بسم الله
الرحمن
الرحيم
إن الحمد لله
نحمده و
نستعينه
ونستغفره,
ونعوذ بالله
من شرور
أنفسنا و
سيئات أعما
لنا من يهده
الله فلا
مضلَّ له ومن
يضْلل فلا
هاديه له, و
أشهد أن لا
َّاله إلا
الله و حده لا
شريك له وأشهد
أن محمداً
عبده ورسوله.
يأيها
الذين أمنوا
التقوا الله
حق تقاته ولا تموتن
إلا وانتم
مسلمون (آل
عمران: 102)
يأيها الناس
اتقوا ربكم
الذي خلقكم من
نفس واحدة
وخلق منها
زوجها وبث
منهما رجالا
كثيرا و نساء
وتقوا الله
الذي تساءلون
به والأرحام إن
الله كان
عليكم رقيبا
(النساء: 1)
يأيها الذين
أمنوااتقوا
الله وقولوا
قولا سديدا يصلح
لكم أعمالكم و
يغفر لكم
ذنوبكم ومن
يطع الله
ورسوله فقد
فاز فوزا
عظيما
(الأحزاب:70).
أمِّا بعد:
Sebenar-benar kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk
ialah pertunjuk Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah
perkara yang direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan
setiap perkara yang direka tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu di neraka.
Ketika memulakan penulisan ini saya amat berasa sedih dan
sangat kecewa di hati apabila melihat dan mengenangkan waqi (keadaan) umat
Islam pada hari ini. Di
Melalui pendidikan, umat Islam kini memandang barat dan kufar sebagai golongan
yang bijak dan moden lalu perlu dicontohi maka tak hairan saban tahun kita
menghantar pelajar kita ke
Melalui pemikiran kita sudah lama dihasut dan dipengaruhi
supaya memandang semua dari barat dan kuffar sebagai berkualiti dan hebat.
Lihat sahaja nilai kasut buatan tempatan dan jenama barat
tentu sahaja jauh beza nilainya. Remaja Islam kini
bangga memakai pakaian dan baju mereka yang berjenama barat dan sudah tentu
tidak kurang pula gambar artis-artis kesayangan pujaan barat tertera di baju
mereka sebagai tanda bangga konon mungkin satu hari nanti dia dapat menjadi
seperti si kafir itu. Fesyen dan pakaian pun direka oleh pakar-pakar
fesyen menurut
Barat juga sudah masuk dalam tradisi dan budaya Islam kita
sehingga pergaulan bebas sudah menjadi biasa. Sehinggakan seorang ha
Lalu tidak inginkah remaja kita mencubanya, berkenalan sesama lain jantina
dengan peluang percampuran bebas yang disediakan oleh sistem pendidikan yang ada
dan suasana budaya masyarakat kita ? Lalu mencuba
keluar “dating” dan menonton wayang, bersama berjalan membiasakan diri memegang
tangan tentu sahaja seronok dan lembut lalu mencuba memegang yang lain pula dan
tentu sahaja nafsu tidak mendiamkan diri dan syaitan apatah lagi.
Begitulah sistem sosial masyarakat kita yang sudah dirosakkan
barat, sangat mengecewakan saya apabila hari ini Islam kita sudah terbalik
lintang pukang dan entah di mana saya harus menyebut kemulian Islam dalam
masyarakat Islam. Apakah pada mereka yang menipu dan menyeleweng dalam
ekonomi demi mencapai kesenangan duniawi tanpa mengira haram dan halal ? Pada percampuran bebas kaum lelaki dan wanita di
tempat kerja sehingga seorang isteri boleh dihantar pulang oleh lelaki lain dan
masuk ke rumah tanpa izin suaminya atas alasan sosial dan “open minded ” (fikiran terbuka) ? Atau saya ingin menyebut
kemuliaan Islam kepada remaja yang hanya hidup dalam keseronokan dan hiburan
tanpa mengenal Allah mahupun sepatah ayat Al-Qur’an dalam kepala
?
Itu belum dicampur penyelewengan agama yang semakin
berleluasa seimbang dengan kejahilan dan kemodenan. Tiap detik dan waktu setiap
hari semakin bertambah pendustaan kepada agama dengan kelahiran ahli-ahli agama
yang menyesatkan manusia dan umat Islam dengan ilmu dan kefahaman yang
menyeleweng yang bercanggah dengan Al-Qur’an dan Sunnah. Tanpa perlu ke tempat
yang jauh lihat sahaja ke negeri saya di Kedah, banyak sangat seruan kononnya
kita mengikut Al-Qur’an dan Sunnah tapi Al-Qur’an tidak dibukanya sebaliknya
jika berlaku masalah dia (orang tua ini) akan ke rumah ustaz-ustaz dan tok
gurunya bertanyakan hukum dan pendapat. Sunnah pun rasanya yang dia maksudkan
ialah memakai serban, jubah dan bersugi lalu menghidupkan motor buruknya dan ke
surau lalu menghidupkan aktiviti bid’ah mengatas-namakan sunnah.
Saya yakin baik dia dan ustaz-ustaznya tadi dan tok-tok gurunya bila menyeru
orang kepada Al-Qur’an dan As-sunnah maka yang akan dibuka oleh mereka ialah
kitab kuning karangan tok-tok guru kepada tok-tok guru mereka dan ustaz kepada
ustaz-ustaz mereka juga. Masih belum pun juga membuka Al-Qur’an dan melihat
tafsirnya oleh para ulama tafsir muktabar diakui ulama sepanjang zaman seperti
tafsir At-Tabari oleh Imam Ibn Jarir at-Tabari, tafsir Ibn Katsir oleh Imam Ibn
Katsir, tafsir Jami Ahkam Qur’an oleh Imam Qurtubi dan lain-lain.
Maka samalah juga ketika menyebut sunnah, yang dimaksudkan oleh mereka ialah
memakai serban, memakai jubah, bersugi dan makan sambil duduk dan jika disebut
hadith yang difahami oleh mereka ialah melihat dan membaca hadith tentu sahaja
hadith-hadith yang ditulis oleh guru-guru mereka yang buta hadith dan hukumnya
dalam kitab kuningnya itu. Bukan sangka buruk tapi memang pun mereka jahil
hadith lihat sahaja amalan yang mereka amalkan apabila ditanya dalilnya mereka
pun mengemukakan hadith-hadith yang palsu dan yang perekanya bertaraf dajjal.
Kitab-kitab hadith seperti Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, An-Nasaie, Ibn
Majah, Muwatha, Musnad Ahmad sangat asing bagi mereka tentu sahaja mereka mahir
arab tapi pada nahu dan sarafnya bukan pada kebolehan membaca kitab arabnya.
Bolehlah i’rab kitab dan perkataan arab tapi faham apa yang dibaca tentulah
tidak.
Ditambah pula dari mereka sebahagiannya lahir golongan sesat yang sangat jauh sesatnya.
Apabila mereka ini melibatkan diri dalam lapangan aqidah dengan berfalsafah dan
ilmu kalam. Sungguh mereka ini jahil dan bodoh yang enggan berkongsi bodoh
dengan orang lain, membolot semua kebodohan untuk diri mereka. Kaedah mengenal
Allah, mereka menurut jalan para golongan sesat yang dimusuhi ulama sunnah.
Mengunakan akal dan logik sambil berfalsafah tanpa sedar dan enggan mengaku
bahawa mereka berfalsafah. Ilmu kalam sebagai ilmu wajib bagi mereka sedang
ulama Ahlul Sunnah Wal Jamaah menolak ilmu kalam. Sedih sekali saya, mereka ini
tenyata enggan sedar diri, sudahlah diri itu bodoh dengan pencapaian dalam
akademik pun tidak memberangsangkan sehingga hanya dapat mengambil bidang agama
sahaja kemudian pelajari agama pula yang bukan agama Islam yang sebenar yang
dibawa oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah tetapi mahu pula melibatkan diri dalam ilmu
kalam dan mantiq’ , berfalsafah mengenal Allah dengan akal yang bodoh itu.
Sifat Zat dan sifat atas sifat, sifat qadim itu baginya zat dan zatnya itu
merupakan tempat bagi sifat. Maka ramailah yang tidak faham, apa lagi mereka
ini pun berkata “ Wah, alimnya guru kita ya, sebab dia mahir dalam ilmu yang
susah untuk kita faham itu ”. Kasihan mereka ini kerana guru itu pun dulunya
sehingga sekarang tidak memahami apa yang diajarkannya dan dia pun mengagungkan
gurunya lantaran tidak faham dan merasa kagum dengan gurunya yang mampu dan
mahir mengajar apa yang dia tidak faham. Lalu tidak hairan di pondok atau
tempat pengajian ini wujud golongan yang berpuluh tahun belajar masih tidak
faham dan memahami.
Sayang sekali mereka ini, jahil akan
Al-Qur’an dan As-Sunnah walaupun baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah
memperingatkan umatnya akan tinggalannya dengan sabdanya : “ Al-Quran itu hujah
bagi kamu dan hujah ke atas kamu.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.223 ) dan
perintah supaya kita menuruti Al-Qur’an dan Sunnah seperti sabdanya :
تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة رسوله
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang kepadanya
tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah
rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatho (no 898), Hakim dalam
Mustadrak no.63). Bukankah Allah swt telah menyebut kepada kita bahawa Islam
itu mudah dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan golongan serta
peringkat umur ?
يريد الله بكم
اليسر ولا
يريد بكم
العسر"(
البقرة: 185)”
“Sesungguhnya Allah mengehendaki kemudahan bagi kamu dan tidak mengehendaki
kesusahan bagi kamu" (Surah Al-Baqarah :185). Mengapa
perlu berfalsafah dan berbelit-belit mengenal Allah swt dan sifat-sifatnya ?
Bahkan jika hal ini dibuat dan diamalkan oleh para ulama muktabar seperti
Imam-imam yang empat dan lain-lain ulama’ Islam tidak mengapalah juga ini tidak
bahkan ilmu mengarut dan aqidah falsafah dan ilmu kalam ini hanya diamalkan
oleh mereka dan tok-tok guru mereka sahaja dan segolongan yang sesat dari
kalangan mereka.
Walaubagaimanapun tidak cukup dengan itu, ditambah pula lagi seleweng umat
Islam ini dalam agama mereka dengan lahirnya pula golongan sesat yang membawa
ajaran baru dalam Islam dengan mendekat diri kepada Allah tidak menurut
Al-Qur’an dan As-Sunnah berdasar kaedah yang sahih. Lahirnya sufi, tareqat dan
muncul serta popular pula wali-wali dan keramat-keramat yang bermacam-macam.
Wujud istilah wali autad, wali abdal, wali itu dan ini bahkan cerita wali ini
sampai dibukukan dan dijual serta disebarkan konon untuk mengambil pengajaran.
Celaka benar umat Islam apabila Al-Qur’an dan Sunnah di depan mata tidak
diambil pengajaran tetapi mereka mencari selainnya sebagai pertunjuk dan
hidayah nyata sekali tingkah ini seperti golongan Yahudi yang dicela oleh Allah
swt.
Apabila dikatakan kepada mereka bahawa amalan mereka ini bid’ah dan baru serta
tidak pernah pun wujud di zaman nabi salallahualaihiwasalam dan para sahabat
serta salaf soleh yang disebut sebagai sebaik-baik zaman berdasarkan sabda
baginda dalam riwayat Aisyah ra bahawa baginda bersabda : خير الناس القرن الذي أنا فيه ثم الثاني ثم الثالث Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian
kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)" ( Hadith Sahih, riwayat
Muslim no.1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5) Maka mereka akan menjawab
bahawa sesungguhnya mereka melakukan zikir-zikir karut itu, bertareqah,
bersuluk dan lain-lain amalan dengan turut berhujah kepada Al-Qur’an dan
Sunnah. Malangnya mereka berhujah dengan Al-Qur’an namun Al-Qur’an sendiri
bebas dari tuduhan palsu dan dusta mereka. Mereka mengaku menurut sunnah namun
sunnah dan nabi salallahualaihiwasalam serta para sahabat dan salaf soleh bebas
dari mereka.
Tentu sahaja, mereka menafsirkan Al-Qur’an dengan akal mereka, dengan firasat
dan ilham guru-guru mereka yang mendapat pertunjuk syaitan lalu mendakwa dan
berkata “Lihat kami berzikir sesuai dengan ayat Al-Qur’an yang disebut dalam
surah sekian dan sekian.” Sedangkan tafsir ayat yang mereka dakwa sesuai dengan
amalan mereka itu jauh dari hakikat dan dakwaan mereka dan tenyata mereka
beriman dan beramal dengan Al-Qur’an tidak menurut kaedah yang diajarkan oleh
rasulullah dan diamalkan oleh para sahabat ra serta para ulama’ Islam lalu
bagaimana keadaan Islam mereka ini ? Begitu juga mereka mendakwa menuruti
sunnah nabi salallahualaihiwasalam tetapi sunnah itu mereka tafsir dan hadith
itu mereka tafsirkan menurut ajaran mereka dan ditafsirkan supaya membenarkan
dan mengiktiraf ajaran serta amalan mereka. Jauh benar seleweng dan dusta
mereka ini dalam beragama dan mereka menjadikan amalan tareqah mereka
(zikir-zikir, wirid dan lain-lain) sebagai asas dan utama dalam hidup mereka
manakala syariat Islam (solat, puasa, zakat dll) yang dibawa oleh nabi
salallahualaihiwasalam dijadikan hanya sebagai sampingan bahkan lebih teruk
terus ditinggalkan. Begitulah juga dalam masalah Al-Qur’an dan As-Sunnah,
mereka bukan pun beramal berasaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah dan apa yang
termaktub di dalamnya sebaliknya membuat pelbagai bid’ah dan amalan khurafat
serta karut lalu bila diserang dan dituduh sebagai sesat maka bergegaslah baru
membuka Al-Qur’an dan mencari hadith yang dapat untuk dijadikan hujah
membenarkan amalan mereka. Ketika itulah akan lahir hadith dhaif dan palsu yang
direka membenarkan amalan mereka, tafsiran-tafsiran ayat Al-Qur’an yang
menyeleweng bagi membenarkan ajaran mereka dan mengiktiraf tareqah dan ajaran
tok guru mereka.
Sungguh sangatlah menyedihkan saya apabila melihat dan mengenangkan keadaan dan
nasib umat Islam yang semakin hari semakin malang dan dapat diibaratkan sebagai
“ Sudahlah jatuh ditimpa tangga, dilanggar pula lori diwaktu tengahari”.
Tambahan pula jika kita melihat kepada suasana yang berlaku di dunia ketika
ini, umat Islam sekarang ditindas oleh barat dalam rangkanya untuk menguasai dunia
dan menghancurkan Islam dan umatnya. Untuk menguasai dunia mesti memerlukan
pengorbanan manusia dan sudah semestinya umat Islam yang akan menjadi
korbannya. Mereka (yakni barat) sekarang sudah memulai kempen melabel negara
umat Islam sebagai pengganas. Lalu tekanan demi tekanan dikenakan kepada negara
umat Islam, baik ekonomi, senjata dan pelbagai lagi. Apa yang berlaku ialah
negara umat Islam yang ditekan pun kerana takut dan bacul kepada barat
disebabkan mereka beriman bahawa tuhan ialah barat dan yang akan menyuapkan
mulut mereka dengan makanan dan minuman ialah barat, yang memberi mereka
pakaian mahal dan kereta mewah dan kekuasaan ialah barat lalu negara-negara ini
pun lantas menekan pula gerakan Islam dan usaha dakwah di dalam negaranya
kerana takut dilabel sebagai pengganas dan mahu menghentikan label pengganas
sebaliknya mahu digelar sebagai liberal, sebagai aman dan negara yang boleh
dijadikan kawan oleh barat. Maka kerana itu agama di tindas, pendakwah
ditangkap, pengajian agama ditutup dan dilarang takut membawa ajaran pengganas.
Lebih malang dan bodoh mereka ini kerana mereka ditipu oleh barat secara
terang-terangan namun masih mereka terpedaya dalam perangkap barat. Mereka ini
seolah ibarat kata pepatah “ babi hutan yang cuba menghulurkan tangan
persahabatan dengan harimau liar” konon dengan harapan bahawa bersahabat dengan
harimau akan dapat menyelamatkan mereka dari dimakan oleh si harimau itu.
Seluruh dunia sekarang ini dipenuhi kekacauan, peperangan dan pembunuhan yang
tidak berhenti dan mangsanya masih tetap umat Islam. Hairannya, negara-negara
umat Islam dalam keadaan ditindas oleh barat masih tidak mahu bersatu dan
bekerjasama bagi menghadapi barat dan kuffar sebaliknya masing-masing berebut
dan berlumba-lumba mendapat tempat sebagai sahabat dan rakan kepada
barat.
Namun dalam pada segala ombak dan gelombang dahsyat yang menyerang Islam dan
umatnya saya agak sedikit terhibur dan gembira di hati apabila melihat wujudnya
sekarang ini pelbagai gerakan dan usaha menegakkan Islam dikalangan
pemuda-pemudi Islam dan munculnya harakah (gerakan) dan jemaah yang
memperjuangkan Islam dan bersemangat mahu membela Islam. Usaha gigih pelbagai
gerakan dan jemaah ini cuba membawa dakwah Islam dalam pelbagai lapangan
membuatkan saya terharu dan bersyukur kepada Allah swt.
Walaubagaimanapun setelah
diperhatikan agak lama dan dilihat akhirnya kebangkitan ini dan suasana
gerakandan jemaah yang membawa Islam ini akhirnya semakin mengarut dan menjadi
seleweng apabila ianya tidak seimbang dengan ilmu dan kefahaman menurut
Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sudah tentu saya tidak dapat berdiam diri dan tidak
selesa dengan fenomena ini yang perlu segera diperbetulkan agar tidak menjadi
barah yang menambah lagi masalah umat Islam. Apabila disebut mengenai jemaah
dan harakah Islamiyah saya merasa cuak dan kurang percaya terhadap kebenarannya
kerana saya tidak yakin dan tidak mempercayai kematangan ilmu dan kefahaman
agama umat Islam hari ini khususnya di Malaysia.
Alasan mengapa saya tidak dapat mempercayainya ialah lihat sahaja para golongan
agama yang bercambah dalam masyarakat kita hari ini banyak yang termasuk
sebagai golongan agama yang menyeleweng. Contoh mudah boleh kita lihat dengan
tersebarnya dan berkeliarannya hadith-hadith palsu dan dhaif yang diamalkan oleh
masyarakat kita tanpa sedar dan yang menyebarkannya pula ialah mereka yang
merupakan golongan agama. Baru hari ini kita melihat usaha memurnikan hadith
nabi salallahualaihiwasalam muncul dan agak baru bertapak di Malaysia dan
inipun baru bermula dan menyebabkan ramai terpingga-pingga rupa-rupanya hadith
yang diamalkan sebelum ini ialah dusta dan palsu !! Bahkan lihat sahaja
persoalan aurat dan tudung, baru dalam era 70 an dan tahun 1980 an pemakaian
tudung dan menutup kepala bagi perempuan mula mendapat tempat dan menjadi
tersebar. Sebelum ini soal menutup aurat, tudung bagi wanita tidak diendahkan
bahkan tidak diketahui walau pun oleh orang yang dianggap sebagai ahli agama
dan alim. Isteri-isteri tok-tok guru pondok, para ustazah zaman dahulu pun
kebanyakannya tidak memakai tudung kerana tidak mengetahuinya buktinya saya
sendiri pernah melihat gambar ustazah Kolej Islam Klang ketika zaman awalnya
yang tidak memakai tudung !! Nah, jika persoalan aurat yang merupakan perkara
fardhu ain dan kewajipan yang sepatutnya diketahui umat Islam ini pun masih
baru masyarakat kita ketahui apatah lagi persoalan dakwah, tarbiyah dan negara
Islam satu hal yang jauh lebih besar dari itu ! Kerana itu saya tidak dapat
mempercayai gerakan dakwah dan jemaah di masyarakat Melayu kerana kejahilan
ilmu dan kefahaman. Itu belum dilihat kepada pengamalan feqah yang berasaskan
taqlid buta dan jahil, semua bersandar kepada mazhab syafie tapi langsung tidak
punya hujah dan dalil apakah benar ia dari mazhab syafie ataukah ianya rekaan guru-guru
agama yang jahil lalu demi menutup kejahilannya dan enggan banyak persoalan
ditujukan padanya lantaran tidak tahu menjawabnya maka segera ditutup
perbahasan dengan mengatakan “Ini mazhab syafie, kita orang melayu ikut syafie
, kita orang awam kena taqlid pada ulama’ pada imam-imam yang empat dan kita
ambil syafie sebab dia paling bagus dan mazhabnya sederhana kalau mazhab lain
macam Maliki dan Hambali agak ketat dan susah.” Demikianlah jahilnya makhluk
Allah ini kerana sangat jauh sesatnya dan jauh bodohnya sehingga tidak simpan
sedikit pun kebodohan itu untuk orang selainnya.
Pertama, apa hujahnya untuk menyandarkan sesuatu pendapat itu pada mazhab
syafie ? Entah-entah itu pendapat gurunya yang mengaku mengikut mazhab syafie
lalu disampaikan kepadanya maka apakah pendapat itu mewakili mazhab syafie ?
Jauh sekali pendapat itu dari keluarkan oleh Imam Syafi’ie ra dan juga
ulama’-ulama’ muktabar yang menurut qaul dan usul Imam Syafi’ie dan digelar
sebagai ulama’ mazhab syafie. Maka dustalah dia pada imam syafi’ie dan pada
mazhab syafi’ie itu sendiri dan jika sekalipun benar itu sememangnya mazhab
syafie’ie iaitu apabila qaul dan pendapat itu menjadi pegangan jumhur ulama’
syafi’ie dengan riwayat yang sahih maka kita tidak juga terima secara melulu bahkan
diteliti dan diperiksa apakah pendapat itu benar dan selari dengan Al-Qur’an
dan sunnah menurut kaedah yang sahih kerana para imam dan ulama’ tidak
maksum.
Seterusnya apa kaitan melayu dengan mazhab syafi’ie ? Bukankah Imam Syafi’ie
itu orang arab dan bukan melayu ? Adakah berdosa dan salah jika penduduk Kedah
dan Perlis mahu mengamalkan mazhab Maliki ? Ini tidak lain, berpunca dari bodoh
dan lembabnya akal orang agama apabila mereka tidak boleh berfikir akan hal ini
dengan terus menerus taqlid buta. Memanglah sejarah melayu mengisahkan bahawa
Islam yang datang ke tanah Melayu membawa mazhab Syafi’ie dan seterusnya
diterima pakai secara menyeluruh. Walaupun begitu apakah bermakna sampai kiamat
mesti ikut mazhab Syafi’ie ? Apakah salah jika seseorang itu alim dan
mengetahui bahawa wujud salah dan silap dalam beberapa qaul syafie dan
bercadang mengambil qaul pendapat dari mazhab lainnya ? Mengapalah mereka tidak
boleh berfikir, bahawa mereka selama ini bermazhab syafi’ie pun hanya
disebabkan ianya dibawa masuk ke tanah melayu oleh pedagang-pedagang arab yang
membawa Islam dan membawa ajaran feqah bermazhab Syafi’ie. Apakah jika andainya
yang dibawa masuk oleh pedagang arab dahulu bukan mazhab syafi’ie tetapi mazhab
zahiri (Imam Ibn Hazm Az-Zahiri) maka pakat menjadi Zahirilah semua orang
Melayu sampai ke hari ini ?
Malangnya orang Melayu, dalam perkara
yang memerlukan mereka menggunakan akal dan kebijaksanaan mereka enggan pula
tetapi dalam bab aqidah dan perkara keimanan kepada Allah yang sepatutnya mereka
hanya ikut dan taat berdasarkan Al-Qur’an dan As-sunnah maka di situ pula yang
mereka begitu beriya-iya menggunakan akal dan berfalsafah dan bermantiq dan
mengunakan ilmu kalam. Ini semua kebodohan yang tiada ubat melainkan memerlukan
usaha rawatan dan dakwah serta pembentukan semula generasi baru berasaskan ilmu
dan kefahaman.
Lalu setelah hal ini berlaku dan masih berterusan berlaku bagaimanakah saya
dapat mempercayai golongan agama, ustaz-ustazah, tok-tok guru yang memimpin
usaha dakwah dan gerakan Islam di Malaysia ini ? Sedang perjuangan Islam ialah
satu perjuangan yang besar dan agung namun dibawa oleh golongan yang banyak
caca merba ini ? Mampukan perjuangan Islam dibawa oleh mereka yang jahil akan
sumber Islam itu sendiri iaitu Al-Qur’an dan hadith dan mereka ini tidak mampu
pun mengetahui apakah sumber Islam ini (hadith ) sahih atau pun tidak, palsu
atau pun dusta ? Sudahlah begitu mereka juga tidak memahami Al-Qur’an yang
merupakan sumber pertama dan pun juga tidak mampu menafsirkannya menurut
kefahaman yang sahih bagi mendapatkan maklumat dan pengajaran yang sebenar
menurut kehendak Allah swt dan apa yang diajarkan oleh baginda nabi
salallahualaihiwasalam. Lalu bagaimana ini ? Apakah dengan Aqidah yang
menyeleweng dari manhaj Ahlul Sunnah Wal jamaah dan dipenuhi khurafat dan ilmu
kalam serta dikotori falsafah dan akal, dengan kejahilan terhadap Al-Qur’an dan
Sunnah dan seterusnya dengan feqah yang berasaskan taqlid buta namun mengaku
bermazhab syafi’ie ini maka kita masih mampu berkata kita hendak membawa
perjuangan Islam ? Sungguh melucukan satu gerakan yang membawa dakwah Islam
yang syumul namun apabila tiba persoalan feqah maka Islamnya tidak lagi syumul
sebaliknya menjadi mazhab Syafi’ie !! Apakah saya harus menyebut mereka ini
ialah mereka yang membawa dakwah Islam aliran syafi’ie ? Kasihan mazhab lain
kerana tidak dapat menyertai mereka ini kerana berlainan mazhab J . Apabila
ditanya mengata Islam yang syumul itu tapi mazhabnya ialah syafie’ mereka akan
cuba membela bahawa perjuangan Islam syumul tapi perkara ibadah dan feqah ialah
soal yang lain maka apakah mereka tidak merasa malu dilabel sebagai golongan
yang menbezakan dan menjuzukkan ajaran Islam yang syumul setelah mereka
melabelkan golongan yang memisahkan politik dengan agama sebagai sekuler dan
kafir ?
Lebih malang dan menyedihkan, tidak cukup dengan kejahilan dan kelemahan umat
Islam Melayu dalam memahami agama Islam, kini sistem pendidikan yang ada pula
menambah parah dan deritanya lagi. Wajarkah dalam kejahilan umat Islam hari ini
kita masih lagi boleh berbangga dengan lahirnya golongan agama 4 tahun ?
Logikkah mengaji agama hanya 4 tahun di Universiti atau jamiah dengan silibus
yang terhad dan guru-guru serta pensyarah yang terhad untuk memahami agama
Islam seterusnya keluar menjadi ustaz dan dimartabatkan sebagai ulama ?
Ditambah wujudnya cuti, sikap malas dan mengaji hanya semata–mata untuk lulus
peperiksaan maka bolehkah kita berbangga ? Sudah tentu mereka ini (para ustaz
dan ustazah) hanya membaca buku dan kitab yang berkaitan dengan silibus dan
itupun terhad apa yang akan masuk dalam peperiksaan ! Waktu lapang harus diisi
dengan perkara lain, tentu sahaja masing-masing punyai aktiviti dan bidang
agama ini sebagai bidang pengajian untuk kerjaya dan mencari pekerjaan selepas
belajar seperti bidang-bidang lainnya iaitu dibina demi memenuhi permintaan
dari sektor pekerjaan. Kerajaan juga bijak terlebih kadang-kadang apabila ingin
memenuhi permintaan semasa dengan mengurangkan silibus agama sebaliknya
menambah dalam silibus pelajar dengan subjek-subjek yang bukan bidang agama
sebaliknya bidang komersil seperti komputer, psychology dan lain-lain bagi
membantu pelajar itu mudah mendapat pekerjaan selepas tamat belajar
nanti.
Baguslah dan tahniah diucapkan kepada para golongan agama yang bercambah di
negara kita hari ini sehingga mereka juga seperti orang lainnya dan seperti
bidang lainnya belajar untuk mendapat ijazah supaya beroleh pekerjaan demi
menyara hidup. “ Wah, bidang agama sekarang jika belajar betul-betul, sampai ke
Phd, dapat beroleh kerjaya pensyarah, lumayan gajinya, dan jika berceramah
dalam satu jam boleh mendapat ribuan ringgit !!!”. Inilah kegilaan yang berlaku
kepada aliran dan bidang agama. Bagaimanakah golongan ini yang akan membawa
perjuangan Islam dapat memandu gerakan dan jemaah menurut landasan yang benar
menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah ? Sungguh pemikiran, mentaliti dan pengajian
mereka sendiri sudah haru biru dari awal-awal lagi. Bagaimana dapat memahami
Islam dengan silibus yang terhad ? Itu belum dicampur kewujudan bidang tertentu
yang semakin menyempitkan skop pengajian agama seperti bidang syariah,
Al-Qur’an dan usuluddin. Belum lagi dibahaskan panjang apakah pengajian mereka
menurut manhaj dan akedah yang benar menurut manhaj Salaf soleh dan berdasar kaedah
ilmu ulama’ Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Selain dari golongan yang bergelar ahli agama
4 tahun tadi, wujud pula golongan yang belajar agama tanpa menurut sistem dan
kaedah yang tersusun. Mereka mengaji berjenis tallaqi
(mengadap guru atau syeikh) dan menghabiskan kitab dari kulit ke kulit dengan
guru tersebut sehingga beroleh ijazah syeikh di madrasah tertentu atau pondok
tertentu. Mereka ini pun serupa juga bermasalah apabila akal menjadi
benak dan tumpul serta ta’asub kepada aliran mereka sahaja dan kepada guru-guru
mereka sahaja serta langsung tidak mahu mencelikkan mata membaca pelabagai
kitab lain dan melihat kepada pandangan serta hujah yang lain bagi menilai dan
mencari kebenaran.
Kesimpulannya, umat Islam kini perlu bersatu dan semua yang
berkemampuan wajarlah mencari jalan penyelesaian dan berusaha menyelesaikan
masalah umat Islam. Saya sangat sedih dan merasa letih dengan suasana
ini namun dalam perjuangan sememangnya tiada rehat maka kerana itulah dalam
keadaan serba lemah dan dhaif ini saya berusaha menyusun sebuah buku ringkas
bertajuk " Jemaah dan Harakah Antara benar dan
Salah" yang merupakan satu usaha saya untuk membantu bukan menambah
masalah, menolong bukan untuk menyusahkan lagi masalah umat Islam.
Sesungguhnya buku ini saya tulis dalam keadaan saya yang sangat tertekan dan
lemah, dalam suasana yang sangat mencabar, dengan diri yang sakit, dengan jiwa
dan hati bujang saya yang sangat berhajat kepada isteri, dalam suasana cabaran
dan fitnah yang semakin menambah terhadap saya, dalam waktu kewangan dan poket
yang kosong tanpa isi maka ketika inilah buku ini ditulis dan dihasilkan
sebagai satu usaha membantu dan membawa gerakan dan mereka yang berada dalam
perjuangan Islam untuk mengetahui kaedah yang sahih dan benar dalam perjuangan Islam
menurut manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Penulisan ini bukanlah untuk memperpanjangkan perbahasan yang
sudah lama dibuat oleh orang terdahulu, atau ianya untuk mempersalahkan
golongan tertentu, atau pun untuk membenarkan pihak tertentu pula. Barangsiapa yang benar, maka benarlah dan sesiapa yang salah maka
salahlah dia dan wajarlah dia menginsafi keadaan dirinya dan kembali kepada
kebenaran Islam serta membawa gerakan dan jemaahnya ke jalan yang diredhai Alah
swt.
Harapan saya dalam menulis buku ini ialah supaya biarlah umat Islam dapat
bersatu di atas pertunjuk Al-Quran dan As-Sunnah dan berada dalam manhaj Ahlul
Sunnah Wal Jamaah serta bertemu dalam redha Allah swt. Sungguh saya tidak
berhajat untuk menunjuk pandai dan mengaku diri lebih hebat dari mereka yang
sudah berpuluhan tahun mengabdikan diri di jalan dakwah atau mengaku bijak dari
para ulama' harakah yang bertungkus lumus memimpin gerakan dakwah sebaliknya
dalam keadaan saya yang lemah lagi dhaif ini saya berhasrat membantu dakwah dan
membawa sedikit keinsafan kepada para pejuang Islam supaya menyelidik kaedah
dakwah mereka dan kembali kepada sunnah rasulullah.
Biarlah wujud 10 gerakan atau jemaah yang masing-masing membawa dakwah yang
berbeza, diharapkan apabila salah seorang ahlinya membaca risalah dan buku ini
maka mereka akan beroleh sedikit keinsafan dan mungkin juga panduan dan
tidaklah pula saya harapkan mereka akan menghina saya, menuduh saya
mempersesatkan mereka, memperendahkan dakwah mereka, serta menyalahkan usaha
kerja dan usaha gigih mereka membawa Islam sebaliknya saya mengharapkan selepas
mereka membacanya mereka akan dapat berfikir dan berusaha memusingkan tali
kemudi gerakan dan dakwah mereka supaya menuju kepada panduan Al-Qur'an dan
As-Sunnah dengan pemahaman dan kaedah yang sahih. Biarlah satu hari dengan
keinsafan dan usaha memusingkan tali kemudi gerakan dan dakwah mereka supaya
menurut Al-Qur'an dan Sunnah berdasarkan kaedah yang sahih maka kita akan
melihat sedikit demi sedikit, perlahan atau lambat gerakan dan jemaah yang
pelbagai ini pasti akan menuju ke satu titik pertemuan dan bersatu di atas
Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan kefahaman yang sahih yang pasti membawa mereka
kepada kesatuan dan perpaduan.
InsyaAllah waktu itu akan pasti berlaku jika kita
bersedia membuka hati kepada kebenaran. Hari itu pasti akan tiba dan muncul di
mana kita akan dapat bersatu dan bersepakat mengabung tenaga dan kekuatan
berhadapan dengan musuh-musuh Islam bagi menewaskan mereka seluruhnya supaya
agama dapat ditegakkan dan dunia ini menjadi kepunyaan Islam dan dinaungi oleh
kalimah Allah semuanya sehingga tiada yang tersisa melainkan kebenaran dan
keadilan.
Yang benar,
Hamba Allah yang mengharap redha-Nya
emran ahmad
Bandar San'a,
Yaman.