![]()
Kesempurnaan
Agama Islam
Penulis:
Al Ustadz Muslim Abu Ishaq
Islam
sebagai satu-satunya agama yang dipilih oleh Allah Taala sebagaimana firman-Nya :
إِنَّ
الدِّينَ
عِندَ اللّهِ
الإِسْلاَمُ
"Sesungguhnya agama (yang
benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam." (Ali Imran : 19)
Merupakan kebenaran mutlak yang datang dari Allah Taala dan
tidak ada kebenaran selain Islam, maka siapa yang menginginkan selain Islam
bererti dia memilih kebatilan dan dalam keadaan merugi.
Allah Ta'ala berfirman :
أَفَغَيْرَ
دِينِ اللّهِ
يَبْغُونَ
وَلَهُ
أَسْلَمَ مَن
فِي
السَّمَاوَاتِ
وَالأَرْضِ
طَوْعًا
وَكَرْهًا
وَإِلَيْهِ
يُرْجَعُونَ
"Apakah selain agama
Allah (Islam) yang mereka inginkan, padahal hanya kepada Allah-lah berserah
diri segala apa yang ada di langit dan di bumi baik dengan tunduk (taat) mahupun
dipaksa dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan." (Ali Imran : 83)
وَمَن
يَبْتَغِ
غَيْرَ
الإِسْلاَمِ
دِينًا فَلَن
يُقْبَلَ
مِنْهُ
وَهُوَ فِي
الآخِرَةِ
مِنَ
الْخَاسِرِينَ
"Dan siapa yang menginginkan
selain Islam sebagai agamanya maka tidak akan diterima darinya agama tersebut
dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang merugi." (Ali Imran : 85).
Agama yang hak ini telah disempurnakan oleh Allah Taala dalam
segala segi, segala yang diperlukan hamba untuk kehidupan dunia dan akhiratnya
telah dijelaskan, sehingga tidak luput satu percakapan melainkan Islam telah
mengaturnya.
Allah Taala berfirman :
الإِسْلاَمَ
دِينًا
أَكْمَلْتُ لَكُمْ
دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ
عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ
لَكُمُ الْيَوْمَ
"Aku telah sempurnakan bagimu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan
Islam itu menjadi agamamu." (Al Maidah : 3)
Al Hafidh
Ibnu Katsir rahimahullah dalam Tafsirnya berkata : "Ini merupakan nikmat Allah yang terbesar bagi ummat ini, dimana
Allah telah menyempurnakan bagi mereka agama mereka sehingga mereka tidak perlu
kepada selain agama Islam dan tidak perlu kepada Nabi selain Nabi mereka selawatullahi
wasalaamu alaihi. Kerana itulah Allah menjadikan Nabi ummat ini (Muhammad
shallallahu alahi wasallam, pent.) sebagai penutup para Nabi dan Allah
mengutusnya untuk kalangan manusia dan jin, maka tidak
ada perkara yang haram kecuali apa yang dia haramkan, dan tidak ada agama
kecuali apa yang dia syariatkan. Segala sesuatu yang dia
kabarkan adalah kebenaran dan kejujuran tidak ada kedustaan padanya dan tidak
ada penyuluhan." (Tafsir Al Quranul Adzim 3/14. Dar Al
Ma'rifat).
Pernah datang seorang Yahudi kepada Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu 'anhu lalu
ia berkata : [ Wahai Amirul Mukminin! Seandainya ayat ini : "Pada hari
ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kusempurnakan
nikmat-Ku bagi kalian dan Aku ridha Islam sebagai agama kalian."... turun atas kami, nescaya kami akan jadikan hari turunnya
ayat tersebut sebagai hari raya. Maka Umar menjawab : "Sesungguhnya aku tahu pada hari apa
turun ayat tersebut, ayat ini turun pada hari Arafah bertepatan dengan hari Jum'at."
(Riwayat
Bukhari dalam Shahih-nya nomor 45,4407,4606).
Ayat yang menunjukkan kesempurnaan Islam ini memang patut
dibanggakan dan hari turunnya patut dirayakan sebagai hari besar. Namun kita tidak perlu membuat-buat hari raya baru kerana Allah
menurunkannya tepat pada hari besar yang dirayakan oleh seluruh kaum Muslimin,
yaitu hari Arafah dan hari Jumaat.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sebagai utusan Allah
Taala kepada umat ini telah menunaikan amanah dan menyampaikan risalah dari
Allah dengan sempurna. Maka tidaklah beliau shallallahu alaihi wasallam
wafat melainkan beliau telah menjelaskan kepada umatnya seluruh apa yang mereka perlukankan.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Hudzaifah radhiyallahu ‘anhu,
ia berkata : "Sungguh
Nabi shallallahu alaihi wasallam berkhutbah di hadapan kami dengan suatu
khutbah yang beliau tidak meninggalkan sedikitpun perkara yang akan berlangsung
sampai hari kiamat kecuali beliau sebutkan ilmunya ... ."
(Shahih Bukhari nomor 6604).
Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya (juz 4 halaman 2217) dari Abu Zaid
Amr bin Akhthab radhiallahu 'anhu, ia berkata :
"Rasullullah shallallahu alaihi wasallam solat Subuh bersama kami.(Selesai
solat) beliau naik ke mimbar lalu berkhutbah di hadapan kami hingga tiba waktu
Duhar, beliau turun dari mimbar dan solat Duhar. Kemudian
beliau naik lagi ke mimbar lalu berkhutbah di hadapan kami hingga tiba waktu Asar,
kemudian beliau turun dari mimbar dan solat Asar. (Setelah
solat Asar) beliau naik ke mimbar lalu mengkhutbahi kami hingga tenggelam
matahari. Dalam khutbah tersebut beliau mengabarkan pada kami apa yang
telah berlangsung dan apa yang akan berlangsung.."
Bidaah Adalah Kesesatan
Dengan kesempurnaan yang dimiliki, syariat Islam tidak lagi memerlukan
penambahan, pengurangan, ataupun perubahan, atau lebih simpelnya hal-hal ini
diistilahkan bidaah dalam agama yang telah diperingatkan dengan keras oleh
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam sabda beliau : "Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah
ucapan Allah dan sebaik-baik ajaran adalah ajaran Rasulullah. Dan sesungguhnya sejelek-jelek perkara adalah sesuatu yang
diada-adakan (dalam agama), karena sesungguhnya sesuatu yang baru diada-adakan
(dalam agama) adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah kesesatan." (HR.
Muslim no. 867)
Mengapa Bidaah Dan Pembuatnya Dikatakan Sesat ?
Kerana, pertama, boleh jadi pembuat bidaah itu menganggap
ajaran agama ini belum sempurna hingga perlu penyempurnaan dari hasil pemikiran
manusia. Dengan anggapan demikian bererti ia
mendustakan firman Allah Ta'ala yang memberikan kesempurnaan agama ini.
Kedua, boleh jadi ia menganggap agama ini telah
sempurna, namun ada perkara yang belum disampaikan oleh Rasulullah shallallahu
alaihi wasallam, yang bererti ia menuduh beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam
telah berkhianat dalam penyampaian risalah. Padahal para sahabat seperti Abu
Dzar radliyallahu anhu mempersaksikan :
"Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun
yang mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau menyebutkan
ilmunya pada kami."
Abu Dzar kemudian berkata :
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : "Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat mendekatkan ke Syurga
dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah diterangkan pada kalian."
(HR. Thabrani dalam Mu'jamul Kabir, lihat As Shahihah karya Syaikh Albani
rahimahullah 4/416 dan hadis ini memiliki pendukung dari riwayat lain).
Imam Malik rahimahullah berkata : Barangsiapa yang mengada-adakan dalam Islam sesuatu kebidaahan dan
menganggapnya baik bererti ia telah menuduh Rasulullah telah berkhianat dalam
menyampaikan risalah.
Kerana Allah telah berfirman : "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama
kalian." Maka apa yang waktu itu (pada masa Rasulullah
dan para sahabat beliau) bukan bahagian dari agama, (maka) pada hari ini pun
bukan bahagian dari agama." (Lihat Al I'tisham oleh Imam
Syathibi halaman 37)
Ketiga, mungkin pembuat bidaah itu menganggap dirinya lebih
berilmu dibanding Rasulullah shallallahu alaihi wasallam sehingga dia tahu ada
amalan baik yang tidak diketahui dan tidak diajarkan oleh Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam.
Apakah Teranggap Niat Baik Seseorang
Ketika Berbuat Bidaah ?
Bagaimana bila ada orang yang berkata bahawa ia membuat-buat amalan bidaah atau
mengerjakannya dengan niat yang baik dan ikhlas kerana Allah
? Maka dijawab bahawa syarat diterimanya suatu amalan tidaklah sekedar
niat baik atau ikhlas, namun juga harus dibarengi dengan Mutaba'ah Ar Rasul
(mengikuti Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam),
adakah contohnya dari beliau atau tidak.
Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah Ta'ala (yang artinya) :
"Maka siapa yang
mengharapkan perjumpaan dengan Rabb-nya hendaklah dia melakukan amal salih dan
janganlah dia menyekutukan Rabb-nya dengan seorang pun dalam peribadatan
kepada-Nya." (QS. Al Kahfi : 10)
Beliau rahimahullah berkata : [ Firman Allah : " ... hendaklah ia
melakukan amal salih ... ." Yang sesuai dengan syariat
Allah. Dan firman-Nya : " ... dan
janganlah dia menyekutukan Rabb-nya dengan seorang pun dalam peribadatan
kepada-Nya." Yang diinginkan dalam beribadah tersebut
adalah wajah Allah saja tanpa menyekutukan-Nya. Dua
rukun diterimanya amalan adalah (pertama) harus dilakukan ikhlas kerana Allah
dan (kedua) amalan tersebut benar dan sesuai dengan syariat Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam." (Tafsir Ibnu Katsir 3/114) ].
Terhadap firman Allah Ta'ala :
الَّذِي
خَلَقَ
الْمَوْتَ
وَالْحَيَاةَ
لِيَبْلُوَكُمْ
أَيُّكُمْ
أَحْسَنُ
عَمَلًا
وَهُوَ
الْعَزِيزُ
الْغَفُورُ
"Dialah yang menciptakan
kematian dan kehidupan, untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang lebih
amalnya;dan Ia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun."
(QS. Al Mulk : 2)
Al
Fudlail bin Iyadl rahimahullah berkata : "Amalan yang paling baik adalah amalan yang
paling ikhlas dan paling benar/tetap. Karena amalan yang
hanya disertai keikhlasan namun tidak benar maka amalan itu tidak diterima.
Dan sebaliknya, bila amalan itu benar namun tidak dibarengi keikhlasan juga
tidak akan diterima."
Pernah datang tiga orang shahabat Nabi shallallahu alaihi
wasallam ke rumah isteri-isteri beliau guna menanyakan tentang ibadah beliau.
Tatkala diberitahukan kepada mereka, mereka menganggapnya kecil dan mereka berkata : "Apa
kedudukan kita dibanding Nabi shallallahu alaihi wasallam, beliau telah
diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang belakangan." Berkata
salah seorang dari mereka : "Aku akan solat sepanjang malam tanpa tidur selamanya."
Yang kedua berkata : "Aku akan berpuasa sepanjang tahun dan
tidak akan berbuka." Yang terakhir berkata : "Aku akan menjauhi wanita maka aku
tidak akan menikah selamanya."
Lalu datanglah Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dan ucapan-ucapan mereka
disampaikan kepada beliau, maka beliau bersabda : "Apakah kalian yang
mengatakan begini dan begitu ?! Ketahuilah! Demi Allah, aku adalah orang yang
paling takut kepada Allah dibanding kalian dan paling bertakwa kepada-Nya, akan
tetapi aku puasa dan aku berbuka, aku solat dan aku tidur, dan aku juga
menikahi wanita. Siapa yang benci (berpaling) terhadap sunnahku
maka ia bukan dari golonganku (orang-orang yang menjalankan sunnahku)."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Kalau kita lihat keberadaan tiga orang ini maka kita dapatkan niat mereka yang
baik iaitu untuk bersungguh-sungguh melakukan ibadah kepada Allah, namun apakah
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menyetujui
perbuatan mereka? Jawabannya dapat kita lihat dari pernyataan
beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas.
Benar sekali apa yang diucapkan oleh shahabat Nabi, Abdullah bin Mas'ud
radhiyallahu anhu : "Sederhana dalam sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh
dalam perbuatan bidaah."
Orang-orang yang mengadakan bidaah itu walaupun niatnya baik tetap tertolak
dengan dalil hadis Nabi shallallahu alaihi wasallam : "Siapa yang mengada-adakan sesuatu
amalan di dalam urusan (agama) kami ini dengan yang bukan bahagian dari agama
ini maka amalan itu tertolak." (HR. Bukhari dan Muslim dalam Shahih
keduanya)
Dan beliau bersabda :"Siapa yang mengamalkan suatu amalan
yang tidak ada
perintahnya dari kami maka amalan itu tertolak." (HR. Muslim). Kerana itu yang wajib bagi kaum Muslimin adalah mencukupkan diri
dengan ibadah-ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tanpa
menambah
ataupun menguranginya.
Adakah Bid'ah Hasanah
?
Tidak ada dalam agama ini istilah pembahagian bidaah menjadi bidaah hasanah
(bidaah yang baik) dan bidaah sayyiah (bidaah yang jelek) kerana Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam telah menegaskan : "Setiap bidaah adalah sesat dan setiap
kesesatan tempatnya di neraka." (HR. Muslim dalam Shahih-nya, sedang
tambahannya diriwayatkan dalam Sunan Nasa'i) Lalu bagaimana dengan ucapan Umar
radhiallahu anhu ketika melihat pelaksanaan solat terawih secara berjamaah : "Sebaik-baik
bidaah adalah perbuatan ini." (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam
Shahih-nya)
Maka kita katakan bahawa yang dimahukan oleh Umar dengan ucapannya tersebut
adalah pengertian bidaah secara bahasa, bukan secara syariat, kerana Umar
mengucapkan perkataan demikian sehubungan dengan berkumpulnya manusia di bawah
satu imam dalam pelaksanaan solat terawih, sementara solat terawih secara
berjemaah telah disyariatkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dimana
beliau sempat mengerjakannya selama beberapa malam secara berjemaah dengan para
shahabatnya, kemudian beliau tinggalkan kerana khuwatir hal itu diwajibkan atas
mereka. Sehingga setelah itu manusia mengerjakan terawih
secara sendiri-sendiri atau dengan jemaah yang terpisah-pisah
(berbilang/berkelompok-kelompok).
Lalu pada masa pemerintahannya Umar radhiallahu 'anhu, Umar radhiallahu 'anhu
mengumpulkan mereka di bawah pimpinan satu imam sebagaimana pernah dilakukan di
zaman Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, karena wahyu
telah berhenti turun dengan meninggalnya beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam
dan bererti tidak ada lagi kekhuwatiran diwajibkannya perkara tersebut.
Dengan demikian Umar radhiallahu 'anhu menghidupkan kembali sunnah terawih
secara berjemaah dan ia mengembalikan sesuatu yang sempat terputus, maka
teranggaplah perbuatannya tersebut sebagai bidaah dalam pengertian bahasa,
bukan pengertian syariat, kerana bidaah yang syari hukumnya haram, tidak
mungkin Umar radhiallahu 'anhu ataupun selainnya dari kalangan sahabat
melakukan hal tersebut, sementara mereka tahu peringatan keras dari Nabi radhiallahu
'anhu akan perbuatan bidaah. (Dzahirut Tabdi’, halaman 43-44).
Adapun di masa Abu Bakar radiallahu anhu, sunah terawih secara berjemaah ini
tidak sempat dihidupkan kerana khilafah beliau hanya sebentar dan ketika itu
beliau disibukkan dengan orang-orang yang murtad dan enggan membayar zakat,
demikian keterangan Imam Syathibi dalam kitabnya Al I'tisham, wallahu a'lam.
Semoga Allah merahmati sahabat Nabi, Abdullah Bin Umar radiallahu anhuma yang berkata : "Setiap
bidaah adalah sesat sekalipun manusia memandangnya baik."
Hukum Membuat Bidaah
Dalam Agama
Hukum membuat bidaah dalam agama adalah haram berdasarkan Al Qur'an, As Sunnah,
dan ijma’ (kesepakatan ulama), kerana membuat bidaah bererti menetapkan syariat
yang menyaingi syariat Allah, yang bererti menentang dan mengadakan permusuhan
terhadap Allah dan Rasul-Nya. (Hurmatul Ibtida' fid Dien wa Kullu Bid'atin Dlalalah, Abu Bakar Jabir Al Jazairi,
halaman 8)
Contoh Bidaah Dalam Hari Raya/Hari
Besar Yang Disandarkan Kepada Islam
Dalam syariat agama yang mulia ini hanya dikenal adanya dua hari raya/ied, sebagaimana
disebutkan dalam hadis riwayat Anas bin Malik radhiallahu 'anhu :
Nabi shallallahu alaihi wasallam datang ke Madinah dan ketika itu penduduk
Madinah memiliki dua hari raya yang mereka boleh bersenang-senang di dalamnya
pada masa jahiliyyah, maka beliau bersabda : "Aku datang pada kalian dalam keadaan kalian memiliki dua hari
raya yang kalian bersenang-senang di dalamnya pada masa jahiliyyah. Dan sungguh Allah telah menggantikan bagi kalian dua hari tersebut
dengan yang lebih baik yaitu hari Nahr (Iedul Adha) dan Iedul Fitri."
(HR Ahmad, Abu Daud, Nasa'i dan Baghawi)
Iedul Adha dan Iedul Fitri lebih baik daripada dua hari raya yang dimiliki
penduduk Madinah karena Iedul Adha dan Iedul Fitri ditetapkan dengan syariat
Allah yang dipilih-Nya untuk hamba-Nya dan kedua hari raya tersebut mengiringi
dua amalan besar dalam Islam yaitu haji dan puasa. Sedangkan
hari Nairuz dan Mahrajan ditetapkan dengan pilihan manusia. (Ahkamul
Iedain fis Sunnatil Muthahharah, halaman15-16)
Apabila kita telah mengetahui bahawa hari raya dalam Islam
hanya ada dua, maka selain dari dua hari raya ini adalah hari raya yang
diada-adakan (bidaah), kemudian dinisbahkan kepada agama.
Contohnya seperti :
- Isra' Mi'raj. Perayaan ini meniru perayaan Paskah (kenaikan Isa Al Masih)
umat Nashrani, padahal kita dilarang meniru orang-orang kafir, Nabi Shallallahu
'Alaihi Wa Sallam sendiri memperingatkan : "Siapa
yang meniru-niru suatu kaum maka ia termasuk golongan kaum tersebut."
- Perayaan Nuzul Qur'an
- Perayaan tahun baru Islam 1 Muharram, yang meniru perayaan tahun baru Masehi.
- Maulid Nabi, yang meniru Nashrani dalam perayaan
- Dan lain-lain.
Bila ada yang mengatakan bahawa orang-orang yang mengadakan dan merayakan
perayaan seperti Maulid Nabi adalah karena cinta kepada Nabi shallallahu alaihi
wasallam dan mengagungkan beliau, maka kita jawab bahawa para sahabat
Nabi shallallahu alaihi wasallam dan generasi terbaik setelah mereka (generasi
Salafus Shalih) tidak pernah melakukan hal tersebut, padahal mereka adalah
orang-orang yang tidak diragukan kecintaannya kepada Rasulullah Shallallahu
'Alaihi Wa Sallam dan tidak disangsikan pengagungan mereka kepada beliau, serta
mereka adalah orang-orang yang sangat bersemangat untuk melakukan amalan
kebajikan. Seandainya perayaan Maulid itu baik, nescaya
mereka adalah orang pertama yang melakukannya. Dan
demikian yang kita katakan terhadap setiap amalan yang diada-adakan dalam agama
ini. Seandainya amalan itu baik maka para pendahulu
kita yang soleh tentunya telah mendahului kita dalam mengamalkannya.
Ketahuilah, pernyataan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
bukan diwujudkan dengan mengadakan perayaan seperti Maulid, namun bukti cinta
kepada beliau diwujudkan (dibuktikan) dengan mengikuti beliau, mentaati,
mengikuti perintahnya, menghidupkan sunnahnya baik secara lahir mahupun batin,
menyebarkan dakwah beliau, berjihad untuk menegakkan dakwah baik dengan hati,
lisan, mahupun anggota badan. Inilah jalan yang ditempuh oleh
As Sabiqunal Awwaluna dari kalangan Muhajirin dan Anshar serta orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik.
Jalan Keluar dari
Kebidaahan
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menyampaikan dalam banyak hadisnya jalan
keluar dari kebidaahan jauh sebelum terjadinya bidaah. Beliau bersabda : "Aku
tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalau kalian berpegang teguh
dengannya niscaya kalian tidak akan tersesat sepeninggalku selamanya, yaitu
Kitabullah dan Sunnahku." (HR. Hakim dan dishahihkan dalam Shahihul
Jami’ oleh Syaikh Albani rahimahullah)
Beliau juga menasihatkan : "Aku wasiatkan kepada kalian untuk takwa kepada Allah Azza wa
Jalla, taat dan mendengar sekalipun kalian dipimpin oleh seorang hamba sahaya
kerana siapa saja diantara kalian yang hidup sepeninggalku nescaya dia akan
melihat perselisihan yang banyak. Maka (ketika itu) wajib atas kalian berpegang
teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin
yang mendapat petunjuk setelahku. Gigitlah dengan gigi
gerahammu dan hati-hatilah kalian dari perkara-perkara yang baru karena setiap
yang bid'ah itu sesat." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, ia berkata hadits hasan shahih)
Satu-satunya jalan menyelamatkan diri dari bidaah adalah berpegang teguh pada
dengan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam serta
Petunjuk Salafus Shalih, pemahaman mereka, manhaj mereka, dan pengamalan mereka
terhadap dua wahyu, kerana mereka adalah orang yang paling besar cintanya
kepada Allah dan Rasul-Nya, paling kuat ittiba'-nya, paling dalam ilmunya dan
paling luas pemahamannya terhadap Al Qur'an dan As Sunnah.
Dengan cara ini seorang Muslim akan mampu berpegang
teguh dengan agamanya dan bebas dari segala kotoran yang mencemari dan jauh
dari semua kebidaahan yang menyesatkan. Dan jalan ini mudah bagi yang
dimudahkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Wallahu a'lam bishawwab.
(Dikutip dari
majalah Salafy, ditulis oleh Al Ustadz Muslim Abu Ishaq - murid Syaikh Muqbil
bin Hadi Al Wadi'y rahimahullah, Yaman)