Al-Khawarizmi sarjana matematik dan astronomi
AL-KHAWARIZMI dilahirkan di
Tahun
780-850M adalah zaman
kegemilangan al-Khawarizmi.
Dicatatkan,
beliau meninggal dunia antara 220M dan 230M.
Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah
seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan
menciptakan pemakaian Secans dan Tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan
Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah,
Beliau gemar bekerja dalam balai
cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi
serta pernah memperkenalkan angka-angka
Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi
ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik
dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan
ialah:
1. Sistem Nombor: Ia telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih
al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta
ilmu dalam pelbagai bidang.
2. Al-Jami wa
al-Tafsir bi Hisab al-Hind:
Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin oleh Prince Boniopagri.
3. Al-Mukhtasar Fi Hisab
al-Jabr wa
al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia
mengenai algebra.
4. Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
5. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan
800 soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak
menghasilkan karya-karya
yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah
satu sumbangannya dan telah digunakan
pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah
yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah
kos, sin dan
tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga
sama, mengira luas segi tiga,
segi empat selari dan bulatan
dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat
nombor perdana dan teori nombor
juga diperkenalkan.
Bidang astronomi
juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak
iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.
Penggunaan matematik
dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan
terhad. Ini disebabkan oleh
kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri
sahaja.
Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G.
Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi.
Wiedmann pula menyifatkan
al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini membuktikan al-Khawarizmi
telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik
dan astronomi.
Sumber:
Utusan Malaysia
May 2006