Kehebatan & Keagungan Islam


Kadirabadi menulis "Artikel ini ana terjemahkan untuk manfaat kita bersama.

"Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal dimerata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi
Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan
kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah
S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.

Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan
dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan
akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa
ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di-Pakistan,
Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait
dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak
masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini
sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu
sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!),
akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!