Mengenal ALLAH Melalui Asma Ul Husna
dari Buku Menyingkap Tabir-tabir Ilahi
Prof. DR. M. Quraish Shihab
Manusia betapapun kuasa dan kuatnya pasti suatu ketika mengalami ketakutan, kecemasan dan keperluan. Memang pada saat kekuasaan dan kekuatan itu menyertainya, banyak yang tidak merasakan sedikit keperluan pun, tetapi ketika kekuasaan dan kekuatan meninggalkannya, ia merasa takut atau cemas dan pada saat itu ia memperlukan ‘sesuatu’ yang mampu menghilangkan ketakutan dan kecemasannya itu. Boleh jadi pada tahap awal ia mencari ‘sesuatu’ itu pada makhluk, tetapi jika keperluannya tidak terpenuhi, pastilah pada akhirnya ia akan mencari dan bertemu dengan kekuatan yang berada di luar alam raya. Itulah Tuhan dengan bermacam-macam nama yang disandang-Nya. Dialah yang di yakini dapat memenuhi keperluan manusia, menutupi kekuarangannya, menghilangkan kecemasannya dan sebagainya yang merupakan keperluan makhluk. Apa yang dikemukakan di atas, disahkan oleh Al Quran antara lain dengan firmanNya :
يَا
أَيُّهَا
النَّاسُ
أَنتُمُ
الْفُقَرَاء
إِلَى
اللَّهِ
وَاللَّهُ
هُوَ
الْغَنِيُّ
الْحَمِيدُ
“Wahai
umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala perkara,
sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (QS. Al Fathir 35: 15).
Siapa
atau Apa Tuhan ?
Jika
Anda ingin berinteraksi dengan seseorang, tentulah Anda perlu mengenalnya,
siapa dia serta apa nama maupun sifat-sifatnya ? Tuhan yang mencipta, yang diharapkan bantuanNya serta yang
kepadaNya bertumpu segala sesuatu, pastilah lebih perlu dikenal.
“Yang melihat/mengenal Tuhan, pada hakekatnya hanya melihatNya melalui wujud yang terhampar di bumi serta yang terbentang di langit. Yang demikian itu adalah penglihatan tidak langsung serta memerlukan pandangan hati yang tajam, akal yang cerdas lagi kalbu yang bersih. Mampukah Anda dengan membaca kumpulan syair seorang penyair, atau mendengar gubahan seorang komposer,.. dengan melihat lukisan pelukis atau pahatan pemahat, - mampukah Anda dengan melihat hasil karya seni mereka, mengenal mereka tanpa melihat mereka secara langsung ? Memang Anda bisa mengenal selayang pandang tentang mereka, bahkan boleh jadi melalui imajinasi, Anda dapat membayangkannya sesuai dengan kemampuan Anda membaca karya seni, namun Anda sendiri pada akhirnya akan sadar bahawa gambaran yang dilukiskan oleh imajinasi Anda menyangkut para seniman itu, adalah bersifat pribadi dan merupakan ekspresi dari perasaan Anda sendiri. Demikian juga yang dialami orang lain yang berhubungan dengan para seniman itu, masing-masing memiliki pandangan pribadi yang berbeda dengan yang lain.
Kalaupun ada yang sama, maka persamaan itu dalam bentuk gambaran umum menyangkut kekaguman dalam berbagai tingkat. Kalau demikian itu adanya dalam memandang seniman melalui karya-karya mereka, maka bagaimana dengan Tuhan, sedang Anda adalah setetes dari ciptaanNya ?” (Abdul Karim Alkhatib, dalam Qadiyat Al-Uluhiyah Bainal Falsafah wad Din).
Kalau
Anda masih berkeras untuk mengenalnya maka lakukanlah apa
yang dikemukakan di atas tetapi yakinlah bahwa hasilnya akan jauh lebih sedikit
dari apa yang Anda peroleh ketika ingin mengenal para seniman itu. Bukankah
hasil karya mereka terbatas, itupun belum tentu semuanya dapat Anda jangkau
sedang hasil karya Tuhan sedemikian banyak sehingga mana mungkin Anda akan mampu mengenal-Nya walau pengenalan yang serupa dengan
pengenalan terhadap seniman-seniman itu.
Sebenarnya jika Anda mahu, ada jalan yang tidak berliku-liku, tidak pula jauh jaraknya. Pandanglah matahari ketika akan terbenam, bentangkanlah mata ke samudera lepas, Anda akan terkagum-kagum oleh keindahan dan keagungannya dan pada akhirnya Anda akan sampai kepada pengenalan Ilahi. Atau ambillah satu makhluk Tuhan Mari mendengar suara wahyu yang menjelaskan :
يَا
أَيُّهَا
النَّاسُ
ضُرِبَ
مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا
لَهُ إِنَّ
الَّذِينَ
تَدْعُونَ
مِن
دُونِ
اللَّهِ لَن
يَخْلُقُوا
ذُبَابًا وَلَوِ
اجْتَمَعُوا
لَهُ وَإِن
يَسْلُبْهُمُ
الذُّبَابُ
شَيْئًا
لَّا
يَسْتَنقِذُوهُ
مِنْهُ ضَعُفَ
الطَّالِبُ
وَالْمَطْلُوبُ
“Wahai umat manusia, inilah diberikan satu
misal perbandingan maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh.
Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, selain dari Allah itu, tidak akan
dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat
merebutnya kembali dari lalat itu lemahlah yang menyembah, dan yang disembah”. (QS.
Al Hajj 22:73).
Apakah
setelah ini, Anda masih akan menjawab terus dengan akal fikiran Anda apa dan
siapa Tuhan ? Tapi yakinlah bahawa apa
yang diinformasikan oleh akal Anda hanya setitis dari samudera. Kalaulah semua
hasil pemikiran manusia dikumpul, maka itupun hanya bagaikan sedetik
dari waktu yang terbentang ini.
Kerana
itu ketika Abu Bakar Ash Shiddiq ditanya “ Bagaimana
Engkau mengenal Tuhanmu?” Beliau menjawab “Aku mengenal Tuhan melalui Tuhanku. Seandainya Dia tak ada, Aku tak mengenalNya”. Selanjutnya ketika beliau ditanya, “Bagaimana Anda mengenal-Nya?”
Beliau menjawab, “Ketidakmampuan mengenalnya adalah
pengenalan”.
Tetapi
apakah dengan demikian persoalan telah selesai ? Jelas tidak, kerana kita ingin berinteraksi denganNya, kita tidak
hanya ingin patuh, tetapi juga kagum dan cinta. Jika demikian,
dibutuhkan proses pengenalan.
Dalam
Quran, Allah tidak diperkenalkan sebagai sesuatu yang bersifat materi, kerana
jika demikian pastilah ia berbentuk, dan bila berbentuk pasti terbatas dan
memerlukan tempat, dan ini menjadikan Dia bukan Tuhan kerana Tuhan tidak
memerlukan sesuatu dan tidak pula terbatas. Disisi lain pasti juga bila
demikian Dia ada di satu tempat dan tidak ada di tempat lain. Pasti Dia dapat
dilihat oleh sebahagian dan tidak terlihat oleh sebahagian yang lain. Semua ini
akan mengurangi kebesaran dan keagunganNya, bahkan
bertentangan dengan idea tentang Tuhan yang ada dalam benak manusia.
Tapi ini bukan berarti bahwa Al Quran memperkenalkan Tuhan sebagai
sesuatu yang bersifat idea atau immaterial, yang tidak dapat diberi sifat atau
digambarkan dalam kenyataan, atau dalam keadaan yang dapat dijangkau akal
manusia. Karena jika demikian, bukan saja hati manusia tidak akan tenteram terhadapNya, akalnya pun tidak dapat
memahamiNya, sehingga keyakinan tentang wujud dan sifat-sifatNya tidak akan
berpengaruh pada sikap dan tingkah laku manusia.
Kerana itu Al Quran menempuh cara pertengahan dalam memperkenalkan Tuhan. Dia, menurut Al Quran antara lain Maha Mendengar, Maha Melihat, Hidup, Berkehendak, Menghidupkan dan Mematikan, dan bersemayam di atas Arsy, Tangan Allah diatas tangan mereka (manusia) bahkan Nabi saw menjelaskan bahawa Dia bergembira, berlari dan sebagainya yang kesemuanya mengantar manusia kepada pengenalan yang dapat terjangkau oleh akal, atau potensi-potensi manusia. Namun demikian ada juga penjelasan Al Quran yang menyatakan bahwa :
البَصِيرُ
لَيْسَ
كَمِثْلِهِ
شَيْءٌ وَهُوَ
السَّمِيعُ
“Tidak ada yang sesuatupun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mendengar
lagi Maha Melihat (QS. Asy Syura 42:11)
Sehingga, jika demikian ‘apapun yang tergambar dalam benak, atau
imajinasi siapa pun tentang Allah maka Allah tidak demikian’. Dengan
membaca dan menyedari makna ayat ini, luluh semua gambaran yang dapat dijangkau
oleh indra dan imajinasi manusia tentang zat Yang Maha
Sempurna itu.
Ali
bin Abi Thalib pernah ditanya oleh sahabatnya Zi’lib Al yamani, “Amirul
mukminin, apakah engkau pernah melihat Tuhanmu ?
Apakah aku menyembah apa yang tidak kulihat ?” , jawab
beliau. “Bagaimana engkau melihatNya ?”, “Dia tidak
dapat dilihat dengan pandangan mata, tetapi dijangkau oleh akal dengan hakikat
keimanan”.
Kalau
sifat-sifat baik dan terpuji yang disandang manusia/makhluk seperti hidup,
kuasa/mampu, pengetahuan, pendengaran, penglihatan, kemuliaan, kasih sayang,
pemurah, perhatian dan sebagainya maka pastilah Yang Maha Kuasa pun memiliki
sifat-sifat baik dan terpuji dalam kapasitas dan substansi yang lebih sempurna,
kerana jika tidak demikian, apa erti keperluan manusia kepadaNya ?
Terdapat
empat ayat yang menggunakan redaksi “Al Asma’ul Husna’, iaitu
:
وَلِلّهِ
الأَسْمَاء
الْحُسْنَى
فَادْعُوهُ
بِهَا
وَذَرُواْ
الَّذِينَ
يُلْحِدُونَ
فِي
أَسْمَآئِهِ
سَيُجْزَوْنَ
مَا كَانُواْ
يَعْمَلُونَ
“Hanya milik Allah nama-nama (asmaul husna), maka bermohonlah kepadaNya
dengan menyebut nama-nama (asmaul husna) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan.” (QS. Al A’raf 7:80)
قُلِ
ادْعُواْ
اللّهَ أَوِ
ادْعُواْ
الرَّحْمَنَ
أَيًّا مَّا
تَدْعُواْ فَلَهُ
الأَسْمَاء
سَبِيلاً
الْحُسْنَى
وَلاَ
تَجْهَرْ
بِصَلاَتِكَ
وَلاَ
تُخَافِتْ
بِهَا
وَابْتَغِ بَيْنَ
ذَلِكَ
“Katakanlah:
Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja
kamu serukan; kerana bagi-Nyalah nama-nama yang baik Dan janganlah kamu
menyaringkan bacaan solatmu, dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah
sahaja satu cara yang sederhana antara itu”. (QS. Al Isra’ 17:110)
هُوَ
اللَّهُ
الْخَالِقُ
الْبَارِئُ
الْمُصَوِّرُ
لَهُ
الْأَسْمَاء
الْحُسْنَى
يُسَبِّحُ
لَهُ
مَا فِي
السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ
وَهُوَ
الْعَزِيزُ
الْحَكِيمُ
“Dialah
Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai
Nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa
yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana”.
(QS. Al Hashr 59:24)
اللَّهُ
لَا إِلَهَ
إِلَّا هُوَ
لَهُ الْأَسْمَاء
الْحُسْنَى
“Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik.” (QS. Taha 20:8)
Kata Al Asma adalah bentuk jamak dari kata Al-Ism yang biasa
diterjemahkan dengan ‘nama’. Ia berakar dari
kata assumu yang bererti ketinggian, atau assimah yang bererti tanda. Memang nama merupakan tanda bagi sesuatu, sekaligus harus dijunjung
tinggi.
Apakah
nama sama dengan yang dinamai, atau tidak, bukan disini
tempatnya diuraikan perbezaan pendapat ulama yang berkepanjangan, melelahkan
dan menyita tenaga itu. Namun yang jelas bahawa Allah memiliki apa yang dinamaiNya sendiri dengan Al Asma dan bahawa Al
Asma itu bersifat husna.
Kata al husna yang bererti terbaik. Penyifatan
nama-nama Allah dengan kata yang berbentuk superlatif ini, menunjukkan bahawa
nama-nama tersebut bukan saja baik, tetapi juga yang terbaik bila dibandingkan
dengan yang baik lainnya, apakah yang baik selainNya itu wajar disandangNya
atau tidak.Sifat Pengasih misalnya adalah baik. Ia
dapat disandang oleh makhluk/manusia, tetapi kerana bagi Allah nama yang
terbaik, maka pastilah sifat kasihNya melebihi sifat kasih makhluk, dalam
kapasiti kasih mahupun substansinya. Disisi lain sifat
pemberani merupakan sifat yang baik disandang oleh manusia namun sifat ini
tidak wajar disandang Allah kerana keberanian mengandung kaitan dalam
substansinya dengan jasmani sehingga tidak mungkin disandangkan kepadaNya. Ini berbeza dengan sifat kasih, pemurah, adil dan sebagainya.
Kesempurnaan manusia adalah jika ia memiliki keturunan
tetapi sifat kesempurnaan manusia ini tidak mungkin pula disandangNya kerana
ini mengakibatkan adanya unsur kesamaan Tuhan dengan yang lain, disamping
menunjukkan keperluan, sedang hal tersebut mustahil bagiNya.
Demikianlah kata Husna menunjukkan bahawa nama-namaNya adalah
nama-nama yang amat sempurna tidak sedikitpun tercemar oleh kekurangan.
Nama/sifat-sifat yang disandangNya itu, terambil dari bahasa
manusia, namun kata yang digunakan saat disandang manusia pasti selalu
mengandung makna keperluan serta kekurangan, walaupun ada diantaranya yang
tidak dapat dipisahkan dari kekurangan tersebut dan ada pula yang dapat
dipisahkan. Keberadaan pada satu tempat atau arah, tidak mungkin dapat
dipisahkan dari manusia dan dengan demikian ia tidak
disandangkan kepada Tuhan, kerana kemustahilan pemisahannya itu. Ini berbeza dengan kata “kuat”. Bagi
manusia, kekuatan diperoleh melalui sesuatu yang bersifat materi yakni adanya
otot-otot yang berfungsi baik, dalam erti kita memerlukan hal tersebut untuk
memiliki kekuatan. Keperluan tersebut tentunya tidak
sesuai dengan kebesaran Allah, sehingga sifat kuat buat Tuhan hanya dapat difahami
dengan menyingkirkan dari nama/sifat tersebut hal-hal yang mengandung makna
kekurangan atau keperluan itu.
ALLAH
Allah
adalah nama Tuhan yang paling popular.
Alif dan lam yang dibubuhkan pada kata Ilah berfungsi menunjukkan
bahwa kata yang dibubuhi itu (dalam hal ini kata Ilah) merupakan sesuatu yang
telah dikenal dalam benak. Kedua huruf tersebut disini sama
dengan The dalam bahasa Inggris. Kedua huruf tambahan itu
menjadikan kata yang diletak menjadi ma’rifat atau definite
(diketahui/dikenal). Pengguna bahasa Arab mengakui bahwa Tuhan yang
dikenal oleh benak mereka adalah Tuhan Pencipta, berbeza dengan tuhan-tuhan
alihah (bentuk jamak dari Ilah) yang lain. Selanjutnya dalam perkembangan lebih
jauh dan dengan alasan mempermudah, hamzat yang berada antara dua lam yang
dibaca (i) pada kata Al Ilah tidak dibaca lagi sehingga berbunyi Allah dan
sejak itulah kata ini seakan-akan telah merupakan kata baru yang tidak memiliki
akar kata sekaligus sejak itu pula kata Allah menjadi nama khusus bagi Pencipta
dan Pengatur Alam raya yang wajib wujudNya.
Sementara
ulama berpendapat bahwa kata “Ilah” yang darinya terbentuk kata “Allah”,
berakar dari kata Al-Ilahah, Al-Uluhah, dan Al-Uluhiyah yang kesemuanya menurut
mereka bermakna ibadah/penyembahan, sehingga “Allah” secara harfiah bermakna
Yang Disembah. Ada juga berpendapat bahawa kata tersebut berakar dari kata
“alaha” dalam arti mengherankan atau “menakjubkan” karena segala
perbuatan/ciptaanNya menakjubkan atau karena bila dibahas hakekatnya akan
mengherankan akibat ketidaktahuan makhluk tentang hakekat zat Yang Maha Agung
itu. Apapun yang terlintas di dalam benak menyangkut hakekat
zat Allah maka Allah tidak demikian.
Ada
juga yang berpendapat bahwa kata “Allah” terambil dari akar kata “Aliha
Ya’lahu” yang berarti “tenang”, karena hati menjadi tenang bersamaNya, atau
dalam arti “menuju” dan “bermohon”, karena harapan seluruh makhluk tertuju
kepadaNya dan kepadaNya jua makhluk bermohon.
Memang
setiap yang dipertuhan pasti disembah, dan kepadanya tertuju harapan dan
permohonan, lagi menakjubkan ciptaannya, tetapi apakah itu berarti bahwa kata
“Ilah” dan juga “Allah” secara harfiah bemakna demikian ?
Apakah Al Quran menggunakannya untuk makna “yang disembah” ?
Para
ulama yang mengartikan Ilah dengan “yang disembah” menegaskan bahwa Ilah adalah
segala sesuatu yang disembah, baik penyembahan itu tidak dibenarkan oleh akidah
Islam; seperti terhadap matahari, bintang, bulan manusia atau berhala; maupun
yang dibenarkan dan diperintahkan oleh Islam, yakni zat yang wajib wujudNya
yakni Allah swt. Karena itu, jika seorang Muslim mengucapkan “laa ilaha illa Allah” maka dia telah
menafikan segala tuhan kecuali Tuhan yang namaNya, Allah. QS Al A’raf
7:127 yang dibaca ‘wayazaraka wa ilahataka’. Kata (Ilahataka)
dalam bacaan ini adalah ganti dari kata Alihataka yang berarti sesembahan dan
yang merupakan bacaan yang syah dan populer.
لَوْ
كَانَ
فِيهِمَا
آلِهَةٌ
إِلَّا اللَّهُ
لَفَسَدَتَا
فَسُبْحَانَ
اللَّهِ رَبِّ
الْعَرْشِ
عَمَّا
يَصِفُونَ
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain dari Allah,
nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha suci Allah, Tuhan
yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan”
Pembuktian kebenaran
pernyataan ayat di atas, baru dapat dipahami dengan benar apabila kata Ilah
diartikan sebagai Pengatur serta Penguasa Alam Raya yang di dalam genggaman
tanganNya segala sesuatu.
Betapapun
terjadi perbedaan pendapat itu namun agaknya dapat disepakati bahwa kata
“Allah” mempunyai kekhususan yang tidak memiliki oleh kata selainnya; ia adalah
kata yang sempurna huruf-hurufnya, sempurna maknanya, serta memiliki kekhususan
berkaitan dengan rahasianya,... sehingga sementara
ulama menyatakan bahwa kata itulah yang dinamai “ismullah al-a’zam” (nama Allah
yang paling mulia), yang bila diucapkan dalam doa, Allah akan mengabulkannya.
Dari segi lafaz terlihat keistimewaannya ketika dihapus huruf-hurufnya. Bacalah kata Allah dengan menghapus huruf awalnya, akan berbunyi Lillah dalam arti milik/bagi Allah; kemudian hapus huruf awal dari kata Lillah itu akan terbaca “Lahu..” dalam arti bagiNya selanjutnya hapus lagi huruf awal dari “lahu” akan terdengar dalam ucapan Hu yang berarti Dia (menunjuk Allah) dan bila inipun dipersingkat akan dapat terdengar suara Ah yang sepintas atau pada lahirnya mengandung makna keluhan tetapi pada hakekatnya adalah seruan permohonan kepada Allah. Karena itu pula sementara ulama berkata bahwa kata “Allah” terucapkan oleh manusia sengaja atau tidak sengaja, suka atau tidak. Itulah salah satu bukti adanya fitrah dalam diri manusia sebagaimana diuraikan pada bagian awal tulisan ini. Al Quran juga menegaskan bahwa sikap orang-orang musyrik ,
وَلَئِن
سَأَلْتَهُم
مَّنْ خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضَ
لَيَقُولُنَّ
اللَّهُ قُلْ
أَفَرَأَيْتُم
مَّا
تَدْعُونَ
مِن دُونِ اللَّهِ
إِنْ
أَرَادَنِيَ
اللَّهُ
بِضُرٍّ هَلْ
هُنَّ
كَاشِفَاتُ
ضُرِّهِ أَوْ
أَرَادَنِي
بِرَحْمَةٍ
هَلْ هُنَّ
مُمْسِكَاتُ
رَحْمَتِهِ
قُلْ
حَسْبِيَ اللَّهُ
عَلَيْهِ
يَتَوَكَّلُ
الْمُتَوَكِّلُونَ
“Sesungguhnya! jika engkau bertanya kepada mereka: Siapakah yang mencipta
langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab:
Allah. Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu tentang apa
yang kamu sembah selain Allah itu? Jika Allah hendak
menimpakan aku sesuatu bahaya, dapatkah mereka menghapuskan bahaya-Nya itu;
atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan
rahmatnya itu? Katakanlah: Cukuplah Allah bagiku;
kepada-Nyalah hendaknya berserah orang yang mahu berserah diri”. (QS.
Azzumar 39:38).
Dari
segi makna dapat dikemukakan bahwa kata Allah mencakup segala sifat-sifatNya,
bahkan Dialah yang menyandang sifat-sifat tersebut, karena itu jika Anda
berkata, “Ya Allah” maka semua nama-nama/sifat-sifatNya telah dicakup oleh kata
tersebut. Di sisi lain jika Anda berkata Ar Rahiim (Yang Maha Pengasih) maka
sesungguhnya yang Anda maksud adalah Allah demikian juga jika Anda berkata : Al Muntaqim (yang membalas kesalahan) namun
kandungan makna Ar Rahiim tidak mencakup pembalasanNya, atau sifat-sifatNya
yang lain. Itulah salah satu sebab mengapa dalam syahadat seseorang harus
menggunakan kata “Allah” ketika mengucapkan Asyhadu
an La Ilaha Illa Allah dan tidak dibenarkan mengganti kata Allah tersebut
dengan nama-namaNya yang lain, seperti Asyhadu An La
Ilaha illa ArRahman Ar Rahim.