Islam Agama Yang Memudahkan
Oleh: Ustaz Emran Ahmad
Ba (hons) pengajian Islam, Ma (Aqidah) Yaman.
San'a Yaman.
Sesungguhnya Islam merupakan agama yang mudah dan menyenangkan manusia bukan
menyusahkan atau menyempitkan. Deen Islam ini diturunkan Allah swt kepada
manusia sebagai rahmat dan hidayah yang membawa manusia kepada kebaikan dan
kebahagiaan seperti firman Allah swt :
وَمَا
أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا
رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“ Dan tidaklah kami utuskan Engkau
(Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam” (Al-Anbiya : 107).
Rahmat Islam itu didatangkan oleh Allah swt sebagai penyelamat manusia dari
kesesatan dan pembimbing dalam kehidupan untuk seluruh alam dan manusia tanpa
dikecualikan sesiapa pun.
وَمَا
أَرْسَلْنَاكَ
إِلَّا
كَافَّةً لِّلنَّاسِ
بَشِيرًا
وَنَذِيرًا
وَلَكِنَّ
أَكْثَرَ
النَّاسِ لَا
يَعْلَمُونَ
“Dan tiadalah Kami
mengutusmu melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa
berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.” (Saba : 28).
Setiap manusia itu tertakluk kepada hukum Allah swt dan merupakan hamba yang
wajib melaksanakan tangungjawabnya sebagai hamba kepada zat yang Maha Kuasa
dengan beribadah kepada-Nya menurut perintah dan pertunjuk dari-Nya.
وَمَا
خَلَقْتُ
الْجِنَّ
وَالْإِنسَ
إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ
“ Dan tidaklah kami menciptakan jin dan
manusia itu melainkan untuk beribadah kepada kami” (Adz-Zariyat : 56).
Perintah untuk beribadah itu tertakluk kepada seluruh manusia dan kepada semua
golongan serta keadaan. Setiap manusia itu wajib melaksanakan tuntutan sebagai
hamba kepada Allah swt semampunya dan menurut pertunjuk yang sahih iaitu
Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Islam tidak membebankan manusia sebaliknya bahkan memudahkan dan menyenangkan
manusia disamping tidak sampai membiarkan manusia itu mengabaikan tanggungjawab
sebagai hamba kepada tuhannya. Setiap taklifan atau tuntutan dari Islam itu
ditentukan menurut kadar kemampuan yang sesuai dengan manusia itu sendiri.
لاَ
يُكَلِّفُ
اللّهُ
نَفْسًا
إِلاَّ وُسْعَهَا
“ Tidaklah Allah meletakkan
tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya”
(Al-Baqarah : 286).
Demikianlah prinsip Islam yang merupakan rahmat serta memudahkan kepada manusia
di samping tetap menjaga hak manusia sebagai hamba maka Islam juga tidak sampai
mengabaikan hak Allah swt sebagai penguasa dan tuhan rabbul alamin.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari Muaz bin Jabal ra, bahawa baginda
salalallahualaihiwasalam pernah bersabda :
فأن حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئا
“ Hak Allah ke atas hamba-Nya ialah
kewajipan bagi setiap hamba untuk menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya ,dan
hak hamba kepada Allah ialah untuk tidak diazab hamba-Nya yang tidak
mensyirikkan-Nya.” (Hadith Sahih, riwayat
Bukhari no.77).
Sesungguhnya Allah swt sangat mengasihi hamba-Nya dan Dialah yang telah
menciptakan manusia pada awal-awalnya dan sudah pasti setiap perihal dan
kelemahan manusia itu sudah diketahui-Nya sejak awal-awal. Maka bukan sesuatu
yang pelik apabila sebagai Pencipta Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini
sebagai deen yang sempurna kepada manusia untuk semua keadaan sesuai dengan
fitrah dan kehidupan mereka.
عَلَيْهَا
لَا
تَبْدِيلَ
لِخَلْقِ
اللَّهِ فِطْرَةَ
اللَّهِ
الَّتِي
فَطَرَ
النَّاسَ
“Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah
patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;”
(Surah Ar-Rum :30).
أَكْمَلْتُ
لَكُمْ
دِينَكُمْ الْيَوْمَ
الإِسْلاَمَ
دِينًا وَأَتْمَمْتُ
عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ
لَكُمُ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu"
(Surah Al-Mai'dah : 3).
اللّهُ
بِكُمُ
الْيُسْرَ
وَلاَ
يُرِيدُ بِكُمُ
الْعُسْرَ
“ Allah mengehendaki kesenangan kepada
kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al-Baqarah :
185).
Dijelaskan dalam firman Allah di atas bahawa syariat Islam itu sebenarnya sudah
mudah dan sesuai kepada manusia dalam apa jua keadaan cumanya manusia itu
sendiri masih jahil dan bersikap engkar. Syariat Islam itu diturunkan oleh
Allah swt dan ditetapkan kepada manusia sebagai memudahkan manusia itu sendiri
dan pertunjuk jalan yang selamat.
عَلَيْكُمْ
فِي الدِّينِ
مِنْ حَرَجٍ
مِّلَّةَ هُوَ
اجْتَبَاكُمْ
وَمَا جَعَلَ
“ Dan tidaklah kami menjadikan deen
ini kepada kamu sebagai sesuatu yang menyusahkan” (Al-hajj :
78).
Bukanlah syariat itu sebagai beban sebaliknya ianya diturunkan sebagai panduan
dan bimbingan dari Allah swt ke jalan yang selamat yang ditetapkan oleh-Nya
sebagai syarat mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
الْحَمْدُ
لِلّهِ
الَّذِي
هَدَانَا
لِهَذَا
وَمَا كُنَّا
لِنَهْتَدِيَ
لَوْلا أَنْ
هَدَانَا
اللّهُ
لَقَدْ
جَاءتْ رُسُلُ
رَبِّنَا
بِالْحَقِّ
وَنُودُواْ
أَن تِلْكُمُ
الْجَنَّةُ
أُورِثْتُمُوهَا
بِمَا
كُنتُمْ
تَعْمَلُونَ
“Segala puji tertentu bagi Allah
yang telah memberi petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami
tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami;
sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami dengan membawa kebenaran. Dan
mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa
yang kamu telah kerjakan..” (Surah Al’Araf : 43).
Hendaklah setiap manusia yang beriman kepada Allah swt menyerah dirinya kepada
Islam dan syariatnya dalam apa jua keadaan baik dalam lemah atau ketika kuat
dan gagah. Baik ketika sihat atau sedang sakit hendaklah selalu mengingati
Allah dan menyerah diri kepada syariat Islam dengan melaksanakan segala
perintah dan meninggalkan segala larangan dengan hati yang tunduk dan menyerah
ikhlas.
وَمَن
يُسْلِمْ
وَجْهَهُ
إِلَى
اللَّهِ وَهُوَ
مُحْسِنٌ
فَقَدِ
اسْتَمْسَكَ
بِالْعُرْوَةِ
الْوُثْقَى
وَإِلَى
اللَّهِ
عَاقِبَةُ
الْأُمُورِ
“Dan sesiapa yang
berserah diri kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan
kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)
yang teguh; dan kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” (Surah Luqman : 22).
Ibadah Dalam Islam
Perintah supaya beribadah kepada Allah swt itu haruslah
didasari dengan ilmu dan kefahaman yang sahih yang disampaikan oleh Allah swt
kepada hamba-Nya melalui perantaraan rasul-Nya Muhammad salallahualaihiwasalam
sebagai penerang dan penjelas kepada segala perintah dan larangan Allah swt.
مَّا
أَفَاء
اللَّهُ
عَلَى
رَسُولِهِ
مِنْ أَهْلِ
الْقُرَى
فَلِلَّهِ
وَلِلرَّسُولِ
وَلِذِي
الْقُرْبَى
وَالْيَتَامَى
وَالْمَسَاكِينِ
وَابْنِ
السَّبِيلِ
كَيْ لَا
يَكُونَ
دُولَةً بَيْنَ
الْأَغْنِيَاء
مِنكُمْ
وَمَا آتَاكُمُ
الرَّسُولُ
فَخُذُوهُ
وَمَا
نَهَاكُمْ عَنْهُ
فَانتَهُوا
وَاتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ
اللَّهَ
شَدِيدُ
الْعِقَابِ
" Apa yang Allah
kurniakan kepada Rasul-Nya dari harta penduduk negeri dengan tidak berperang,
maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan Rasulullah, dan bagi kaum kerabat,
anak-anak yatim, orang miskin serta orang musafir. Supaya harta itu tidak hanya
beredar di antara orang kaya dari kalangan kamu. Apa jua yang dibawa oleh
Rasulullah kepada kamu maka terimalah ia, dan apa jua yang dilarang kamu
melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya. " (Al-Hasyr: 7).
Sabda baginda salallahualaihiwasalam :
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
“ Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab
Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya.” (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho no 898, Hakim dalam Mustadrak
no.63).
Berkata Fudhail Ibn Iyad ra, “Hendaklah
kamu ikhlas dan benar dalam beramal, ikhlas apabila kamu beramal hanya kerana
Allah dan benar apabila amalan kamu itu menepati pertunjuk sunnah”.
Sesungguhnya sunnah itu berperanan sebagai penerang dan penjelas bagi Al-Qur’an
di samping sebagai pertunjuk yang sahih selepas Al-Qur’an.
Fungsi sunnah juga ialah sebagai pentafsir dan penjelas kepada isi-isi
kandungan Al- Quran sebagaimana disebut oleh baginda salallahualaihiwasalam :
ألا أوتيت القرأن ومثله معه
“ Bukankah aku ini diberikan Al-Quran
kepadaku dan sesuatu yang menyerupainya (Sunnah) ” (Hadith Sahih, riwayat Abu Daud no. 4604, lihat dalam Sahih Jami’ no.
2643). Imam Syafie ra juga pernah mengatakan “ Setiap yang dihukumkan oleh
rasulullah merupakan apa yang hasil dari Al-Quran.” (lihat dalam Mabahis Fi
Ulum Quran, m/s 302).
Asas ibadah dalam Islam ialah keikhlasan
dan menuruti pertunjuk sunnah, dari dua perkara ini maka lahirlah sesuatu
amalan itu sebagai ibadah dan amalan kebajikan. Seandainya amalan yang dibuat
tanpa ikhlas maka segala amalan hanyalah sia-sia dan merupakan syirik kepada
Allah swt .
فِيهَا
كُتُبٌ
قَيِّمَةٌ
“ Dan tidaklah kamu diperintahkan
melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen
yang lurus” (Al-Baiyinah : 3).
أَنَّمَا
إِلَهُكُمْ
إِلَهٌ
وَاحِدٌ
فَمَن
كَانَ
يَرْجُو
لِقَاء
رَبِّهِ
فَلْيَعْمَلْ
عَمَلًا
صَالِحًا
وَلَا
يُشْرِكْ
بِعِبَادَةِ
رَبِّهِ
أَحَدًا
“Bahawa sesungguhnya
hanyalah Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu/esa; maka sesiapa yang berharap
akan bertemu Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah
ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.” (Al-Kahfi : 110).
Jika sesuatu amalan itu dibuat tanpa menurut pertunjuk sunnah pula maka
amalannya hanya akan ditolak dan menjadi sia-sia juga kerana tidak akan
diterima di sisi Allah swt.
Sabda baginda Salallahualaihiwasalam :
من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهوا رد
“ Barangsiapa yang mengada-adakan
sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka
sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
Maka inilah yang ditakuti menimpa mereka yang beribadah tanpa ilmu dan
beteraskan kejahilan dan ikutan buta serta hanya berdasarkan sangkaan sedang
perbuatan itu sangatlah dicela.
وَلاَ
تَقْفُ مَا
لَيْسَ لَكَ
بِهِ عِلْمٌ إِنَّ
السَّمْعَ
وَالْبَصَرَ
وَالْفُؤَادَ
كُلُّ
أُولئِكَ
كَانَ عَنْهُ
مَسْؤُولاً
"Dan janganlah kamu mengikut
sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu,
penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36).
" Sungguh sangkaan mereka
langsung tidak membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada
kebenaran sedikitpun" (Surah Yunus : 36).
Disebut dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa baginda
salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud “ Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para
malaikat menghambat sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari
ummat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku,
maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat
selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah).
(Hadith Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).
Maka sebagai mencari jalan keluar dari kebahayaan kejahilan dan kesilapan dalam
beramal wajarlah mengusahakan mendapatkan pengajaran dari mereka yang
mengetahui akan kitab Allah dan sunnah rasul-Nya dengan pemahaman yang sahih dan
benar.
أَهْلَ
الذِّكْرِ
إِن كُنتُمْ
لاَ تَعْلَمُونَ
فَاسْأَلُواْ
“ Bertanyalah kamu kepada orang yang
mengetahui jika kamu tidak mengetahui” (An-Nahl : 43).
Melalui ilmu yang bersumber dari Kitab dan Sunnah berteraskan pemahaman yang
sahih maka seseorang itu akan terselamat dari azab dunia dan akhirat dan
hendaklah mengambil ilmu itu dari mereka yang benar dan sahih pada ilmu dan
amal.
Kerana menurut riwayat Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu
mengambil ilmu dari para pembesar(ulama') mereka dan jika mereka mengambil dari
As-shaghir yang buruk, mereka pasti hancur.”
Mereka yang dimaksud sebagai
As-shaghir ialah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan dari Ibnul Abdil Bar,
bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”.Dia
menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal / menafsir sendiri tanpa
merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil dari pembesar (Ulama') bukan
termasuk Ashaghir.” ( Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan
al Ilmi, m/s 248).
Bahkan Ali bin Abi Thalib ra pun berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah
agama.” (Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, m/s
121).
مَا
الْكِتَابُ
وَلَا
الْإِيمَانُ
وَلَكِن
جَعَلْنَاهُ
نُورًا
نَّهْدِي بِهِ
مَنْ
مَا كُنتَ
تَدْرِي
نَّشَاء
مِنْ
عِبَادِنَا
وَإِنَّكَ
لَتَهْدِي
إِلَى
صِرَاطٍ
مُّسْتَقِيمٍ
"Engkau tidak mengetahui apakah Kitab itu dan tidak juga iman itu; akan
tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau
benar-benar memberi petunjuk dengan Al-Qur'an itu ke jalan yang lurus.." (Surah Syuura : 52).
(diaturhuruf oleh: har)