INGAT KEPADA ALLAH
Allah Yang
Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya
berzikirillah seperti berikut:
Kelebihan Zikir Kepada Allah
Allah Yang
Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya
berzikirillah seperti berikut:
وَاذْكُرِ اسْمَ
رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
وَمِنَ اللَّيْلِ
فَاسْجُدْ
لَهُ وَسَبِّحْهُ
لَيْلًا طَوِيلًا
Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi
dan petang, dan pada sebahagian
dari malam, maka sujudlah kepadaNya
dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari. Surah Al Insan, Ayat 25
& 26
وَاذْكُر رَّبَّكَ
فِي نَفْسِكَ
تَضَرُّعاً
وَخِيفَةً
وَدُونَ الْجَهْرِ
مِنَ الْقَوْلِ
بِالْغُدُوِّ
وَالآصَالِ
وَلاَ تَكُن مِّنَ
الْغَافِلِينَ
Dan sebutlah nama
Tuhanmu dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut,
dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang,
dan janganlah kamu termasuk orang-orang
yang lalai. Surah Al Araaf, Ayat
205
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ
اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
وَعَلَىَ
جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ
رَبَّنَا
مَا
خَلَقْتَ هَذا
بَاطِلاً
سُبْحَانَكَ
فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Orang
yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring
mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata): Wahai Tuhan kami!
Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari azab neraka. Surah Al Imran Ayat 191
لِذِكْرِي إِنَّنِي أَنَا
اللَّهُ لَا إِلَهَ
إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي
وَأَقِمِ
الصَّلَاةَ
Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu,
sembahlah akan Daku, dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati Daku.. Surah Taha Ayat 14.
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ
الْآخِرَ
وَذَكَرَ
اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya,
adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati
Allah Surah Al Ahzaab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah,
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan
kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu
dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam
suatu majlis yang lebih baik daripada
mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta.
Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan
datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah
r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t
Yang Maha Memberkati lagi
Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa
memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada
satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut
mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan
melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut
dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik
ke langit.
|
Allah s.w.t
bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka: |
Dari mana kamu datang? |
|
Malaikat menjawab: |
Kami
datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu. |
|
Allah s.w.t
berfirman: |
Apakah
yang mereka pohonkan.? |
|
|
Mereka
memohon Syurga dari-Mu. |
|
Allah berfirman: |
Apakah
mereka pernah melihat Syurga-Ku? |
|
|
Belum,
wahai Tuhan. |
|
Allah berfirman: |
Bagaimanakah
agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku? |
|
Malaikat berkata lagi: |
Mereka
juga memohon daripada-Mu perlindungan. |
|
Allah berfirman: |
Mereka
pohon perlindungan-Ku dari apa? |
|
Malaikat menjawab: |
Dari Neraka-Mu, wahai tuhan. |
|
Allah berfirman: |
Apakah
mereka pernah melihat Neraka-Ku? |
|
Malaikat menjawab: |
Belum. |
|
Allah berfirman: |
Bagaimanakah
agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku. |
|
Malaikat terus berkata: |
Mereka
juga memohon keampunan-Mu. |
|
Allah berfirman: |
Aku
sudah mengampuni mereka. Aku telah
kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah
berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan. |
|
Malaikat berkata lagi: |
Wahai
tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat
untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin
menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu. |
|
Allah berfirman: |
Aku
juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan. |