Tafsir Surah
Al-Fatihah
&
Ringkasan Muqadimah Tafsir
Oleh :
Ustaz emran ahmad
Yaman
Muqadimah Penyusun
بسم
الله الرحمن
الرحيم
إن
الحمد لله
نحمده و
نستعينه ونستغفره,
ونعوذ بالله
من شرور
أنفسنا و
سيئات أعمالنا
من يهده الله
فلا مضلَّ له
ومن يضْلل فلا
هاديه له, و
أشهد أن لا
َّاله إلا
الله وحده لا
شريك له وأشهد
أن محمداً
عبده ورسوله.
ياَيُّهَا
الَّذِينَ
امَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ
حَقَّ
تُقَاتِهِ
وَلاَ
تَمُوتُنَّ اِلاَّ
وَاَنتُم
مُّسلِمُونَ (آل
عمران: 102)
ياَيُّهَا
النَّاسُ
اتَّقُوا
رَبَّكُمُ الَّذِي
خَلَقَكُم من
نَّفسٍ
وَاحِدَةٍ
وَخَلَقَ
مِنهَا
زَوجَهَا
وَبَثَّ
مِنهُمَا
رِجَالاً
كَثِيراً
وَنِسَاءً
وَاتَّقُوا
اللَّهَ
الَّذِي
تَسَاءلون
به والأرحام
إن الله كان
عليكم رقيبا
(النساء: 1)
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
آمَنُوا
اتَّقُوا اللَّهَ
وَقُولُوا
قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ
لَكُمْ
أَعْمَالَكُمْ
وَيَغْفِرْ
لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ
وَمَنْ
يُطِعْ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ
فَقَدْ فَازَ
فَوْزًا عَظِيمًا
(الأحزاب/71).
أمِّا
بعد:
Sebenar-benar
kalam ialah kalam Allah (Al-Quran) dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk
Muhammad Salallahualaihiwasalam dan seburuk-buruk perkara ialah perkara yang
direka tanpa berdasar pertunjuk Allah dan rasul,dan setiap perkara yang direka
tanpa pertunjuk Allah dan rasul ialah bid'ah. Dan setiap bid'ah itu sesat dan
setiap yang sesat itu di neraka.
Sesungguhnya
saya memulai penyusunan risalah ringkas ini sebagai titik permulaan kepada
muqadimah tafsir yang sedang saya usahakan. Sebenarnya telah lama saya berhajat
untuk menghasilkan satu risalah berkaitan tafsir dan penerangan kepada ayat
Allah agar masyarakat dapat memahami akan segala hukum hakam serta perintah dan
larangan Allah swt dalam kitab suci-Nya Al-Quran. Namun keterbatasan waktu,
ketidak kemampuan dan kelemahan yang pelbagai amatlah menyekat saya dari
melakukannya.
Sangatlah besar dan
agungnya Al-Quran, sesungguhnya ia adalah mukjizat kenabian baginda rasulullah
salallahualaihiwasalam dan pertunjuk serta pedoman dalam segala perihal
kehidupan manusia sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt :
مَا
كُنْتَ
تَدْرِي مَا
الْكِتَابُ
وَلاَ الإِيمَانُ
وَلَكِنْ
جَعَلْنَاهُ
نُورًا نَهْدِي
بِهِ مَنْ
نَشَاءُ مِنْ
عِبَادِنَا وَإِنَّكَ
لَتَهْدِي
إِلَى
صِرَاطٍ
مُسْتَقِيمٍ
"
Dan sebelumnya kamu tidak pun mengetahui apakah itu Al- Kitab (Al-Quran) dan
tidak juga mengetahui apakah itu Iman. Tetapi kamilah yang menjadikan Al-Quran
itu cahaya dan pertunjuk kepada sesiapa yang kami kehendaki dari kalangan hamba
kami dan sesungguhnya engkaulah (Wahai Muhammad pertunjuk kepada jalan yang
lurus." (Surah As-Syura :
52).
Melihat
kepada suasana
Dunia
hari ini, dengan kemajuan dan kemodenan yang membuatkan manusia semakin
cemerlang dari sudut akal dan kebijaksanaan maka menyebabkan mereka merasa ego
dan bongkak terhadap Allah. Manusia sudah tidak lagi mempedulikan halal dan
haram, dosa atau pahala sebaliknya yang manusia pentingkan ialah wang, harta
dan kemewahan hidup.
Demikianlah
lalu timbul golongan yang hanya menjadikan Al-Quran sebagai hanya bacaan masa
lapang takala keinsafan sekali-sekala datang menjelma atau mungkin juga sebagai
acara pembuka majlis dan menjadikan Al-Quran sebagai wadah sampingan dalam
kehidupan bagi mengatakan kononnya dirinya beriman. Sangatlah menyedihkan hari
ini, apabila melihat betapa ramai anak-anak muda jahil agama dan langsung tidak
dapat membaca Al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Sedang Al-Quran ini
diturunkan sebagai panduan yang melengkapi segala-gala ilmu pengetahuan
sebagaimana firman Allah swt : مَّا
فَرَّطْنَا
فِى
الكِتَابِ
مِن شَىءٍ ثُمَّ
اِلَى
رَبِّهِمْ
يُحْشَرُونَ
“Dan tidaklah kami tertinggal dalam
Al-Quran itu akan sesuatu (melainkan telah kami terangkannya) dan kepada
tuhanlah mereka akan dihimpunkan .” (Surah Al-An'am : 38).
Bahkan
juga disebut oleh baginda dalam hadithnya betapa Al-Quran merupakan pertunjuk
dan panduan yang melengkapi bagi menyelamatkan manusia dari kesesatan dengan
sabda-Nya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu
berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah
(Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam
Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Maka
demi memahamkan masyarakat pada segala isi kandungan ayat Allah dan kalamullah
ini maka saya dengan sedaya upaya
وَمَا
تَوْفِيقِي
إِلاَّ
بِاللَّهِ
عَلَيْهِ
تَوَكَّلْتُ
وَإِلَيْهِ
أُنِيبُ
“ Dan tiadalah
pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku bertawakkal dan
kepada-Nya aku kembali” (Surah
Hud :88).
وصلي
الله علي
نبيِّنَا
محمد وآله و صحبه
والتابعين
لهم باِحسن
إلي يوم الدين
والحمد لله
الرب
العالمين
emran bin ahmad
San'a,
07.45 am
Republik
Yaman
10 Syawal 1425
Isi Kandungan Kitab
Muqadimah pengarang
Isi kandungan
Manhaj Tafsir
Ilmu Tafsir
& Perkembangannya
Tafsir Surah Al-Fatihah
Sejarah ayat & Nama Surah
Tafsir ayat
-
A’uzubillah
-
Bismillah
-
Ayat pertama
-
Ayat kedua
-
Ayat ketiga
-
Ayat keempat
-
Ayat kelima
-
Ayat keenam
-
Ayat ketujuh
Fadhilat Surah Fatihah
Membaca
Al-Fatihah Dalam Solat
Sekitar hukum surah Al-Fatihah
Biodata pengarang
Fadhilat Pengajian Di Yaman
Rujukan & Sumber
منهجُ
التفسير
(Methodology Yang
Digunakan)
Manhaj Tafsir
Alhamdulillah
dalam penulisan risalah tafsir ini saya sedapat boleh berusaha mementingkan isi
dan pemahaman kepada pembaca. Amatlah diharapkan pembaca dapat mengambil
pemahaman dari Surah Al-Fatihah dan isi perintah serta rahsia yang terkandung
dalamnya. Untuk mencapai tujuan demikian maka saya menyusun risalah ini dengan
berlandaskan prinsip-prinsip berikut ;
·
Mengambil tafsir
dari pelbagai sumber yang muktabar seperti kitab-kitab tafsir Ibn Katsir,
tafsir Al-Qurtubi, tafsir At-Tabari dan lain-lain.
·
Memudahkan isi
dan bahasa bagi membolehkan para pembaca dari pelbagai lapisan dapat membacanya
seperti sabda nabi salallahualaihiwasalam :
أمرت
أن أخاطب
الناس على قدر
عقولهم
" Aku diperintahkan untuk berbicara
dengan manusia menurut kadar kemampuan mereka" (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.124).
·
Tidak
memberatkan pembaca dengan istilah-istilah ilmiah, sebaliknya saya berusaha
menjadikan risalah ini sebagai satu langkah memesrakan Al-Quran dan isinya
dengan masyarakat awam dan menerangkan maksudnya supaya difahami dengan jelas
seperti firman Allah swt :
لِتُبَيِِّنَ
لِلنَّاسِ
مَا نُزِّلَ
اِلَيْهِم
“ Untuk menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan
kepada mereka.” (Surah
An-Nahl :44).
·
Berusaha
meringkaskan sedapat mungkin huraian dan perkara-perkara yang tidak perlu dan
menekankan serta menerangkan dengan sejelas mungkin perkara yang penting
seperti firman Allah swt yang menyebut :
يُرِيدُ
اللَّهُ
بِكُمُ
الْيُسْرَ
وَلاَ يُرِيدُ
بِكُمُ
الْعُسْرَ
“Allah
mengehendaki kemudahan bagi kamu dan
tidak mengehendaki kesusahan bagi kamu" (Surah Al-Baqarah :185).
Muqadimah Ilmu Tafsir & Perkembangannya
بسم
الله الرحمن
الرحيم
Dimulai
penulisan bab ini dengan lafaz Bismillah " Dengan Nama Allah" sebagai
mengambil berkat dengan nama Allah dan menurut sunnah rasulullah sebagaimana
yang diriwayatkan darinya :
كل أمر
ذي بال لا
يبدأ فيه ببسم
الله فهو أبتر
"Setiap
amal yang tidak dimulai dengan nama Allah maka ianya ditolak (sia-sia)" (Dikeluarkan oleh Ibn Hibban dengan 2 jalan,
sebahagian ulama menghasankan sebahagian lagi mendhaifkannya. Imam An-Nawawi
menghasankan hadith ini, begitu juga Al-Iraqi dan Ibn Hajar. Dikeluarkan oleh
Khatib dalam Jami' 69 Jilid 2 dengan pelbagai jalan dan lafaz. Syeikh Soleh
Fauzan mengatakan hadith ini mempunyai asal dan kebanyakkan ulama'
meletakkannya pada permulaan kitab).
Bahkan rasul sendiri diriwayatkan pernah menulis
surat-surat baginda dan memulainya
dengan nama Allah seperti
Alhamdulillah
segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam buat rasulnya Muhammad
Salallahualaihiwasalam. Sesungguhnya Allah swt telah membangkitkan pada setiap
umat rasul-rasul dan utusan-Nya yang menyeru manusia kepada pertunjuk dan jalan
yang diredhai oleh Allah serta mengajak manusia meninggalkan taghut dan
kesesatan.
وَلَقَدْ
بَعَثْنَا
فِي كُلِّ
أُمَّةٍ رَسُولاً
أَنْ
اُعْبُدُوا
اللَّهَ
وَاجْتَنِبُوا
الطَّاغُوتَ
"Dan sesungguhnya kami
telah bangkitkan pada setiap umat akan rasul-rasul yang mengajak manusia
menyembah Allah dan menjauhi taghut" (Surah An-Nahl
: 36).
Al-Quran merupakan panduan dan pertunjuk yang
mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah kepada orang-orang yang beriman dan yang
mahu mengambil pengajaran seperti firman Allah swt :
الۤر
كِتَابٌ
أَنزَلْنَاهُ
إِلَيْكَ
لِتُخْرِجَ
ٱلنَّاسَ
مِنَ ٱلظُّلُمَاتِ
إِلَى
ٱلنُّورِ
بِإِذْنِ رَبِّهِمْ
إِلَىٰ
صِرَاطِ
ٱلْعَزِيزِ
ٱلْحَمِيدِ.
“Alif, Lam,
Ra , Kitab yang kami turunkan kepada –Mu supaya kamu dengannya dapat
mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya (pertunjuk) dengan izin tuhan ke jalan-Nya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji ” (Surah Ibrahim :1).
Sesungguhnya
sesuai dengan kedudukannya sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad
Salallahualaihiwasalam maka ianya penuh dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan
serta panduan yang dapat menunjuki manusia ke jalan yang selamat. Namun tidak
semua orang mampu memahami akan isi kandungan Al-Quran kerana ianya dalam
bahasa Arab yang tinggi dan penuh sastera sebagai mukjizat dan cabaran kepada
kaum musyrikin Makkah. Maka proses memahaminya memerlukan kepada penafsiran
oleh ahli ilmu dan para ulama’ tafsir.
Maksud tafsir dari sudut bahasa ialah “ Penerangan dan Menyingkap
sesuatu, Menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia.” (lihat Dr.
Manna’ Khalil Qathan dalam Mabahis Fi Ulum Quran m/s 295). Disebut oleh
Al-Quran akan perkataan tafsir dalam firman Allah :
وَلاَ
يَأْتُونَكَ
بِمَثَلٍ
إِلاَّ جِئْنَاكَ
بِٱلْحَقِّ
وَأَحْسَنَ
تَفْسِيراً
“ Dan tidaklah kami mendatangkan pada-mu sesuatu
perumpamaan melainkan kami mendatangkannya dengan Haq (benar) dan sebaik-baik
tafsir.” (Surah Al-Furqan : 33).
Ibn Abbas mengatakan (وأحسن
تفسيرا) ialah bermaksud “Penjelasan”. Manakala tafsir dari sudut istilah ulama’
dan para ahli ilmu mengatakan ianya ialah Ilmu yang mengkaji mengenai maksud
dan lafaz ayat dalam Al-Quran, hukum dan hakam serta pengajaran dan manfaat
dari Al-Quran (lihat Dr. Manna’ Khalil Qathan dalam Mabahis Fi Ulum Quran
m/s 295).
Menurut Imam Zarqasyi (التفسير ) Tafsir bermaksud ilmu
untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam serta menjelaskan
maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran (lihat Al-Itqan Fi
Ulum Quran m/s 174, Jilid 2 ).
Sesungguhnya
telah menjadi sunnah Allah swt dalam menurunkan kitab dan wahyu-Nya dengan
menurut bahasa dan lisan kaum rasul yang diutuskan-Nya. Seperti yang dijelaskan
dalam ayat :
وَمَآ
أَرْسَلْنَا
مِن رَّسُولٍ
إِلاَّ بِلِسَانِ
قَوْمِهِ
لِيُبَيِّنَ
لَهُمْ
“
Dan tidaklah kami mengutuskan rasul melainkan dengan lisan kaumnya sendiri
untuk memberi penerangan kepada mereka.” (Surah Ibrahim :4). Maka untuk
umat baginda rasulullah sallahulaihiwasalam, bahasa arab telah dipilih
sebagai bahasa yang menjadi pengantara bagi wahyu Allah dan dipilih untuk
memuliakan bangsa yang melahirkan rasul utusan terakhir ini sebagai bahasa bagi
Al-Quran dan disebut oleh Allah swt :
إِنَّآ
أَنْزَلْنَاهُ
قُرْآناً
عَرَبِيّاً
لَّعَلَّكُمْ
تَعْقِلُونَ
“
Dan sesungguhnya kami telah turunkan Qur’an itu dalam bahasa arab moga-moga
kamu memikirkan (memahaminya)”
(Surah Yusof : 2).
Oleh
yang demikian, disebabkan Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa arab maka ianya
merupakan satu kewajipan kepada umat Islam untuk mengetahui ilmu tafsir supaya
dapat menjelaskan maksud-maksudnya yang tidak difahami oleh orang yang bukan
arab (Ajam) bahkan terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang bangsa arab sendiri
pun tidak memahaminya lantaran tinggi bahasa dan sasteranya, agung makna dan
penyusunan kata-katanya sehingga ianya benar-benar menjadi mukjizat dan cabaran
kepada sesiapa yang tidak beriman untuk mencipta sepertinya sebagaimana cabaran
Allah swt kepada hamba-Nya dengan berfirman :
وَإِن
كُنْتُمْ فِي
رَيْبٍ
مِّمَّا
نَزَّلْنَا
عَلَىٰ
عَبْدِنَا
فَأْتُواْ
بِسُورَةٍ
مِّن
مِّثْلِهِ
“
Dan jika kamu meragui akan apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami
(Muhammad), maka buatlah satu surah sepertinya” (Surah Al-Baqarah : 23).
Sebagai
contoh seperti yang disebut oleh Abu Ubaidah dari riwayat Mujahid dari Ibn
Abbas ra bahawa katanya “ Aku tidak
mengetahui apakah itu ‘fathirul Samawatul wal Ardh’ sehinggalah datang 2 orang
arab yang bersumpah di tepi telaga dan salah seorangnya mengatakan , Ana
fathiruha : yang bermaksud akulah yang membuatnya (memulakan penciptaannya).” (lihat
Al-Itqan Fi Ulum Quran, m/s 113, Jilid 2).
Lalu
penafsiran Al-Quran itu dilakukan demi memahami maksud sebenar disebalik
perumpamaan-perumpamaan yang digunakan dalam Al-Quran bagi menyampaikan sesuatu
maksud atau mengeluarkan hukum dan perintah dari sesuatu ayat atau memahami
tegahan dan larangan disebalik iktibar kisah dan penjelasan keburukan sesuatu
perkara. Tafsir berperanan mencungkil hikmah dan rahsia yang tersembunyi
disebalik firman dan kalam Allah yang berupa mukjizat dan sesungguhnya ilmu
tafsir ialah ilmu mengenali hikmah Al-Quran seperti firman Allah :
يُؤّتِي
الْحِكْمَةَ
مَن يَشَآءُ
وَمَن يُؤْتَ
الْحِكْمَةَ
فَقَدْ
أُوتِيَ
خَيْراً كَثِيراً
وَمَا
يَذَّكَّرُ
إِلاَّ
أُوْلُواْ
ٱلأَلْبَابِ
“ Sesungguhnya Allah memberi hkmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat
kebaikan yang banyak.” (Surah
Al-Baqarah : 269).
Dikeluarkan
oleh Ibn Abi Hatim dari riwayat Ibn Abi Talhah dari Ibn Abbas ra dalam
menafsirkan ayat ini dengan berkata “ يؤتي
الحكم” itu bermaksud “Mengenal Al-Quran, memahaminya serta mengetahui
nasakh dan mansukh, ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat, mengetahui yang awal
dan akhir diturunkan serta mengetahui halal dan haram dan yang berkaitan
dengannya.” (Al-Itqan Fi Ulum Quran,
m/s 452, Jilid 3).
Menyentuh
perihal tafsir, maka para ulama’ telah menetapkan panduan dan kaedah khusus
dalam membuat penafsiran pada ayat-ayat Quran. Sepertimana disebut oleh Imam
Ibn Katsir ra yang mengatakan sebaik-baik tafsir ialah tafsir dengan
menggunakan Al-Quran bagi menafsirkan Al-Quran.
Sesungguhnya Penafsiran Al-Quran
dengan menggunakan Al-Quran ialah tafsiran yang paling utama dan benar
kerana hanya Allah mengetahui apa yang dimaksudkannya dan lafaz tertentu dalam
Al-Quran akan dapat diketahui dengan merujuk ayat yang lain tapi membawa makna
kepada ayat yang tidak difahami itu.
Sebagai contoh seperti yang dilakukan sendiri oleh
para sahabat ra dalam memahami ayat-ayat Allah dengan menafsirkannya kepada
ayat-ayat yang lain yang membawa makna ayat yang tidak difahami atau
menjelaskan apa yang tidak jelas atau mengkhususkan apa yang terlalu umum
seperti firman Allah swt :
أُحِلَّتْ
لَكُمْ
بَهِيمَةُ
ٱلأَنْعَامِ إِلاَّ
مَا يُتْلَىٰ
عَلَيْكُمْ
غَيْرَ
“Bagi kamu dihalalkan memakan
binatang ternak kecuali yang akan didatangkan kepada-mu selain itu.” (Surah Al-Mai’dah :1). Pada ayat di atas perintah dan kebenaran memakan binatang sangatlah umum
kerana tidak disebut binatang yang bagaimanakah pula yang tidak boleh dimakan
sebab pengecualian kepada halal tidak disebut jelas sehinggalah para sahabat
mentafsirkannya dengan ayat 3 Surah Al-Mai’adah yang membawa maksud dan
pemahaman yang lebih jelas iaitu pada firman-Nya :
حُرِّمَتْ
عَلَيْكُمُ
ٱلْمَيْتَةُ
وَٱلْدَّمُ
وَلَحْمُ
ٱلْخِنْزِيرِ
وَمَآ أُهِلَّ
لِغَيْرِ
ٱللَّهِ بِهِ
"Diharamkan kepada kamu memakan bangkai , darah, daging khinzir (babi)
dan binatang yang tidak disembelih dengan nama Allah….” (Surah Al-Maidah :3).
Manakala
dalam perkara yang tiada disebut dalam Al-Quran maka tafsir dilakukan
dengan menggunakan As-Sunnah kerana sunnah rasulullah itu merupakan
sebaik-baik tafsir bagi Al-Quran selepas Al-Quran itu sendiri dalam mencapai
makna dan pemahaman yang sahih (lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 15 Jilid
1) sebagaimana firman Allah :
وَأَنْزَلْنَا
إِلَيْكَ
ٱلذِّكْرَ
لِتُبَيِّنَ
لِلنَّاسِ
“ Dan kami turunkan kepada kamu Al-Zikr (Al-Quran) sebagai memberi
penerangan kepada manusia.”
(Surah An-Nahl : 44).
Fungsi
sunnah ialah sebagai pentafsir dan penjelas kepada isi-isi kandungan Al-Quran
sebagaimana disebut oleh baginda salallahualaihiwasalam :
ألا
أوتيت القرأن
ومثله معه
“ Bukankah aku ini diberikan Al-Quran kepadaku dan
sesuatu yang menyerupainya (Sunnah)” (Hadith Sahih, riwayat Abu Daud no. 4604, lihat dalam
Sahih Jami’ no. 2643). Imam Syafie ra juga pernah mengatakan “ Setiap yang
dihukumkan oleh rasulullah merupakan apa yang hasil dari Al-Quran.” (lihat
dalam Mabahis Fi Ulum Quran, m/s 302).
Antara
contoh-contoh tafsir dengan sunnah nabi salallahualaihiwasalam ialah seperti
perbuatan sahabat bertanyakan kepada baginda maksud ayat-ayat tertentu, atau
wujud penerangan dari baginda pada maksud ayat tertentu yang boleh diketahui
dengan merujuk pada hadith-hadith baginda dalam kitab hadith seperti Bukhari,Muslim
dan lain-lain. Seperti dalam riwayat dari Ibn Mas’ud ketika turunnya ayat :
ٱلَّذِينَ
آمَنُواْ
وَلَمْ
يَلْبِسُوۤاْ
إِيمَانَهُمْ
بِظُلْمٍ
“ Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman” (Surah Al-An’am : 82). Maka
para sahabat pun kehairanan bagaimana memakai (mencampuri) keimanan dengan
kezaliman maka mereka pun bertanya kepada baginda lalu baginda pun menjawab
dengan sabdanya :
انما
هو الشرك
“Sesungguhnya ianya ialah Syirik” (Hadith
Sahih, riwayat Bukhari no.3560 lihat Fathul Bari m/s 484 Jilid 6 & Muslim
no. 124).
Begitulah
juga seperti dalam Surah Al-Kausar ketika ditanya kepada baginda apakah itu Al-Kausar
maka baginda menjawab:
الكوثر
نهر أعطانيه
ربي فى الجنة
“ Al-Kausar itu ialah sungai yang diberikan oleh tuhanku di Syurga” (Hadith Sahih, riwayat Muslim
no.400 & Ahmad no. 102 Jilid 3 ).
Seterusnya
menduduki tangga ketiga selepas penafsiran Al-Quran dengan Al-Quran dan
Al-Quran dengan As-Sunnah maka para ulama’ menetapkan bahawa Al –Quran
itu boleh ditafsirkan dengan menggunakan perkataan dan riwayat dari salaf soleh
kerana mereka memahami Al-Quran dengan kefahaman yang diwarisi dari rasulullah.
Sebagaimana kata Abdullah ibn Mas’ud, “ Demi Allah
yang tiada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu ayat pun dalam Al-Quran
melainkan aku tahu pada siapa diturunkan dan di mana diturunkan dan tidaklah
aku mengetahui ada orang yang lebih alim
kitab Allah dari aku melainkan aku segera menunggangi kenderaan
mendatanginya.(lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 15 Jilid 1).
Juga
disebut sikap para salaf soleh yang menyebabkan tafsir mereka dapat dijadikan
pedoman seperti dalam kalam Ibn Mas’ud ra “ Sesungguhnya para sahabat ra
jika belajar 10 ayat dari Al-Quran maka tidaklah mereka meneruskan dengan ayat
yang lainnya melainkan mereka terlebih dahulu telah mengetahui maknanya dan
beramal dengannya.” (lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 15, Jilid
1 ).
Bahkan
pada zaman salaf soleh mereka terkenal sebagai ulama’ dan pentafsir Al-Quran
seperti Ibnu Abbas yang digelar sebagai “Penterjemah Al-Quran” lantaran berkah
doa rasulullah padanya (اللهم
فقهه فى الدين
وعلمه
التأويل ) “Ya Allah fahamkanlah dia
dalam agama dan alimkanlah dia akan tafsir.” (riwayat Bukhari no. 135 &
Muslim no. 2477).
Demikianlah
penafsiran yang dilakukan berdasarkan pendapat Imam Ibn Katsir yang mengatakan
sebaik-baik tafsir ialah tafsir bil Ma’sur yang mengutamakan dalil dan
pertunjuk dari Al-Quran mahupun As-Sunnah atau yang membawa kepada kedua-duanya
seperti tafsir dari riwayat salaf soleh. Walaubagaimana pun hendaklah kita
berhati-hati dalam menerima tafsir berdasarkan riwayat dengan hanya memilih dan
mengambil yang sahih sanadnya sahaja kerana wujud terlalu banyak penipuan dan
pemalsuan hadith serta riwayat dengan menyandarkannya kepada rasulullah atau
para sahabat dan tabi’en dalam membuat tafsir yang menyeleweng.
Al-Quran
diturunkan dalam bahasa Arab sebagai menunjukkan kemuliaan bangsa arab dan
penghormatan Allah kepada keturunan dan bangsa baginda
salallahualahiwasalam. Justeru itu amat
perlulah kepada setiap ahli agama dan mereka yang ingin memahami Islam supaya
menekuni bahasa arab dan ilmunya. Dalam penafsiran Al-Quran dan memahami isi
kandungannya kemahiran bahasa arab amatlah diperlukan. Sebagaimana riwayat dari
Mujahid yang berkata “ Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia tidak
menguasai bahasa arab.” (lihat Mabahis Fi Ulum Quran m/s 302 ).
Oleh
yang demikian amatlah disedihkan kerana wujud ramai orang dikalangan kita yang
berfatwa dengan Al-Quran sedangkan mereka langsung tidak menguasai ilmu-ilmu
berkait Al-Quran bahkan tidak boleh menguasai bahasa Arab sedikit pun !!.
Apakah mereka tidak takut kepada Allah dalam mengatakan sesuatu yang mereka
tidak ketahui ? Sedang Allah swt pernah berfirman :
قُلْ
إِنَّمَا
حَرَّمَ
رَبِّيَ
ٱلْفَوَاحِشَ
مَا ظَهَرَ
مِنْهَا
وَمَا بَطَنَ
وَٱلإِثْمَ
وَٱلْبَغْيَ
بِغَيْرِ
ٱلْحَقِّ وَأَن
تُشْرِكُواْ
بِٱللَّهِ
مَا لَمْ
يُنَزِّلْ
بِهِ
سُلْطَاناً
وَأَن
تَقُولُواْ
عَلَى
ٱللَّهِ مَا
لاَ
تَعْلَمُونَ
“ Katakanlah
sesungguhnya yang diharamkan oleh tuhanku ialah…dan mengatakan sesuatu terhadap
Allah sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raf : 33).
Malangnya dapat
kita lihat terlalu ramai berani berfatwa yang bukan-bukan perihal ayat-ayat
Allah dan mengeluarkan hukum hakam yang ganjil dari Al-Quran tanpa ilmu.
Sedangkan hal itu diharamkan kerana baginda rasul sendiri pernah menyebut dari
riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :
“Barangsiapa
yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan
apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.”(Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir
34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).
Sesunguhnya dalam
persoalan Islam yang terdiri dengan Al-Quran dan As-Sunnah maka para ulama’
perlulah berwaspada dan tegas mempertahankan keaslian Islam dan memeliharanya
dari tafsiran menyimpang. Begitulah yang dilakukan oleh golongan salaf soleh
yang memelihara keaslian Al-Quran dan menjaganya dengan tidak menafsirkannya
kecuali apa-apa yang datang dari dalil dan hujah yang jelas dari Allah dan
rasul-Nya. Sangatlah ditentang dan dicela perbuatan menafsirkan ayat Allah
dengan menggunakan logik akal atau dengan kejahilan sekalipun benar apa yang
ditafsirkan. Sebagaimana dari riwayat Jundub ra bahawa baginda pernah bersabda :
“ من
قال فى القرأن
برايه فقد
أخطأ
“ Barangsiapa
yang mengatakan sesuatu tentang Al-Quran dengan menggunakan akalnya maka dia
telah tersilap (Hadith Hasan, riwayat Abu Daud no. 3652, tirmidzi no. 2952). Dan
disebut dalam riwayat yang lain dengan darjat hadith hasan bahawa ditambah فاصاب فقد
أخطأ “ Sekalipun benar apa yang ditafsirkan dengan
akalnya maka tetap salah (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.2951 &
Ahmad 269 Jilid 1).
Penafsiran Al-Quran
hanya dibuat dengan ilmu dan kefahaman yang mendalam dan tidak semua pula dapat
kita tafsirkan dalam kitab Al-Quran kerana ada perkara-perkara yang hanya
diketahui oleh Allah dan bukanlah menjadi keperluan kepada kita untuk
mentafsirkannya seperti persoalan ghaib, perkara-perkara yang tidak dikhabarkan
kepada baginda kerana tiada manfaat mengetahuinya seperti perihal tongkat Nabi
Musa as diperbuat dari kayu apa ? Bahtera Nabi Nuh as dibina di atas bukit apa
?
Apakah nama-nama
Ashabul Kahfi dan warna anjingnya, perkara-perkara ini di tegah oleh para
ulama’ salaf soleh dari diperbincangkan kerana ianya membuang masa dan
mengurangkan akal sedang Allah sendiri mencela perbuatan itu sebagaimana
firman-Nya dalam Al-Quran :
سَيَقُولُونَ
ثَلاثَةٌ
رَّابِعُهُمْ
كَلْبُهُمْ
وَيَقُولُونَ
خَمْسَةٌ
سَادِسُهُمْ
كَلْبُهُمْ
رَجْماً
بِٱلْغَيْبِ
وَيَقُولُونَ
سَبْعَةٌ
وَثَامِنُهُمْ
كَلْبُهُمْ
قُل رَّبِّي
أَعْلَمُ
بِعِدَّتِهِم
مَّا
يَعْلَمُهُمْ
إِلاَّ
قَلِيلٌ
فَلاَ تُمَارِ
فِيهِمْ
إِلاَّ مِرَآءً
ظَاهِراً
وَلاَ
تَسْتَفْتِ
فِيهِمْ مِّنْهُمْ
أَحَداً
“ Nanti akan
ada orang yang akan mengatakan jumlah mereka (Ashab kahfi) adalah tiga orang
dan ke-empatnya ialah anjing dan juga akan mengatakan yang lainnya jumlah
mereka itu (Ashab kahfi) ialah lima dan ke-enamnya ialah anjingnya sebagai
tekaan dan menyangka perihal ghaib manakala yang lain pula mengatakan mereka
itu tujuh orang dan kelapannya ialah anjingnya. “Katakanlah sesunguhnya tuhanku
mengetahui bilangan sebenar mereka dan tidaklah kamu ketahui perihal itu
melainkan sedikit. Kerana itu janganlah kamu bertengkar kerana hal mereka
itu dan kecuali kamu mengambil
pengajaran dari apa yang zahir dan janganlah bertanya perihal mereka itu
sesiapa pun.” (Surah
Al-Kahfi : 22).
Demikianlah seperti
yang diriwayatkan dari Ibn Abbas ra bahawa “ Tafsir itu terbahagi kepada 4
bahagian, iaitu perkara yang dapat diketahui oleh orang arab akan maknanya,
tafsir dan perkara yang tidak ada keuzuran bagi sesiapa pun untuk mengetahuinya
lantaran terlalu jelas dan tafsir yang hanya diketahui oleh para ulama’ serta
tafsir dan perkara yang hanya diketahui oleh Allah swt.” (Mabahis Fi Ulum
Quran m/s 320).
Perkembangan Ilmu Tafsir
Islam bermula pada
zaman rasulullah dengan nabi salallahualaihiwasalam berperanan sebagai penerang
dan pembimbing serta pentafsir kepada Al-quran.
إِنَّ
عَلَيْنَا
جَمْعَهُ
وَقُرْآنَهُ
فَإِذَا
قَرَأْنَاهُ
فَٱتَّبِعْ
قُرْآنَهُ ثُمَّ
إِنَّ
عَلَيْنَا
بَيَانَهُ
“Sesungguhnya
kamilah yangmengumpulkan Quran itu bagi kamu dan jika kami membacanya maka
ikutlah dan kepada kamilah yang meneranginya.” (Surah Al-Qiyamah :17).
Ketika fasa
penurunan Al-Quran, para sahabat dapat mempelajarinya dengan mudah kerana ia
diturunkan di sisi mereka, serta dengan bahasa arab dan uslub balaghah yang di
fahami oleh kebanyakan meraka (Mabahis Fi Ulum Quran m/s 306). Setiap
permasalahan dirujuk kepada baginda dan hal ini menyebabkan penafsiran Al-Quran
dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat mempelajarinya dan memahaminya serta
mengamalkanya dengan ayat-ayat yg diajarkan. Sebagaimana dari riwayat Abu Dzar
ra bahawa baginda salallahualaihiwasalam bersabda “Tidaklah tertinggal sesuatu yang dapat membawa ke syurga dan
menjauhkan dari neraka melainkan telah diterangkan kepada kalian. (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam
Mu’jamul Kabir, lihat As Sahihah oleh Syeikh Albani ra 4/416 dan hadith ini
memiliki pendukung dari riwayat lain).
Walaubagaimanapun
segala penjelasan yang diberikan oleh rasulullah tidaklah semuanya sampai pada
kita kerana disebabkan terputusnya sanad dan tiada penyusunan yang rapi dalam
menyimpan isi kandungan penjelasan rasulullah kecuali apa yang sampai pada kita
hari ini.
Zaman Sahabat
Pada zaman ini para
sahabat berdepan dengan cabaran-cabaran baru dan umat Islam mula terdedah
kepada pelbagai masalah. Namun kewujudan para sahabat menjadi penyelamat kepada
keadaan ini. Kemampuan mereka memahami Al-quran dan memahami pertunjuknya
menyebabkan umat Islam masih terpelihara dan mampu mengatasi masalah yang
dihadapi. Para ulama’ sahabat yang masyhur ialah Khalifah ar-rasyidin yang
empat, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu Thabit, Abu Musa Al-asya’ari,
Abdullah ibnu Zubair, Anas Ibnu Malik, Abdullah Ibnu Umar, Jabir ibnu Abdillah,
Abdullah ibnu Amru bin Al-Ash, Ummul Mukminin Aishah dan ramai lagi yang tidak
termuat di sini.
Mereka tidak
menghadapi sebarang masalah dengan kefahaman mereka yang mendalam dan sikap
mereka yang teguh serta tegas dalam mempertahankan sunnah menyebabkan
masyarakat ketika itu masih mengikut Al-Quran dan As-Sunnah hasil didikan
mereka.
Dalam menghadapi
permasalahan para sahabat menjelaskan maksud-maksud Al-Quran kepada maksud asal
yang di fahami oleh mereka berdasarkan penerangan dari rasulullah di samping
menggunakan kekuatan bahasa arab yang mereka miliki untuk memahami ayat-ayat
Allah. Suasana ini berterusan hingga ke zaman anak-anak mereka iaitu tabien.
Di antara Khalifah
Ar-Rasyidun, yang paling banyak diambil ilmu darinya ialah Ali Ibn Thalib ra,
manakala yang lainnya agak kurang diambil riwayat dari mereka lantaran telah
awal meninggal dunia. Sebagaimana riwayat Ma’I dari Wahab ibnu Abdullah dari
Abi Tufail berkata aku menyaksikan Ali berkhutbah dan dia berkata “Tanyalah aku dan demi Allah tidaklah kamu
bertanya aku melainkan aku memberikan kepada kamu jawapannya. Bertanyalah
kepada aku tentang kitab Allah dan demi Allah tiadalah sesuatu pada ayat Allah
melainkan aku mengetahuinya. (Al-Itqan Fi Ulum Quran, m/s 479 Jilid 3).
Begitulah juga pada
sahabat-sahabat yang lain yang juga mengetahui isi-isi Al-Quran. Di Kufah para
sahabat yang mengajar antaranya ialah seperti Ali ra, Ibnu Mas’ud ra dan di
Makkah ialah Ibn Abbas ra, Abdullah Ibn Umar ra
dan di Madinah seperti Ubai Bin
Ka’ab ra. (Al-Itqan Fi Ulum Quran, m/s 183 Jilid 2). Ibn Mas’ud banyak mengambil
riwayat dan ilmu dari Ali ra, dan kemudiannya dari Ibn Mas’ud maka lahir
madrasahnya yang mendidik tabien dan antara yang mengambil ilmu dari Ibn Mas’ud
ialah seperti Al-Qamah bin Qais, Abu Ali’yah, Dhahak, Qatadah dan Hasan
Al-Basri.
Manakala di Makkah,
Ibn Abbas merupakan antara ulama’ sahabat yang tersohor dan masyhur serta
menjadi tempat ramai tabien mengambil ilmu. Antara yang mengambil ilmu dari Ibn
Abbas ialah seperti Mujahid, Atho ibn Rabih, Ikrimah, Sa’id ibn Jubair dan
Thowus bin Kaisan Al-Yamani. Di Madinah pula yang mengajar terdiri dari Ubai
bin Ka’ab ra dan lain-lain sahabat yang menetap di Madinah (golongan Ansar)
yang darinya lahir Zaid Ibn Aslam dan ramai lagi ulama’ tabien. Demikianlah
proses pewarisan ilmu dan kefahaman dari sahabat kepada tabien dan kemudiannya
disambung oleh tabien sebagai pemegang amanah ilmu dan amal selepas kematian
para sahabat ra.
Zaman tabien
Golongan tabien
yang mengambil ilmu dari sahabat secara umum masih mampu menangani masalah
walaupun ketika itu dalam sekitar pemerintahan
akhir Bani Umaiyah dan awal pemerintahan Abasiyyah yang menyaksikan
pelbagai peristiwa berlaku yang membawa pertumpahan darah, perpecahan akibat
politik dan fitnah serta munculnya golongan sesat seperti Khawarij, Syiah dan
Qadariah serta Murjiah dan Muktazilah. Namun Allah tetap menjaga umat ini
dengan menetapkan bagi setiap umat ulama’ yang menjaga agama dan ketika itu
ulama’ tabien yang mewarisi ilmu dari sahabat ialah seperti Sa’ad Ibn Jubair,
Mujahid, Atho ibn Rabih, Hasan Al-Basri, Qatadah, Zaid Ibn Aslam, Muhammad Ibn
Ka’ab dan lain-lain ulama ummah yang merupakan pelita menerangi zaman.
Dari Fudhail bin
Mai’I yang telah menyebut aku mendengar dari Mujahid yang telah berkata “Aku membaca Al-Quran kepada Ibn Abbas
sebanyak 3 kali dan aku berhenti pada setiap ayat dan bertanya tentang apa yang
diturunkan dan bagaimana keadaannya.” (Al-Itqan Fi Ulum Quran m/s 485 Jilid
3). Malah berkata Sufyan As-Sauri “ Ambillah ilmu tafsir dari Sa’ad Ibn
Jubair, Mujahid, Ikrimah dan Dha’hak” (lihat Hilyatul Auliya’ m/s 329 Jilid
3).
Ketika ini ulama’
tabien bukan sahaja terpaksa berusaha memahami ayat Allah menurut maksud asal
seperti yang difahami oleh para sahabat yang mengambil dari rasullullah
sebaliknya terpaksa berusaha mendidik masyarakat dan memahamkan golongan baru
Islam dengan apa yang diturunkan Allah di samping memberi pemahaman tentang
situasi yang berlaku ketika itu yang tidak pernah menimpa para sahabat
sebelumnya.
Kemasukan orang
Ajam (bukan arab) ke dalam Islam , pembukaan kota-kota besar dan penaklukan dan
perluasan wilayah Islam menyebabkan zaman tabien ketika itu terdedah kepada
kemasukan pelbagai budaya dan pegangan asing yang cuba diserap masuk untuk
dijadikan sebahagian dari ajaran Islam dan menyebabkan para tabien terpaksa
berusaha keras memahamkan masyarakat akan ajaran Islam yang asli dan sebenar di
samping membanteras kemasukan fahaman asing yang cuba dijadikan sebagai
sebahagian dari Islam demi memelihara keaslian dan kesucian agama Islam.
Di Makah ulama
tabien yang membuka madrasah dan mengajar ialah seperti Atho ibn Rabih, Mujahid
dan lain-lain murid ibn Abbas ra. Manakala di Kufah pula dari murid Ibn Mas’ud
seperti Ibrahim An-Nakhaie’ dan Qatadah dan di Basrah pula seperti Hasan
Al-Basri manakala Said ibn Musayyib serta Salim Ibn Abdullah ibn Umar pula di
Madinah.
Zaman Pembukuan Tafsir
Selepas tamatnya
zaman tabien dan di era pengakhiran zaman Bani Umaiyah serta memasuki zaman
baru Bani Abbasiyyah maka telah wujud usaha dan proses membukukan hadith dan
tafsir. Seperti usaha membukukan tafsir oleh Sufyan Ibn Uyainah (meninggal 160
Hijrah), Waqi ibn Jarah (meninggal 197 Hijrah), Syu’bah Bin Hajjaj (meninggal
160 Hijrah), Yazid Ibn Harun (meninggal 117 Hijrah), Rauhah Ibn Ubadah
(meninggal 205 Hijrah), malangnya tafsir mereka tidak sampai kepada kita
sedikit pun melainkan kesan-kesan riwayat dalam periwayatan dari anak-anak
murid mereka dan ulama’ terkemudian.
Mereka ini
merupakan ulama’ hasil didikan dari tabi’ tabien yang mengambil ilmu dari
tabien dan membukukan kitab tafsir berdasarkan riwayat dari tabien yang diambil
dari sahabat ra dari rasulullah salallahaualihiwasalam. Mereka ini menafsirkan
Al-Quran menurut kaedah ilmu hadith dengan meletakkan riwayat bagi setiap ayat
dan tafsiran yang dibuat.
Seterunya selepas
golongan ini muncul pula segolongan ulama terkemudian yang menafsirkan Al-Quran
menurut turutan mushaf dan dari ayat ke ayat seperti dalam Mushaf Quran dengan
secara tersusun seperti Ibn Majah (meninggal 273 Hijrah), Ibn Jarir At-Tabari
(meninggal 310 Hijrah), Abu Bakr Al-Munzir Naisaburi (meninggal 318 Hijrah),
Ibn Abi Hatim (meninggal 327 Hijrah) dan terkenal dengan Tafsir Ibn Abi Hatim,
Ibn Hibban (meninggal 329 Hijrah) dan Hakim (meninggal 405 Hijrah). Mereka ini
membukukan kitab tafsir mereka berdasarkan ilmu riwayat dari para tabi’ tabien
, tabien dan sahabat sehingga ke nabi salallahualaihiwasalam disamping
menyertakan tarjih (penentuan pendapat yang lebih rajih/ tepat ) pada khilaf
(perselisihan) pendapat dikalangan tabien dan istinbat hukum-hukum dan I’rab
seperti yang dilakukan oleh Imam At- Tabari.
Maka setelah
berlalu zaman ini kemudiannya muncullah zaman percambahan feqah dan kelahiran
mazhab, percampuran antara ilmu berdasar riwayat dengan ilmu berdasarkan akal
dan logik seperti kelahiran ilmu kalam, ilmu falsafah dan mantik. Pada zaman
ini ilmu telah berpecah kepada pelbagai bidang dan cabang kecil yang melahirkan
tafsir menurut cabang ilmu seperti tafsir Sa’labi “ Jawahir Al-Hissan Fi Ulum
Tafsir” yang berbentuk periwayatan sirah dan tarikh serta muncul tafsir
berbentuk mazhab hasil ta’asub dan muncul pula pelbagai fahaman dan
ajaran-ajaran baru yang menyebabkan kelahiran tafsir mendokong fahaman tertentu
seperti tafsir Ali Al-Jubaie yang mendokong fahaman muktazilah serta tafsir
lain seperti sufi dan lain-lain.
Oleh yang demikian
zaman ini mempengaruhi penafsiran Al-Quran apabila Al-Quran ditafsirkan menurut
pegangan mazhab seperti Tafsir Jami’ Ahkam oleh Qurtubi yang berbentuk
permasalahan feqah atau fahaman yang didokong yang dimasukkan dalam penafsiran
Al-Quran atau ilmu-ilmu seperti falsafah dan mantik bagi menafsirkan AL-Quran
menurut perspektif akal dan logik seperti tafsir Fakhrul Din Ar-Razi yang
berbentuk falsafah, tafsir Al-Alusi “ Ruh Al-Ma’ani Fi Tafsir Quranil Azim Wa’
Sab’ul Masani” , Tafsir Al-Baidhawi “ Anwar At-Tanzil Wa’ Asrar Ta’wil” dan
Tafsir Jalalain.
Terdapat juga
tafsir–tafsir lain seperti Tafsir ibn Katsir “ Tafsir Al-Quran Azim”, Tafsir
Al-Baghawi “ Ma’alim At-Tanzil” serta tafsir Syaukani “ Fathul Qadir” yang
masih menurut tradisi dan kebiasaan tafsir berdasar riwayat para sahabat,
tabien, dan tabi’ tabien.
Zaman Tafsir Berdasarkan Maudhu’ie (tajuk-tajuk )
Seterusnya
muncullah pula zaman tafsir berdasar Maudhu’ie (tajuk-tajuk ) bahagian tertentu
dalam Quran . Penafsiran berdasarkan bab-bab tertentu dalam Al-Quran dan
berdasarkan tajuk terpilih ini menjadi kebiasaan dan kegemaran para ulama’
zaman ini kerana senang dan mudah serta mencapai tujuan tafsir yang ingin
dilakukan. Antara contoh tafsir berdasarkan Maudhu ialah seperti “At-Tibyan Fi
Aqsam Quran” oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyah dan kitab “Majaz Al-Quran” oleh Abu
Ubaidah dan “Mufradat Al Quran” oleh Al-Asfahani serta kitab “Asbabul Nuzul”
oleh Al-Wahidi.
Demikianlah era
penafsiran Al-Quran sehinggalah ke hari ini walaupun dari masa ke semasa masih
dan akan lahir pelbagai ulama’ yang akan membuat pelbagai aliran dalam
penulisan kitab tafsir, aspek tertentu serta berdasarkan matlamat tertentu
sebagai contohnya tafsir berasaskan hukum-hakam seperti “Tafsir Ayat Ahkam”
oleh Syeikh Muhammad Syanqiti, “Tafsir Jawahir Fi Tafsir Quran” oleh Tantawi
Juhari bekas Syeikh Al-Azhar, Tafsir Al-Manar oleh Syeikh Muhammad Rasyid Redha
yang membawa gagasan baru Islam dan mengandungi seruan reformasi dan perubahan
(islah) masyarakat, tafsir “Fi Zilalul Quran” oleh Syed Qutb yang membawa
seruan jihad dan ajakan membanteras jahiliyyah moden dan mengandungi seruan
kebangkitan Islam di Mesir serta tafsir Syeikh Muhammad Syaltut “ Tafsir Quran
Al-Karim”dan lain-lain.
Tafsir Al-Quran
terus berkembang dan lahir pelbagai cabang, aliran serta bidang di dalamnya
apabila muncul ulama’ yang pelbagai yang menafsirkan Al-Quran menurut gaya
bahasa dan sastera arab, menurut I’jaz Ilmi (Mukjizat Al-Quran dari sudut Ilmiah)
dengan menafsirkan ayat-ayat Al-Quran menurut pandangan sains dan teknologi
ilmu moden seperti ilmu genetik, geologi dan fisiologi serta pelbagai lagi ilmu
moden atau menafsirkan Al-Quran menurut kesenian dan falsafah.
Tafsir Surah
Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah
(Pembukaan) , Ayat 1 hingga 7 , Juzuk Pertama Al-Quran dan diturunkan di Mekah.
{بِسْمِ
اللَّهِ
الرَّحْمَانِ
الرَّحِيمِ}(
1){الْحَمْدُ
لِلَّهِ
رَبِّ
الْعَالَمِينَ}(2)
{الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ}( 3)
{مَالِكِ
يَوْمِ
الدِّينِ}(4) {إِيَّاكَ
نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ
نَسْتَعِينُ}(
5)
{اهْدِنَا
الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيمَ}(6)
{صِرَاطَ
الَّذِينَ
أَنْعَمْتَ
عَلَيْهِمْ
غَيْرِ
الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ
وَلاَ الضَّالِّينَ
}(7)
[سورة
الفاتحة : 1-7]
Aku berlindung dengan Nama Allah
dari Syaitan yang direjam
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Iaitu jalan orang-orang
yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai
(Yahudi) atau jalan mereka yang sesat
(Nasrani)
Sesungguhnya
disepakati oleh para ulama’ ummah bahawa Surah ini mempunyai 7 ayat kecuali apa
yang diriwayatkan dari Husain Al-Ju’fi bahawa ianya 6 ayat dan riwayat ini
syadz (diragui) juga yang mengatakan ianya 8 ayat dan pendapat ini pun juga
lemah (lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 22 Jilid 1). Dipegang oleh jumhur
bahawa ianya 7 ayat sebagaimana disebut dalam firman Allah : وَلَقَدْ
آتَيْنَاكَ
سَبْعاً
مِّنَ ٱلْمَثَانِي
وَٱلْقُرْآنَ
ٱلْعَظِيمَ “Dan kami telah berikan kepada engkau
(Muhammad), 7 ayat dari Masani (yang dibaca berulang-ulang) dan Al-Quran yang
agung.” (Surah Al-Hijr : 87).
Demikianlah
pendapat jumhur menetapkan Al-Fatihah sebagai mempunyai 7 ayat termasuk
meletakkan bismillah (بسم
الله الرحمن
الرحيم) sebagai ayat yang
pertama.
Ianya
diturunkan di Makkah dan termasuk ayat Makkiyah menurut pegangan Ibn Abbas ra
dan Qatadah serta Abu Ali’yah. Manakala menurut pendapat yang dipegang oleh Abu
Hurairah ra, Mujahid, Atho dan Zuhri pula mengatakan ianya diturunkan di
Madinah. Juga dikatakan ianya diturunkan di Makkah sebahagiannya dan di Madinah
sebahagian yang lain seperti yang disebut oleh Abu Laits Nasir ibn Muhammad bin
Ibrahim As-Samarqandi dalam tafsirnya. Namun yang paling benar ialah pendapat
yang pertama kerana ianya terdapat dalam Surah Al-Hijr dalam ayat “Dan
kami telah berikan kepada engkau (Muhammad), 7 ayat dari Masani (yang dibaca
berulang-ulang) dan Al-Quran yang agung” (Surah Al-Hijr:87).
Sesungguhnya
Surah Al-Hijr ini termasuk surah Makkiyah juga sesungguhnya telah difardhukan
solat sejak di Makkah lagi , dan solat itu dilakukan dengan membaca Al-Fatihah
sebagaimana sabda baginda nabi :
لا صلاة
لمن لم يقرأ
بفاتحة
الكتاب
“ Tidak ada solat tanpa membaca
Al-Fatihah” (hadith riwayat Bukhari
no. 756 dan Muslim no. 394 , Ahmad no. 428 Jilid 2, Tirmidzi no.247, Darimi no.
283 Jilid 1 ). Juga dikeluarkan oleh Al-Wahidi dalam Ashab Nuzul dan Sa’labi
dalam tafsirnya dari riwayat Ali ra bahawa Al-Fatihah diturunkan di Mekah
(Asbab Nuzul oleh Wahidi m/s 10).
Diriwayatkan
oleh ahli ilmu bahawa ianya 25 kalimah dan hurufnya berjumlah 113 huruf. Dan
menurut hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi menyatakan ianya merupakan surah
terawal yang diturunkan seperti dalam kitabnya Dala’il Nubuwah. (lihat Muktasar
Tafsir Ibn Katsir m/s 23 Jilid 1). Tetapi pandangan ini tidaklah tepat dan
hadithnya tidaklah kuat namun ianya sekadar membantu untuk mengatakan ianya
(Surah Fatihah) termasuk Makkiyah.
Nama-nama bagi Surah Al-Fatihah
Al-Fatihah, (الفاتحة) Pembuka, sesungguhnya nama ini
merupakan nama yang paling masyhur digunakan bagi merujuk kepada surah ini.
Ianya disebut tanpa ada khilaf dikalangan ulama’ sebagai Fatihah kerana ianya
dibaca sebagai pembuka kepada bacaan Al-Quran dan diletakkan pada awal dan
permulaan surah dalam mashaf . Juga dibuka solat dengannya (Fatihah) (lihat Jami’ Ahkam Al-Quran m/s 116 Jilid 1 & Mukhtasar Ibn Katsir m/s 22 Jilid 1).
Ummul Kitab,(أم
الكتاب) Ibu Kitab, disebut Surah
Al-Fatihah dengan panggilan Ummul Kitab merupakan satu perkara yang dilakukan
oleh ramai orang dan jumhur ulama’ . Walaubagaimana pun pemakaian nama “Ummul Kitab” ini wujud khilaf kerana dibenci dan ditegah
oleh sahabat seperti Anas dan tabien seperti Ibn Sirin dan Hasan Al-Basri
sebagaimana mereka berpendapat istilah ummul kitab itu hanya khusus kepada Lauh
Mahfuz sebagaimana dalam ayat 4 Surah Az-Zukhruf . Namun sesungguhnya
penggunaan nama Ummul kitab kepada surah fatihah mempunyai hujah dan dalil yang
sabit (jelas) dari pertunjuk nabi sallahualahiwasalam seperti yang pernah
disebut oleh baginda melalui riwayat Abu Hurairah ra bahawa rasulullah pernah
bersabda :
الحمد
لله رب
العالمين أم
القرأن
وأم الكتاب
والسبع
المثاني
والقرأن
العظيم
“ Segala puji hanyalah bagi tuhan sekalian alam,
Ummul Quran dan Ummul Kitab serta Sab’u Masani dan Al-Quran yang agung.” (Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 4704, dlm bab
Tafsir, Kitab fathul
Ummul
Quran, (أم قرأن)
Ibu Kitab, juga disebut sebagai Ummul Quran sebagaimana hadith
yang telah dinyatakan sebelumnya ( أم القرأن ). Selain
itu, ianya dijadikan sebagai pemula dalam Quran, dibaca sebagai pemula dalam
solat, dan berkata Yahya ibn ya’mar bahawa ianya : Ummul Qura’ kerana
diturunkan di Makkah, dan ummul Quran. (Jami’ Ahkam Quran m/s 116 Jilid 1).
Juga
disebut sebagai “Solat”, (
الصلاة) sebagaimana dalam hadith Qudsi riwayat Abi
Hurairah bahawa rasul salallahualaihiwasalam bersabda bahawa Allah swt
berfirman : الصلاة بيني
و بين عبدي
نصفين قسمت “ Sesungguhnya aku bersumpah dengan
Solat bahawa antara aku dan hambaku baginya dua bahagian” (Hadith Sahih, riwayat Muslim dalam bab solat
Musafir, no.395 & Abu Daud no. 861).
Al-Hamd (الحمد) Pujian,
juga disebut Surah Al-Hamd, kerana padanya disebut ayat al-hamd (lihat Jami’
Ahkam Quran m/s 116). Juga sebagaimana dalam hadith Qudsi riwayat Abi Hurairah
bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda bahawa Allah swt
berfirman :
الله
حمدني عبدي فاذا قال
العبد الحمد
لله رب
العالمين قال
“
Dan bila hambaku berkata segala puji bagi Allah tuhan sekalian Alam , maka
Allah pun berfirman hambaku sedang memuji aku.” (Hadith Sahih, riwayat Muslim dalam bab solat
Musafir, no. 395 & Abu Daud no. 861).
Sab’ul
Masani, ( والسبع
المثاني ) digelar sedemikian
kerana dikhususkan bacaannya pada setiap rakaat dalam solat serta dibaca secara
berulang-ulang saban hari dan tiap solat. Juga disebut sedemikian kerana
distimewakan ummat ini dengannya dan
tidak diturunkan kepada ummat sebelumnya . (Jami’ Ahkam Quran m/s 117 Jilid 1).
Al-Qur’an
Al-Azim, (القرأن
العظيم) disebut sedemikian kerana ianya
mengandungi pemujian kepada nama Allah swt dengan menyifatkannya dengan segala
kesempurnaan dan ketinggian dan perintah pengibadatan dan keikhlasan. (Jami’
Ahkam Quran m/s 117 Jilid 1).
As-Shifa’,(الشفاء) Penyembuh, diriwayatkan oleh Ad-Darimi’ dari Abi Sa’id Al-Khudri
bahawa diriwayatkan rasulullah pernah bersabda “ Fatihatul Kitab ini penyembuh dari segala racun.” (Diriwayatkan
oleh Darimi’ dalam Fadha’il Quran 445/2
no. 5826).
Ar-Ruqiyyah (الرقية) Perlindungan, jampi dan penawar, diriwayatkan dari hadith Abi Sa’id Al-Khudri
bahawa rasulullah pernah bersabda kepada seorang lelaki dengan sabda-nya “ Apakah kamu tidak tahu bahawa
sesungguhnya ia adalah ruqqiyah (jampi ? penawar) ?”. (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 2276 &
Muslim 2201 ).
Al-Asas, (الأساس) sebagaimana yang disebutkan oleh Sya’bi “ Setiap
perkara itu mempunyai asasnya dan katanya,
asas Al-Quran itu ialah surah Al-Fatihah dan asas Al-Fatihah ialah
Bismillah.” (lihat Jami’ Ahkam Quran m/s 117 Jilid 1 & Mukhtasar Tafsir
Ibn Katsir m/s 22 Jilid 1).
Perihal Istia’zah (الأستعاذة)
Sesungguhnya meminta perlindungan dari Allah
terhadap segala keburukan dan kejahatan merupalkan kewajipan kepada setiap
muslim. Bahkan ianya termasuk perkara ibadah dan penghambaan seseorang kepada
Allah dengan menjadikan Allah sebagai pelindung dan tempat memohon segala
sesuatu. Seperti firman Allah swt dalam Al-Qur'an :
وَقُلْ
رَّبِّ
أَعُوذُ بِكَ
مِنْ
هَمَزَاتِ
ٱلشَّياطِين
“ Dan berkatalah kepada tuhan; aku memohon
perlindungan dari bisikan syaitan-syaitan.” (Surah Mukminun : 97).
Begitu juga dalam firman Allah swt yang lain :
فَٱسْتَعِذْ
بِٱللَّهِ
إِنَّهُ هُوَ
ٱلسَّمِيعُ
ٱلْعَلِيمُ
“ Maka mintalah perlindungan dari Allah
sesungguhnya Dialah Maha Pendengar dan Maha Mengetahui.” (Surah Fusilat : 36).
Mengenai masalah istiazah dan
memohon perlindungan Allah dari gangguan Iblis dan syaitan maka para ulama’
menyebut bahawa ianya dilakukan selepas membaca Al-Quran dan berpegang pada
zahir ayat yang memerintahkan supaya beristiazah Manakala menurut Al-Qurtubi
yang mengambil riwayat dari Abu bakr bin Al-Arabi (Ibnul Arabi) dan dari ulama’
Malikiyah menyatakan sesungguhnya dibaca istiazah dan memohon perlindungan dari
syaitan selepas membaca Fatihah.
Bagaimanapun jumhur (sebahagian
besar ulama’ ) memegang pendapat bahawa istiazah dilakukan sebelum membaca
Al-Quran demi mempertahankan gangguan syaitan. Bahkan sebagai menuruti firman Allah swt :
فَإِذَا
قَرَأْتَ
ٱلْقُرْآنَ
فَٱسْتَعِذْ
بِٱللَّهِ
مِنَ
ٱلشَّيْطَانِ
ٱلرَّجِيمِ
“ Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah
perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98). Ayat ini membawa makna jika
kamu ingin membaca Al-Quran yakni amalan membaca itu belum dilakukan tapi jika
akan dilakukan seperti mana ayat :
: إِذَا
قُمْتُمْ
إِلَى
ٱلصَّلاةِ
فٱغْسِلُواْ
وُجُوهَكُمْ
وَأَيْدِيَكُمْ
“ Dan jika kamu mendirikan solat maka hendaklah kamu
basuh muka dan kedua tangan kamu” (Surah Al-Mai’dah :6).
Ayat ini menunjukkan jika ingin menunaikan solat
hendaklah terlebih dahulu berwudhuk dan sudah tentu wudhuk mesti dibuat sebelum
solat. Maka demikianlah ditafsirkan bagi ayat membaca istiazah terlebih dahulu
sebelum membaca Al-Quran.
Jumhur
Ulama’ bersepakat mengatakan bahawa Istiazah dilakukan sebagai sunnah dan
tidaklah sampai ke tahap wajib dan berdosa jika ditinggalkan.Namun diriwayatkan
dari Atho ibn rabih akan bahawa ianya wajib dibaca dalam solat dan diluarnya
ketika ingin membaca Al-Quran. Maka berkata pula Ibn Sirrin ra bahawa jika kamu
beristiazah sekali sepanjang hayat maka sesungguhnya telah menggugurkan
perintah istiazah sebagaimana yang diperintahkan dalam Quran Surah An-Nahl ayat
98 tadi.
Menurut Imam Syafie ra bahawa dalam bacaan di kuatkan
membacanya dan jika diperlahankan (dibaca secara sirr, rahsia) pun tidak
mengapa seperti dalam kitabnya Al-Umm dengan memberikan pilihan kerana Ibn Umar
membacanya secara perlahan (sirr) dan Abu Hurairah pula membacanya secara
lantang.
Makna Istiazah
Istiazah
bermaksud meminta perlindungan dan pertolongan kepada Allah dari gangguan
Syaitan dan godaannya dan ianya merupakan satu perintah umum kepada semua
manusia. Sabda rasulullah kepada Abi Zar ra :
يا أ با
ذر, تعوذ با الله
من شياطين
الأنس والجين, فقلت أو
للأنس شياطين
؟ قال : نعم .
“ Wahai
Abu Dzar, Mintalah perlindungan kepada Allah dari Syaitan manusia dan syaitan dari jin”. Lalu aku pun bertanya apakah ada Syaitan dari
kalangan manusia ?
Baginda pun menjawab : Ya (Hadith Hasan Lighairih, riwayat Ahmad no.2136
& An- Nasaie no. 275 Jilid 8 ).
Cara Pembacaan Istiazah
Menurut
Imam Syafi’e dan Abu Hanifah ra pada ta’a’uz ialah dengan cara membaca :
اعوذباالله
من الشيطان
الرجيم
“
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.”(Hadith Sahih, Tirmidzi no. 3696 & Abu Daud no.
4781) dan mereka berpendapat cukup berpada dengan kadar demikian. Namun menurut
para ulama’ yang lain dibenarkan menambah sekadar yang terdapat dalam dalil dan pertunjuk dari
sunnah rasulullah. Seperti yang diriwayatkan dari rasulullah
salallahualaihiwasalam yang pernah membaca dengan menyebut :
أعوذباالله
السميم
العليم من
الشيطان الرجيم
“Aku
berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan
yang direjam” (Hadith Sahih, riwayat
Abu Daud no. 775).
Juga
bacaan seperti :
الشيطان
الرجيم من
همزه ونفخه و
نفثه أعوذباالله
من
“
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam dari bisikannya, tipu
helahnya dan dari gangguannya” (Hadith Hasan, riwayat Abu Daud 764 & Ibn.
Majah 804).
Manakala
dalam bab membaca istiazah dalam solat maka menurut Imam Abu Hanifah dan
Muhammad (anak muridnya) megatakan ianya dibaca. Dan jumhur mengatakan ianya
dibaca selepas takbir iaitu sebelum Fatihah.
Mengenai
hal ini para ulama’ mengatakan membaca istiazah dalam solat ialah sunnat yang
sangat dituntut dan demikian pendapat jumhur kerana berdalilkan pada hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id AL-Khudri bahawa rasul jika bangun malam akan
bertakbir kemudian membaca doa iftitah lalu beristiazah dengan membaca :
أعوذباالله
السميم
العليم من
الشيطان الرجيم
من همزه ونفخه
و نفثه
“Aku berlindung dengan Allah yang Maha
Pendengar lagi Maha Mengetahui dari Syaitan yang direjam dari bisikannya dari
tipu helahnya dan dari dirinya.” (Hadith
Hasan, riwayat Tirmidzi 242 & Ibn Majah 604).
Ianya dilakukan sebelum membaca bismillah dan
Al-fatihah demikian menurut pendapat jumhur (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332
Jilid 1). Walaubagaimana pun saya menganggap membaca istiazah dalam solat dan
sebelum memulakan bacaan Al-Quran sebagai wajib sebagai ihtiyat (berhati-hati)
kerana disebut secara amar (perintah) dalam Al-Quran perintah beristiazah
melalui firman Allah :
فَإِذَا
قَرَأْتَ
ٱلْقُرْآنَ
فَٱسْتَعِذْ
بِٱللَّهِ
مِنَ
ٱلشَّيْطَانِ
ٱلرَّجِيمِ
“Dan jika kamu membaca Al-Quran maka mohonlah
perlindungan Allah dari syaitan yang direjam.” (Surah An-Nahl :98).
ما لا
يتم الواجب
الا به فهو
الواجب
“Apa-apa yang dengannya diperlukan bagi
menyempurnakan perkara wajib maka ianya pun menjadi wajib” (Lihat Al-Wajiz fi Syarah Qawa’id Fiqhiyah fi Syariah
Islamiyah m/s 181 ).
Dan para ulama’ yang mengatakan membaca istiazah itu
wajib dalam solat ialah Atho ibn Rabih ra dan As-Sauri serta Auzaie dan Imam
Daud Az-Zahiri dan Ibn Hazm Az-zahiri serta juga dari riwayat Ahmad (lihat
Al-Muhalla’ m/s 247 Jilid 3 dan Majmuk m/s 281 Jilid 3).
Ianya
dibaca secara sirr (perlahan) kerana tiada dalil nabi salallahualaihiwasalam
dan para sahabat membacanya secara jahar (kuat/ lantang) bahkan para khulafah
ar-rasyidun juga membacanya secara sirr cuma dibenarkan oleh ulama’ untuk
membacanya secara jahar (kuat) sekali-sekala sebagai memberi didikan kepada
makmun demikian menurut pendapat Ibn Abbas ra dan pendapat ulama’ seperti Imam
Nawawi. (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 332 Jilid 1).
Imam
Syafie mengatakan ianya iaitu istiazah dibaca setiap rakaat sebelum memulakan
bacaan Quran dalam solat sebagai hukum sunnat namun pendapat yang dipilih ialah
membaca pada setiap rakaat sebelum memulakan bismillah dan Al-Fatihah.
Dimulakan
pembacaan Al-Quran oleh para sahabat dengan membaca bismillah dan para ulama’
bersepakat mengatakan ianya sebahagian ayat dari Surah An-Naml dan mereka
khilaf (berbeza pendapat) adakah ianya termasuk surah Al-Fatihah dan termasuk
ayat dari surah-surah Al-Quran pada pemulaan.
Sepakat
ahli qura’ (Ahli bacaan Al-Qur’an) Makkah dan Kufah bahawa ianya termasuk ayat
dari Surah Al-Fatihah manakala ahli Madinah dan Basrah serta Syam pula
berpegang bahawa ianya bukan sebahagian dari Surah Fatihah. Antara golongan
yang mengatakan ianya ayat yang termasuk dalam surah Al-Fatihah dan termasuk
ayat setiap surah dalam Al-Quran (dibaca pada permulaan) kecuali Bara’ah ialah
Ibn. Abbas ra, Ibn Umar ra, Ibn Zubair ra, Abu Hurairah dan Ali Ibn Abi Thalib
ra serta sebahagian besar sahabat ra.
Di
kalangan tabien pula yang memegang pendapat yang sama ialah Atho, Thawus, Said
Ibn Jubair, Makhul dan Zuhri dan juga apa yang diriwayatkan dari Abdullah Ibn
Mubarak serta Imam Syafie dan Imam Ahmad ra.
Pendapat ini berdalilkan kepada hadith yang
diriwayatkan oleh Ibn. Abbas ra yang menyebut bahawa ;
كان لا
يعرف فصل
السورة حتى
ينزل عليه بسم
الله الرحمن
الرحيم
“ Sesungguhnya baginda nabi salallahualaihiwasalam
tidaklah mengetahui fasal setiap surah
(perbezaan antara surah-surah) sehinggalah diturunkan kepadanya
bismillahirahmanirahim” (Hadith
Sahih, riwayat Abu Daud no. 788 & Hakim no. 123 Jilid 1).
Manakala
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan ianya bukanlah ayat dari
Al-Fatihah dan bukanlah pula ayat permulaan dari mana-mana surah dalam
Al-Quran. Namun pendapat ini lemah dan tidak kuat kerana terdapat dalil yang
kuat yang membuktikan bahawa bismillah termasuk dalam Surah Al-Fatihah seperti
yang terdapat dalam hadith yang diriwayatkan dari Ummu Salamah ra yang menyebut
:
كانرسول
الله صلى الله
عليه وسلم
يقطع قرأته بسم
الله الرحمن
الرحيم ,
الحمد الله رب
العالمين,
الرحمن
الرحيم , مالك
يوم الدين..
“ Sesungguhnya baginda
rasulullah salallahualaihiwasalam membaca (Al-Fatihah) secara satu persatu
dengan menyebut “ Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillahirabbil Alamin,
Ar-rahmanirahim, Malikiyaumidin..
(Hadith Sahih, riwayat Ahmad no. 302 Jilid 6, Abu Daud no. 4001, Hakim no. 231
Jilid 1 dan Daruquthni no. 313 Jilid 1).
Secara
bahasa ianya diterjemahkan sebagai “ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.” (lihat Al-Quran dan terjemahnya cetakan
الله (Allah) – Merupakan nama bagi tuhan Yang Maha
Esa dan Agung. Disebut sendiri oleh Allah akan nama-Nya ini dalam pelbagai ayat
dan surah dalam Al-Quran.
هُوَ
ٱللَّهُ
ٱلَّذِي لاَ
إِلَـٰهَ
إِلاَّ هُوَ
عَالِمُ
ٱلْغَيْبِ
وَٱلشَّهَادَةِ
هُوَ
ٱلرَّحْمَـٰنُ
ٱلرَّحِيمُ
“ Dan Dialah Allah, yang tiada tuhan
(Yang berhak disembah) selain Dia, yang Mengetahui perkara Ghaib dan yang Nyata
dan Dialah Maha Pengasih dan Maha penyayang” (Surah Al-Hasyr : 22).
Nama Allah juga merupakan salah satu dari
nama-nama-Nya yang disebut oleh baginda Nabi Salallahualaihiwasalam dalam
sabda-Nya :
ان لله
تسعة و تسعين
اسما , مائة
الا واحدا من
أحصاها دخل
الجنة
Merupakan
2 nama dan sifat bagi Allah yang berasal dari perkataan الرحمن
(Ar-Rahman). Ar-Rahman ialah nama bagi Allah yang khusus dan merupakan sifatnya
yang terpuji. Menurut para ulama’ Ar-Rahman ialah sifat Allah untuk hamba-Nya
di dunia sebagaimana dari riwayat Abd. Rahman bin Auf ra bahawa beliau pernah mendengar
baginda rasul salallahualaihiwasalam bersabda bahawa Allah swt berfirman :
قال الله
تعالى انا الرحمن
خلقت الرحم
“Aku
ini Ar- Rahman (pengasih) dan aku yang menjadikan Rahim (kasih sayang)” (Hadith Sahih, riwayat Abu Daud no. 1694 dan Tirmidzi
no. 1907).
Iaitu
Sifat Ar-Rahman Allah digunakan kepada hamba-Nya di dunia sebagai tanda ihsan
dan kemurahan Allah kepada hamba-Nya apabila Dia menciptakan di dunia kasih
sayang supaya manusia dapat saling bergantung dan hidup dengan bahagia.
Manakala
sifat Ar-Rahim pula merupakan sifat khas Allah buat hamba-Nya yang beriman
sebagai ganjaran kepada mereka di dunia dan akhirat. Seperti dalam firman-Nya :
وَكَانَ
بِٱلْمُؤْمِنِينَ
رَحِيماً
“ Dan sesungguhnya Dia (Allah)
sangatlah Penyayang kepada orang-orang yang beriman” (Surah
Al-Ahzab : 43).
Menurut Abu Ali Al-Fasi menyatakan bahawa
Ar-Rahman merupakan nama Allah yang khas dan tidak dimiliki oleh sesiapa pun
dan hanya khusus pada Allah adapun rahim diberikan kepada makhluk untuk
memilikinya. Nama Ar-Rahman terdapat banyak dalam Al-Quran seperti ayat :
قُلِ
ٱدْعُواْ
ٱللَّهَ أَوِ
ٱدْعُواْ
ٱلرَّحْمَـٰنَ
أَيّاً مَّا
تَدْعُواْ
فَلَهُ ٱلأَسْمَآءَ
ٱلْحُسْنَىٰ
“ Dan serulah Allah atau serulah
dengan nama-Nya Ar-Rahman baik mana sahaja yang kamu seru sesungguhnya Dia
mempunyai nama-nama yang baik (indah)” (Surah Al-Isra : 110).
Dalam ayat di atas, Allah menyamakan
kesucian nama-Nya Allah dengan Ar-Rahman dan para ulama’ menyebut ianya sebagai
tanda pengkhususan buat Allah swt (lihat dalam Fathul Qadir m/s 81 Jilid 1).
Adapun
mengenai nama Ar-Rahim (Maha Penyayang) maka para ulama’ menyebut ianya
merupakan sifat dan nama Allah yang berasal dari Sifat Ar-Rahman (Maha
Pengasih) yang dimiliki-Nya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Nabi Muhammad Salallahualaihiwasalam
pernah bersabda :
“ Sesungguhnya Allah Yang Maha
Gagah lagi Maha Tinggi mempunyai seratus rahmat, dan satu dari bahagian
rahmat-Nya itulah yang diberikan kepada makhluk-Nya di dunia manakala baki sembilan puluh sembilan rahmat-Nya yang lain
adalah untuk hari Akhirat (kepada hamba-Nya yang beriman)” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 6000 , Muslim no. 2752 dan Ahmad no
439 Jilid 5 serta Ibn Majah no. 4293).
Menurut
ulama’ dengan rahmat Allah yang satu itulah yang diberikan kepada hamba-Nya di
dunia ini maka dengannya dapatlah manusia dan jin dan binatang serta sekalian
makhluk yang lain hidup mesra dengan aman damai dan ibu mengasihi anaknya,
wujudnya cinta dan sayang dan rasa kasih sesama manusia dengan rahmat Allah
yang satu itu.
Manakala
baki 99 rahmat–Nya yang lain merupakan simpanan yang hanya akan diberikan
kepada hamba-Nya yang beriman di akhirat lalu bayangkanlah betapa besar
ganjaran rahmat-Nya yang menanti mereka yang beriman ?.
Mengenai
bacaan bismillah dalam solat maka para ulama’ terbahagi kepada 3 golongan.
Sesiapa yang mengatakan bismillah termasuk dalam surah Al-Fatihah maka mereka
membaca bismillah dalam solat kerana menganggap membacanya wajib. Manakala
golongan yang mengatakan bismillah bukan sebahagian dari Al-fatihah maka mereka
tidak membacanya dalam solat kerana ianya menganggap ianya tidaklah wajib
(Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 29 Jilid 1).
Jumhur
ulama’ mengatakan ianya adalah sebahagian dari Al-Fatihah dan telah pun kita
bahaskan secara ringkas pada awal tafsir bismillah. Maka demikianlah pendapat
yang paling tepat ialah bismillah termasuk dalam surah Al-Fatihah dan wajib
membacanya dalam solat. Walaubagaimanapun ulama’ berselisih dalam cara
membacanya adakah dibuat secara jahar (lantang) atau dibaca secara sirr
(perlahan).
Menurut
Imam Syafie, ianya dibaca secara jahar (lantang) bersama Al-Fatihah (bersama
ayat- ayat yang lain). Dan demikianlah diriwayatkan bahawa pendapat ini sama
dengan apa yang dipegang oleh sebahagian para sahabat, tabien dan imam-imam
salaf seperti Khulafah Ar-Rasyidun, Abu Hurairah, Ibn. Abbas, Ibn. Umar, dan
Muawiyah ra seperti yang diriwayatkan oleh Baihaqi dan Ibn Abd Barr namun
riwayat ini gharib (dhaif iaitu lemah).
Begitulah kebanyakan hadith-hadith dan dalil yang
membawa riwayat dibaca bismillah secara jahar (lantang) kebanyakannya dhaif
(lemah). Seperti hadith yang dinisbahkan kepada riwayat Ummul Salamah ra yang
dikatakan pernah menyebut bahawa nabi salallahualaihiwasalam :
قرأ
البسملة فى
أول الفاتحة
وعّدها أية
“ Membaca bismillah pada awal Al-Fatihah dan
membilangnya sebagai salah satu ayat dari Al-Fatihah” (Hadith Dhaif (lemah), riwayat Ibn. Khuzaimah no.
493).
Riwayat ini pada isnadnya dhaif (padanya ada perawi
bernama Amru bin Harun merupakan dhaif ) maka ianya tidak dapat dipercayai
sebagai membawa khabar dari nabi salallahualaihiwasalam dan tidak terpakai
dalam feqah.
Begitu juga dalam hadith yang lain yang kononnya
dikatakan diriwayatkan dari Ibn Abbas yang menyebut bahawa baginda
salallahualaihiwasalam :
كان
يجهر ببسم
الله الرحمن
الرحيم
“Sesungguhnya baginda menjaharkan (melantangkan)
membaca bismillah dalam solat”
(Hadith Dhaif, riwayat Hakim no.208 Jilid 1). Hadith ini tersangatlah dhaif
(dhaif Jiddan) dan tidak patut disebut sebagai hadith dan dinisbahkan kepada
Ibn Abbas dan rasulullah salallahualaihiwasalam.
Sama ada riwayat itu terputus sanad (yakni perawi
tertentu meriwayatkan hadith itu sedangkan antara dia dan orang yang didakwa
memberikan hadith itu padanya jauh beza jarak masanya sebagai contoh sehingga
mencapai 20 tahun iaitu setelah orang itu meninggal dunia lebih dari 20 tahun
barulah perawi ini lahir dan kemudiannya mengaku menerima hadith dari orang
yang telah 20 tahun lebih meninggal dunia sebelum dia lahir lalu bagaimana
hadith begini boleh diterima ?) .
Atau dhaif juga disebabkan oleh kerana perawi itu
sendiri dianggap oleh para ulama’ sezaman dengannya sebagai pendusta dan
pembohong, fasiq atau ahli maksiat lalu jika demikian sekalipun bagaimana
mungkin kita boleh menerima hadith yang diriwayatkan oleh orang sebegini ?
Mempercayai hadith (agama) yang membawa hukum dan hakam dari seorang yang
dikenali sebagai pembohong ?
Cumanya para ulama yang membenarkan penggunaan hadith
dhaif sebagai hujah ialah apabila dhaifnya tidak keterlaluan iaitu apabila
hadith itu dhaif disebabkan perawinya dhaif kerana dikenali sebagai jujur dan
soleh namun kurang kuat ingatan atau agak pelupa maka didhaifkan (dilemahkan
riwayat darinya) oleh para ulama’ kerana menjaga agama ini dari kesilapan dan
tersalah lalu bagaimana boleh muncul golongan yang mendakwa tidak mengapa
beramal dengan hadith dhaif ? (lihat Muqadimah kitab Sahih Tar’qib Wa Tarhib li
Imam Hafiz Al-Munziri oleh Muhadith Syeikh Nasiruddin Al-bani).
Manakala
menurut riwayat yang sahih, bahawa para khulafah ar-rasyidun, para sahabat dan
ulama’ salaf terdahulu tidaklah menjaharkan bismillah (membaca secara kuat) dan
pendapat inilah yang paling tepat dan benar seperti apa yang diriwayatkan dari
hadith Abdullah ibn Maq’fal dan sekumpulan sahabat dan dipegang oleh Sufyan
As-Sauri , Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad Ibn Hambal ra. Pendapat ini jelas
bertepatan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik dan Abdullah Bin
Maq’fal yang menyebut :
“ Aku bersolat dibelakang nabi
salallahualaihiwasalam dan Abu Bakar serta Umar dan Usman dan sesungguhnya
mereka memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahi rabbil Alamin (Segala puji
hanya bagi Allah tuhan sekalian Alam)”
(Hadith Sahih riwayat Bukhari no. 743, Muslim no. 399, Abu Daud no. 782 ).
Dan
wujud penambahan pada hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang menyebut “Dengan
tidak membaca bismillah pada awalnya dan akhirnya” (lihat hadith riwayat
Muslim no. 399 dan kitab Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi).
Bagi
Imam Malik ra mengatakan tidak dibaca bismillah secara keseluruhan baik secara
jahar (lantang) dan secara sirr (perlahan) dengan berhujah menggunakan hadith
yang sahih dari riwayat Ummul Mukminin Aisyah ra yang berkata bahawa “Sesunggguhnya
rasulullah salallahualaihiwasalam memulakan solat dengan takbir dan membaca
alhamdulillahirabil alamin iaitu tanpa membaca bismillah” (riwayat Muslim no.
498, Abu Daud no. 783 dan Ibn Majah no 812).
Namun
pendapat Imam Malik ra tidaklah tepat kerana terdapat dalam hadith yang lain
yang menyebut baginda membaca bismillah sebagai bukti bahawa ianya termasuk
dalam surah Al-Fatihah. Oleh yang demikian mustahil ianya tidak dibaca kerana
Al-Fatihah itu wajib dibaca dalam solat dan bismillah termasuk surah
Al-Fatihah.
Maka
kerana itulah para ulama’ bersepakat menyatakan ianya dibaca namun secara sirr
(perlahan) dan kerana itu dapatlah difahami mengapa diriwayatkan oleh
hadith-hadith yang sahih bahawa nabi salallahualaihiwasalam memulakan
Al-Fatihah dengan Alhamdulillahirabbil alamin kerana bismillah telah dibaca
secara sirr (perlahan) dan inilah sebaik-baik pendapat dan dianggap paling
tepat (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 320 Jilid 1).
Alhamdulillahirabbil Alamin
Syarah Ayat 2
Ayat ini merupakan ayat
yang mulia dan indah kerana padanya memberi puji dan penghargaan buat Allah
tuhan sekalian alam. Padanya wujud unsur ta’abud (pengibadatan) dan ta’zim
(mengagungkan) tas’na (mensucikan) kepada Allah swt serta mengiktiraf ketuhanan
dan kekuasaan-Nya yang menyeliputi seluruh hidup dan mati makhluk serta alam
dan isinya.
Pujian
dan syukur yang tertinggi secara khusus dan mutlak hanya pada Allah swt dengan
pujian dan syukur yang mengatasi sesuatu yang dikhususkan hanya pada-Nya.
Dibaca
ayat ini tidak hanya pada Al-Fatihah dan di dalam solat bahkan dibaca ia di
dalam majlis, doa dan setiap khutbah serta ucapan kebesaran yang memuji Allah.
Mengenainya para ulama’ bersepakat bahawa menjadi sunnah dan anjuran kepada
manusia melazimi dengan ayat ini dan menjadi pembuka dalam doa kerana ianya
disebut dalam hadith riwayat Jabir ibn Abdulllah ra bahawa nabi
salallahualaihiwasalam pernah bersabda :
أفضل
الذكر لا اله
الا الله و
أفضل الدعاء
الحمدلله
“
Sebaik-baik zikir ialah la ilaha ila Allah dan sebaik-baik doa ialah
alhamdulillah” (Hadith Hasan,
riwayat Tirmidzi no. 3383 dan Ibn Majah no. 3800 dan Nasaie no. 831).
Pengertian Ayat لله رب
العالمين الحمد
Menurut
makna bahasa, ianya difahami sebagai “ Segala puji hanya bagi Allah tuhan
seluruh alam” (lihat Al-Quran dan terjemahnya cetakan
Padanya
letak puji-pujian bagi Allah yang merupakan perkara ibadah bagi hamba kepada
Allah tuhan yang Esa, padanya juga wujud syukur dan terima kasih atas
rahmat-Nya sebagai penghargaan dari hamba, dan padanya juga wujud kalimah رب
العالمين rabbil
alamin yang membawa maksud tuhan yang menguasai alam semesta dan alam
seluruhnya yang dapat difahami dengan ilmu dan pemerhatian.
لله الحمد – Alhamdulillah, (Segala
puji (syukur) hanya bagi Allah).
Pada
ayat ini, Allah menyebut akan pujian dan syukur kepada Zat-Nya sebagai mengajar
manusia dan makhluk seluruhnya akan kalimah mulia yang diredhai-Nya ini
sebagaimana yang terdapat dalam asar dari sahabat (riwayat dari sahabat) bahawa
Umar ra pernah bertanya kepada Ali ra apakah yang dimaksudkan dengan الحمد
لله maka dijawab oleh Ali bahawa ianya :
كلمة
رضيها الله
لنفسه..
“
Kalimah yang diredhai oleh Allah untuk disebut pada zat-Nya”.
Manakala
dalam riwayat Ibn. Abbas ra pula menyebut bahawa
الحمد
لله رب
العالمين
ialah
bermaksud segala puji hanya bagi Allah atas nikmat dan rahmat-Nya serta
kekuasaan-Nya (lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 35 Jilid 1).
Pada
ayat ini juga membawa makna syukur dan penghargaan pada nikmat dan rahmat yang
diberikan oleh Allah swt bahkan dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari
Anas bin Malik ra berkata bahawa rasulullah salallahualaihiwasalam pernah
bersabda yang menyebut :
ما أنعم
الله على عبد
نعمة فقل
الحمد لله الا
كان الذي أعطى
أفضل مما أخذ
“
Dan tidaklah apa yang diberikan Allah kepada hamba-Nya (nikmat atau rezeki) dan
hamba itu mengucapkan “ Segala puji bagi Allah” –(syukur) melainkan apa yang
diberikan itu lebih baik dari apa yang diambil darinya” (Hadith Hasan, riwayat Ibn Majah no. 3805).
Menyebut
perihal syukur kepada Allah, marilah kita melihat nikmat yang telah Allah swt
berikan kepada kita. Mulai sejak lahir, manusia telah dibekalkan dengan
pelbagai keajaiban dan anugerah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana
ciptaan lain. Lihat sahaja bayi kecil dalam kandungan ibunya, hidup dengan
bergantung kepada saluran uri (talian pusat dari perut ibu) yang membekalkan
makanan kepadanya dan di dalam perut ibu itu dia mampu distabilkan dari
kesejukan dengan suhu badan ibunya yang memanaskan dan menghangatkannya dari
kesejukan sedang dia tidak berpakaian.
Siapakah yang mencipta sistem
ini ? Genius manakah atau doktor manakah
atau pun adakah si ibu sendiri yang merancang untuk menjadikan bayinya sekian
dan sekian ? merancang untuk menjadikan bayinya lelaki atau perempuan,
mempunyai genetik sekian, warna kulit sekian atau Allah yang Maha Kuasa dan
Bijaksana ? Sudah tentu hanya Dia (Allah) pencipta yang Esa yang mampu
menjadikan semua yang mustahil ini kepada logik dan terjadi. Lihat sahaja jari
kita dijadikan 5 batang, pasti mempunyai hikmahnya. Bayangkan jari kita hanya 3
atau lebih lalu bagaimanakah keadaannya ? Begitu juga dijadikan Allah jari-jari
itu tidak sama panjang dan tidak sama bentuknya sebagai memudahkan kita dan
menurut pakar sains bentuk jari manusia merupakan bentuk terbaik dan paling
efisyen untuk sebarang pergerakan dan aplikasi dibanding bentuk-bentuk lain.
Maha
suci Allah yang memberikan nikmat kepada manusia dengan tidak terhingga. Nikmat
penglihatan, nikmat pendengaran dan pancaindera kesemuanya serta nikmat
kesihatan, nikmat rezeki dan makanan. Bayangkan bagaimana manusia mampu
menghasilkan beras dari padi ? Mengeluarkan ikan dari lautan dalam, menumbuhkan
buah-buahan dan bijirin dari benih ? Siapakah yang memberi pengetahuan ini
ataukah manusia sendiri yang menerokainya ?
Nikmat akal dan pengetahuan dan lain-lain nikmat yang semuanya diberikan
oleh Allah swt kepada manusia.
Namun
dalam menafsirkan ayat الحمد
لله ini dari sudut kesyukuran kepada Allah swt, para
ulama’ menyatakan tidak wujud nikmat yang lebih besar dari segala nikmat yang
tidak semua manusia mampu dan dapat menerima nikmat tersebut iaitu nikmat Iman
dan Islam. Dari kerana nikmat inilah yang menyebabkan seseorang insan itu
bahagia atau celaka di akhirat yang kekal selamanya.
Dunia
hanya sementara, biar nikmat dunia dan segala isinya dimiliki namun ianya
sementara, paling lama manusia mampu untuk hidup Cuma sekadar 70 sehingga 100
tahun. Seterusnya menuju ke negeri akhirat yang kekal abadi lalu tidak berbaloi
segala nikmat dunia dibanding derita dan siksa akhirat juga sebaliknya tidak
berapa sangatlah penderitaan dunia di banding dengan balasan nikmat syurga dan
kebahagian yang abadi.
Pada
ayat ini sebenarnya ianya mempunyai kesinambungan dengan ayat-ayat yang
sebelumnya. Bahkan ianya mempunyai maksud yang mendalam, Surah ini iaitu
Al-Fatihah secara kebiasaannya dibaca bukanlah oleh orang yang kafir atau yang
tidak beriman, bahkan oleh mereka yang sudah mendapat nikmat Islam dan Iman.
Surah
ini dijadikan sebagai rukun solat dan dibaca sebanyak 17 kali sehari dalam
setiap rakaat bagi solat fardhu. Hanya Allah yang mengetahui rahsianya namun
kita dapat memahami betapa pada ayat ini Allah menyuruh kita memuji-Nya dan
bersyukur sebanyak-banyaknya dengan pembacaan ayat ini lantaran telah
dianugerahi-Nya nikmat terbesar kepada kita iaitu nikmat Iman dan Islam.
Kerana
perintah memuji dan mensyukuri nikmat Allah adalah wajib kepada setiap yang
beriman sebagaimana firman-Nya :
لَئِن
شَكَرْتُمْ
لأَزِيدَنَّكُمْ
وَلَئِن
كَفَرْتُمْ
إِنَّ
عَذَابِي
لَشَدِيدٌ
“ Dan jika kamu bersyukur kepada Aku (Allah) maka Aku pasti akan
menambah nikmat-Ku dan jika kamu kufur maka azabKu amatlah pedih” (Surah Ibrahim : 7).
Sudah
tentu sahaja kita wajib bersyukur kerana pada diri kita dikurniakan Allah
anugerah yang paling tinggi nilainya di alam ini iaitu nikmat dan anugerah Iman
dan Islam yang lebih mahal dari segala harta pangkat dan isi dunia. Oleh yang
demikian, Maha Suci Allah lagi Maha Bijaksana telah mengajar kita supaya
mensyukuri-Nya melalui ayat ini sebagai salah satu cara dalam bacaan solat
sebagai menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada-Nya.
Amat
malanglah bagi mereka yang bersolat namun lalai sebagaimana yang disebut oleh
Allah swt :
فَوَيْلٌ
لِّلْمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ
هُمْ عَن
صَلاَتِهِمْ
سَاهُونَ
“ Maka celakalah bagi mereka yang bersolat iaitu bagi mereka yang solat
dengan keadaan lalai” (Surah Al-Ma’un : 4-5). Maka para ulama’ menyebut
antara maksud lalai ialah menunaikan solat dalam keadaan tidak memahami apa
yang dibaca seolah mereka mempermainkan Allah dalam ucapan mereka apabila
memuji Allah tapi hati mereka tidak demikian lantaran tidak memahami apa yang
dibaca (lihat Fathul Qadir m/s 674 Jilid 5).
رب العالمين –
Rabbil Alamin, (Tuhan seluruh
Alam).
Disebut
oleh Ibn Abbas yang dimaksudkan dengan رب العالمين ialah
tuhan pencipta langit dan bumi serta pengatur dan pentadbir seluruh alam baik
yang diketahui oleh makhluk mahupun yang tidak diketahui. Menafsirkan ayat ini
merujuk kepada firman Allah dalam ayat yang lain seperti kisah pertanyaan
Firaun kepada Nabi Allah Musa as :
قَالَ
فِرْعَوْنُ
وَمَا رَبُّ
ٱلْعَالَمِينَ
* قَالَ رَبُّ
ٱلسَّمَاوَاتِ
وَٱلأَرْضِ
وَمَا
بَيْنَهُمَآ
إِن كُنتُمْ
مُّوقِنِينَ
“ Dan bertanyalah Firaun, Apakah rabbul alamin (tuhan sekalian Alam )?
Maka Musa menjawab “Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang di
antara keduanya”, demikianlah kenyataan jika kamu mempercayai-Nya” (Surah
As-Syu’ara : 23).
Maka
kita akan mendapati bahawa Rabbul Alamin itu ialah pentadbir penguasa yang
menguasai langit dan bumi serta apa-apa yang terdapat di antara keduanya yang
bererti segala-galanya.
Sesungguhnya
perkataan Rabbul Alamin ini merupakan salah satu dari nama Allah jika menurut
pendapat sebahagian ulama’ iaitu pada kalimah رب yang bermaksud pengatur dan
pentadbir bagi seluruh alam dan makhluk. Berkata Ibn. Abbas ra bahawa العالمين mencakupi
seluruh alam termasuk jin dan manusia dan menyebut “Sesungguhnya Dialah
(Allah) pencipta segala-galanya langit dan bumi seluruhnya serta setiap sesuatu
tanpa kecuali baik yang diketahui mahupun yang tidak diketahui”, seperti
yang diriwayatkan melalui Ibn. Jubair dan Ibn Abi Hatim pada tafsir ayat ini
(Fathul Qadir m/s 87 Jilid 1).
Menanggapi
kekuasaan Allah dan kehebatan pentadbiran-Nya yang tiada tandingan mungkin akan
lebih jelas kepada kita jika banyak membuat pemerhatian kepada alam semesta dan
melihat kebesaran Allah melalui penciptaan dan kejadian alam. Sebagai contoh
kecil, cukup sahaja mengambil hujan sebagai iktibar, dalam Al-Quran menyebut
firman-Nya :
وَٱلَّذِي
نَزَّلَ مِنَ
ٱلسَّمَآءِ مَآءً
بِقَدَرٍ
فَأَنشَرْنَا
بِهِ بَلْدَةً
مَّيْتاً
“ Dan (Allah) yang menurunkan air dari langit (hujan) dengan kadar yang
tertentu lalu kami hidupkan dengan air itu (hujan) bumi yang mati” (Surah
Az-Zukhruf :11).
Alangkah
ajaibnya dan mengejutkan pakar sains apabila angka ini sama dengan jumlah
kuantiti hujan yang turun ke bumi bagi tempoh setahun. Ini bererti air dari
bumi dikitarkan secara seimbang dan berterusan dalam satu kitaran tertentu
seperti yang disebut dalam Al-Quran “dengan kadar yang tertentu”
(Surah Az-Zukhruf :11).
Sekalipun mengunakan
kemajuan sains dan kecangihan teknologi, manusia tetap mustahil mampu melakukan
kitaran alam semulajadi ini secara seimbang dan bertepatan dengan kadar yang
diperlukan. Bayangkan jika air yang mengewap dari permukaan bumi tidak sama
dengan hujan yang turun walau hanya berbeza sedikit pun sudah cukup untuk
memberi kesan kepada suhu, hidupan tumbuhan, laut dan tanah tanih serta makhluk
lainnya.
Antara
lain bukti Dia (Allah) sebagai rabbul Alamin (pentadbir & pencipta seluruh
alam) juga dapat kita perhatikan dalam firman-Nya :
أَفَلاَ
يَنظُرُونَ
إِلَى
ٱلإِبْلِ
كَيْفَ
خُلِقَتْ
“Apakah kamu tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan (oleh
kami) ?” (Surah Al-Ghashiyah :
17).
Badan
makhluk ini cukup unik apabila mampu meminimumkan penggunaan air dalam badan
dan juga mampu menstabilkan suhu badan menurut persekitaran di
Ar-Rahmanirahim
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selepas
Allah swt menyebut perihal pujian dan mensucikan-Nya atas kekuasaan-Nya yang
meliputi langit dan bumi dan apa-apa yang berada di antara keduanya maka
seterusnya Allah swt menyebut pula disebalik kekuasaan dan pemilikan-Nya ke
atas langit dan bumi serta apa-apa yang di dalamnya itu Dia (Allah) sebenarnya
adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang merahmati makhluk-makhluk-Nya
demikianlah hubungan ayat ini dengan ayat yang pertama seperti yang difahami
oleh para ulama’ (lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 37 Jilid 1).
Telah
diperjelaskan makna tafsir ayat ini pada awal-awal ayat yang pertama (iaitu
pada bismillahirahmanirahim) dan menurut Imam Al-Qurtubi bahawa Allah swt
menyebut dua sifat-Nya ini sebagai mengambarkan kemurahan dan kebaikan-Nya
kepada hambanya yang berada di bawah kekuasaan-Nya. Seterusnya pada ayat yang
berikutnya Allah swt menyebut kembali akan kekuasaan dan kehebatan serta
keagungan-Nya bagi mengulangi kepada hamba-hamba-Nya supaya mengingati dan
memahami akan hakikat kehidupan yang diciptakan-Nya.
Malikiyaumiddin
Dalam
ayat ini Allah swt kembali mengulangi kehebatan dan keagungan-Nya kepada
makhluk-Nya (manusia & Jin) yang masih enggan tunduk kepada-Nya dengan
sekian kalinya menegaskan bahawa hanya Dialah (Allah) tuhan yang wajar disembah
dan tidak patut wujud sesuatu yang disembah, ditaati, ditakuti selain-Nya
dengan membawa ayat yang berbunyi “ Dialah (Allah) Yang Menguasai hari
Akhirat (Hari Pembalasan). Ayat ini membawa satu penegasan kepada hamba-Nya
bahawa hanya Dia (Allah), yang Menguasai kematian, yang Menguasai hari kiamat,
yang Menguasai hari akhirat dan yang Menguasai hari pembalasan dan penolakan
bahawa hanya Dia dan bukan selain-Nya.
Pengertian Ayat مالك
يوم الدين
Ayat
ini membawa makna bahasa sebagai “Dialah (Allah) yang Menguasai Hari
Pembalasan” (lihat Al-Quran dan terjemahnya cetakan
Memahami ayat ini
sesungguhnya mereka yang beriman akan mengambil pengajaran dan mengetahui
bahawa yang dimaksudkan tujuan Allah mengatakan bahawa hanya Dia yang menguasai
hari pembalasan sebagai supaya manusia takut kepada-Nya dan mengingati hari
Pembalasan di mana setiap amal perbuatan akan dibalas, baik dibalas nikmat dan
jahat dibalas dengan azab. Pada ketika itu maka siapakah yang akan menguasai
dan mentadbir segala urusan Pembalasan di hari tersebut ? Jawabnya hanya Dialah
Allah swt.
Ketika
itu manusia yang dahulunya sombong dan hidup berkuasa ketika di dunia akan
merendah diri dan tunduk kepada Allah dengan hina dan cela. Tiada sesiapa dapat
menipu dalam hari Pembalasan ini kerana Penguasanya bukan sesiapa tapi Allah
swt.
Kerana
itu ayat ini disebut oleh Allah swt sebagai memaklumkan bahawa mungkin manusia
boleh menyombong diri di dunia dengan harta, kemewahan, kekuasaan, kehebatan
tapi apakah mereka akan dapat terlepas dan melarikan diri dari terkena balasan
? Atau dari menghadiri Hari Pembalasan ? Jawabnya tidak sama sekali kerana
disebut oleh Allah swt :
يَقُولُ
ٱلإِنسَانُ
يَوْمَئِذٍ
أَيْنَ
ٱلْمَفَرُّ
“ Manusia berkata pada hari itu di manakah kita akan berlari ?” (Surah Al-Qiyamah :10).
Ketahuilah
mereka sama sekali tidak akan dapat berlari kerana Allah telah pun menjawab
segala resah gelisah mereka dengan firman-Nya :
كَلاَّ لاَ
وَزَرَ
“ Bahkan sama sekali mereka tidak dapat berlari (berlindung dari azab
Allah)!” (Surah Al-Qiyamah : 11).
Ayat
ini juga sebagai ketenangan kepada orang yang beriman, bahawa mereka di dunia
hari ini mungkin ditindas oleh raja dan pemerintah dunia yang zalim, ditekan
dan dihina oleh mereka yang kaya dan berkuasa namun Allah mengingatkan ayat ini
kepada golongan yang beriman supaya bersabar kerana akan sampai masanya berlaku
Hari Pembalasan di mana tiada pemerintah lain selain Allah (kerana di dunia
Allah membiarkan manusia berkuasa dengan kuasa yang kecil sebagai ujian)
dan pada waktu ini hanya Allah yang akan menguasai segala-galanya.
Allah
pasti tidak akan melupakan golongan yang beriman untuk diberi ganjaran nikmat
dan syurga serta pada hari itu mereka benar-benar akan mentertawakan
orang-orang yang dahulunya menindas mereka :
فَٱلْيَوْمَ
ٱلَّذِينَ
آمَنُواْ
مِنَ ٱلْكُفَّارِ
يَضْحَكُونَ
“ Maka pada hari ini orang yang beriman
pula akan mentertawakan golongan yang kafir” (Surah Al-Mutaffifin :34)
dan juga pasti tidak akan melupakan golongan derhaka yang zalim dan mendustakan
kebenaran untuk diberi azab :
فَلَهُمْ
عَذَابُ
جَهَنَّمَ
وَلَهُمْ عَذَابُ
ٱلْحَرِيقِ
“ Dan bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka juga azab yang membakar” (Surah
Al-Buruj : 10).
مالك – Malik (Raja
atau Pemerintah dan Penguasa).
Dalam
ayat ini para ulama’ qiraat menyebut ianya dapat dibaca dengan 2 cara iaitu
sama ada membaca secara memanjangkan mad (2 harakah) iaitu dengan membaca مالك
يوم الدين
seperti yang dibaca oleh kebanyakan
qurra atau pun membaca dengan tidak memanjangkan mad seperti ملك يوم
الدين dan kedua-dua bentuk bacaan ini sah serta sahih.
Malik
yang dimaksudkan oleh ayat ini haruslah
difahami oleh kebanyakan orang awam bahawa ianya tidaklah sama seperti Malik
(raja) di dunia. Sebenarnya jika menurut pelbagai hujah dan dalil yang sahih
maka pemakaian istilah seperti “ Raja” , “ Agung” sebenarnya hanya layak kepada
Allah yang Maha Esa. Pengunaan istilah ini hanya khusus kepada Allah seperti
yang disebut dalam firman-Nya :
قُلْ
أَعُوذُ
بِرَبِّ
ٱلنَّاسِ مَلِكِ
ٱلنَّاسِ
إِلَـٰهِ
ٱلنَّاسِ
“ Katakanlah, aku berlindung dengan tuhan manusia (1) dan Raja Manusia
(Allah)” (Surah An-Nass : 1-2).
Dalam
ayat ini Allah swt menyamakan status-Nya sebagai tuhan kepada manusia dengan status-Nya
sebagai Raja kepada manusia. Maka hasil dari itu ianya membawa makna
sebagaimana hak penisbahan tuhan itu hanya layak kepada Allah maka seperti
itulah juga hak penisbahan “Raja” itu hanya layak dipakai pada Allah swt.
Malangnya kejahilan manusia dan masyarakat awam terhadap hal ini menyebabkan
berlaku pencerobohan kepada hak Allah dari sudut penisbahan nama dan gelaran.
Demikianlah juga apabila
disebut Malik (raja & pemerintah) ianya membawa maksud Allah sebagai
pemerintah yang menguasai kerajaan-Nya yang terdiri dari jin dan manusia serta
langit dan bumi seperti firman-Nya :
قَوْلُهُ
ٱلْحَقُّ
وَلَهُ
ٱلْمُلْكُ
“Dan kata-kata-Nya
benar serta bagi-Nya (mempunyai) Kerajaan” (Surah Al-An’am : 73).
Bahkan disebut mempunyai
kuasa pemutus dan menguasai urusan segala-galanya seperti ayat :
تَبَارَكَ
ٱلَّذِي
بِيَدِهِ
ٱلْمُلْكُ وَهُوَ
عَلَىٰ كُلِّ
شَيْءٍ
قَدِيرٌ
“ Maha Suci Allah
yang ditangan-Nya lah segala Kerajaan (urusan pemerintahan) dan Dia Maha kuasa
ke atas segala sesuatu” (Surah
Al-Mulk :1).
Andaikata raja-raja angkuh
di dunia seperti Firaun angkuh dan sombong dengan kerajaan kecil mereka maka
sesungguhnya mereka benar-benar telah berlaku zalim kerana kerajaan, kuasa
mereka hanya pinjaman dan mereka tidaklah hebat dibanding kekuasaan Allah yang
mengatasi segala sesuatu dan Dia (Allah) Raja yang menghidupkan serta mematikan
segala hidupan :
ٱلَّذِي
خَلَقَ
ٱلْمَوْتَ
وَٱلْحَيَاةَ
“ yang mengadakan
kematian dan kehidupan bagi makhluk” (Surah Al-Mulk :2).
Dan juga Dialah (Allah)
Raja yang menciptakan tujuh lapis langit yang tinggi:
ٱلَّذِي
خَلَقَ
سَبْعَ
سَمَاوَاتٍ
طِبَاقاً
“Dia yang menjadikan
(mencipta) tujuh langit yang berlapis-lapis” (Surah
Al-Mulk : 3).
يوم
الدين – Yaumiddin (Hari Pembalasan dan hari
kiamat).
Bermaksud
hari di mana manusia dan jin akan menerima balasan di atas amalan dan perlakuan
selama hidup di dunia sebelumnya.Yaumiddin juga mempunyai nama lain seperti
Yaumul hisab, yaumul jaza dan lain-lain yang semuanya membawa maksud serupa.
Pada
hari tersebut manusia dan jin semuanya akan diadili dan pada hari tersebut
segala-galanya berada di bawah kekuasaan Allah swt secara mutlak. Bahkan
menurut para ulama’ di hari tersebut tiada seorang pun yang boleh bergerak dan
berkata-kata dan berbuat sesuatu tanpa izin Allah swt sebagaimana firman-Nya:
يَوْمَ
يَقُومُ
ٱلرُّوحُ
وَٱلْمَلاَئِكَةُ
صَفّاً لاَّ
يَتَكَلَّمُونَ
إِلاَّ مَنْ
أَذِنَ لَهُ
ٱلرَّحْمَـٰنُ
وَقَالَ صَوَاباً
“ Hari di mana ruh dan malaikat-malaikat beratur berbaris dalam
saff-saff dan tiada yang dapat berkata-kata pada hari itu kecuali dengan izin
Ar-Rahman (Allah) dan berkatalah Dia (Allah) dengan perkataan yang benar” (Surah
An-Naba’ : 37).
Berkata
Ibn Abbas ra menurut riwayat Abi Hatim ra (lihat Fathul Qadir m/s 88 Jilid 1)
bahawa yammuddin ialah hari akhirat sebagaimana yang sama diriwayatkan dari Ibn
Jarir dan Hakim bahawa Ibn Mas’ud ra menafsirkannya sebagai hari Kiamat. Dalam
ayat yang lain Allah swt sendiri menyebut maksud yammuddin seperti dalam
firman-Nya :
وَمَآ
أَدْرَاكَ
مَا يَوْمُ
ٱلدِّينِ ثُمَّ
مَآ
أَدْرَاكَ
مَا يَوْمُ
ٱلدِّينِ يَوْمَ
لاَ تَمْلِكُ
نَفْسٌ
لِنَفْسٍ
شَيْئاً
وَٱلأَمْرُ
يَوْمَئِذٍ
لِلَّهِ
“Tahukah kamu apakah itu yammuddin (hari pembalasan) ? dan tahukah kamu
apakah yammuddin (hari pembalasan) itu sebenarnya ? Iaitu ianya ialah hari di
mana seseorang itu tidak berdaya sedikit pun untuk membantu orang lain dan
Segala urusan pada hari itu semuanya dalam kekuasaan Allah” (Surah
Al-Infithar : 17-19).
Demikianlah
disebut mengenai tafsir ayat ini yang menyingkapkan ke-Esaan dan kekuasaan
Allah serta kewajipan hamba untuk tunduk serta patuh kepada perintah-Nya.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam
pernah bersabda dengan mengatakan :
يقبض
الله الأرض
ويطوى السماء
بيمينه ثم يقول
انا الملك أين
ملوك الأرض ؟
اين الجبارون
؟ اين
المتكبرون ؟
“ Setelah Allah mematikan dunia dan isinya dan mengulung langit serta
segala yang diantaranya dengan tangan kanan-Nya maka Dia (Allah) pun berkata “
Aku ini Raja (yang sebenar) lalu sekarang di manakah raja-raja bumi ? Di
manakah sekarang mereka-mereka yang sombong ? Di manakah mereka-mereka yang
angkuh ? (Hadith Sahih, riwayat
Bukhari no.4812 dan Muslim 2787 dan Ibn Majah no.192).
Maka
jelas dari dalil hadith ini adalah diharamkan menisbahkan diri seseorang
sebagai raja bahkan para sahabat ra baik khulafah Ar-rasyidun menisbahkan diri
mereka sebagai Khalifah (bermakna pengganti) kepada rasulullah dalam memimpin
manusia menuju hidayah Allah dan bukan memimpin kerana mempunyai keturunan
pemerintah atau kerana mempunyai kuasa dan kekuatan tertentu yang akan membawa
kepada akibat buruk dan dimurkai oleh Allah swt.
Iyakana’budu’ waiyakanasta’ien
Ayat
ini membawa maksud ubudiyyah dan pengabdian yang mutlak kepada Allah swt. Pada
ayat yang sebelumnya, Allah swt mengambarkan keagungan dan ke-Esaan-Nya
berulang-ulang sehingga sampai kepada penegasan kekuasaan-Nya sebagai “Raja”
yang mutlak bagi hamba-Nya. Pada ayat ini ianya semacam satu panduan dan
perintah kepada orang-orang mukmin setelah beriman dengan ayat-ayat yang sebelumnya
dan menyakini kekuasaan Allah maka apakah harus mereka lakukan. Lalu Allah
menurunkan ayat ini dalam surah Al-Fatihah sebagai mengajar hamba-Nya supaya
menyebut “ Hanya kepada Engkaulah kami sembah (beribadah) dan kepada
Engkaulah kami memohon pertolongan” dengan melaksanakannya pada
perkataan dan amal.
Pengertian Ayat اياك
نعبد واياك
نستعين
Dari sudut bahasa ianya
membawa maksud “ Hanya kepada Engkaulah kami sembah (beribadah) dan
kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (tidak kepada selain-Mu” (lihat Al-Quran dan terjemahnya cetakan
Memahami ayat ini dengan
melihat konsep Islam ianya satu ayat yang cukup agung dan tertinggi dalam
konsep Ubudiyyah. Ayat ini mengandungi 2 konsep utama yang penting iaitu
pertama Ubudiyah, melalui ayat “hanya kepada Engkaulah kami sembah
(beribadah) dan tidak pada selain-Mu” menunjukkan pertunjuk Allah kepada
mereka yang beriman supaya menyembah Allah setiap masa dan ketika bahkan kerana
asal tujuan manusia itu diciptakan pun sememangnya tiada lain melainkan sebagai
menyembah Allah :
وَمَا
خَلَقْتُ
ٱلْجِنَّ
وَٱلإِنسَ
إِلاَّ
لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah kami menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepada kami” (Surah Adz-Zariyat : 56) dan keduanya ialah
pergantungan mutlak dan tawakal kepada Allah swt tanpa wujud selain-Nya. Buah
dari pengabdian ialah pergantungan sebagaimana hamba tidak akan tahu untung
nasib dirinya bahkan hanya mampu menyerah dan mengharap kepada tuannya. Untuk
memperbaiki nasib dirinya apa yang mampu dilakukan oleh sang hamba ialah
meminta dan memohon kepada tuannya.
Penyembahan Allah dan
beribadah pula mestilah dengan tidak mensyirikkan-Nya serta dalam ayat ini
Allah memerintahkan hamba-Nya supaya sentiasa meminta pertolongan dari-Nya
sebagai kesinambungan dari pengabdian yang mana sebagai hamba perlulah merasa
kerdil dan sentiasa mengharap kepada Allah yang Maha Esa dan sentiasa mengharap
rahmat dan memohon pertolongan dari-Nya.
اياك نعبد – Iyakana’budu (Hanya kepada Engkaulah kami sembah)
Menurut qiraat sab’ah bagi jumhur ialah membacanya
dengan mentasydidkan “Ya” ( الياء) pada
Iyakana’budu. Melalui riwayat dari Ad-Dha’hak menyebut bahawa Ibn. Abbas ra
mentafsirkan sebagai “Hanya kepada
Engkau kami sembah dan mentauhidkan-Mu serta hanya pada Engkau kami takut dan
harap, wahai tuhan dan tiadalah pada selain Engkau” (Mukhtasar Tafsir Ibn
Katsir m/s 37 Jilid 1).
Dalam ayat ini para ulama’ menyebut pengabdian dan
pengharapan seorang hamba ialah hanyalah pada Allah swt baik melalui amal hati
(batin) dan amal perbuatan (zahir) sesuai dengan apa yang riwayatkan oleh Hakim ibn Muawiyah dari ayahnya yang
bertanya nabi apakah itu Islam ? Maka baginda menjawab : ان يسلم
قلبك لله
تعالى و ان
توجه وجهك الى
الله
“ Iaitu menyerahkan hati kamu kepada Allah dan menghadapkan diri kamu
kepada Allah.” (Hadith Sahih,
Riwayat Ahmad no. 20271 Jilid 6). Walaubagaimanapun dalam membincangkan maksud
ayat ini maka kita perlu melihat pula apakah dan bagaimanakah pula cara untuk
beribadah kepada Allah swt ? Adakah dengan melulu dan menurut rasa hati ? Dengan akal
dan sangkaan ?
Maka dalam hal ini para ulama’ bersepakat bahawa tiada jalan dalam
beribadah kepada Allah melainkan mestilah dan wajib menurut panduan yang dibawa
oleh rasulullah salallahualaihiwasalam serta menuruti sunnahnya sebagaimana
yang difirmankan oleh Allah swt :
يَا
أَيُّهَا
ٱلَّذِينَ
آمَنُواْ
أَطِيعُواْ
ٱللَّهَ
وَأَطِيعُواْ
ٱلرَّسُول
“ Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada rasul..” (An-Nisa :59).
Disebut oleh Imam Qurtubi dalam tafsirnya bahawa “ Telah menjadi ijmak
(sepakat) ulama’ salaf (terdahulu dari zaman rasulullah, sahabat dan tabien)
dan ulama’ dari kalangan kalaf (selepas zaman salaf) bahawa tiada cara dan
jalan dalam mengetahui hukum-hukum Allah (berhubung suruhan dan larangan Allah)
serta jalan beribadah kepada-Nya melainkan mesti melalui para rasul (jalan
wahyu & menurut sunnah rasul). Maka jika ada sesiapa yang mengatakan wujud
jalan lain dan terdapat jalan baru atau cara lain dari itu untuk mengetahui
suruhan dan larangan Allah tanpa melalui rasul dan tanpa memerlukan para rasul
(seperti dengan menurut rasa hati, ilham, mimpi-mimpi atau syeikh-syeikh
tareqah) maka dia adalah kafir dan perlu dihukum bunuh…” (lihat Jami’ Ahkam
Qur’an oleh Imam Qurtubi m/s 40 Jilid 11).
Demikian juga disebut oleh Imam Ibn Katsir dalam
tafsirnya Al-Quranul Azim ketika menafsirkan ayat 85, Surah Ali Imran dengan
mengatakan “ Sesiapa yang melalui sesuatu jalan (beribadah) yang tidak sama
dan lain dari apa yang disyariatkan Allah maka ianya tidaklah diterima”.
Sebagaimana
sabda nabi salallahualaihiwasalam yang menyebut :
من أحدث
في أمرنا هذا
ما ليس منه
فهوا رد
“
Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia
bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak.” (Hadith sahih disepakati Bukhari dalam Fathul Bari
no. 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .
Dari
Sufyan As-Sauri berkata “ Tidak diterima perkataan melainkan dengan amal dan
tidak diterima amal dan perkataan melainkan dengan niat (ikhlas) dan tidak
bermanfaat perkataan, amal dan niat ikhlas melainkan dengan menepati Sunnah”.
Sesungguhnya jalan penyembahan kepada Allah
haruslah dibuat menurut panduan yang ditinggalkan oleh baginda rasulullah
salallahualaihiwasalam. Selari dengan
pesan baginda salallahualaihiwasalam dalam riwayat Irbad ibn Sariyah ra iaitu
baginda bersabda :
أوصيكم
بتقوى الله
والسمع
والطاعة وان
كان عبدا
حبشيا فانه من
يعش منكم
فسيرى
اختلافا كثيرا
فعليكم بسنتي
و سنة الخلفاء
الراشدين المهديين
فتمسكوا بها و
عضوا عليها
بالنواجذ وإياكم
ومحدثات
الأمور فان كل
محدثة بدعة و
كل بدعة ضلالة
“ Aku berpesan
kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah
kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa
yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi
pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga
kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah
kamu dengan perkara baru . Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah
bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi no.2676 , Abu Daud no.
4607 dan Ahmad no.12561).
Pengabdian kepada Allah menurut para ulama ialah dengan menuruti
Islam yang dibawa oleh baginda salalllahualaihiwasalam seperti apa yang telah
yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah tanpa ada pengurangan dan
penambahan. Islam ialah jalan pengabdian yang sebenar serta memenuhi maksud
ayat اياك
نعبد ini iaitu “Hanya kepada Engkau yang kami sembah” iaitu dengan memahami bahawa
hanya dengan menggunakan Islam sebagai jalan penyembahan kepada-Mu (Ya Allah)
tanpa kami tambah dan kurang serta hanya dengan Islam kami menyembah-Mu bukan
jalan selainnya.
Sesungguhnya Islam itu ialah seperti apa yang disebut oleh
baginda salallahualaihiwasalam dalam hadith riwayat Abu Hurairah :
الاسلام
ان تعبد الله
ولا تشرك به
وتقيم الصلاة
وتؤدي الزكاة
المفروضة
وتصوم رمضان
“ Islam itu ialah kamu menyembah Allah dan tidak mensyirikkannya
dan mendirikan solat serta menunaikan zakat dan berpuasa ramadhan” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari bab Iman
no.37).
Jalan kepada penyembahan Allah swt serta pengabdian kepada-Nya
mencakupi urusan zahir dan batin baik luar dan dalam yang sudah sempurna dan
jelas tanpa perlu ditafsir-tafsir dengan sesuatu yang asing dan baru serta
sempurna dari penambahan bahkan disebut dalam hadith riwayat Abu Dzar yang berkata bahawa Rasulullah
salallahualaihiwasalam telah bersabda : “Tidaklah tertinggal sesuatu yang
dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah
diterangkan pada kalian.” Juga
disebut oleh Abu Zar ra akan katanya “
Rasulullah meninggalkan kami dalam keadaan tidak ada seekor burung pun yang
mengepak-ngepakkan kedua sayapnya di udara kecuali beliau telah menyebutkan
ilmunya pada kami.” (Hadith Sahih riwayat Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, lihat
As Sahihah oleh Syeikh Albani ra m/s 416 Jilid 4 dan hadith ini memiliki
pendukung dari riwayat yang lain).
اذا هم
احد كم بالامر
فليركع
ركعتين من غير
الفريضة ثم
ليقل : اللهم
اني استخيرك
بعلمك , وأستقدرك
بقدرتك ,
وأسألك من
فضلك العظيم ,
فانك تقدير
ولا أقدر
وتعلم ولا
أعلم, و انت
علام الغيوب ,
اللهم ان كنت
تعلم أت هذا
الأمر خيرلي
في ديني
ومعاشي
وعاقبة أمري
فاقدره لي
ويسره لي ثم
بارك لي فيه ,
وان كنت تعلم
ان هذا الأمر
شرلي في ديني
و معاشي و
عاقبة أمري
فاصرفه عني
واصرفني عنه
واقدرلي
الخير حيث كان
ثم أرضني به .
“ Jika ada sesiapa di
antara kamu yang mengalami masalah dalam sesuatu urusan maka solatlah dua
rakaat sunat kemudian berdoalah ; Allahumma (wahai tuhan) , aku memohon
pertunjuk dari-Mu dengan ilmu yang Engkau miliki, dan memohon kekuatan dari-Mu,
dengan kekuatan yang Engkau miliki, dan memohon dari-Mu sesuatu dari kebesaran
dan kemurahan-Mu yang agung. Sesungguhnya Engkau mentaqdirkan sesuatu dan aku
tiadalah kuasa dalam hal itu, dan Engkau mengetahui dan aku tidaklah mengetahui
dan bahkan Engkau adalah Maha Mengetahui akan hal yang ghaib. Allahumma (wahai
tuhan), sesungguhnya jika bagi-Mu bahawa perkara ini adalah baik bagiku dan
bagi agamaku serta kehidupanku dan membawa hasil yang elok maka taqdirkanlah
ianya untuk aku dan permudahkanlah aku dengannya serta berkatilah aku padanya.
Wahai tuhan, jika urusan ini buruk bagi aku dan bagi agama aku serta buruk bagi
kehidupan dan memudharatkan aku maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku
darinya. Taqdirkanlah bagi aku sesuatu yang lebih baik darinya dan berkatilah
aku padanya” (Hadith sahih, riwayat
Bukhari m/s 126 dalam Fathul Bari Jilid 7).
Demikianlah tarbiyah
baginda kepada sahabat-sahabatnya supaya mengharap dan meminta hanya kepada
Allah tanpa mencari dan berharap kepada selain-Nya. Bahkan turut disebut dalam
Hadith yang lain riwayat Anas bin Malik bahawa baginda sentiasa membaca doa
الله
توكلت على
الله بسم
“ Dengan nama Allah aku bertawakkal hanya kepada
Allah” (Hadith Sahih, riwayat
Tirmidzi no.2724 ).
Demikianlah pengajaran
dari baginda kepada umatnya supaya melazimi usaha pergantungan kepada Allah swt
baik dengan amal perbuatan, amal lisan dan hati. Perbuatan bergantung kepada
Allah merupakan antara cara dan punca mendapat kasih sayang-Nya sebagaimana
disebut dalam Al-Quran :
إِنَّ
ٱللَّهَ
يُحِبُّ
ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
“Sesungguhnya
Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (Surah Ali-Imran : 159).
Melihat dan menghayati ayat واياك
نستعين(Hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan) ini juga sangatlah penting kerana kerap berlaku
kesilapan dan kesalahan yang besar yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam
yang tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai agama apabila mereka
membuat pergantungan kepada selain Allah swt.
Pada hari ini kerap sangat
kita melihat ramai orang pergi dan menuju kepada dukun dan bomoh bagi memohon
pertolongan dan meminta pertolongan menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah.
Sesungguhnya perbuatan ini sangatlah ditegah oleh agama dan Islam melarang
sebarang usaha ke arah ini. Sesungguhnya telah diriwayatkan dari Muawiyah bin
Hakam Al-Sulami yang berkata : Aku telah bertanya nabi
salallahualaihiwasalam mengenai perbuatan kami pada masa jahiliyyah yang selalu
mendatangi dukun dan bomoh bagi meminta nasihat dan menyelesaikan masalah maka
bersabdalah nabi salallahualaihiwasalam : فلا
تأتوا
الكهّان “ Dan janganlah lagi kamu mendatangi dukun
(termasuk bomoh)” (Hadith Sahih, riwayat Muslim dalam Kitab Minhaj Syarah
Sahih Muslim oleh Nawawi no 5774 Jilid 14, Ahmad no. 24166 Jilid 7).
Sesungguhnya menurut Imam
Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut sesungguhnya perbuatan mendatangi
bomoh dan dukun ini merupakan perbuatan jahiliyyah dan hanya dibuat ketika
zaman jahiliyyah lalu tidak wajar dan sangat tidak patut umat Islam hari ini
melakukannya setelah berlalu zaman jahiliyyah dan sudah datang Islam yang
membawa sinar cahaya dan pertunjuk hidayah dari Allah swt. Apalah faedahnya
mendatangi dukun dan bomoh ? Sedangkan mereka sendiri manusia biasa dan jahil
serta tidak pun mengetahui perihal ghaib dan tidak pun mampu menyelesaikan masalah
mereka sendiri. Apakah belum cukup firman Allah swt yang menyebut :
قُل
لاَّ
يَعْلَمُ مَن
فِي
ٱلسَّمَاواتِ
وٱلأَرْضِ
ٱلْغَيْبَ
إِلاَّ
ٱللَّهُ
“ Katakan
sesungguhnya tidak ada sesiapa pun baik di langit dan di bumi yang mengetahui
perkara ghaib melainkan Allah”
(Surah An-Naml : 65).
Kebanyakan dukun atau
bomoh ini sebenarnya tiada kuasa pun mengubati penyakit dan menyelesaikan
masalah sebagaimana firman Allah swt :
وَمَا
هُم
بِضَآرِّينَ
بِهِ مِنْ
أَحَدٍ إِلاَّ
بِإِذْنِ
ٱللَّهِ
“Dan tidaklah mereka
itu (ahli sihir) dapat memberi mudharat kepada sesiapa pun melainkan dengan
izin Allah” (Surah Al-Baqarah :
102).
Bahkan jika diteliti
mereka bukanlah golongan yang berpelajaran, juga bukanlah mempunyai kepakaran
tertentu yang dipunyai Cuma sedikit kepandaian menipu dan kepandaian dalam
hal-hal ghaib serta mempunyai hubungan dengan sihir dan alam syaitan.
Diriwayatkan dari Ummul
Mukminin Aisyah ra ketika bertanya kepada baginda tentang perihal bomoh dan
dukun yang kadang-kadang apabila memberitahu sesuatu ternyata benar maka
baginda salallahualaihiwasalam pun bersabda :
تلك
الكلمة من
الحق يخطفها
الجني فيقرها
في أذن وليّه
فيخلطون معها
مائة كذبة
“Itu ialah kalimah
(khabar) yang benar yang dicuri oleh jin (termasuk syaitan) lalu membisikkannya
ke telinga tuannya sambil mencampuri bersamanya seratus pembohongan” (Hadith Sahih disepakati oleh Bukhari no. 5762 dan
Muslim no 2228).
Lihatlah betapa sesatnya
orang Melayu yang pergi berjumpa bomoh meminta air penawar dan penerang hati
bagi anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan sedangkan si bomoh itu sendiri
memiliki anak-anak yang semuanya gagal dalam pelajaran. Sesungguhnya segala
hasil dari pendapatan si bomoh tadi dalam mengubati orang dengan kepandaian
sihirnya ialah haram dan setiap perkataannya juga ialah haram diamalkan dan
dipercayai.
Diriwayatkan dari Safiyah
binti Abi Ubaidah ra dari isteri-isteri nabi dari baginda nabi yang pernah
bersabda :
من اتى
عرافا فسأله
عنى شئ فصدقه
لم تقبل له صلاة
أربعين يوما
“ Barangsiapa yang mendatangi bomoh (juga
dukun) lalu bertanyakan sesuatu darinya kemudiannya membenarkan apa yang
diberitahu oleh bomoh tersebut maka tidaklah diterima solatnya (amalan
kebajikan) selama 40 hari” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 2230).
Disebut oleh Al-Khutobi
bahawa yang dimaksudkan sebagai عرافا atau كهّان adalah sama sahaja maknanya cumanya عرافا ialah sebutan
mashyur kepada mereka yang mengaku mengetahui di manakah barang yang hilang
manakala كهّان
lebih kepada istilah umum bagi bomoh
dan dukun dalam bahasa arab (lihat Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi
m/s 446 Jilid 14). Bagaimanapun dalam masyarakat Melayu mereka semua ini sama
sahaja dikenali sebagai baik dukun atau bomoh tanpa ada beza dan para ulama’
semuanya sepakat mengenai haramnya perbuatan tersebut.
Selain dari itu, kerap
juga berlaku penyelewengan dalam masyarakat Melayu ialah apabila mereka hanya
mengingati Allah dan meminta pertolongan Allah apabila mereka dalam kesusahan.
Ketika berlaku kemalangan, musibah yang melanda barulah dapat kita melihat
golongan ini memakai kopiah putih dan mencari naskah Al-Quran dan
membelek-belek surah yasin serta membaca dengan penuh pengharapan sedangkan
sebelum ini langsung tidak pernah mengenal tikar sejadah dan jarang sekali
mengangkat wudhuk.
Sikap ini samalah dengan
golongan kafir yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran :
فَإِذَا
رَكِبُواْ
فِي
ٱلْفُلْكِ
دَعَوُاْ
ٱللَّهَ
مُخْلِصِينَ
لَهُ
ٱلدِّينَ
فَلَمَّا
نَجَّاهُمْ
إِلَى
ٱلْبَرِّ
إِذَا هُمْ
يُشْرِكُونَ
“ Dan ketika
mereka menaiki kapal di tengah lautan dan menghadapi bahaya di lautan maka
segeralah mereka berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan lurus namun
apabila mereka telah diselamatkan dari bahaya dan pulang dengan selamat ke
daratan maka mereka pun kembali menjadi syirik kepada Allah” (Surah Al-Ankabut : 65).
Sangatlah ramai manusia
sebegini hanya mengenal tuhan bila berlaku kematian, musibah dan kemalangan,
bila menghadapi kekecewaan dan putus harapan kepada makhluk maka kepada Allah
mereka ini menuju namun bila segala hasrat sudah dipenuhi tiadalah mereka
mengingati Allah kecuali sedikit.
Sesungguhnya ganjaran dan
perintah bertawakkal kepada Allah sangatlah besar kerana pergantungan dan pengharapan kepada
Allah mustahil datang melainkan dari hati yang bersih dan penuh yakin serta
beriman kepada Allah dan pertolongan-Nya seperti firman Allah swt :
وَمَن
يَتَّقِ
ٱللَّهَ
يَجْعَل
لَّهُ
مَخْرَجاً *
وَيَرْزُقْهُ
مِنْ حَيْثُ
لاَ
يَحْتَسِبُ
“
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan
baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan
yang tidak disangkai olehnya”
(Surah Thalaq : 2-3).
Pada kali ini dalam ayat yang ke-enam, Allah swt
mengajarkan kepada hamba-Nya akan doa dan kaedah untuk mendapat rahmat-Nya.
Sesungguhnya pada ayat yang sebelumnya Allah swt mengajarkan hamba-Nya akan
mengenai pengibadatan dan ubudiyyah yang tertinggi iaitu mengenai penyembahan
dan pergantungan yang tulus dan dalam pada ayat ini membawa kepada lanjutan
dari pengabdian dan pergantungan kepada Allah dengan mengajarkan hamba-Nya
dengan doa.
Setelah kita memahami bahawa hanya Allah yang
berhak disembah dan bukan selain-Nya begitu juga memahami bahawa pergantungan
dan pengharapan dalam kehidupan hanya kepada Allah swt maka pasti kita akan
dapat boleh memahami ayat ini. Iaitu betapa perlunya kita memohon selalu dan
sentiasa supaya kita mendapat pertunjuk berada di jalan yang benar iaitu jalan
golongan yang menyembah Allah swt dan tidak pada selain-Nya dan jalan golongan
yang hanya bergantung kepada Allah dan tidak pada selain-Nya di mana jalan ini
hanya dapat diperolehi dengan hanya pertunjuk dari-Nya seperti firman Allah swt
:
رَبَّنَا
لاَ تُزِغْ
قُلُوبَنَا
بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا
وَهَبْ لَنَا
مِن لَّدُنْكَ
رَحْمَةً
إِنَّكَ
أَنْتَ
ٱلْوَهَّابُ
“ (Mereka orang-orang yang
beriman berdoa) “Ya, tuhan kami , janganlah Engkau menjadikan hati kami
cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau beri pertunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami akan rahmat dari sisi-Mu” (Surah
Ali Imran : 8).
Pengertian Ayat اهدنا
الصراط
المستقيم
Disebut
makna dari sudut bahasa dalam ayat ini ialah "Tunjukkanlah kami
akan jalan yang lurus (benar)" (lihat Al-Quran dan terjemahnya
cetakan
Pergantungan
dan permohonan kepada Allah swt ini merupakan lanjutan dari ayat yang
sebelumnya yang menjelaskan kepada kita bahawa sesungguhnya pemilik hidayah dan
pertunjuk ini hanyalah Allah swt. Sebagaimana firman-Nya dalam Al-Qur’an :
وَمَا
تَوْفِيقِيۤ
إِلاَّ
بِٱللَّهِ
عَلَيْهِ
تَوَكَّلْتُ
وَإِلَيْهِ
أُنِيبُ
“
Dan tiadalah pertunjuk melainkan dengan pertunjuk Allah dan kepada-Nya aku
bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali” (Surah Hud :88).
Hidayah
dan pertunjuk ke jalan yang lurus ini bermakna pertunjuk Allah dan panduan-Nya
ke jalan yang selamat dari kesesatan dan penyelewengan. Hanya Allah yang dapat
memberi hidayah dan pertunjuk kepada manusia dan kerana itu Dia (Allah)
mengajar hamba-Nya supaya bermohon kepada-Nya sentiasa bagi memastikan
terselamat dari kesesatan dan penyelewengan.
Sedang
nabi salallahualaihiwasalam sendiri tidak mampu memberi hidayah kepada manusia
tanpa izin Allah swt sebagaimana firman-Nya :
إِنَّكَ
لاَ تَهْدِي
مَنْ
أَحْبَبْتَ
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak dapat memberi hidayah
kepada sesiapa yang engkau suka” (Surah Al-Qasas : 52).
Sesungguhnya
apa yang diajar oleh Allah dalam ayat ini ialah supaya manusia menyedari bahawa hidayah dan
pertunjuk jalan kebenaran itu sangat berharga kerana ianya akan menentukan
nasib di akhirat yang kekal abadi.
Sesungguhnya barangsiapa yang sesat dari pertunjuk Allah maka kesesatan
itu akan mencelakakan dirinya sendiri sebagaimana firman Allah yang lain :
قُلْ
إِن ضَلَلْتُ
فَإِنَّمَآ
أَضِلُّ عَلَىٰ
نَفْسِي
وَإِنِ
ٱهْتَدَيْتُ
فَبِمَا يُوحِي
إِلَيَّ
رَبِّي
" Dan katakanlah jika
aku tersesat sesungguhnya kesesatan itu ialah berpunca dari diriku sendiri dan
jika aku beroleh hidayah pertunjuk sesungguhnya pertunjuk itu ialah apa yang
diberitahukan oleh tuhanku (Allah )" (Surah As-Saba : 50).
Seterusnya dalam mengambil
pengajaran dari ayat ini, kita akan lihat pula pada uslub ayat ini yang datang
dengan uslub permintaan (طلب ) dan doa .
Ayat ini ialah doa dan permintaan
yang paling penting dari seorang hamba yang meminta kepada tuhannya supaya
diberi pertunjuk dan panduan kepada jalan yang diredhai oleh tuhan tu sendiri
(Allah) dan sudah pasti dari pertunjuk itu kemudian maka si hamba akan dapat
mengetahui jalan yang benar dan kemudiannya memilih jalan kebenaran itu sesuai
dengan apa yang telah diberi panduan dari Allah.
Kemudian dengan melalui jalan
tersebut maka tentulah hamba itu akan beroleh kebahagiaan dan keredhaan dari
tuhan (Allah) sekaligus bermakna si hamba telah berjaya menunaikan tugasnya dan
tanggungjawabnya sebagai hamba dan akan
dibalas oleh tuhan dari keredhaan-Nya itu dengan balasan nikmat dan
kebahagiaan abadi (syurga).
Lalu demikianlah pula jika
sebaliknya, dari kesesatan yang membawa murka seterusnya membawa kepada siksa
dan azab. Lalu demikian pentingnya hamba itu perlu untuk mengingati akan
kewajipannya jika ingin selamat dengan isentiasa merayu harap diberi hidayah
pertunjuk dari tuhan (Allah swt).
Doa (
الدعاء) dari
sudut bahasa bermaksud "Permintaan dan seruan kepada sesuatu bagi
mendapatkan hasil dari sesuatu"
(lihat Lisanul Arab m/s 366 Jilid 3). Manakala dari sudut istilah doa ialah "
Seruan dan permintaan dari seorang hamba kepada Allah swt untuk memohon sesuatu
dan ianya merupakan ibadah" (lihat Riyadus Solihin m/s 3 Jilid 4).
Diriwayatkan dari Nu'man bin
Basyir ra dari nabi salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda : الدعاء
هو العبادة " Sesungguhnya doa
itu merupakan ibadah" (Hadith Sahih, riwayat Ahmad no. 276 Jilid 4 dan Tirmidzi no. 2967, Abu
Daud 1479 dan Nasaie no. 1258).
Disebut doa ialah sebagai
ibadah namun bukan hanya ibadah yang biasa bahkan ianya diperintahkan kepada
setiap yang beriman supaya selalu berdoa dan perintah ini ialah wajib seperti
firman-Nya :
ٱدْعُونِيۤ
أَسْتَجِبْ
لَكُمْ
" Dan berdoalah kamu
kepada aku nescaya aku akan makbulkan" (Surah Al-Ghafir : 60).
Maka demikianlah apa yang
termasuk dalam ayat ke 6 surah Al-Fatihah ini iaitu sebuah doa yang
diperintahkan oleh Allah swt sebagai bacaan wajib kepada hamba-Nya dalam solat
setiap kali dan rakaat dan sebagai doa bagi setiap ketika.
Kemudian doa itu pula ialah
doa (permintaan) yang paling mahal dan penting dari Allah iaitu doa memohon
hidayah dan pertunjuk kepada kebenaran demikianlah dari apa yang disebut oleh
Imam Al-Qadhi Ibn Izz Ad-Dimasyqi dalam kitabnya (lihat Syarah Aqidah
Thahawiyah m/s 557 Jilid 2). Seterusnya kita harus membincangkan secara ringkas
mengenai apakah pula syarat bagi diterimanya doa ini oleh Allah swt ?
Dalam hal ini maka para
ulama' menyebut bahawa syarat diterimanya doa itu ialah yang pertama orang yang
berdoa itu hendaklah memiliki keikhlasan.
Sebagaimana firman-Nya :
وَمَآ
أُمِرُوۤاْ
إِلاَّ
لِيَعْبُدُواْ
ٱللَّهَ
مُخْلِصِينَ
لَهُ
ٱلدِّينَ
" Dan tidaklah kami
memerintahkan kamu melainkan supaya kamu menyembah Allah dengan ikhlas pada
agama" (Surah
Al-Baiyinah : 5).
Seterusnya hendaklah yang
berdoa itu yakin dan percaya akan doanya itu akan dimakbulkan oleh Allah
swt seperti firman-Nya lagi :
وَإِذَا
سَأَلَكَ
عِبَادِي
عَنِّي
فَإِنِّي
قَرِيبٌ
أُجِيبُ
دَعْوَةَ
ٱلدَّاعِ
إِذَا
دَعَانِ
"
Dan ketika hamba-Ku berdoa kepada Aku , sesungguhnya aku amat dekat kepada
mereka dan aku akan menyahut setiap doa
dari orang yang berdoa"
(Surah Al-Baqarah : 186).
Sesungguhnya perlulah juga bagi yang berdoa itu
sebagai syarat yang ketiga iaitu menjauhkan diri dari maksiat dan
perkara-perkara yang haram dan dimurkai Allah swt dan tidak memohon
sesuatu doa yang membawa keburukan dan kemaksiatan. Hal ini jelas disebut
seperti dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa baginda nabi pernah
bersabda bahawa Allah swt telah berfirman
:
الرجل
يطيل السفر
أسعث أغبر يمد
يده الي السماء
: يا رب يا رب
ومطعمه حرام
وملبسه حرام
وغذي بالحرام
فاني يستجاب
لذلك ؟
"Seorang lelaki dari
hamba-Ku berada dalam perjalanan (musafir) yang panjang di tengah
Demikianlah disebut bahawa Allah swt hanya akan memakbulkan doa dari
mereka yang beriman kepada-Nya sahaja seperti firman-Nya :
فَلْيَسْتَجِيبُواْ
لِي
وَلْيُؤْمِنُواْ
بِي
لَعَلَّهُمْ
يَرْشُدُونَ
" Dan akan aku makbulkan kepada mereka yang beriman kepada aku
(akan doa mereka) supaya mereka beroleh pertunjuk" (Surah Al-Baqarah : 186).
Begitulah ketetapan Allah swt kepada hamba-Nya dan syarat yang terakhir
dari syarat-syarat diterimanya doa itu ialah hendaklah seseorang yang berdoa
itu memiliki sifat sabar dan kesabaran itulah yang merupakan kunci
kepada kejayaan dan kebaikan dari doa yang dipohon seperti firman-Nya :
عَجَّلْنَا
لَهُ فِيهَا
مَا نَشَآءُ
لِمَن
نُّرِيدُ
"kami mempercepatkan
baginya dari apa yang kami ingin dan dari golongan yang kami kehendaki"
(Surah Al-Isra : 19). Demikianlah empat syarat yang ditetapkan oleh para ulama'
dan berdalil serta berhujah dari apa yang terdapat dalam Al-Qur'an dan
as-Sunnah (sila lihat Riyadus Solihin m/s 4 Jilid 4).
Adapun mengenai waktu yang sesuai berdoa ialah dalam semasa sedang
mengerjakan solat dan sebaik tempat serta ketika dalam solat ialah ketika
sedang sujud sebagaimana yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa
rasulullah salallahualahiwasalam pernah bersabda :
أقرب
ما يكنون
العبد من ربه
وهو ساجد
فاكثروا الدعاء
" Dan sesungguhnya waktu yang paling dekat seorang hamba itu dengan
tuhannya ialah pada ketika dia sedang sujud maka perbanyakkanlah doa pada
ketika itu" (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 482).
اهدنا – Ihdina (Tunjukkanlah kepada kami).
Perkataan ini berasal dari هدى dan menurut Ibn Manzur ra ialah membawa maksud " Memohon hidayah pertunjuk dari Allah
swt " (lihat Lisan Arab m/s 60 Jilid 9).Ayat ini didatangkan atas
sighah (uslub) doa atau permintaan dan menggunakan dhamir “نا” yang bererti "kami" yakni secara
jamak (ramai).
Ianya datang dengan uslub "الرجاء"(harap) dan "الطلب" (permintaan) seperti
yang diperjelaskan oleh Imam At-Tabari dan menambah ianya bahkan dapat difahami
juga sebagai " tambahkanlah hidayah "زدنا", tunjukkan "ارشدنا" dan bimbinglah دلنا"" seperti dalam firman Allah
swt :
وَٱلَّذِينَ
ٱهْتَدَوْاْ
زَادَهُمْ
هُدًى
"Dan mereka yang dibawah pertunjuk kami maka kami akan tambahkan
mereka akan hidayah (pertunjuk) itu" (Surah Muhammad : 17) (lihat lanjut Jami' Bayan
An Ta'wil Ayat Qur'an m/s 83 Jilid 1).
صراط
المستقيم – Sirathal Mustaqim (Jalan yang lurus / benar).
Berkata Imam Abu Ja'far At-Tabari bahawa yang dimaksudkan dengan
صراط
المستقيم ialah jalan yang lurus dan
jelas yang tiada peyimpangan dan penyelewengan padanya.
Dibaca صراط (jalan atau laluan) oleh
jumhur ulama' ialah dengan menyebut dengan huruf الصاد(ص)
seperti
yang dikeluarkan oleh Hakim dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa rasulullah
salallahualaihiwasalam membacanya dengan huruf
الصاد(riwayat Hakim no. 232 Jilid 1 dalam
Mustadrak). Juga ianya dibaca dengan السين(س) iaitu (السراط) seperti riwayat dari Said ibn Mansur dan Abd Bin
Humaid dan Al-Bukhari dalam tarikhnya dari Ibn Abbas ra. Manakala dari riwayat
Hamzah pula menyebut ianya dibaca dengan الزاى(ز) iaitu dengan (الزراط) dan adapun (المستقيم) ialah sifat bagi sirath (jalan) dan berasal dari perkataan مستقوم iaitu yang bermaksud lurus dan tetap serta teguh seperti yang
disebut dalam firman Allah swt :
فَٱسْتَقِمْ
كَمَآ
أُمِرْتَ
" Dan tetaplah istiqamah seperti mana yang kamu diperintahkan"
(Surah
Hud : 112).
Demikianlah juga seperti yang diriwayatkan dari Sufyan bin Abdullah yang
berkata pada nabi salallahualaihiwasalam : Ya rasulullah beritahulah aku
perkara dalam Islam yang utama dan tak perlu lagi aku bertanya kepada sesiapa
pun selain Engkau selepas ini maka dijawab oleh nabi :
قل آمنت
بالله ثم
استقم
"Katakanlah aku beriman kepada Allah kemudian istiqamahlah" (Hadith Sahih, riwayat Muslim
no.3).
Berkata As-Sauri dari Mansur dan dari Abi Wa’il
daripada Abdullah ra bahawa dalam
menafsirkan ayat ini lalu berkata sirath ialah Al-Qur’an. Sebagaimana firman
Allah swt yang menyebut :
إِنَّ
هَـٰذَا
ٱلْقُرْآنَ
يِهْدِي
لِلَّتِي
هِيَ
أَقْوَمُ
“ Dan sesungguhnya Al-Qur’an ini pertunjuk ke jalan
yang lurus” (Surah Al-Isra : 9) (lihat Tafsir Tabari m/s 85 Jilid
1).
Demikian juga dari riwayat Maimun bin Mahran dari Ibn
Abbas ra berkata ianya bermaksud Islam. Begitu juga dari Ibn. Mas’ud dan sebahagian
dari para sahabat nabi salallahualaihiwasalam yang mengatakan ianya ialah Islam
(lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir m/s 41 Jilid 1).
Juga dikeluarkan oleh Waqi’ dan Abdullah bin Humaid
dan Ibn Jarh dan Ibn Munzir dan Hakim dari Jabir bin Abdullah yang mengatakan
bahawa ianya ialah Islam (lihat Fathul Qadir m/s 91 Jilid 1 ). Adapun menurut
Abu Ali'yah dan Hasan Al-Basri mengatakan ianya ialah jalan rasulullah
salallahualaihiwasalam dan para sahabatnya seperti firman Allah swt :
وَإِنَّكَ
لَتَهْدِيۤ إِلَىٰ
صِرَاطٍ
مُّسْتَقِيمٍ
" Dan sesungguhnya
engkau (wahai Muhammad) merupakan pertunjuk kepada jalan yang lurus" (Surah As-Syura : 52).
Pendapat ini juga serupa
dengan apa yang dipegang oleh Ibn Asakir dan Ibn Abi Hatim dan Ibn Adi
(disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Az-Zahabi no. 259 Jilid 1 dalam
Mustadrak).
Kesimpulannya ialah barangsiapa yang menuruti Al-Qur'an dan As-Sunnah
yang dibawa oleh rasululah salallahualaihiwaslaam maka itulah jalan Islam dan
itulah juga yang dimaksudkan sebagai jalan yang benar dan lurus. Sebagaimana
firman Allah swt lagi :
قُلْ
هَـٰذِهِ
سَبِيلِيۤ
أَدْعُو
إِلَىٰ ٱللَّهِ
عَلَىٰ
بَصِيرَةٍ
أَنَاْ
وَمَنِ ٱتَّبَعَنِي
“ Dan katakanlah sesungguhnya inilah jalan-Ku dan padanya aku menyeru
manusia kepada Allah atas hujah yang nyata bagi aku dan mereka yang
mengikutiku” (Surah Yusof :
108).
Imam
Nawawi menyebut bahawa dalam ayat ini sesungguhnya Allah telah memberi kebaikan
dan memberi beberapa perkara kepada manusia iaitu : yang pertama Allah swt
memberi ilmu dan amal, yang kedua memberi amal namun tidak memberi ilmu, yang
ketiga memberi ilmu namun tidak memberi amal dan yang ke-empat tidak memberi
ilmu mahupun amal. Inilah keadaan jenis-jenis manusia menurut pendapat Imam
An-Nawawi yang berlaku (lihat Riyadus Solihin m/s 8 Jilid 4).
Sirathalazina'anamta'alaihimqairil maq'dubi'alaihimwaladha'lin
Syarah Ayat 7
Iaitu jalan orang-orang
yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai
(Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (Nasrani)
Ayat terakhir dalam surah Al-Fatihah ini didatangkan oleh Allah swt
sebagai jawapan bagi segala persoalan dan kemusykilan dan penjelasan tentang
persoalan benar dan salah serta sebagai penjelasan kepada hamba-Nya apa yang
sebenarnya harus dilakukan oleh seorang yang beriman dalam hidupnya.
Dengan memahami semua ayat-ayat yang terdahulu maka ayat ini akan
difahami sebagai penutup dan penjawab bagi setiap musykil yang timbul. Dalam
ayat ini Allah swt menyebut bahawa sebagai hamba yang beriman kita hendaklah
meminta kepada Allah swt supaya ditunjukkan dengan jalan yang lurus dan pada
ayat ini dijelaskan kepada kita apakah
itu jalan yang lurus iaitu jalan golongan yang telah diberikan nikmat oleh
Allah swt dan jauh serta bebas dari jalan –jalan lain yang dimurkai oleh Allah
swt atau jalan yang sesat.
Apabila kita memahami bahawa tugas sebagai hamba itu ialah untuk
mengabdikan diri kepada-Nya seperti firman-Nya :
وَمَا
خَلَقْتُ
ٱلْجِنَّ
وَٱلإِنسَ
إِلاَّ
لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Surah Adzariyat : 56).
Maka kita akan
memahami bahawa seterusnya hamba itu harus cerdik mencari dan berusaha mengenali
jalan yang benar dalam beribadah kepada Allah swt dan tiadalah jalan yang benar
itu dapat dicari semata-mata dengan usaha sebaliknya ianya diperolehi dengan
anugerah dari yang Maha Esa maka demikianlah punca perlunya kita berdoa dan
memohon kepada-Nya.
Pengertian Ayat صِرَطَ
الَّذِينَ
اَنعَمتَ
عَلَيهِم
غَيرِ
المَغضُوبِ
عَلَيهِم
وَلاَ
الضَّآلِّينَ
Ayat terakhir dari Surah Al-Fatihah ini membawa maksud “Iaitu
jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang
yang Engkau murkai (Yahudi) atau jalan
mereka yang sesat (Nasrani)” (lihat Al-Qur’an dan terjemahannya cetakan
Bagi menghuraikan pengertian ayat ini marilah kita melihat dalam satu
hadith riwayat Abdullah ibn Mas’ud ra yang megatakan bahawa pada suatu hari
baginda rasulullah salallahualaihiwasalam ketika berada bersama para sahabat ra
telah melukis akan satu garis yang lurus di telapak tangan baginda yang mulia
lalu bersabda :
هذا
سبيل الله
مستقيما
“ Ini
diperumpamakan sebagai jalan Allah yang lurus” seterusnya kemudian baginda rasulullah
salallahualaihiwasalam pun melukis
garis-garis yang bercabang dan menyimpang dari garisan yang lurus tadi sambil
bersabda :
هذه
سبل ليس منها
سبيل الا عليه
شيطان يدعو اليه
“Adapun ini ialah subul (jalan seleweng) dan tidaklah
wujudnya jalan ini melainkan padanya mesti ada syaitan yang menyeru kepada
jalan ini” kemudian baginda salallahualaihiwasalam pun
membacakan Surah Al-An’am ayat 153 :
وَأَنَّ
هَـٰذَا
صِرَاطِي
مُسْتَقِيماً
فَٱتَّبِعُوهُ
وَلاَ
تَتَّبِعُواْ
ٱلسُّبُلَ
فَتَفَرَّقَ
بِكُمْ عَن
سَبِيلِهِ
ذٰلِكُمْ
وَصَّاكُمْ
بِهِ
لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
“Dan
sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu
mengikuti jalan yang seleweng kelak kamu akan berpecah belah dari jalan-Nya dan
demikianlah kami berpesan kepada kamu agar kamu dapat menjadi orang yang
bertaqwa” (Surah Al-An’am : 153) (Hadith Hasan, riwayat Ahmad no. 465 Jilid 2,
Hakim no. 318 Jilid 2 dan Ibn Majah no. 7- rijal perawi dalam hadith ini
semuanya siqah kecuali A’sim dan dia ialah soduq).
Sesungguhnya mencari jalan
yang diberikan nikmat dan menjauhi jalan yang dimurkai Allah ialah kewajipan
bagi setiap hamba. Bukanlah dimaksudkan mencari itu hanya menetap pada usaha
semata-mata sebaliknya wajib pula hamba itu mnyerah dan memohon kepada Allah swt sebagai tanda
pengabdian.
Dalam hal ini kita memahami
bahawa tanpa usaha Allah tidak akan sedikit pun memberi apa yang kita ingini
dan hanya dengan sekadar usaha pun tetap tidak membawa faedah kerana hidayah
dan pertunjuk itu milik Allah swt semata-mata. Kerana itu dengan rahmat-Nya
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka Dia (Allah) telah memberikan tunjuk
ajar kepada hamba-Nya bagaimana harus berdoa dan berbuat bagi memohon rahmat
dari-Nya sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya seperti apa yang telah
diajari-Nya dalam Al-Qur’an seperti firman-Nya :
رَبَّنَا
لاَ تُزِغْ
قُلُوبَنَا
بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنَا
وَهَبْ لَنَا
مِن
لَّدُنْكَ
رَحْمَةً
إِنَّكَ أَنْتَ
ٱلْوَهَّابُ
“(Dan
mereka yang berilmu itu berdoa kepada kami dengan berkata) Wahai tuhan kami
janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung ke arah kesesatan setelah Engkau
memberi hidayah kepada kami dan berikanlah kepada kami rahmat dari –Mu dan
sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi segala sesuatu” (Surah Ali Imran : 8).
Begitulah yang disebutkan
dalam ayat ini bahawa mereka yang berilmu dan mengetahui akan menyedari bahawa
nikmat hidayah itu boleh sahaja dicabut bila-bila masa oleh Allah swt termasuk
nikmat pertunjuk iman dan Islam yang boleh diambil dari kita bila-bila masa dan
ketika. Kerana itu mereka tidak henti-henti meminta kepada Allah supaya
dikekalkan nikmat yang telah diberi dan ditambah dengan pemberian nikmat dan
rahmat yang baru dari sisi Allah swt.
Sesungguhnya Allah swt
sendiri pun demikianlah rahmat-Nya yang cukup luas lalu mewajibkan dan
menjadikan ayat ke-7 surah Al-Fatihah ini sebagai bacaan harian hamba-Nya dalam
solat.
Sudahlah kita maklumi
bahawa seorang hamba itu dengan tuhannya amatlah dekat dalam solat kerana solat
itu sendiri bermaksud doa’ maka ketika solat, seorang hamba itu telah
bermunajat secara langsung dengan Allah swt dan dikerjakan solat wajib oleh
seorang hamba itu dalam sehari ialah sebanyak 17 rakaat yang bermakna doa ini
akan dibaca sekurang-kurangnya 17 kali oleh hamba yang beriman.
Lalu bagaimanakah mungkin
akan dapat seorang hamba itu tersesat dan terjerumus lagi ke dalam kemurkaan
dan kesesatan ? Dengan 17 kali sekurang-kurangnya dia berdoa kepada tuhan
setiap hari supaya dikurniakan hidayah dan pertunjuk dan bermohon supaya
dijauhkan dari jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat ? Kerana itu disebut
dalam firman-Nya :
إِنَّ
ٱلصَّلاَةَ
تَنْهَىٰ
عَنِ
ٱلْفَحْشَآءِ
وَٱلْمُنْكَرِ
وَلَذِكْرُ
ٱللَّهِ أَكْبَرُ
“Sesungguhnya
solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar dan dengan mengingati Allah
(dimaksudkan solat) itu adalah lebih besar (dari ibadah yang lain)” (Surah Al-Ankabut : 45)
Darinya memaklumkan kita
bahawa solat itu sepatutnya dapat mencegah kita dari terjebak kepada kesesatan
dan penyelewengan dalam agama kerana lantaran doa yang dibaca yang memohon
kepada Allah dengan rahmat-Nya dan Dia (Allah) sudah pun dikenali sebagai
pemakbul doa
seperti firman-Nya :
فَلْيَسْتَجِيبُواْ
لِي
وَلْيُؤْمِنُواْ
بِي
لَعَلَّهُمْ
يَرْشُدُونَ
" Dan akan aku makbulkan
kepada mereka yang beriman kepada aku (akan doa mereka) supaya mereka beroleh
pertunjuk" (Surah Al-Baqarah : 186).
Kerana itulah disebut dalam
hadith yang baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda : “Sesunguhnya
tembok pembeza antara sesorang itu dengan syirik atau kufur ialah mendirikan
solat”
(Hadith Sahih, riwayat Muslim no.897 dan Abu Daud 1658).
Begitulah pentingnya solat
dan dikatakan kerana padanya dibaca dengan sebesar dan seagung surah yang tidak
ada diturunkan kepada umat-umat terdahulu dan dengan meninggalkan solat bererti
hamba itu sudah meninggalkan doa memohon hidayah pertunjuk kepada Allah swt dan
kerana itu sudah menjadi bukan tanggungjawab Allah swt lagi untuk membimbingnya
dan memberi hidayah kepadanya.
Perlulah diingat akan
hadith dari riwayat Anas bin Malik ra yang berkata bahawa baginda rasulullah
salallahualaihiwasalam kerap membaca doa :
يا
مقلب القلوب
ثبت قلبي على
دينك
“Wahai tuhan
yang membolak-balikkan hati tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu” maka para sahabat pun bertanya apakah hati
itu boleh dibolak-balik ? Maka baginda pun menjawab :
نعم
,ان القلوب
بين أصابع
الله يقلبها
كيف يشاء
“ Ya,
Sesungguhnya hati-hati itu berada di antara jari-jari Allah dan Dia (Allah)
membolak-balikkannya sebagaimana yang dikehendaki-Nya” (Hadith Sahih, riwayat
Tirmidzi no. 2140 dan Ibn Majah no.3834).
Entah bila dan ketika hati
kita akan dapat berubah tiada siapa tahu selain Allah maka hendaklah kita
melazimi doa dan harap kepada Allah dan takut akan hari di mana apabila ujian
menimpa dan hati-hati menjadi goyah dan berubah-ubah.
صِرَطَ
الَّذِينَ
اَنعَمتَ
عَلَيهِم - Sirathalazina'an'amta'alaihim (Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan
nikmat).
Sesungguhnya dalam ayat ini wujud pengulangan perkataan صراط (jalan) sebagai taukid (penegasan) dan
penerangan kepada jalan yang bagaimana bentuk yang ingin dimaksudkan .
Dikeluarkan oleh Ibn Abi Daud dari Ikhrimah dan Al-Aswad serta juga dikeluarkan
oleh Waqi' dan Abu Ubaid dan Said bin
Mansur dari Umar ibn Khatab ra bahawa sesungguhnya beliau (Umar Al-Khatab
ra) membaca ayat ini (ayat ke-7 ) dengan
menyebut :
صِرَطَ من
اَنعَمتَ
عَلَيهِم غير
المغضوب
عليهم و غير
الضالين
(lihat Fathul Qadir m/s 93 Jilid 1).
Dikeluarkan oleh Ibn Al-An'bari dari Hasan
bahawa beliau membaca عَلَيهِم dengan mengkasrahkan Al-Ha'(الهاء) dan Mim (الميم) dan mengisbatkan Ya (الياء) iaitu
sebagai (عَلَيهِمِى).
Manakala dikeluarkan pula oleh Ibn Katsir ra
bahawa dibaca secara mengkasrahkan Al-Ha' (الياء) dan mendhammahkan
Al-Mim (الميم) dan mengilhaqkan Wau (الواو) iaitu dibaca sebagai (عَلَيهِمُو) dan demikan juga sama dengan apa
yang diriwayatkan oleh ibn Al-An'bari dari jalan yang lain. Adapun menurut
riwayat yang dikeluarkan oleh Abi Ishaq bahawa beliau membaca (عَلَيهِمُ) dengan mendhammahkan Al-Ha'(الهاء) dan Mim(الميم) tanpa mengilhaqkan Wau (الواو).
Mengenai maksud ayat ini, para ulama' telah
menyebutkan bahawa ianya membawa maksud penegasan dan menjawab bagi ayat yang
sebelumnya dan menjelaskan ciri pertama jalan yang lurus iaitu jalan yang
diberi nikmat dan lawan kepada jalan yang diberi nikmat ialah jalan yang diberi
azab iaitu jalan yang dimurkai dan jalan yang sesat.
Menurut Abu Ja'afar Al-razi dari Ar-Rabi' dari
Anas Bin Malik ra yang berkata bahawa jalan yang diberi nikmat ini ialah jalan
para nabi. Manakala dari Ibn Jarir At-Tabari dan Ibn Abi Hatim ra dari Ibn
Abbas ra yang menyebutkan bahawa " yang dimaksudkan dengan jalan yang
diberi nikmat itu ialah jalan para malaikat, para nabi, para sidiqqin dan
syuhada' serta solihin yang mentaati Allah dan menyembahnya" (lihat
Ibn Jarir m/s 58 Jilid 1- pada riwayat ini ada perawi bernama Usman bin Said
padanya ada masalah dan baki perawi yang lain ialah siqah).
Adapun
yang dibawa turun oleh malaikat ialah jalan yang lurus yang dengannya manusia
akan beroleh nikmat, kemudian disampaikan jalan itu kepada para nabi dan dibenarkan
oleh orang-orang yang beriman dan dengannya mereka berjuang sehingga mencapai
syuhada' dan demikian jadilah mereka golongan yang solihin dan mentaati
perintah Allah swt. Inilah yang disebut dalam firman Allah swt :
فَلْيَسْتَجِيبُواْ
لِي وَلْيُؤْمِنُواْ
بِي
لَعَلَّهُمْ
يَرْشُدُونَ
"Barangsiapa yang mentaati perintah Allah dan
perintah rasul maka mereka itulah nanti akan bersama dalam golongan yang diberi
nikmat oleh Allah dari kalangan para nabi, para sidiqqin (yang membenarkan) dan
syuhada' (golongan mati syahid) dan solihin (orang-orang yang soleh)"
(Surah An-Nisa : 69).
Sesungguhnya
jalan yang selamat dan diberi nikmat ialah jalan yang dibawa oleh rasulullah
salallahualaihiwasalam dan jalan yang dilalui oleh para sahabat ra dan salaf
soleh. Inilah yang disebut oleh baginda nabi dari riwayat Abdullah bin Amrin ra
yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :
وان بني
اسرائيل
تتفرقت على
ثنتين وسبعين
ملة وتفرق
امتي على ثلاث
و سبعين ملة
كلهم فى النار
الا ملة واحدة
اوصيكم بتقوى
الله
"
Sesungguhnya bani isra'el telah berpecah kepada 72 golongan dan dan akan
berpecah pula umat aku kepada 73 golongan dan kesemuanya dineraka kecuali satu
dan aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kepada Allah"
kemudian para sahabat ra pun bertanya siapakah mereka ya rasulullah (yakni
golongan yang satu yang akan terselamat) ? Maka dijawab oleh baginda : ما أنا
عليه و أصحابي "Iaitu jalan di mana aku
dan sahabatku sedang berada di dalamnya" (Hadith
Hasan, riwayat Tirmidzi no. 2641 dan Hakim no. 218 Jilid 1).
غَيرِ
المَغضُوبِ
عَلَيهِم
وَلاَ
الضَّآلِّينَ –
Qairilmaqdubi'alaihimwaladha'lin (Dan bukanlah jalan orang
yang Engkau murkai (Yahudi) atau jalan
mereka yang sesat (Nasrani).
Dalam mensyarahkan ayat ini para ulama' menyebut bahawa jalan yang
dimurkai dan jalan yang sesat ini ialah lawan kepada jalan yang diberi nikmat
dan merupakan ciri kedua bagi jalan yang lurus iaitu bebas dan jauh dari
kemurkaan dan kesesatan. Dalam ayat ini Allah swt mengunakan kalimah المَغضُوبِ yang berasal dari غضب bermaksud
"murka" atau marah. Imam Al-Qurtubi menyebut bahawa yang dimaksudkan الغضب di sini ialah kemurkaan Allah
swt yang bersangatan yang membawa kepada sifat ارادة
العقوبة iaitu ingin mengazab dan menyeksa kepada sesiapa yang melakukan
perkara yang dimurkai dan ianya termasuk salah satu sifat Allah swt yang
mengazab hamba-Nya yang berdosa dan derhaka namun kemarahan dan murkanya
sentiasa diatasi oleh rahmat-Nya bahkan dapat diatasi dengan taubat dan amalan
soleh seperti disebut dari riwayat Anas bin Malik ra bahawa rasulullah
salallahaulaihiwasalam bersabda :
ان صدقة
لتطفىء غضب
الرب
" Sesungguhnya sedekah
itu dapat menyekat kemurkaan Al-Rabb (Allah)"
(Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no. 664).
Mengenai maksud ayat ini siapakah golongan
yang dimurkai dan dan golongan yang sesat maka menurut riwayat Adi bin Hatim ra
dari nabi salallahualaihiwasalam yang bersabda :
اليهود
مغضوب عليهم
والنصارى
ضالون
" Sesungguhnya yahudi
itu dimurkai Allah dan nasrani itu ialah golongan yang sesat"
(Hadith sahih, riwayat Bukhari no. 3456, Muslim no. 2669 dan Ahmad no. 94 Jilid
3 ).
Dan demikianlah juga seperti apa yang
dikeluarkan oleh Abd bin Humaid dari Rabi' bin Anas ra bahawa المغضوب ialah yahudi dan الضالين ialah nasrani sebagaimana firman Allah swt :
قد
ضلّوا من قبل
واضلوا كثيرا
وضلوا عن سواء
السبيل
"Sesungguhnya telah pun
sesat golongan sebelum mereka dan menyesatkan pula ramai orang selain mereka
dan sesatlah mereka dari jalan yang benar"
(Surah Al-Mai'dah : 77).
Bahkan dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam
Ahmad ra bahawa seorang lelaki datang bertanya nabi salallahaulaihiwasalam
siapakah mereka yang dimaksudkan dengan golongan yang dimurkai ? Maka dijawab
oleh rasulullah : Mereka ialah Yahudi
dan kemudian lelaki itu bertanya pula siapakah pula golongan yang sesat ? Maka
dijawab oleh baginda bahawa mereka ialah
nasrani (kristian)" (Hadith hasan, riwayat Ahmad no. 23 Jilid 5
dan berkata Al-Haitsami bahawa rijalnya sahih, Ibn Jarir At-tabari m/s 62 Jilid
1).
Begitulah juga dalam riwayat yang lain yang
pelbagai seperti dari riwayat Sufyan Ibn Uyainah dari Said bin Mansur dari
Ismail bin Abi Khalid dari nabi salallahualaihiwasalam yang diriwayatkan
bersabda :
المغضوب
عليهم اليهود
و الضالون
النصارى
" Yang dimurkai itu
ialah golongan yahudi dan golongan yang sesat ialah nasrani (kristian)"
(Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2954 dan Ibn Hibban no. 6213).
Secara umumnya disepakati oleh para ulama'
tafsir bahawa yang dimaksudkan oleh golongan yang dimurkai dan golongan yang
sesat ini ialah yahudi dan nasrani dan mengenai hal ini kita perlulah pula
menghayati mengapakah yahudi dan nasrani disebut sebagai golongan yang dimurkai
dan nasrani (kristian) pula disebut sebagai golongan yang sesat.
Golongan
Yahudi dinisbahkan kepada anak Nabi Ya'akob as yg ke-4 yang bernama Yahudza dan
ianya kemudian menjadi salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini
mula dikenali selepas berlakunya perang dan keruntuhan kerajaan Yahudza pada
586 sebelum masihi (SM) yang seterusnya golongan yang menganut agama ajaran
Nabi Allah Musa as mula dikenali sebagai yahudi.
Sesungguhnya Yahudi dan bangsa Isra'el
terkenal jahat sejak azali lagi di mana mereka ini sangat degil, suka membantah,
bongkak dan takbur serta mempunyai cita-cita tinggi yang kerap merosakkan diri
mereka sendiri. Golongan yahudi atau bani Isra'el sebenarnya telah banyak
diberikan nikmat dan rahmat oleh Allah swt seperti firman-Nya :
يَابَنِي
إِسْرَائِيلَ
ٱذْكُرُواْ
نِعْمَتِيَ
ٱلَّتِي
أَنْعَمْتُ
عَلَيْكُمْ
"Wahai bani Isra'el
ingatlah kamu akan nikmat yang telah aku kurniakan kepada kamu"
(Surah Al-Baqarah : 40).
Mereka pernah mendapat kelebihan di muka bumi
dengan diturunkan hidayah dari syurga yang disebut "Man'na wal
sal'wa" dan mereka juga telah diselamatkan dari Fir'aun dan diberi
pelbagai rezeki dan nikmat yang melimpah ruah namun mereka tetap kufur dan
sentiasa mencari akal dan alasan untuk tetap terus menentang Allah swt dengan
kecerdikan yang dianugerahkan kepada mereka.
Sebagai contoh realiti hari ini golongan
yahudi telah pun berjaya menduduki Palestin dan membina negara haram mereka
hasil bantuan nasrani (kristian- Amerika Syarikat) , di sana mereka membunuh
tanpa mengira anak kecil lelaki dan perempuan demi menjayakan cita-cita mereka
membina negara Israel-raya bagi menanti kedatangan Al-Messiah (Al-Masih) yang
kononnya akan memimpin mereka menguasai dunia. Demi menjayakan tujuan jahat
mereka maka tak kurang kaedah dan perancangan jahat telah mereka lakukan dan
menguasai dunia dengan kecerdikan dan tipu helah mereka.
Lihatlah ucapan seorang tokoh mereka yang
bernama Hakhom Immanuel Raphinovic yang pernah mengungkapkan
rencana zionisme dalam pidatonya pada persidangan para rabi' (rahib yahudi) di
Bhudapest tahun 1954. Dia berkata, "Apakah anda masih ingat serangan
yang kita jalankan pada tahun 1930 yang telah berjaya dengan gemilang ? Iaitu
serangan saraf di mana menyebabkan berlakunya perang antara Amerika dan Jerman
serta perang dunia seterusnya percaturan politik yang menyebabkan bertembungnya
blok komunis dan kapitalis yang akhirnya membolehkan kita mengaut keuntungan di
tengah ? Kita berjaya menjadi pihak yang mengaut keuntungan dan membuatkan
mereka semua bergantung kepada kekuatan dan kewangan kita yang membolehkan kita
menguasai dunia."
Begitulah sikap yahudi yang terkenal
jahat dan sentiasa melakukan apa sahaja demi kepentingan diri mereka.
Sesungguhnya kerana itulah mereka sentiasa dilaknat oleh Allah dan para nabi
seperti firman Allah swt :
لُعِنَ
ٱلَّذِينَ
كَفَرُواْ
مِن بَنِيۤ إِسْرَائِيلَ
عَلَىٰ
لِسَانِ
دَاوُودَ
وَعِيسَى
ٱبْنِ
مَرْيَمَ
"Dilaknat mereka-mereka
yang kafir di kalangan bani Isra'el melalui lisan daud dan Isa bin Maryam"
(Surah Al-Mai'dah : 76).
Bahkan demi matlamat jahat dan hawa nafsu
mereka tidak sahaja kanak-kanak dan orang tua yang mereka bunuh bahkan termasuk
para nabi dan rasul tidak terlepas dari dibunuh oleh mereka seperti firman
Allah swt :
كُلَّمَا
جَآءَهُمْ
رَسُولٌ
بِمَا لاَ تَهْوَىٰ
أَنْفُسُهُمْ
فَرِيقاً
كَذَّبُواْ
وَفَرِيقاً
يَقْتُلُونَ
" Ketika didatangkan
para rasul kepada mereka dengan membawa apa yg tidak diingini oleh hawa nafsu
mereka, maka sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yg
lain mereka bunuh" (Surah
Al-Maidah : 70).
Sesungguhnya
demikianlah para golongan yahudi yang membunuh para nabi, membunuh manusia
tanpa hak, melanggar perjanjian dengan Allah dan para rasul (perjanjian dengan
Nabi Musa as) melampaui batas (meminta
untuk melihat Allah ketika di bukit Tursina), mengubah suai kitab Allah swt dan
menambah serta mengurangnya menurut hawa nafsu dan menganggap mereka sebagai
anak-anak Allah dan makhluk istimewa dan menganggap manusia lainnya sebagai
Qayeem (binatang) yang boleh dan perlu dibunuh.
Israel Shahak, seorang profesor kimia
Yahudi kelahiran Polandia, yang menghabiskan 40 tahunnya di Israel dan
meninggal di tahun 2001, mengkritik anti hak azazi manusia Zionis Israel dalam
bukunya Jewish History, Jewish Religion, and the Weight of Three Thousand
Years, Shahak menggambarkan besarnya ancaman Zionisme terhadap kemanusiaan:
Dalam pandangan saya, Israel sebagai sebuah negara Yahudi menciptakan bahaya
tidak hanya bagi dirinya sendiri dan penduduknya, bahkan juga untuk semua orang
Yahudi dan semua orang-orang lain dan negara-negara di Timur Tengah serta di
luarnya (lihat dalam Israel Shahak, Jewish
History, Jewish Religion and the Weight of Three Thousand Years, (AMEU: 1994),
m/s 5).
Sesungguhnya
golongan Kristian pula disebut sebagai golongan yang sesat kerana mereka ini
sangat tersesat dalam mencari jalan kepada Allah swt. Mereka sebenarnya jika
menurut sejarah telah disesatkan oleh golongan Yahudi yang memporak perandakan
agama samawi yang diturunkan oleh Allah swt.
Bahkan
bagi golongan nasrani yang menganggap Nabi Allah Isa as sebagai rasul mereka
sebenarnya telah sesat sejak awal lagi apabila mereka tanpa disedari telah
dipermainkan oleh golongan yahudi. Bangsa Israellah yang telah memusuhi ajaran
Nabi Isa as dan kemudiannya
Lalu
zaman kemudiannya ajaran Nabi Isa as mula diterima oleh bangsa Rom dan Maharaja
Rom kemudiannya memeluk Kristian dan mulalah sejarah nasrani mula diterima
tetapi tanpa disedari kebanyakan ajaran Kristian atau nasrani yang mereka
amalkan sebenarnya sudah diubah-suai oleh paderi mereka dan disesatkan oleh
golongan Yahudi yang mendakwa Nabi Isa sebagai anak Allah dan memunculkan
fahaman 3 tuhan (iaitu tuhan bapa, tuhan ibu dan tuhan anak) seperti firman
Allah swt :
قَالُوۤاْ
إِنَّ
ٱللَّهَ هُوَ
ٱلْمَسِيحُ
ٱبْنُ
مَرْيَمَ
"Dan
mereka golongan nasrani itu mengatakan Al-Masih bin Maryam (Nabi Isa as) itu sebagai Allah (melalui penjelmaan)" (Surah Al-Mai'dah : 72). Semua ini tidak
lain melainkan ialah dari jasa golongan yahudi yang menyesatkan kaum nasrani
sehinggalah ke hari ini.
Sebagai
umat Islam maka kita haruslah menjauhi dari menuruti jejak langkah golongan ini
baik dari segi sikap, budaya dan cara hidup mereka. Sangatlah
Mereka menguasai bank-bank dunia dan pasaran saham
dan perdagangan. Mereka juga menguasai bidang maklumat dan teknologi sehingga
umat Islam terus mundur baik dalam agama mahupun dalam keduniaan. Benarlah
sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Adi bin Hatim ra bahawa
baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda :
لتتبعنا
سنن من كان
قبلكم شبرا
بشبر وذراعا بذراع
حتى لو دخلوا
فى جحر ضب
لأتبعتموهم
قلنا : يا رسول
الله اليهود
والنصارى ؟
قال: فمن ؟
"Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak langkah
golongan sebelum kamu sedikit demi sedikit dan selangkah demi selangkah sehingga
sekalipun mereka memasuki lubang dhab (sejenis binatang) kamu akan tetap
mengikutinya, maka kami pun bertanya apakah yahudi dan nasrani yang engkau maksudkan
wahai rasulullah ? Maka baginda berkata : Siapakah lagi kalau bukan
mereka ? (Hadith Sahih, rwayat Bukhari no. 3456 dan Muslim no. 2669).
Demikianlah yang dipesan oleh baginda nabi supaya umat
Islam tetap mengingati bahawa akan datang zaman di mana yahudi dan nasrani akan
dijadikan ikutan umat Islam dan zaman itu telah tiba, maka menjadi kewajipan
kepada mereka yang mencintai Allah dan rasul supaya tetap berada dalam agama
Allah dan kembali kepada sunnah rasulullah dan meninggalkan segala kejahatan ,
kesilapan dan kesalahan kepada kebenaran, kebaikan dan keselamatan serta menuju
ke jalan yang lurus iaitu jalan yang diredhai Allah dan diberi nikmat dan
bukanlah jalan yang dimurkai iaitu yang dipelopori oleh golongan yahudi dan
bukan pula jalan yang sesat yang dipelopori oleh golongan nasrani (Kristian).