada dua buah permata Nila Kendi namanya. Sebuah daripada permata itu jika diletakkan di atas talam nescaya keluar dua ekor merak yang pandai berpantun dan berseloka; sebuah lagi permata itu jika diletakkan di atas geta keemasan akan keluar seorang puteri yang amat cantik parasnya. Dengan kebijaksanaan Isma Yatim, akhirnya puteri yang bernama Ratna Kendi Maheran Langkawi dari permata Nila Kendi itu menjadi isteri raja. Apabila terbit ancaman tentera Raja Rum Safardan akan melanggar negeri itu maka Isma Yatim telah dinaikkan pangkatnya daripada jawatan bendahari menjadi panglima perang, dan dengan kebijaksanaannya tentera-tentera musuh itu dapat dikepungnya; tetapi kemudian kedua pihak itu telah mengikat persahabatan. Isma Yatim telah pula diangkat memegang jawatan perdana menteri. Puteri Indera, permaisuri raja, mendapat tahu bahawa Puteri Ratna Kendi Maheran Langkawi telah hamil, maka khuatirlah ia kiranya bertambah-tambah kasih raja akan puteri itu, lalu difitnahkan oleh permaisuri, dikatakannya puteri itu hendak meracun baginda. Oleh terlalu murkanya.maka raja pun menyurh bunuh tuan puteri itu; tetapi dengan kebijaksanaan Isma Yatim, dapat diperlindungkannya puteri itu, iaitu disembunyikannya di dalam rumah di tengah-tengah sebuah kebun. Raja telah menyesal oleh menghukum bunuh tuan puteri itu dengan tiada usul periksa lagi, maka ketika itu baharulah Isma Yatim menerangkan rahsia bahawa perintah baginda itu sesungguhnya tidak dijalankan. Puteri Ratna Kendi Maheran Langkawi bersama-sama Dewi Rum yang lahir dalam persembunyian itu, teIah di sambut kembali ke istana dengan segala keraian. Apabila raja telah mangkat maka puteri baginda itulah naik takhtakerajaan dengan geIaran Mengindera Seri Bulan di-Semudera Negara, di-bawah pimpinan dan didekan kedua ibu suri serta Perdana Menteri Isma Yatim. Pada mas a memimpin tuan puteri itu memerentah kerajaan banyak-Iah nasihat dan kias 'ibarat yang amaJ berharga diberi oleh Isma Yatim. Akhir-nya tuan puteri itu berkahwin dengan Indera Mempelai, putera Raja Shahdon Mengindera. Hikayat Shah Kobad dan Lain-Lain Hikayat Sebuah lagi hikayat lama yang bercorak campuran Parsi Hindu ciptaan sebelum T.M. 1736, yang ada tercatit namanya di dalam daftar Werndly itu, ialah Hikayat Shah Kobad, atau di sebut juga namanya Hikayat Shahrul Kamar. Aliran bentuk hikayat ini banyak mencontohi Hikayat Seri Rama. Hikayat Pelanduk Jenaka juga ada tercatit namanya didalam daftar Werndly itu, dan ini membuktikan bahawa hikayat tersebut adalah terjumlah kepada hasil-hasil sastera lama Melayu yang telah tercipta sebelum T.M. 1736 itu. Di antara nama-nama hikayat lama Melayu yang tercatit di-dalam daftar Werndly itu ada sa-buah hikayat yang nama-nya amat menarek perhatian, ia-itu "Hikayat Burong Pingit". Berkenaan hikayat ini Werndly telah memberi sedikit keterangan dengan kata-nya: "Suatu cherita berkenaan seorang anak dara pingitan yang di kiaskan kapada seekor burung di dalam sangkar." Daripada nama hikayat itu haruslah dapat seseorang menduga akan kebijakan pengarangnya tentang membubuh nama yang tepat kepada buah ciptaannya itu, sehingga dengan tidak payah lagi membaca isinya, harus terlintas di dalam fikiran seseorang betapa perasaan seseorang gadis pingitan yang terkawal keras itu; barangkali sesuai juga jika di kiaskan keadaannya dengan seekor burung di dalam sangkar. Berkenaan dengan hasil-hasil sastera ciptaan sebelum T.M. 1736 saperti yang tercatit didalam daftar Werndly itu, ada suatu perkara yang menarik perhatian; perkara ini ialah tidak ada tercatit di dalam daftar Werndly itu walau sebuah pun nama buku yang berbentuk syair, meski pun sedia di ketahui adanya beberapa buah syair yang serupa namanya dengan hikayat-hikayat yang tersebut didalam daftar Werndly itu, iaitu seperti Syair Indera Putera dan Syair Jauhar Manikam, demikian juga syair-syair yang terjumlah kepada cerita-cerita Panji seperti Syair Ken Tabohan dan Syair Panji Semirang. Oleh yang demikian bolehlah di anggap bahawa buku-buku cerita berbentuk syair yang banyak adanya didalam bahasa Melayu itu haruslah ciptaan zaman yang terkemudian, tambahan pula tidak ditahui adanya sesebuah naskhah buku cerita berbentuk syair itu yang boleh di katakan telah terlalu tua umurnya. Dalam pada itu pula, tidaklah boleh di ertikan bahawa kesusasteraan yang berbentuk syair itu sebagai perkara baharu dalam kesusasteraan Melayu, kerana saperti yang telah di terangkan di dalam Bab II, Penggal Yang Pertama buku ini, bahawa kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 itu, ialah berbentuk syair; bagitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair bait, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, harus telah sedia di ketahui oleh orang Melayu sebelum zaman kejatuhan. Melaka atau pun tatkala buku Sejarah Melayu di karang; buktinya boleh di pastikan dalam kisah "Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan demikian"…….segala burung di dalam taman itu pun berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang seperti orang bersiul, ada yang seperti orang berbangsi, ada yang seperti orang bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada yang seperti orang berseloka, ada yang seperti orang bergurindam " Kesusasteraan Melayu berbentuk syair yang di ketahui asal usul dan zaman penciptaannya, ialah jenis-jenis syair yang berkenaan dengan agama ciptaan Hamzah Fansuri (hidup dalam pertengahan yang kedua kurun Masehi yang ke XVI zaman negeri Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam) diantara syair-syair ciptaan Hamzah Fansuri ialah Syair Dagang, Syair Perahu, Syair Sidang Fakir. Syair Burung Pingai dan Syair Burung Pungguk. BAB IV SURAT-SURAT LAMA YANG MEMBUKTIKAN KEUTAMAAN BAHASA MELAYU DI-SISI KERAJAAN-KERAJAAN DI KEPULAUAN MELAYU Sebelum selesai kita membicarakan dengan lebih lanjut hasil-hasil kesusasteraan Melayu dalam kurun Masehi yang ke-XVII dan dalam bahagian permulaan kurun yang ke-XVIII, maka amatlah munasabah rasanya di rakamkan di sini keterangan-keterangan yang berkenaan dengan naskhah-naskhah enam pucuk surat lama yang tersimpan di dalam the British Museum, the Bodleian Library diOxford, dan di-University Library di Leiden, kerana surat-surat yang tersebut itu nyata sekali ada perkaitannya dengan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Keterangan-keterangan berkenaan dengan keenam pucuk surat itu ialah hasil dari usaha penyiasatan tuan Paderi W. G. Shellabear, dan beliau telah menghuraikannya di-dalam Journal of tbe Straits Branch of the Royal Asiatic Society, July 1898. Surat-surat itu ia-lah saperti yang tersebut di-bawah ini: (A) Surat memberi kebenaran berniaga kapada seorang kapitan Inggeris. (B) Surat kebenaran di-beri kapada kapitan Inggeris yang bernama Harry Middleton. (C) Surat daripada Sultan Acheh kapada Raja Ya'kob (King James I) England . (D) Surat daripada Kapitan Laut Buton (Butung) kepada Gurnador (Governor) General di-Batavia. (E) Surat daripada Raja Jambi kapada Gurnador (Governor) General di-Batavia. (F) Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja negeri Birni ( Brunei ) kepada kapitan Inggeris di Jambi. Di-bawah ini di-terangkan sa-chara ringkas perkaraperkara yang berkaitan dengan naskhah surat-surat itu, iaitu menurut huraian Paderi W. G. Shellabear, demikian juga berkenaan kandongan-nya. . Naskhah (A), ya'ani surat memberi kebenaran berniaga kapada kapitan Inggeris itu ada tersimpan di-dalam Bodleian Library di-Oxford. Surat ini terlekat pada sa-helai kertas yang mengandongi empat muka surat ; muka surat yang pertama-nya ia-lah tulisan dalam bahasa 'Arab, iaitu sa-bahagian daripada surat Raja Acheh kapada Queen Elizabeth. Sa-bahagian lagi daripada surat ini, jika tidak hilang harus-lah ada tersimpan pada kertas lain di-antara naskhah-naskhah bahasa 'Arab yang ada di-dalam Bodleian Library itu. Muka surat yang kedua, ketiga dan yang keempat-nya mengandongi tulisan dalam bahasa Melayu, ia-itu-lah surat kebenaran berniaga yang di-maksudkan itu. Tulisan surat ini harus-lah tulisan tangan sa-orang bangsa Eropah, dan boleh jadi naskhah ini hanya suatu salinan yang di-tiru atau di-salin daripada naskhah asal-nya. Surat ini harus telah di-kurniakan oleh Raja Acheh kapada Si)." James Lancaster, yang mengepalai' pelayaran kapal perdagangan yang pertama ka-Gugusan Pulau-pulau Melayu di-atas tanggongan English East India Company. Sir James Lancaster telah singgah di-negeri Acheh dalam T.M. 1601. Jika di amat-amati naskah surat-surat dalam bahasa 'Arab dan Melayu itu nescaya di dapati bentuk-bentuk hurufnya banyak seakan-akan serupa, seolah-olahnya seorang jua penyalin atau penulisnya. Ada pun naskah surat asal daripada Raja Acheh kepada Queen Elizabeth yang bertulis dalam bahasa 'Arab itu di katakan ada tersimpan di dalam tempat simpanan khazanah-khazanah lama di London; dan haruslah boleh di jumpai jika di cari di dalam himpunan surat-surat East Indina Company pada masa mulai mengembangkan urusan perdagangannya ke alam timur. Surat kapada Queen Elizabeth itu bertarikh T.R. 1011 bersamaan dengan T.M. 1602; maka surat kebenaran berniaga daripada Raja Acheh kepada kapitan Inggeris itu pun haruslah sama dengan tarikh itu. Chontoh sa-bahagian surat daripada Raja Acheh kapada Queen Elizabeth, dalam bahasa 'Arab.
51
Di turunkan daripada Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, July 1898, dengan ihsan the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 52
53
54
Menilik kepada surat Raja Acheh kepada Queen Elizabeth dalam bahasa Arab itu, dan surat kebenaran berniaga yang di kurniakan oleh Raja Acheh kepada kapitan Inggeris dalam bahasa Melayu seperti contoh-contohnya yang telah di terakan itu, demikian juga surat dalam bahasa Melayu daripada Raja Acheh kepada King James I England, maka ternyatalah dengan jelasnya bahawa pada zaman Kerajaan Acheh sedang di puncak kebesarannya dahulu, tegasnya sebelum bangsa-bangsa Barat bertapak kuat di alam Melayu ini, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa yang utama dan rasmi bagi kerajaan itu, sekali pun telah sedia di maklum adanya bahasa daerah bagi anak negeri Acheh itu sendiri. Bukan sahaja Acheh bahkan Jambi, Buton (Butung: ditenggara tanah Bugis) bahkan harus juga kerajaan-kerajaan lain di Sumatra dan di Gugusan Pulau-pulau Melayu pada zaman itu mengutamakan bahasa Melayu dalam segala urusan kerajaan. Selain dari bahasa Melayu adalah ternyata bahawa bahasa 'Arab juga terkadang-kadang ada digunakan pada zaman itu. Jika di halusi pula kandungan surat kebenaran berniaga yang tersebut itu nescaya didapati ada beberapa perkara yang menarik perhatian, antaranya ialah berkenaan dengan tulisan, jalan bahasa, ejaan dan sebagainya yang jauh berbeza dengan peraturan-peraturan yang di pakai pada masa ini. Tajok surat kebenaran itu yang berbunyi "Jawi yang di persembahkari kapitan Inggeris itu" haruslah membawa erti seolah-olahnya surat itu ada mempunyai suatu salinannya dalam bahasa lain, umpamanya dalam bahasa 'Arab. Suatu perkara lagi yang menarik perhatian dalam kandungan surat itu ialah berkenaan sebutan "Inggeris" yang hanya di gunakan pada tajuknya sahaja, selain dari itu di sebutkan "Inglitir". Seperti yang telah di nyatakan terlebih dahulu didalam bab ini bahawa haruslah tulisan surat ini dari tulisan tangan sebarang bangsa Eropah yang ditiru atau di salin daripada naskhah asalnya, maka kerana itulah didapati di dalamnya ada beberapa kekhilafan terutama sekali berkenaan dengan huruf-huruf yang bertitik, umpamanya huruf "nga" banyak yang tiada di bubuh titik hingga menjadikan dia sebagai huruf "'ain". Huruf "pa" terkadang-kadang di bubuh titik dua sahaja menjadikan dia sebagai huruf "kaf". Huruf "namzah" tidak di gunakan pada perkataan-perkataan seperti "kerajaan", "perkataan", "seseorang", "baik" dan sebagainya; tetapi dalam perkataan "mereka itu" huruf "hamzah" ada di gunakan. Huruf "nya" pula di bubuh tiga titik di bawah dan satu titik diatas. Berkenaan dengan ejaan surat ini 'am-nya demikian juga kelima-lima surat yang akan di terangkan kemudian, ialah memakai kaedah ejaan lama yang terkenal dengan sebutan "ejaan Acheh". Sebagai contohnya dapat diperhatikan tentang ejaan perkataan-perkataan "suka hatinya nremeri kamu tahu" pada barisan yang kelima surat (A) itu, demikian juga perkataan-perkataan lain yang amat berbedza dengan ka'edah ejaan Jawi yang di-pakai di-Tanah Melayu pada zaman ini. Perkataan-perkataan "manusia", "harta" dan "berniaga" yang berasal daripada bahasa Sanskrit itu dieja "manushia", "arta" dan "beniaga" iaitu mengikut bunyi yang hampir kepada sebutan dalam bahasa Sanskrit iaitu "manusha", "arta" dan "banijya". Suatu perkara lagi di-dalam kandongan surat itu tiada di-dapati tanda "angka dua"; boleh jadi juga tanda "angka dua" itu di-gunakan pada zaman yang terkemudian. Bagi kemudahan sa-saorang yang hendak memahamkan-nya maka di-bawah ini di-turunkan segala butir perkataan yang terkandong di-dalam surat-surat itu dalam tulisan Rumi: (A) JAWI YANG DI-PERSEMBAHKAN KAPITAN INGGER1S ITU Aku raja yang kuasa yang di bawah angin ini, yang memegang takhta kerajaan negeri Acheh dan Samudara dan segala negeri yang takluk kenegeri Acheh. Maka sekalian kamu yang menilik kepada surat ini, hendaklah dengan tilik kebajikan dan tilik yang sejahtera. Dan kamu dengarkan perkataan yang dalamnya, dan kamu fahamkan segala perkataannya. Bahawa aku telah bersabda dengan suka hatiku memeri kamu tahu ini: bahawa aku telah bersahabat dengan Raja Inglitir, dan kamu pun bersahabat dengan Raja Inglitir itu, seperti kamu bersahabat dengan segala manusia yang lain dalam dunia ini; dan berbuat baik kamu akan orang itu, seperti kamu berbuat baik akan orang yang lain itu. Bahawa aku berbuat baik akan mereka itu, dan ku terima mereka itu dalam negeri, dan ku terima persembahan mereka itu dan menilik aku kepada mereka itu, daripada aku hendak berkasih-kasihan dengan Raja Inglitir itu, dan daripada aku hendak berbuat baik akan segala orangnya itu, maka ku perbaiki akan mereka itu yang datang sekarang ini, dan akan mereka itu yang lagi akan datang pun telah aku memeri kepercayaan akan mereka itu yang datang ke Acheh dan ke Samudara, dengan tiadalah lagi takut mereka itu akan kapal mereka itu dan arta mereka itu, dan akan segala mata benda yang di bawa mereka itu, tiadalah mereka itu takut dan sangka akan daku. Dan akan segala kamu orang ku pun, apabila mereka itu membawa sesuatu mata benda dari negerinya ke negeriku ini maka meli berjuallah kamu dengan dia, dan bertukar-tukaranlah kamu dengan sesuatu mata benda yang ada padanya dengan mata benda yang ada pada kamu; seperti kamu beniaga dan bertukar-tukaran mata benda dengan orang lain itu dalam agem mereka itu daripada segala dagang-dagang pada beniaga dan memeli lada dan memeli mata benda yang lainnya, maka dengan orang Inglitir pun beniaga kamu, dan meli berjual kamu. Dan orang Inglitir itu pun, jika hendak ia naun dalam negeriku, barang berapa kehendaknya, berkenanlah kepada-ku dan jika ia hendak berlain (belayar) pun dari negeriku, berkenanlah padaku maka jangan seseorang pun melarangkan dia belain (belayar) itu. Melainkan jikalau ada hak seseorang atasnya atau piutang seseorang atasnya, jika belum di bayarnya, dan belum diputuskan hakim hukumnya, maka jangan ia dahulu berlain (belayar), hingga sudahlah hukumnya, maka ia berlain (belayar). Maka hukum yang di-hukumkan ini, beniaga dan meli berjual dengan mata benda yang di bawanya kepada negeriku ini dan kepada segala negeri yang takluk negeriku ini, janganlah lagi mereka itu takut dan sangka. Dan jangan kamu ambil ushur daripada segala saudagar yang dalam kapal mereka itu, dan daripada segala orang Inglitir itu. Dan segala orang Inglitir itu datang kenegeriku, dan berlabuh kapalnya di laut negeri Acheh, dan di negeri Samudara, dan di negeri segala takluk negeri Acheh, jika di turuni taufan akan kapalnya itu. maka takutlah ia akan karam kapalnya itu daripada sangat taufan itu, jika hendak ia menurunkan segala isi kapalnya itu, dan minta tolong ia daripada kamu pada meminta perahu yang kecil-kecil dan sampan menurunkan segala mata benda yang dalam kapal yang hendak karam daripada sangat taufan itu, maka kamu tolong naung ia pada menurunkan mata bendanya sebarang di dapati, apabila datanglah mata bendanya itu kedarat, maka kamu kembalikan kepada ampunya mata benda itu. Jika di berinya akan kamu dengan kasih hatinya barang sesuatu akan hak kamu pada menurunkan mata bendanya yang tersebut itu, kamu terima; dan jika mati seseorang daripada orang Inglitir itu, maka tatkala ia sakit akan mati itu ada ia berpesan kepada seseorang memesankan segala artanya dan segala arta orang yang di bawanya itu pada menyuruh sampaikan kapada segala keluarganya dan kepada ampunya arta, maka kamu sahkan wasiat mereka itu; dan jika mati seseorang daripada orang Inglitir itu, maka artanya ada pada seseorang saudagar orang Inglitir atau pada seseorang saudagar orang yang lain maka arta itu thabit ada pada orang itu. kawan ia beniaga dan meli berjual maka kamu hukumkan seperti hukum yang berlaku dalam negeri. Dan jika berhukum seseorang orang Inglitir, dakwanya kendirian sama kendirian atau dengan orang yang lain, maka kamu hukumkan seperti hukum isi negeri. (B) Naskhah surat kebenaran di beri kepada kapitan Inggeris yang bernama Harry Middleton. Menurut keterangan Paderi W. G. Shellabear dalam Journal SBRAS keluaran July, 1898, bahawa naskhah surat (B) yakni surat kebenaran di beri kepada kapitan Inggeris yang bernama Harry Middleton itu ada tersimpan di dalam Bodleian Library di Oxford, dan tidak syak lagi ialah naskhah yang aslinya, yakni bukan salinan, kerana surat itu ada mengandungi Chap Mohor Sultan Alauddin Shah yang memerintah Kerajaan Acheh pada dewasa itu demikian juga tulisan surat itu ternyatalah tulisan tangan seorang anak negeri. Surat itu tiada mengandungi angka tahun, tetapi oleh maksud isinya sebagai suatu surat kebenaran berniaga yang di kurniakan kepada Kapitan Harry Middleton, maka dapatlah juga di agak bila tahunnya surat itu ditulis, iaitu tidaklah lewat rasanya jika dikatakan kira-kira dalam T.M. 1601; kerana menurut keterangan Paderi Shellabear, bahawa Sir Harry Middleton telah belayar bersama-sama dengan Sir James Lancaster dalam T.M. 1601, dan pada .masa di Acheh ia telah di angkat menjadi ketua sebuah kapal yang bernama "Susan" dan di hantar ke Periaman, di pantai barat Sumatra. Kapal itu telah kembali ke England dengan membawa muatan lada hitam. Tarikh perkembaliannya ke England yang telah di catitkan ialah pada 21 June, 1603 , hampir dua bulan terdahulu daripada ketibaan Sir James Lancaster. Ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa naskah surat (B) ini di tulis pada suatu masa, jika tidak pun di tulis oleh orang yang menulis naskah asal surat (A) itu sendiri, hal ini terutamanya dapat di perhatikan pada beberapa ejaannya yang sama iaitu seperti sebutan Inglitir bagi England, meli bagi perkataan beli dan sebagainya. Ejaan-ejaan di dalam surat (A) dan (B) adalah jauh berbeza dengan ejaan dalam naskhah surat (C) iaitu surat daripada Sultan Acheh kepada King James I (Raja Ya'kob) England seperti yang akan di terangkan kelak. Dengan anugerah Tuhan sarwa alam sekalian, sabda yang maha mulia datang kepada segala penglima negeri dan pertuha (pertua) segala negeri yang takluk ke Acheh. Ada pun barang tahu kamu sekalian, bahawa kapal orang Inglitir ini, kapitannya bernama Harry Middleton, asalnya kapal ini berlabuh di labuhan negeri Acheh; berapa lamanya ia di sana, maka mohon dirinya ia berlayar ke Jawa. Jika ia memeli lada atau barang sesuatu, di berinya akan kamu dirham ,atau barang sesuatu. Yang orang Inglitir ini orang suhbat kita Raja Inglitir, maka kapitannya dan segala saudagarnya itu hamba pada Raja Inglitir. Yang hamba Raja Inglitir itu serasa orang kitalah; jika ia meli berjual dengan kamu yang dalam teluk rantau Acheh itu, dengan sebenar-benarnya jua. Maka surat simi yang kita kurniai akan dia ini, dengan di pohonkannya daripada kita, supaya jangan ia di cabuli segala orang teluk rantau kita. Maka jika di tunjukkannya kepada kamu sekalian simi ini, hendaklah kamu permulia; dan janganlah seseorang daripada kamu mencabuli dia. Inilah sabda kita kepada kamu sekalian. Wassalam. . (C) Surat daripada Sultan Acheh kepada King James I (Raja' Ya'kob) England. Menurut keterangan Paderi W. G. Shellabear bahawa naskhah surat (C) yakni surat daripada Sultan Acheh kepada King James I, England , di dalam Bodleian Library, Oxford juga tersimpannya. Surat itu bertarikh T.M. 1024 = T.M. 1612 (?) (Menurut keterangan Sir Richard Winstedt dalam "A History of Johore" Journal MBRAS Vol. X Part III. December, 1932, tarikh surat ini ialah July 1616. Acheh telah merampas dan menakluki Batu Sawar pada zaman (Kerajaan Johor Tua) pada T.M. 1613). Ada pun surat itu tertulis di atas kertas yang bergulung, kira-kira tiga kaki panjangnya, dan amat terhias. Tulisannya lebih baik daripada tulisan dalam surat (B), tetapi ejaan-ejaannya banyak menyerupai ejaan-ejaan di dalam surat (A) dan (B), yakni yang terkenal dengan sebutan "ejaan Acheh" itu. Ada beberapa perkara dapat di pastikan daripada kandungan surat itu, di antaranya: (a) Cara aturan surat daripada raja sebuah negeri di alam Melayu kepada seorang raja negeri asing pada zaman itu. Adalah ternyata bahawa kira-kira dua pertiga daripada isinya, iaitu pada bahagian permulaannya, mengandungi kata-kata yang menzahirkan bagaimana keagungan raja yang mengirim surat itu, dan selain dari itu baharulah di tuliskan maksud-maksud yang hendak di maklumkan kepada raja yang di alamatkan surat itu. (b) Surat ini nyataIah sebagai menjawab surat yang di kirimkan terlebih dahulu oleh King James I, England , kepada raja Acheh meminta supaya kiranya baginda itu memperkenankan orang-orang Inggeris berniaga dalam negeri Tiku dan Periaman. (c) Perkataan "Inggeris" tidak di eja "Inglitir", tetapi suatu perkara yang menarik perhatian dalam surat itu ialah tentang nama King James itu di sebutkan "Raja Ya'kob. (d) Daripada kandungan surat ini dapat juga dicketahu dengan nyatanya tentang kebesaran Kerajaan Acheh pada zaman itu, bukan sahaja negeri-negeri di dalam Sumatra, bahkan menurut surat itu Batu Sawar (Kerajaan Johor Tua), Perak dan Pahang juga di bawah kuasanya. (e) Kandungan surat ini demikian juga surat-surat yang terlebih dahulu di terangkan itu adalah membuktikan dengan jelasnya bagaimana ke adilan raja-raja Melayu menjaga keselamatan nyawa dan harta benda saudagar-saudagar bangsa asing yang menumpang berniaga di dalam negerl baginda itu demikian juga di negeri-negeri jajahan takluk baginda.
m/s 63
m/s 64
Kandungan surat Sultan Acheh kepada King James I. England itu demikian bunyinya: Surat daripada Seri Sultan Perkasa Alam Johan berdaulat. raja yang beroleh mertabat kerajaan, yang dalam takhta kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihat, yang tiada terdengar oleh pendengar, yang bermahaligai gading, berukir berkerawang, bersendi bersindura, berwarna sadalinggam, yang berair 'mas, yang beristana seyojana menentang. Yang bersungai berikat batu pelinggam, yang umpama cermin sudah terupam, yang berpancuran 'mas bepermata beberapa daripada pancuran perak; raja yang mengampukan perbendaharaan daripada seni 'mas, dan seni perak, dan daripada galian 'mas yang dalam negeri Priaman pada gunung negeri Salida; yang mengampukan permata sembilan jenis, yang berpayung 'mas bertimbalan yang beratnya beratus kati yang berpeterana 'mas, yang berciu 'mas; raja yang mengampukan kuda yang berpelana 'mas, yang berumbai-rumbaikan 'mas, yang beratnya beratus kati, yang berkekang 'mas bepermata; raja yang berzirah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading 'mas, berkumban perak, bergenta suasa, yang berantai suasa; raja yang bergajah berengka tinggi suasa, dan yang berperisai suasa, dan yang berlembing suasa, dan yang beristinggar suasa, dan yang berkuda berpelana suasa, dan yang bergajah kursi perak, dan yang berkop perak, dan yang bergong suasa, dan yang beralat 'mas dan suasa dan perak, dan yang bertimba 'mas bepermata; raja yang menyenggerahakan nisan diri daripada nisan 'mas yang bergelar Megat 'Alam, yang turun-temurun daripada raja bernisan suasa; raja yang mengampukan raja-raja yang beratus-ratus daripada pihak masyrik, yang dalam negeri yang takluk ke Deli, dan yang dalam negeri yang takluk ke Batu Sawar; dan daripada pihak maghrib, yang dalam negeri yang takluk ke Priaman, dan ke Barus raja yang memuat gajah peperangan tujuh puluh dari laut, dan bebempa daripada segala pakaian, dan persenggerahan yang indah-indah, dan daripada segala senjata yang mulia-mulia raja yang beroleh kelebihan daripada lempah kelebihan Tuhan sarwa 'alam sekalian dalam takhta kerajaan negeri Acheh, Darul salam; iaitu raja yang sentiasa mengucap puji-pujian akan Tuhan sarwa 'alam sekalian daripada di lempahkannya kelimpahan kurnianya pada menyerahkan negeri daripada pihak masyrik seperti Lubuk, dan Pidir, dan Semerlanga, dan Pasangan, dan Pasai, dan Perlak, dan Basitang, dan Tamiang, dan Deli, dan Asahan, dan Tanjung, dan Panai, dan Rekan, dan Batu Sawar, dan segala negeri yang takluk ke Batu Sawar, dan Perak, dan Pahang, dan Inderagiri maka daripada pihak maghrib seperti negeri Chalang, dan Daya, dan Baros, dan Pasaman, dan Tiku, dan Periaman, dan Salida, dan Indera Pura, dan Bengkulu, dan Salibar, dan Pelembang, dan Jambi. Datang kepada raja yang di negeri Inggeris yang bernama Raja Yakob, yang mengampukan negeri Britani, dan negeri Fransi, dan negeri Irlandi. Dikekalkan Tuhan sarwa alam sekalian jua kiranya ia daripada segala seterunya. Setelah itu barang tahu kiranya raja. bahawa hamba terlalu sukacita mendengar bunyi surat yang di suruh raja persembahkan kepada hamba itu. Maka ada tersebut dalamnya, bahawa raja mohonkan barang dapat orang Inggeris beniaga dalam negeri Tiku dan Periaman, dan barang dapat orang itu duduk beniaga disana, seperti pada zaman Paduka Marhum Saidul Mukammal itu. Maka titah hamba, bahawa orang Inggeris yang seperti di kehendaki raja itu tiada dapat kita beri beniaga di negeri Tiku dan Periaman, dan tiada dapat duduk beniaga di sana ; kerana negeri itu negeri dusun, lagi jauh daripada kita. Jika di aniaya orang Tiku atau orang Periaman akan orang itu, nescaya keji bunyi kita kepada Raja Ya'kob itu. Dengan anugerah Tuhan sarwa alam sekalian, jika hendak orang Inggeris yang hamba pada raja itu beniaga, maka beniagalah ia dalam negeri Acheh; dan jika ia hendak menghantarkan petornya beniaga, dalam negeri Acheh di hantarkannya; supaya barang siapa berbuat aniaya ke atasnya segera kita periksai, dan kita hukumkan dengan hukuman yang adil, daripada bahawa ia hamba pada raja yang berkirim-kiriman surat dengan kita itu. Di sejahterakan Tuhan sarwa alam jua kiranya Raja Ya'kob dalam takhta kerajaan negeri Inggeris itu selama-lamanya. Ada pun surat ini di surat dalam negeri Acheh pada bilangan Islam seribu dua puluh empat tahun.
(D) Surat daripada Kapitan Lant Buton (Butung) kapada Gumador (Governor), General di-Batavia. Naskhah surat (D) iaitu surat daripada Kapitan Laut Buton (Butung) kapada Gurnador (Governor) General di Batavia itu, menurut keterangan Paderi W. G. Shellabear, ada tersimpan di dalam University Library di Leiden, Holland. Surat ini bersama-sama dengan enam lagi surat-surat dalam bahasa Melayu telah di hantarkan kepada beliau oleh pemegang amanah University Library tersebut untuk di periksa dan di salin dengan cermatnya. Surat ini bertarikh T.H. 1080 (T.M. 1670). Sungguhpun kandungannya tiada berapa penting di sisi sejarah, kerana hanya bersifat sebagai surat daripada seorang pegawai anak negeri yang di lantik olen East India Company Belanda, menjadi penglima dalam tentera laut, kepada Governor General Belanda di Batavia, tetapi tidak syak lagi surat itu ada perkaitannya dengan sejarah perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Alasannya ialah dengan menilik kepada letaknya pulau Buton (Butung) itu, iaitu di bahagian tenggara Sulawesi (tanah Bugis). Maka dengan yang demikian nyatalah bahawa pada zaman itu bahasa Melayu, tulisan Jawi telah tersebar luas bukan sahaja di Semenanjung dan di Sumatra bahkan hampir ke seluruh kepulauan Melayu; begitu juga menilik kepada susunan kata-kata di dalam surat itu nyatalah boleh di katakan bahawa kesusasteraan pada zaman itu telah tinggi juga darjahnya.
m/s 68 Butir-butir kandungan surat itu ialah seperti tersebut di bawah ini. Bahawa surat ini pada menyatakan tulus dan ikhlas daripada paduka sahabat Kicili Jingalawu, Kapitan Laut Buton, menyampaikan tabi banyak-banyak datang kepada paduka sahabat Reer Gurnador General Johan Maetsuijker yang memegang kuasa Kompanyi dalam kota Batawiah akan memerintahkan segala pekerjaan Kompani, serta dengan segala sahabatnya raja-raja dari bawah angin, maka dianugerahkan Allah subhanahu wa-ta'ala bertambah-tambah kebajikan dalam dunia, dan yang di terangkan hatinya,. maka kharijlah segala akal budi bicaranya yang baik dan menolong daripada orang yang kena kesukaran, dan yang mengetahui daripada hati orang, maka termasyurlah dari atas angin dan dari bawah angin yang memujikan arifnya, lagi budiman serta dengan bijaksanaannya, dan ialah meneguhkan setianya perjanjian pada segala raja-raja,. tiada akan berubah-ubah lagi, demikian itu maka di panjangkan Allah umur dan selamat dan berkat, supaya kita bersahabat, Ternati serta Buton dan Kompani, agar jangan bercerai-cerai selama-lamanya. Ada pun kemudian dari, itu, bahawa sahabat Kapitan Laut memeri ma'alam kepada Gurnador General, tatkala di suruh oleh sahabat Raja. Buton, kami mengiringkan Paduka Seri Sultan Ternati sama-sama mengikut pada Admiral Kornelis Speelman ke tanah. Mangkasar, supaya kami mengerjakan kerja kita hanya ma'alumlah Kapitan Laut, apabila kuasa Kompani serta. dengan kuasa Allah akan menyudahi daripada pekerjaan kita, hendaklah Kapitan Lalit menunjukkan muka pada Reer Gurnador General juga, supaya puaskan hati. Tetapi pada sekarang ini Admiral pulang ke Jakarta , hanya tuan kami Raja Ternati lagi duduk di Mangkasar maka sahabat Kapitan. Laut pun duduk sama-sama dengan tuan kami Raja Ternati. Seperkara pula, ada Raja Buton pun sudahlah pulang kerahmatullah, kembali daripada asalnya, meninggalkan dunia, mengadap kenegeri akhirat. Sebab itulah maka sahabat Kapitan Laut tiada jadi pergi ke Jakarta menunjukkan muka kepada Heer Gurnador General di Batawiah; kerana adat kami demikian itu, apabila raja mati, umpama seperti datang hari kiamat, jadilah haru biru dalam negeri; itulah pada fikir sahabat Kapitan Laut, baiklah kami sama-sama dengan tuan Raja Ternati duduk lagi di Mangkasar; ampun-ampun, seribu ampun, kepada sahabat Heer Gurnador General juga. Tiada ada cendur mata sesuatu kepada Heer General, melainkan budak laki-laki dua orang akan tanda tulus dan ikhlas juga, upamanya seperti dua biji sawi, jangan di aibkan. Kerana sahabat Kapitan Laut orang yang bebal, lagi daif mengatur perkataan surat ini maka jikalau ada salah pun melainkan maaf juga kepada Heer Gurnador General. Tamat. Tertulis dalam Benteng Parinringa berdekatan dengan kota Rotterdam dulapan (sembilan) likur hari dari bulan Jamadi 'l-awal, pada tahun Jim, hijratu 'l-nabi salla 'l-lahu' 'alaihi wa-sallam, seribu dulapan puluh genap De Capn-Laut van Buton. (E) Surat daripada Pangeran Ratu Jambi kapada Gurnador (Governor) General di-Batavia. Naskhah surat (E) ialah satu daripada tujuh surat-surat. yang ada tersimpan di dalam University Library diLeidan, Holland , yang telah di hantarkan kepada Paderi Shellabear untuk di periksa dan di salin itu. Surat ini ialah surat rasmi daripada Pangeran Ratu Jambi kepada Governor General Belanda di Batawi. Menurut keterangan Paderi Shellabear bahawa surat itu tiada mengandungi tarikh tetapi ada tertulis di belakangnya dalam bahasa Belanda mencatitkan bahawa naskah surat itu telah di terima pada 30 haribulan April, 1669. Bunyi kandungan surat Pangeran Ratu Jambi kepada 'Governor General di Batawi itu ialah seperti di bawah ini : Kulu'l-hak wahm kana Al Khalifatu Marra I mu`min Pangeran Jambi, khallada I lahu Mulkah Surat kasih serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan daripada Pangeran Ratu, datang kepada Johan Maetsuijker Gurnador General, yang mempunyai takhta kebesaran dalam negeri Batawi, yang memerintahkan segala anak Wolanda di atas angin lalu kebawah angin, termasyur pada segala alam pada hal melakukan keadilannya dan kemurahannya, tiada samanya raja-raja di bawah angin pada arif bijaksananya, budiman lagi hartawan, lagi sangat memeliharakan segala dagang, serta kasih sayangnya akan segala fakir dan miskin, lagi terpuji pada hadapan majlis segala raja-raja, maka sangat di ketakuti segala seteru lawannya daripada kesangatan hebat bunyi senjatanya lagi dengan gagah perkasanya, tiada dapat di tentang matanya di tengah medan peperangan, shahadan amat teguh pada barang setia wa'adnya, tiada berubah pada barang yang telah di janjikannya, lagi sangat berkasih-kasihan muafakat dengan tida lagi kalanya putus dan bercerai, maka janganlah kiranya di ubahkan lagi muafakat dan berkasih-kasihan itu selama lagi ada cahaya bulan dan bintang serta peredaran malam dan siang kepada selama-lamanya. Kemudian dari itu barang di ketahui Johan Maetsujiker Gurnador General kiranya, bahawa Pangeran Ratu menyuruhkan Wangsa Yita berniaga ke Batawi lalu ke Jawa, dengan membawa dagangan barang kadarnya maka pertaruh Pangeran Ratu kepada Johan Maetsuijker Gurnador General dan Radin Van Indie akan dia. Shahadan Pangeran Ratu minta di jual meriam besi atau tembaga, yang berat sebahara atau dua pikul, barang berapa pucuk berapa juga akan nilainya telah ma'alurlah kepada Wangsa Yita. Dan disegerakan kiranya kembalinya kenegeri Jambi, supaya segera Pangeran beroleh khabar yang kebajikan itu. Suatu pun tiada tanda tulus dan ikhlas daripada Pangeran Ratu kepada Johan Maetsuijker Gurnador General hanya lada dua puluh pikul Tamat. (Chatitan dalam bahasa Belanda) Surat daripada Pangeran Ratu di Jambi, di terima pada 30 haribulan April, 1669, oleh Wangsa Yita. (F) Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Birni ( Brunei ) kepada kapitan Inggeris di Jambi. Menurut keterangan Paderi Shellabear bahawa surat ini tersimpan di dalam British Muzium dari semenjak T.M.. 1752, bersama-sama dengan naskah-naskah yang di himpunkan oleh Haneian bagaimana pun haruslah surat itu. Terlebih lama zamannya dan harus juga telah beberapa tahun lamanya tersimpan didalam himpunan naskah-naskah Haneian itu sebelum ianya di serahkan untuk simpanan muzium tersebut. Paderi shellabear berpendapat bahawa menilik kepada kandungannya nyatalah surat itu datangnya daripada sebuah negeri yang berjiran dengan negeri Jambi dipantai timur Sumatra , bukannya daripada Brunei di Borneo Utara, sungguh pun ejaan Jawinya (Ba, ra nun, ya) harus serupa. Alasan-alasannya yang pertama ialah: sukar hendak di percayai suatu utusan di hantar sebagitu jauh daripada Berunai ke Jambi untuk memperolehi sendawa (sejenis ramuan ubat bedil) dan gebar, manakala benda rendat itu dapat diperolehi dengan mudah daripada orang Sepanyol dan yang keduanya, ialah tentang kedua-dua buah negeri itu di sebutkan. Maka adalah yang negeri Birni dan Jambi itu umpama sebuah negeri jua adanya. Di sabalik itu Paderi Shellabear menyatakan oleh adanya. Di dalam surat itu perkataan "Sinnyor", ialah bahas Portugis, maka sukar pula hendak di katakan surat itu tertulis di-Birni, bahkan lebeh menasabah pula di-katakan terbit-nya daripada Berunai, kerana pengaroh Portugis (Feringgi) dan Sepanyol telah kuat di-sana. Dalam pada itu, beliau telah memetek keterangan Marsden yang mengatakan bahawa dalam T.M. 1629 sa-buah angkatan 1aut Portugis telah mudek ka-dalam Sungai J ambi untok melanggar beberapa buah kapal-kapal Belanda yang berlindong di-situ; maka dengan tindakan itu harus-Iah kekuatan mereka sudah di-ketahul oleh negeri-negeri yang di-sakeliling daerah tersebut. Berkenaan dengan keterangan Paderi Shellabear mengatakan bahawa surat itu tertulis di negeri "Birni", yang menurut agakan beliau, berjiran dengan negeri Jambi itu sukarlah bendak di terima, kerana tiada tersebut di dalam sejarah yang berkenaan dengan negeri-negeri di alam Melayu tentang adanya sebuah negeri yang beraja di Sumatra bernama "Birni". Maka oleh hal yang demikian adalah lebih munasabah rasanya jika dikatakan bahawa surat itu tertulis di Brunei kerana negeri Brunei itu sudah terdiri dan sedia terkenal semenjak beberapa kurun yang lalu. Serba sedikit kisah berkenaan dengan Brunei ada tersebut di dalam buku Sejarah Melayu, demikian juga didalam Hikayat Hang Tuah. Di dalam buku Sejarah Melayu ada tersebut di dalam kisah pelayaran utusan Sultan Mansor Shah ke benua China , di antaranya menyebut demikian. Maka Tun Telanai pun belayar ke benua China maka dengan takdir Allah Ta'ala angin besar pun turunlah. Telah di dengar oleh Sang Aji Brunei , maka di suruhnya panggil oleh baginda maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun datang mengadap Raja Brunei . Maka kata Raja Brunei pada. Menteri Jana Putera. Apa bunyi surat Raja Melaka pada Raja China ........... Di-dalam Hikayat Hang Tuah pula ada tersebut kesah I anak Raja Berunai, bernama Adipati Solok, hendak mengai dang angkatan laut Melaka yang di-kepalai oleh Laksamana Hang Tuah tatkala hendak kembali daripada Majapahit. Kedua buah angkatan laut itu telah bertemu di-kawasan laut dekat Tanjong Jayakarta yang bernama Tanjong Kera wang itu. Menurut hikayat tersebut perahu Adipati Solok telah membedil angkatan laut Melaka itu, tetapi kesudahannya tewas juga angkatan Brunei . Adipati Solok telah di bawa oleh Hang Tuah ke Melaka, dan kemudiannya di hantar kembali ke Brunei . Ada pun tujuan surat daripada Raja Bendahara Paduka 'Seri'Maharaja itu haruslah semata-mata hendak membuat perhubungan dengan kompeni Inggeris yang telah ada di negeri Jambi itu. Selain dari surat kepada kapitan Inggeris itu, menurut seperti yang tersebut dalam surat itu nyatalah ada sepucuk surat lagi daripada Sultan Brunei yang dibawa oleh utusan itu untuk di sampaikan kepada Pangeran Adipati negeri Jambi yang di maksudkan. " Surat berkasih-kasihan dengan Pangeran Adipati di negeri Jambi itu, supaya jangan lagi berantara negeri Brunei dan negeri Jambi itu selama-lamanya. Maka ada-Iah yang negeri Berunai (dan) Jambi itu upama sa-buah negeri jua adanya." Ada pun maksud perkataan-perkataan yang tersebut itu haruslah sebagai kiasan untuk menzahirkan perasaan musabbah yang rapat jua. Surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei.
m/s 76
Kandungan surat daripada Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei kepada kapitan Inggeris di Jambi itu ialah seperti di bawah ini: Surat ikhlas yang tiada berputusan mesra yang tiada berantara terang cuaca senetiasa, daripada beta Raja dahara Paduka Seri Maharaja permaiswara di Brunei, datang kepada Sinnyor kapitan Inggeris, yang dinegeri Jambi itu, yang terlalu amat akalan daripada segala seteru lawannya, dan ialah yang amat setiakawan pada segala (handai) taulannya dan ialah yang amat termasyur pada segala negeri khabarnya, lagi sangat berbuat derma akan segala fakir dan miskin, dan ialah yang menyampaikan hajat dan maksud segala hamba Allah yang bersahaja kepadanya. Maka jadi masyurlah khabarnya yang demikian itu pada segala negeri maka jadi berbangkitlah berahi dendam (seg) khabar yang demikian itu. Amma ba'du kemudian dari itu kiri (m?) beta mengatakan ikhlas hati beta kepada Sinnyor Kapitan Inggeris. Ada pun Paduka Seri Sultan ( Brunei ) itu menyuruhkan Seri Lela Diraja dan segala mereka yang sertanya itu, akan membawa surat berka (seh-kasihan) dengan Pangeran Adipati dinegeri Jambi itu, supaya jangan lagi berantara negeri Brunei dan negeri Jambi itu selama-lamanya. Maka adalah yang negeri Brunei (dan) Jambi itu upama sebuah negeri jua adanya. Ada pun yang di kehendaki Paduka Seri Sultan, jikalau ada kasih tulus ikhlas Pangeran Adipati itu, paduka (Seri) Sultan menghendaki membeli sendawa, itulah yang di kehendaki Paduka Seri Sultan kepada Pangeran Adipati.. Sebermula pula jikalau ada kasih tolong Sinnyor Kap(itan) akan beta minta tolong memeli kain gabar itulah jikalau ada kasih tolong Sinnyor Kapitan. Shahadan yang utusan dari Brunei itu, petaruh betalah pada pertamanya kepada Allah Tuhan alam sekaliannya, dan berkat. nabinya 'alaihimu's-salam, kemudian dengan tolong pelihara Sinnyorlah akan segala mereka itu jikalau ada khilaf bebalnya; demikianlah yang beta kehendaki kasih tulus ikhlas Sinnyor akan beta. Ada pun kasih beta Sinnyor Kapitan hanya dengan seorang dan tikar besembung maka jangan apa kiranya Sinnyor 'aibkan daripada tanda hati beta jua adanya akan Sinnyor Kapitan. Huruf-huruf yang hilang di dalam surat ini ialah diperoleh tepi-tepi surat itu telah koyak.
|
||||||||
![]() |
|||||||||