KHUTBAH TERAKHIR NABI
MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini
disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di
Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa
yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak
dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam
perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang
Ingatlah, bahawa, kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan
sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah
ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan
pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
WASIAT
RASULULLAH S.A.W.
“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa
mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang
yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit,
menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang
bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka
bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.
Telah bersabda Rasullah s.a.w.
beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah
Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;
“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka
hendaklah
Dia
beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga
pun”.