Firman Allah swt :
وَأُوْلِي الأَمْرِ
مِنكُمْ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُواْ
أَطِيعُواْ
اللّهَ وَأَطِيعُواْ
الرَّسُولَ
" Wahai orang-orang yang beriman
taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri
(Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).
Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah
Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira
dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100)
namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang
awam.
وَمَا يَتَّبِعُ
أَكْثَرُهُمْ
إِلاَّ ظَنًّا إَنَّ الظَّنَّ
لاَ يُغْنِي
مِنَ الْحَقِّ
شَيْئًا إِنَّ
اللّهَ عَلَيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ
“Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan
sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan
sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Yunus : 36).
Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila
tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah
dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi
adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah
pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.
Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di
Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang
mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta
atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.
Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu
kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia
memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan
ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.
اللّهِ
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي
الأَرْضِ
يُضِلُّوكَ
عَن سَبِيلِ
“Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di
muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”
(Al-An’am : 116).
Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan
yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada
Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.
Sebagaimana sabda baginda rasulullah :
" Aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya
iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith
Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan
dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki
tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih
Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah
salallahualaihiwasalam : “ Jika
datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya
untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan
demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith
hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah
sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini
berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita
kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada
baginda dengan berkata : Wahai
rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadith
ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang
malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :
Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu
kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi
kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 ,
Nasaie dan Ibn Majah).
Sesungguhnya hadith di
atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya
menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka
menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa
yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan
perbuatan sunnah yang umum.
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُولِ
اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ
يَرْجُو اللَّهَ
وَالْيَوْمَ
الْآخِرَ
وَذَكَرَ
اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya, adalah
bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi
orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik
hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).
Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi
seperti :
وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً
إِن وَهَبَتْ
نَفْسَهَا
لِلنَّبِيِّ إِنْ
أَرَادَ النَّبِيُّ
أَن يَسْتَنكِحَهَا
خَالِصَةً
لَّكَ
“Dan perempuan mukminah yang
menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai
perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu
dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan
dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan
bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi
pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid
3).
Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah
bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar
lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke
jalan yang benar.
Malu itu sebahagian dari iman seperti yang
disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut : “Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman”
(hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi,
Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda
mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah
datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat
Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan
sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu
itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah
kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah
bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَاتِ
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah)
dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka
boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau
mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .
Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan
dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi
menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra
:
“Wahai anak saudara pak cikku,
sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap
amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….”
(lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam,
serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat
Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun
aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya
rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata : “Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat
Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari :
Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh
baginda rasulullah :
“ Sesungguhnya aku diberi rezeki
oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih
riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).
Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita
pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan
dan kebajikan.
مَّا فَرَّطْنَا
فِي الكِتَابِ
مِن شَيْءٍ
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab
melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am :
38).