Korban, Pengorbanan
dan Keikhlasan - Bahagian 1
Oleh: Faisal Arba'in
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang.
Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke
atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi
iktibar bagi diri ini dan
anda. Aku memohon perlindungan
daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya
syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita
di dalam perjalan mencari agama-Nya. Dan orang-orang yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin
mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut
29:69]
Sambutan Eidul Adha baru
sahaja berlalu, dan kita sering
memperkatakan tentang pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh
manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan
kehendak kita, kesukaan kita dan
kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan
sesuatu (amalan) bukan dengan penuh
kecintaan, dan senang hati untuk
melakukannya, ia
adalah sesuatu yang ditolak dan dikeji.
Selalu kita dengari alasan-alasan seperti "hati masih belum terbuka";
"beramal tapi kalua tak ikhlas
tak guna jugak" ; "kalua buat tak diterima,
kalau x buat pun sama je..baik
x yah buat" dan
lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita
melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita
beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu
yang tertolak.,dan kerana itulah mereka
meninggalkannya. Kerana itulah
masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan
sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa
ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.
Namun lain pula halnya jika kita
melakukan sesuatu yang kita tidak sukai
demi orang yang tersayang (iaitu kekasih kita) .
Jika kita sanggup mengenepikan kepentingan diri kita, dan melakukan
sesuatu yang tidak kita sukai demi
kekasih kita, ia dikatakan
sangat ikhlas. Dan dia dikatakan mencintai
kekasihnya dengan penuh keikhlasan (kerana sanggup lakukan apa
sahaja walaupun tidak disukainya demi kekasihnya). Namun mengapakah pendangan kita sangat berbeza jika kita berkorban
untuk Tuhan kita yang sepatutnya menjadi "Kekasih Agung" kita.
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim sangat
berbesar hati untuk melaksanakan perintah tersebut? Di dalam al-Quran
sendiri menceritakan bahawa Nabi Ibrahim bingung, sedih dan berat hati
Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu lalu ditanyakan hal ini
kepada Nabi Ismail sendiri. Hal ini diceritakan di dalam surah al-Baqarah 2:99-111. Bahkan,
ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata ketika
meninggalkan Ismail dan ibunya di kawasan yang terpencil, "Jika tidak
diperintahkan oleh Allah, tidak mungkin aku akan meninggalkan kamu di
sini".
Di sini jelas bahawa
Nabi Ibrahim sendiri juga merasa berat hati untuk melaksanakan perintah Allah,
namun kerana mentaati Allah, Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut.
Dan atas pengrorbanan besar Nabi Ibrahim itu, Allah telah menaikkan darjatnya
dan mengelarkan Nabi Ibrahim sebagai Khalilur-Rahman iaitu sahabat
ar-Rahman.
Oleh itu, apakah
pengertian ikhlas yang sebenar?
Pengertian Ikhlas
Perkataan ikhlas
yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam
daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas
menurut kamus dewan membawa erti :
(dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.
Namun sebenarnya maksud
ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu "akhlasa"
yang bermaksud "membersihkan". Menurut syara', apabila disebut
perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:
"Tiada tuhan selain Allah"
Kerana itulah surah
ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini
memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.
Di dalam istilah
usuluddin, ikhlas bermakna:
"Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah
dengan makhluk-Nya".
atau
"Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"
Dalam pengertian
tauhid pula, ikhlas bermaksud:
"MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan
meninggalkan segala bentuk kesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah"
Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa
maksud 'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu
min kulli shaubin zaatin au dunyawin' yang bermaksud "mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari
kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt.
nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta
benda, puji-pujian).
Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan
diterima oleh Allah jika kita membenci
untuk melakukannya atau jika kita
memaksa diri kita untuk melakukannya?
Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai
tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung
kerana tahu akan kewajipannya
(iaitu kerana Allah taala)? Pada kebiasaannya,
kita akan
berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelaku
adalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah,
ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk
hati mereka "terbuka" untuk berubah berbanding berusaha untuk berubah. Di sini saya ingin
mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada
al-Quran
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu
yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu... [surah al-baqarah 2:216]
Di dalam
kisah yang diceritakan di dalam ayat
ini, apabila disyariatkan kepada orang2 mu'min untuk berperang
dan terdapat diantara mereka yang tidak suka akan peperangan. Oleh itu Allah telah menurunkan ayat ini untuk menyuruh
mereka tetap turun berperang. Dan apakah Allah akan
menolak amalan jihad mereka sedangkan mereka telah mengenepikan
kepentingan diri mereka hanya kerana
Allah taala? Dengan sifat Maha Adil-Nya,
Allah tidak
"..Dan jika kamu taat
pada kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Penyanyang" [surah al-Hujurat 49:14]
Bahkan jika kita memahami
ayat penuh di atas, orang-orang
badwi itu masih belum beriman
tetapi tetap tunduk patuh kepada
Allah dan Rasul-Nya. Dan
Allah tetap menjanjikan mereka balasan atas amalan mereka.
Syarat amalan yang ikhlas
Seperti mana
definisi ikhlas iaitu mentauhidkan Allah, syarat ikhlas adalah
mentauhidkan dan memurnikan ketaatan kita kepada Allah di dalam setiap amalan
kita. Ikhlas bermula dari niat yang bersumber
dari hati. Oleh itu yang paling penting di dalam mencari
keikhlasan adalah niat hanya kerana Allah. Seperti mana yang disebut oleh Rasulullah :
"sesungguhnya segala
amalan itu bermula dengan niat"
[riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi]
Setiap amalan hanya ikhlas jika dimulakan dengan niat hanya
kerana Allah seperti mana di dalam setiap
ibadah di niatkan "kerana Allah taala" (lillahi ta'ala). Ucapan ikhlas ini di
jelaskan lagi di dalam hadith sahih:
"Dari Abi Hurairah berkata:
Bersabda Rasulullah : Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia menpelajarinya
kecuali kerana untuk mendapat kejayaan (kepentingan) dunia. Pasti ia tidak akan dapat mengharapkan
(apa pun) dari syurga di Hari
Kiamat, maksudnya tidak akan dapat
baunya"
[Riwayat Abu Dawud di dalam al-Ilm
dan Ibn Majah
di dalam al-Muqaddimmah]
Kerana itulah, ikhlas telah dijadikan subtopik dibawah hadith pertama (Bab Niat)
di dalam Kitab Matan Arba'in,
Imam Nawawi. Ini kerana, asas kepada
keikhlasan adalah mentauhidkan Allah atau
meniatkan sesuatu amalan kepada Allah tanpa mengira kita
suka ataupun tidak kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik
bagi kita {2:216].
Kesimpulan
Oleh itu, marilah kita
mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas
segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya walaupun perkara tersebut tidak kita sukai
atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa
pendapat kita, tetapi apa pendapat
Allah. Marilah;
·
kakak-kakak ku
yang tidak bertudung untuk mula memakai
hijab walaupun itu adalah sesuatu
yang engkau tidak senangi. Kerana jika engkau memakainya
kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas
(mentauhidkan Allah).
·
saudara-saudaraku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan
solat tak kira bertapa malasnya
engkau untuk melakukannya. Kerana jika engkau tetap
melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar
akan kewajibannya
yang telah Allah tetapkan, maka engkau telah
ikhlas (mentauhidkan
Allah).
·
sahabat-sahabatku untuk
terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau
melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang
sahih. Maka engkau telah
ikhlas(mentauhidkan Allah)
Janganlah kerana
fahaman kita yang silap menghalangi kita daripada memperbaiki
diri kita walaupun ia
kelihatan lebih benar; kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam
al-Quran: Dan syaitan memperindahkan kepada mereka apa yang mereka lakukan [al-an'aam
Wallahu'alam