Perintah Menjauhi Taqlid
Oleh : Ustaz Emran Ahmad
Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam buat rasulnya
Muhammad Salallahualaihiwasalam. Sesungguhnya menjadi satu
kewajipan bagi setiap yang mengaku beriman kepada Allah dan rasul supaya
mengikuti pertunjuk As-Sunnah dan meningalkan setiap yang bertentangan
dengannya.
Sesungguhnya Perintah Menjauhi Taqlid amat jelas disebut oleh Allah swt dalam
Al-Quran
"وَلاَ
تَقْفُ مَا
لَيسَ لَكَ
بِهِ عِلْمُ إِنَّ
السَّمْعَ
وَالبَصَرَ
وَالفُؤَادَ
كُلُّ
أُوْلَئِكَ
كَانَ عَنْهُ
مَسئُولاً" (لأسرا:
36)
"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak
ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu
semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Surah Al-Isra : 36).
Gejala taqlid amat berleluasa di kalangan masyarakat Melayu
Masyarakat Awam sanggup mengenepikan hukum hakam yang diistinbat dari Al-Quran
mahu pun dari As-Sunnah sahihah semata-mata untuk menuruti mazhab, taqlid
mereka pada imam,ulama', tok guru mahu pun ustaz atau individu tertentu yang
tidaklah maksum . Sedang hal ini ditentang dan dikhabarkan dalam Al-Quran :
(2)
" اِتَّبِعُوا
مَا أُنزِلَ
إِلَيكُمْ
مِن رَّبِكُم
وَلاَ
تَتَّبِعُوا
مِن دُونِهِ
أَولِياَءَ
قَلِيلاً مَا
تَذْكُرُونَ
" (الأعراف: 3)
" Dan ikutlah apa yang
diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti pemimpin
(panduan/ imam / mazhab) selain dari-Nya kerana sedikitlah manfaat yang kamu
perolehi.." (Surah Al-A'raf : 3).
Lebih malang para ustaz dan golongan agama yang menjadi sumber taqlid
masyarakat awam mereka sendiri juga tidak terlepas dari taqlid bahkan merekalah
punca taqlid dengan mengikuti guru-guru mereka tanpa selidik dan bertaqlid pada
sesetengah kitab tanpa meneliti dan mentahqiq, disamping menjadi agen kepada
penyebar dusta, bohong dan kepercayaan karut yang dianggap benar dan dianggap
sebagai ilmu oleh masyarakat lantaran kejahilan dan kerana dusta itu diucapkan
dari mulut seorang tokoh agama yang dihormati dan terkenal.
Sungguh perbuatan ini amatlah tercela dan bertentangan dengan
agama Islam yang suci. Mereka para ustaz dan golongan
agama sungguh telah melakukan jenayah besar terhadap Islam sehingga menjadikan
Islam agama yang penuh penipuan, pendustaan dan ibadah yang didirikan penuh
dengan bid'ah dan penyelewengan dari kitab dan as-sunnah.
Jelaslah perbuatan mereka menyerupai perbuatan rahib-rahib
yahudi yang mengada-adakan pelbagai hukum berdasarkan akal mereka kemudian
mendakwa ianya dari ayat Allah swt dan perbuatan masyarakat awam Melayu
benar-benar seperti golongan awam nasrani dan yahudi yang mengambil
paderi-paderi dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain dari Allah swt
seperti yang difirmankan dalam Al-Quran :
"
اِتَّخِذُوْا
أَحْبَارَهُم
وَرُهْبَا نَهُم
أَرْبَابًا
مِن دُونِ
اللََّهِ "
(التوبة: 31)
" Mereka menjadikan para ulama' dan rahib-rahib mereka
sebagai tuhan selain dari Allah " (Surah At-Taubah : 31).
Maka apabila ayat ini dibacakan oleh Rasulullah Salallahualaihiwasalam
kebetulan Adi' bin Hatim ra (bekas yahudi) mendengarnya lantas beliau menegur
Rasulullah Salallahualaihiwasalam dengan
(3)
mengatakan bahawa tidaklah mereka (orang yahudi) menjadikan rahib-rahib
dan orang alim mereka sebagai tuhan (yakni tidaklah sampai menyembah).
Maka jawab baginda Rasul Salallahualaihiwasalam :
إنهم إذا
أحلوا لهم
شيئا استحلوا
وإذا حرموا عليهم
شيئا حرموا
فذلك
عبادتهم
" Mereka (para rahib) jika menghalalkan sesuatu maka orang ramai pun
ikut menghalalkannya (yakni mengikutinya/mentaqlidnya) dan mereka jika
mengharamkan sesuatu maka orang ramai pun ikut mengharamkannya maka itulah
pengibadatan mereka (itulah bukti mereka menyembah para rahib).[1]
Sungguh perbuatan taqlid dan menuruti seseorang tanpa ilmu amatlah dicela dan
dikeji oleh agama Islam yang mulia.
Taqlid dari sudut bahasa bermaksud : Meletakkan
sesuatu ikatan di tengkuk (Rujuk Al-Misbahul Munir (704 / 2), Air yang
bertakung sama ada dalam perigi atau bekas . [2]
Dari sudut takrifan fuqaha, Taqlid bermaksud : Menerima
perkataan atau pendapat seseorang tanpa berdasarkan hujah. [3] Manakala mengikut atau menuruti Al-Quran dan Hadith maka ia
tidaklah dinamakan taqlid kerana Al-Quran dan Sunnah itu sendiri ialah hujah
dan jika menurut pendapat imam, ulama' dengan mengetahui hujah apa yang
digunakan oleh para imam dan ulama' tersebut maka ia tidaklah menjadi taqlid
sebaliknya menjadi Ittiba' (Mengikut berdasar dalil, yakni menerima dan
mengikuti sesuatu pendapat, ijtihad seseorang ulama' setelah kita mengetahui
dalil-dalil yang digunakannya ).[4]
(4)
Ittiba tidaklah dicela bahkan diperintahkan pada golongan
awam yang jahil dan tidak mempunyai kemampuan berijtihad lantaran kelemahan
dari sudut ilmu, kemampuan akal atau memiliki kekurangan tertentu.
Sebagaimana yang terdapat pada firman Allah swt dalam al-quran yang mengunakan
istilah " Ittiba' :
"
اِتَّبِعُوْا
مَا أُنْزِلَ
إِلَيْكُم مِن
َّربِكُم "
(الأعراف: 3)
" Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah)"(Surah Al-A'raf:3)
Kemudiannya diperintahkan pula bagi mereka yang jahil dan tidak mengetahui
supaya berittiba' kepada golongan yang alim dan mengambil pelajaran dari
mereka.
" فَاسْأَلُوْا
أَهْلَ
الذِّكْرِ
إِن كُنتُم لاَ
تَعلَمُونَ"
(النحل: 43)
" Bertanyalah kamu kepada
orang yang mengerti jika kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl :
43). (Untuk pemahaman lebih mendalam boleh merujuk Tafsir Ibn
Katsir bagi ayat ini).
Para Ulama' telah bersepakat mengatakan hukum taqlid ialah haram, melainkan
menurut pendapat imam atau mazhab dengan mengetahui hujah dan dalil yang
dinamakan Ittiba' . Sedang taqlid
tanpa dalil sekadar taqlid buta ialah haram dan kedudukannya terbahagi kepada
beberapa keadaan.
1) Taqlid pada perkara aqidah maka hukumnya haram dan ditegah
oleh para ulama'.
2) Taqlid pada perkara feqah dan ibadah :
-Taqlid pada mazhab atau imam dan apa yang ditaqlidnya itu benar
-Taqlid pada mazhab dan imam dan apa
yang ditaqlidnya itu salah
Membicarakan soal taqlid pasti mencetuskan kemarahan golongan
tua yang sudah berkarat pemikiran mereka tentang hal taqlid dan enggan menerima
perubahan. Mereka kerap menuduh golongan ulama' yang
ingin membawa ummah kepada tajdid dan pembaharuan dari kejahilan kepada
keilmuan sebagai satu usaha merbahaya dan sebagai satu usaha mengancam tradisi
yang sekian lama dipegang oleh mereka.
Mereka (golongan tua) yang terdiri dari tok-tok guru pondok, para ustaz pencen
dan ahli agama yang sealiran dengannya kerap menuduh para pelajar hadith, para
(5)
ulama' yang benar-benar alim dan
gigih mempertahankan sunnah Nabi Salalallahualaihiwasalam sebagai
"Wahabbi" atau " Kaum Muda" dan pelbagai lagi tuduhan yang
tidak berasas dan langsung tiada nilai dari sudut ilmiah dan hujah di sisi Allah
swt. Mereka hanya tahu menyesatkan golongan ini tanpa mampu
menampilkan hujah dan dalil walau sepatah pun dengan kaedah ilmiah.
Mereka menuduh para ulama' dan golongan hadith yang
Mereka juga menuduh para golongan ulama' hadith yang cuba membersihkan ibadah
masyarakat dari bid'ah dan dibina atas dasar jahil, taqlid kepada ilmu
(Sepertimana mereka (pelajar-pelajar Al-Azhar ) menuduh Syeikh Alamah Albani
ra, Syeikh Ibn Baz, Syeikh Soleh Utsaimin dll ) sebagai sesat dan Wahabbi
.
Apakah itu Wahabbi ? Apakah itu Zindiq
? Apakah punca mereka dituduh sedemikian ?
Demi Allah sehingga kalam ini ditulis tidaklah seorang pun pelajar Al-Azhar
As-Syarif atau ulama' pondok , atau ustaz kampung atau
mana-mana tokoh aliran taqlid dan jahil itu dapat menjawabnya !!!
Manakala golongan awam yang mengambil pemikiran golongan ini
pun tanpa memikir panjang terus menerus membuat mungkar pada agama ini dengan
menyebarkan dusta bohong serta penghinaan pada para ulama' yang banyak jasanya
pada umat Islam.
Sedang para ulama' tersebut andainya mereka tersilap sekalipun kesilapan mereka
bukanlah disengajakan bahkan mereka beroleh pahala atas ijtihad yang dilakukan
dengan keilmuan mereka dan jauh dari sikap taqlid sebagaimana sabda Rasulullah Salallahulaihiwasalam :
إذا
حكم الحاكم
فاجتهدا ثم
أصاب فله
أجران وإذا
حكم فاجتهد ثم
اخطأ فله اجر
" Jika seorang qadhi itu berhukum lalu berijtihad maka jika ijtihadnya
itu benar maka baginya dua pahala dan jika salah maka baginya satu pahala.[5]
(6)
Malahan jika menurut riwayat, Imam Abu Yusof dan Imam Muhammad Bin Hasan
sendiri berfatwa dan berijtihad menyalahi pendapat Imam Abu Hanifah lebih dari
1/3 dari seluruh isi mazhab Abu Hanifah walaupun mereka merupakan murid kepada
Imam Abu Hanifah. Sesungguhnya tujuan tajuk ini ditulis bukanlah bertujuan
memburukkan sesiapa pun sebaliknya memberikan peringatan kepada masyarakat
supaya kembali kepada Allah dan sunnah rasulnya dan
memahami Islam dengan kaedah dan cara yang benar.
"
وَذَكِّرْ
فَاِنَّ
الذِّكْرَى
تَنْفَعُ المُؤْمِنِينَ
" (الذريات :55)
" Dan berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat pada
orang-orang yang beriman" (Surah
Adz-Zariyat : 55).
Sangatlah disedihkan kepada golongan awam yang menjadi mangsa
kejahilan, kedunguan para ustaz, golongan agama yang masih tetap dengan taqlid
dan ajaran lama serta kitab kuning mereka. Golongan
awam ini akhirnya terzalim dan mereka secara tidak langsung turut terlibat
dalam kejahilan lantaran kecuaian orang-orang agama yang sepatutnya menjadi
pelita dan menerangi ummat dari kegelapan yang akhirnya menjadi sebahagian dari
kegelapan itu sendiri.
Ketika risalah ini ditulis, penulis mendapat berita ajaran sufi
(satu puak yang jauh menyimpang dari ajaran Ahlul Sunnah Wal-Jamaah-InsyaAllah
akan menyusul tajuk mengupas kebathilan mereka ini pada Kitab Aqidah) sedang
merebak di
Kemasukan sufi di tanahair
(7)
seperti Rabiatul Adawiyah , Abdul Qadir Al-Jilani dll.
Sungguh sangat jauh mereka ini dari nikmat sunnah
rasul dan nikmat pedoman para salaf soleh yang terlebih dahulu mengenal Islam
dan diberi hidayah oleh Allah swt.
Apakah mereka sudah lupa betapa Allah swt memerintahkan supaya setiap perkara
harus dirujuk kepada dalil dan pertunjuk dari-Nya ?
"قُلْ إِن
كُنْتُمْ
تُحِبُّونَ
اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي
يُحْبِبْكُمُ
اللَّهُ وَ يَغْفِرْ
لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ
وَاللَّهُ
غَفُوْرٌ
رَّحِيمٌ"
" Katakanlah; jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul)
maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah
Maha Pengasih " (Ali Imran -31).
Sangatlah memelikkan bagaimana mereka boleh meninggalkan para imam, para ulama'
dan menuruti sufi bodoh yang langsung entah benar dan
entah betul serta tidak maksum dan jahil agama. Bahkan pernah
sampai kepada kita satu riwayat dari Imam Ahmad seperti dalam riwayat Imam Abi
Faraz Abd Rahman ibn Jauzi Al-Bagdadi (sama seperti riwayat sebelumnya cuma
wujud perbezaan pada peribadi) mengenai seorang lelaki bertanya kepada Imam
Ahmad ra bahawa Ibrahim ibn Adam (seorang Sufi ) telah berkata sekian dan
sekian, maka dijawab oleh Imam Ahmad " Tetaplah kamu pada dalil" dan
Tinggalkanlah kalam orang bodoh !!!.
Bala yang dibawa oleh sufi dan ajaran karut dari cabang ilmunya ialah
kisah-kisah wali dongeng, kisah palsu berkait sirah nabi dan para sahabat (yang
kesemuanya dusta tanpa ada yang benar kecuali dusta !!!), disamping zikir-zikir
dan ibadah karut yang tanpa sabit dari nas dalil dan juga bala perekaan
hadith-hadith Maudhu' (palsu) yang bercambah dalam masyarakat.
Sedang baginda Salallahualaihiwasalam bersabda :
اتقوا
الحديث عنّي
إلا ما علمتم
" Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan
kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)".[6]
Sedikit kurang bahaya dari sufi (yang melibatkan soal aqidah) ialah perihal
taqlid dalam masalah ibadah. Iaitu masalah peribadatan masyarakat Islam
(8)
hujah bahkan jauh menyimpang dari panduan para imam mazhab dan juga
para ulama' salaf soleh.
Para golongan agama, ustaz-ustaz taqlid dan tok-tok guru
pondok apabila kita mengajak mereka supaya menggunakan dalil dan kembali kepada
feqah berdasar sunnah dan dalil maka mereka menuduh kita sebagai " Tidak
bermazhab" dan sebagai sesat dan kononnya kita ini membenci imam-imam dan
menuduh kononnya kita ini terkeluar dari mazhab yang empat sekaligus terkeluar
dari Ahlul Sunnah Wal-Jamaah sedangkan perbuatan merekalah yang Demi Allah
terkeluar dari manhaj Ahlul Sunnah Wal- Jamaah dan terkeluar dari sunnah nabi
Salallahualaihiwasalam.
Sedangkan jelas para imam mazhab sendiri menjelaskan dalam kenyataan mereka akan bencinya mereka pada taqlid dan tidak mengiktiraf
wujudnya mazhab dan tidak mengiktiraf perlunya mazhab tertentu dan terikatnya
seseorang pada mazhab.
Imam Abu Hanifah ra sendiri pernah menyebut :
إذا
صح الحديث فهو
مذهبي
"Jika sahih sesuatu
hadith maka itulah mazhabku (peganganku)" [7]
لا
يحل لأ حد أن
يأخذ بقولنا
ما لم يعلم من
أين أخذناه
" Tidak halal bagi siapapun untuk memegang pendapat kami tanpa
mengetahui dari mana dalil yang kami ambil" [8]
Begitu juga Imam Malik ra menyebut :
ليس
أحد بعد النبي
صلي الله عليه
وسلم إلا و
يؤخذ من قوله
ويترك إلا
النبي صلي
الله عليه
وسلم
"Tidak ada sesiapa pun
selepas Nabi salallahualaihiwasalam melainkan kita boleh ambil dan boleh pula
tinggalkan pendapatnya melainkan Nabi salallahualaihiwasalam" [9]
Imam Ahmad Ibn Hanbal ra juga turut menyebut :
لا
تقلدني ,
ولا تقلد
مالكًا, ولا
الشافعي , ولا
الأوزاعي , ولا
الثوري, وخذ
من حيث أخذوا.
" Janganlah kamu bertaqlid kepada aku, janganlah bertaqlid kepada Imam
Malik, janganlah kamu bertaqlid kepada Imam Syafi'ie dan jangan kepada
(9)
Imam Al-Auza'ie dan jangan
juga kepada Imam As-Sau'ri, tetapi ambillah hujah dari mana sumber yang mereka
ambil…". [10]
Begitu jugalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Syafi'ie ra
:
Dan Imam Syafi'ie ra juga
meyebut :
إذا
صح الحديث فهو
مذهبي
"Jika sahih sesuatu hadith
maka itulah mazhabku (peganganku)" [11]
أنتم
أعلم بالحديث
و الرجال مني,
فإذا الحديث الصحيح
فأعلموني به
" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya
kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka
beritahulah aku tentangnya…".[12]
كل
حديث عن النبي
صلي الله عليه
فهو قولي ,
و إن لم
تسمعوه مني
" Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya
pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku."
من
قلد معينا في
تحريم شيء أو
تحليله وقد
ثبت الحديث
علي خلافه
ومنعه
التقليد عن
العمل بالسنّة
فقد اتخذ من
قلّده ربّا من
دون الله تعالي
"Barangsiapa yang
bertaqlid pada mengharamkan sesuatu atau menghalalkan sesuatu dan jelas
taqlidnya itu berlawanan dengan hadith dan kerana taqlidnya itu menyebabkan dia
dilarang atau menyekatnya dari beramal dengan sunnah maka sesungguhnya dia
telah mengambil orang yang ditaqlidnya itu sebagai tuhan selain dari Allah swt ." [13]
فحديث نبي
أولى فلا
تقلدوني
" Dan sesungguhnya hadith nabi itu lebih utama, dan janganlah
bertaqlid padaku." [14]
Demikianlah para ulama' Ahlul Sunnah menyebut secara jelas dalam kalam mereka
pada kitab-kitab mereka bagi melepaskan diri mereka dari dakwaan golongan yang
(10)
mengaku bertaqlid pada mereka dan menjadikan mereka sebagai kambing
hitam bagi menempelkan kesalahan kejahilan dan setiap perbuatan bid'ah mereka
pada imam-imam mazhab.
Sungguh Allah
menjadi saksi bahawa para imam mazhab jauh dan bebas dari dakwaan golongan
agama, tok-tok guru pondok, para ustaz, para pelajar Al-Azhar yang mengaku
bertaqlid pada imam dan mazhab Syafi'ie. Sungguh
Mereka masih tetap angkuh dan mendakwa mereka benar dan tetap
berfatwa yang bukan-bukan terhadap ayat Allah tanpa ilmu dan dalil dari
Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Sungguh mereka benar-benar tidak
takut pada celaan Allah swt :
" أَمْ
تَقُوْلُوْنَ
عَلَى
اللَّهِ مَا
لاَ تَعْلَمُونَ
؟ " (البقرة: 80)
" Apakah kamu mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Surah Al-Baqarah : 80).
Sangatlah buruk perbuatan mereka dan sebahagian besar
masyarakat yang masih berpegang kepada sangkaan dan keyakinan mereka bahawa
mereka benar tanpa penyelidikan, penelitian dan pengkajian bagi mensabitkan
apakah selama ini mereka berada dalam kebenaran atau selama ini mereka berada
dalam penipuan, kesesatan dan kesilapan. Sesungguhnya
sangka-sangka mereka sangatlah tidak bermanfaat dan tidak menyelamatkan mereka
sedikitpun.
Benarlah kalam Allah swt :
"إِنَّ
الظَّنَّ لاَ
يُغْنِى مِنَ
الحَّقِِ
شَيئًا (يونس
:36)"
" Sungguh sangkaan mereka langsung tidak
membawa manfaat pada mereka (dalam membawa mereka) kepada kebenaran sedikitpun"
(Surah Yunus : 36).
(11)
Bahkan tidak
cukup sekadar itu baginda Salallahualaihiwasalam sendiri memperingatkan umatnya
supaya tidak hanya bersangka-sangka dan terus bertaqlid sebaliknya menekankan
soal ketelitian dan kebenaran.
إياكم
والظن فأن
الظن أكذب
الحديث
" Berhati-hatilah kamu pada bersangka-sangka sesungguhnya bersangka-sangka
itu sebesar-besar pembohongan." [15]
"
اِتَّبِعُوْا
أَحْسَنَ مَا
اُنْزِلَ إِلَيْكُم
مِّن
رَّبِكُمْ"
(الزمر:55)
"Dan
ikutlah apa yang terbaik yang telah diturunkan oleh tuhan kamu." (Surah Az-Zumar :55).
Sesungguhnya Sunnah Rasulullah Salallahualaihiwasalam
merupakan khazanah berharga dan yang terbaik buat manusia maka itulah
sebaik-baik pertunjuk dan
sebaik-baik jalan yang telah dilalui oleh golongan sebelum kita. Semoga Allah
menyelamatkan kita dari menjadi golongan yang merugi di dunia dan akhirat.
و الله اعلم
بصواب
[1] Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.3095 &
Baihaqi.
[2] Lihat Lisanul Arab m/s 469 cet. Darul Hadith Kaherah.
[3] Sila lihat Imam Syi'razi dalam Syarah Al-Luma' m/s 1005
Jilid 2 & Abu Khutob dalam Tahmid m/s 395 Jilid 4,
[4] Lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 43 Jilid 1.
[5] Hadith Sahih disepakati Bukhari no.7352 & Muslim no.
4462.
(12)
[6] Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi,
Abi Syaibah dan Ahmad.
[7] Sila rujuk Hasyiyah Ibn A'bidin m/s 63 Jilid 1.
[8] Sila rujuk Ibn Abd Barr dalam Al-Intiqa fi Fadlul Salasa
A'immah Fuqahah, m/s 145 dan Ibn Qayyim dalam I'lamul Muaqi'in, m/s 29.
[9] Sila rujuk Ibn Abd Barr, Al-Jami' m/s 91 Jilid 2, dan Ibn
Hazm dalam Usul Ahkam, m/s 179 Jilid 2.
[10] Sila rujuk Ibn Qayyim dalam kitabnya
"Al-I'lam" m/s 302 Jilid 2.
[11] Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya
"Al-Majmuk", m/s 63 Jilid 2.
[12] Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya "Adabul
Syafi'ie", m/s 94.
[13] Hidayahtul Sulton.
[14] Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya " Adabul
Syafi'ie" m/s 93.
[15] Muttafaqun alaih,Hadith Sahih disepakati Bukhari
no. 5144 & Muslim no. 1563.