Rumahtangga Islam
Pencetus Generasi Perjuangan
Oleh:
Mustaffa Masyhur
Memperbaiki diri sendiri dan menyeru
orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah
wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.Di samping dua kewajipan itu
timbul lagi satu
kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim.
Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk
menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang
patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadicontoh sebagai tiang yang
kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai
peranan yang penting di dalam kekuatan dan
kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu
adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang
dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang
bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan
mencorakkan hidup mereka.
Rasulullah
s.a.w. bersabda:
Setiap anak itu dilahirkan di atas
fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau
menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi¡¨
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat
dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi
perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah
mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas
lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
A: Pemilihan:
Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru
orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya.
Putera Islam mencari puteri Islam untuk
menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan
suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.
Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang
diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri
Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya
di dalam hidup ini, menjadikan
pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya
apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya,memelihara
dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta
membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.
Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima
sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang
sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang
sahih yang bertakwa kepada Allah.
Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai
keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan
sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan
jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian
dengan sabda baginda:
”Wanita itu dinikahi kerana empat
perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana
kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang
beragama supaya kamu berbahagia".
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan
puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi
peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan
yang menepati syarat-syarat nya)
B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:
Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan
menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari
peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan
rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin\baharu atau berbulan madu
mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.
Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala
atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang
langsung untuk terlaksananya perkahwinan.
Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Masjid? Di dalam udara yang
bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat
buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang
bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.
Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka
tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita
bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah
itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh
manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi
perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di
antara kemuliaan dan kehinaan.
Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan
berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke
atas manusia.
C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:
Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah
yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan
merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama
ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu
bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman,
pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.
Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa
kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah
dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri.Benarlah Allah yang
Maha Agung yang telah berfirman:
وَمِنْ
آيَاتِهِ
أَنْ خَلَقَ
لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ
أَزْوَاجًا
لِّتَسْكُنُوا
إِلَيْهَا
وَجَعَلَ
بَيْنَكُم
مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
إِنَّ فِي
ذَلِكَ
لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ
يَتَفَكَّرُونَ
”Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dengannya, dan dijadikan di antara kamu
perasan kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan bagi orang yang berfikir”
(Ar-Rum: 21)
Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi
orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.
D: Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala.
Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat
kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk
kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala
kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi
segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan
diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi
apa yang dimurkai Allah.
Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka
sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah.
Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh
kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab
Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh
melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong
menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam
pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di
antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah
Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
" Semuga
Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia
sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk
bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat
kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan
membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke
mukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
E:
Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:
Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di
antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga
mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam
kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam.
Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata
mengata, tuduh menuduh
dan ke pura-puraan.
Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan
takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu
ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas
hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya
sendiri sahaja, yang memelihara diri
walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap
isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana
bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin
dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.
F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang
Dipimpin Oleh Suami:
Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama,
di atas syura', tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai
pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai
kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan,
keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini
diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat
kepincangan di dalam
pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan.
Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
وَلَهُنَّ
مِثْلُ
الَّذِي
عَلَيْهِنَّ
بِالْمَعْرُوفِ
وَلِلرِّجَالِ
عَلَيْهِنَّ
دَرَجَةٌ
وَاللّهُ
عَزِيزٌ
حَكُيمٌ
”Dan isteri-isteri itu ada
hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya; dan suami mempunyai
satu kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana". (Al-Baqarah : 228)
الرِّجَالُ
قَوَّامُونَ
عَلَى
النِّسَاء بِمَا
فَضَّلَ
اللّهُ
بَعْضَهُمْ
عَلَى
بَعْضٍ
وَبِمَا
أَنفَقُواْ
مِنْ
أَمْوَالِهِمْ
”Kaum lelaki adalah pemimpin
bagi kuam wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki)
atas sebahagian yang lain (wanita), dan juga kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan
harta mereka”. (An-Nissa': 34)
Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di
dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas
ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara
Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah
negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga
Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya
tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian
susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap
menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolak bangingnya hingga ke hari ini.
G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan
Amanah
Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan
tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin
bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka
hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan
dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
يَا
أَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا قُوا
أَنفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ
نَارًا
وَقُودُهَا
النَّاسُ
وَالْحِجَارَةُ
عَلَيْهَا
مَلَائِكَةٌ
غِلَاظٌ
شِدَادٌ لَا
يَعْصُونَ
اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ
وَيَفْعَلُونَ
مَا
يُؤْمَرُونَ
”Wahai orang
yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya
manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak
menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan
mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”. (At Tahrim : 6)
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Orang yang paling baik di kalangan
kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di
kalangan kamu terhadap ahlinya".
Kita
sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai
contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari
anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian
yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang
mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama
diperhatikan dan diubati.
H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:
Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari
seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar
akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk
dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya
menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup
berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.
Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap
rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara
anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada
mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak
melihat isteri yang muslimah yang
menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan
suaminya.,
Di dalamnya terdapat hiburan dan
keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya
mentaati Allah Ta'aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan
oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu
pagi:
" Bertaqwalah kepada Allah di dalam
urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan
baik-baik sahaja".
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara
anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa
berdamping dengan mereka. Inilah risalah,
amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini
pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.
Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang
sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah,
berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa.
Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak
lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan
dengan Islam.
Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang
sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita
hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung
di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik
dengan
khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian
seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya.
Apabila mereka membebankan sesuatu di
luar kemampuannya, mereka menolongnya.
Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana
yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan
jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran
sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di
segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal,
minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya
yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka
Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang
di import dari luar.
Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia
kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian
atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina
anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup
keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak
akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.
I:
Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:
Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas
dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah,
pendukung dakwah, menyeru rumahtangga
dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah
dan nasihat yang baik.
Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada
Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat
dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami
urusan agama.
Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia
kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya
wanita hari ini, kecuali yang telah
mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk
meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya
sebagai wanita yang salihah yang turut
bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan
merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi
kehinaan.
Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi
hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya.
La menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di
sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan
bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah
dan bercahaya dan bercantum di antara
satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.
Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan
memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan
dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas
keimanan, yang bersih yang
mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya
al-khilafah-al- Islamiah alamiah.
Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh
dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model
Islam yang sejati untuk menjadi contoh
teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi
di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan
jangan menyusahkan.
TEGAKKANLAH
RUMAH TANGGA MUSLIM
Jalan Dakwah
Mustaffa Masyhur