25 RASUL
Pada
prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam.
Nabi Adam (rasul pertama) yang diperkirakan hidup lebih kurang
930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelar khalifah Allah dimuliakan dan
ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda
diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang
Nabi
Idris as. (rasul ke 2) merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan
menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT.
Begitu juga
Nabi
Nuh as. (rasul ke 3) merupakan
keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum
kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah,
tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu
tenggelam dalam banjir yang besar.
Nabi
Idris as. (rasul ke 2) merupakan keturunan Nabi Sits as. Diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan
menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT.
Begitu juga
Nabi
Nuh as. (rasul ke 3) merupakan
keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum
kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah,
tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu
tenggelam dalam banjir yang besar.
Nabi
Hud as. (rasul ke 4)
adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah
patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya
menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan
ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.
Begitu juga
Nabi
Saleh as. (rasul ke 5) merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan
Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan
mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi
Saleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagian besar bangsa
Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka
ingkar kepada larangan Nabi Saleh. Pada hari pertama muka mereka
berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga
menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.
Nabi Ibrahim as. (rasul ke 6)
juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri
Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud
menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan.
Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada
mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka
tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar. Begitu
halnya dengan
Nabi
Luth as. (rasul ke 7) adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang
diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT,
namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka
dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.
Nabi Ismail as. (rasul ke 8)
adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka
belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka
juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut
dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan
inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Ishaq as. (rasul ke 9)
adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah,
mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji.
Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar
iaitu ish dan Yaakub. Nabi Ishaq wafat dalam usia
170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin. Begitu juga dengan
Nabi
Ya'kub as. (rasul ke 10) diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana
penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub
mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda
wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12
orang anak lelaki.
Nabi Yusuf as. (rasul ke 11)
anak Nabi Yaakub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk
mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa.
Disamping baginda seorang nabi ia juga seorang raja
dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau
wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi
sungai Nil.
Nabi
Ayyub as. (rasul ke 12) anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang
diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu
menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih
kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.
Nabi Dzulkifli as. (rasul ke
13) adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke
negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap
mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan
berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat.
Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di
Nabi Syu'aib as. (rasul ke 14)
keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan, Palastin Selatan
agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar
zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang
tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa bumi dan
kepingan awan panas daripada langit.
Nabi Musa as. (rasul ke 15) dan
Nabi Harun as. (rasul ke 16) diutus oleh Allah SWT
kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan
berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka
menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat
daripada Allah SWT dan diberi mukjizat.
Nabi
Daud as. (rasul ke 17) dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur
mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia
lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.
Nabi Sulaiman as. (rasul ke 18)
adalah anak Nabi Daud as. Beliau seorang nabi dan raja.
Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang
tidak akan diperolehi sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai
semua makhluk termasuk jin dan haiwan. Nabi Sulaiman mengajak
semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daripada mensyirikkannya.
Nabi Ilyas as. (rasul ke 19)
merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri Balbik di
Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat
dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak
kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar,
sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.
Nabi
Ilyasa' as. (rasul ke 20) diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar
mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan
Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama
Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh
Cyrus raja dari
Nabi Yunus as. (rasul ke 21)
keturunan Nabi Ya'kub as. diutus oleh Allah kepada
bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya
agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang
bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan
berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika
tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk
mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan
pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta
menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji
Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah
kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus
meneruskan dakwahnya, sehingga
negeri tersebut menjadi aman dan makmur.
Nabi Zakaria as. (rasul
ke 22) dan Nabi Yahya as. (rasul ke 23) diutus kepada
bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan
memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi
Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga
dengan
Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi
tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa
Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.
Nabi Isa as. (rasul ke 24)
adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat
martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan
dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian
ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka
agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad,
Firman Allah SWT maksudnya:
كُن
فَيَكُونُ
إِنَّ مَثَلَ
عِيسَى عِندَ
اللّهِ
كَمَثَلِ
آدَمَ
خَلَقَهُ مِن
تُرَابٍ
ثِمَّ قَالَ
لَهُ
"Sesungguhnya perbandingan
kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti
kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman
kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia'
". (Ali Imran:59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah
kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat
kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi
kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang
diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan
Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).
Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi
Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya:
قَالَ
إِنِّي
عَبْدُ
اللَّهِ
آتَانِيَ الْكِتَابَ
وَجَعَلَنِي
نَبِيًّا
"Ia menjawab:
"Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab
Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi". (Maryam:30)
Firman Allah SWT
maksudnya:
وَإِنَّ
اللَّهَ
رَبِّي
وَرَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ
هَذَا
صِرَاطٌ
مُّسْتَقِيمٌ
"Dan sesungguhnya Allah
ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan
Dia, inilah jalan yang betul atau lurus". (Maryam:36)
Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawa Nabi Isa as.
Hanyalah seorang nabi dan Rasul bukanlah sebagai anak Tuhan
seperti yang didakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injil yang asal
dengan tegas dan jelas menyuruh para pengikutnya agar menyembah Allah semata
tidak menyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakan
pengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yang asli itu menurut selera mereka
sendiri, maka lahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkan beribu-ribu jumlahnya.
Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadap ajaran tauhid, bahkan beliau diancam
akan dibunuh, maka nabi Isa dibawa hijrah oleh
bondanya ke negeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindah
lagi ke negeri Nazarth daerah Palastin. Di negeri ini
beliau mulai ada pengikut yang membenarkan ajarannya iaitu Mengesakan Allah
SWT. Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabi
Isa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudah ditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu
diserahkan kepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukit Golgota.
Sesungguhnyaá
Allah telah mengangkatnya ke atas langit.
Memang banyak sekali pendapat manusia bahkan antara satu
dengan yang lainnya bertentangan. Maka sebaiknya
beriman sesuai dengan ketentuan didalam Al Quran.
Firman Allah maksudnya:
لَقَدْ
كَفَرَ
الَّذِينَ
قَالُواْ
إِنَّ اللّهَ
هُوَ
الْمَسِيحُ
ابْنُ
مَرْيَمَ وَقَالَ
الْمَسِيحُ
يَا
بَنِي
إِسْرَائِيلَ
اعْبُدُواْ
اللّهَ
رَبِّي
وَرَبَّكُمْ
إِنَّهُ مَن
يُشْرِكْ
بِاللّهِ
أَنصَارٍ
فَقَدْ
حَرَّمَ
اللّهُ
عَلَيهِ الْجَنَّةَ
وَمَأْوَاهُ
النَّارُ
وَمَا
لِلظَّالِمِينَ
مِنْ
"Demi
sesungguhnya, telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawasanya Allah ialah
Al Masih Ibni Maryam.
Padahal Al Masih sendiri berkata: "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat
kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang
yang berlaku zalim. (Al Maidah:72)
لَّقَدْ
كَفَرَ
الَّذِينَ
قَالُواْ
إِنَّ اللّهَ
ثَالِثُ
ثَلاَثَةٍ
وَمَا مِنْ
إِلَهٍ
إِلاَّ
إِلَهٌ
وَاحِدٌ
أَلِيمٌ
وَإِن لَّمْ
يَنتَهُواْ
عَمَّا
يَقُولُونَ
لَيَمَسَّنَّ
الَّذِينَ
كَفَرُواْ
مِنْهُمْ
عَذَابٌ
”Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah
ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan
itu, sudah tentu akan dikenakan orang yang kafir di antara mereka azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.” (Al Maidah:73)
Nabi Muhammad SAW (nabi dan rasul ke
25 yang terakhir) dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah
dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah
keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat
dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah
SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar
"Rahmatan Lil Alamin". ertinya
"Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk
seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabiá atau
rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya
menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan
rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara
bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian
Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan
wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya
menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir.
Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri
menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir
sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as
tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya:
وَإِذْ
قَالَ عِيسَى
ابْنُ
مَرْيَمَ يَا
بَنِي إِسْرَائِيلَ
إِنِّي
رَسُولُ
اللَّهِ
إِلَيْكُم
مُّصَدِّقًا
لِّمَا
بَيْنَ يَدَيَّ
مِنَ
التَّوْرَاةِ
وَمُبَشِّرًا
بِرَسُولٍ
يَأْتِي
مُّبِينٌ
مِن بَعْدِي
اسْمُهُ
أَحْمَدُ
فَلَمَّا جَاءهُم
بِالْبَيِّنَاتِ
قَالُوا
هَذَا سِحْرٌ
“Dan ketika Nabi Isa ibni
maryam berkata: Wahai Bani Israel, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada
kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab
Taurat, dan memberikan berita gembira dengan seorang Rasul yang akan datang
kemudian daripadaku bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: Ini ialah sihir yang
jelas nyata!” (As Saff:6)
Firman Allah SWT lagi
maksudnya:
مَّا
كَانَ
مُحَمَّدٌ
أَبَا أَحَدٍ
مِّن رِّجَالِكُمْ
وَلَكِن
رَّسُولَ
اللَّهِ وَخَاتَمَ
النَّبِيِّينَ
وَكَانَ
اللَّهُ
بِكُلِّ شَيْءٍ
عَلِيمًا
“Bukanlah Nabi Muhammad itu
menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia
adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi. Dan Allah
adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”(Al Ahzab:40)
Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau
pelengkap atau 'Full Release Version' dalam menyempurnakan segala syariat
nabi-nabi terdahulu dan sesuai menurut keperluan dan keadaan atau suasana
manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day).
Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah
Islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada
segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW
diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala
yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Dinukil dari Nurul
Amin