Syeikh
Utsman Syihabuddin ulama Pontianak
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
DALAM buku saya tentang Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari telah
saya tulis bahawa salah seorang anak ulama besar itu ada yang bernama
Syihabuddin al-Banjari. Walau bagaimanapun hingga kini masih belum dapat
keterangan yang jelas bahawa Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Banjari, dan
kebanyakan menggunakan istilah ‘al-Funtiani’ pada hujung nama, apakah beliau
cucu kepada ulama besar Banjar itu ataupun bukan.
Yang jelas beliau berasal dari Banjar dari pihak
sebelah ayahnya, dan ada riwayat dari sebelah ibunya pula berasal dari Karangan
(Mempawah, bahagian hulu).
Apa yang dimaksudkan dengan ‘al-Funtiani’ pula
ialah
Berlaku kekeliruan di sini kerana Syeikh Utsman bin
Syihabuddin hanya menggunakan dua istilah saja dihujung nama ‘al-Funtiani’
ataupun ‘al-Banjari’. Yang memakai nama hujung dengan ‘As-Sarawaqi’ ialah
Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi yang berasal dari
Kedua-duanya betul bernama Utsman, tetapi seorang
berasal dari
Pendidikan
Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mendapat
pendidikan awal dari lingkungan keluarga sendiri dan selanjutnya belajar kepada
beberapa orang ulama di Pontianak. Di Pontianak pada zaman beliau masih
kanak-kanak memang ramai ulama bangsa Arab terutama keturunan Saiyid.
Bahasa Arab komunikasi sangat mudah diperoleh pada
zaman itu kerana beberapa kampung di sekitar Istana Sultan Pontianak, terutama
Kampung Arab dalam pergaulan lebih banyak menggunakan bahasa Arab jika
dibandingkan dengan bahasa-bahasa selainnya. Jadi Syeikh Utsman bin Syihabuddin
al-Funtiani seorang yang fasih menggunakan bahasa Arab. Pendidikannya yang
terakhir di Mekah, di antara gurunya ialah Saiyid Muhammad Shalih bin Abdur
Rahman az-Zawawi (lahir 1246 H/ 1830 M, wafat 1308 H/1890 M), Syeikh Abdul
Hamid asy-Syarwani, Saiyid 'Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi,
Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani (lahir 1230 H/1814 M, wafat 1315
H/1898 M) dan ramai lagi.
Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani
adalah ulama besar dalam Mazhab Syafie di Mekah, beliau yang tersebutlah yang
menulis Hasyiyah Syarh at-Tuhfah Syeikh Ibni Hajar. Salah seorang anak beliau
ialah Syeikh Mahmud bin Syeikh Abdul Hamid ad-Daghistani asy-Syarwani wafat di
Pontianak pada 20 Jamadilakhir 1314 H, dimakamkan di Perkuburan Al-Marhum
Pangeran Bendahara Syarif Ahmad Al-Qadri Pontianak.
Tidak kurang hebat dan penting ulama kita dunia
Melayu yang disebut oleh Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani yang beliau
nyatakan pada halaman depan karyanya Tajul 'Arus, katanya, “Ini kitab karangan
Syeikh Tajuddin bin Athaullah Askandari hamba gantikan lafaz Arabnya dengan
lafaz Melayu. Sa-nya hamba tashhih (disahkan) kepada guru hamba Syeikh Abdul
Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani ...”
Oleh sebab tahun lahir mahupun catatan tahun Syeikh
Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani mulai belajar di Mekah belum diketahui maka
agak sukar menjejaki teman-teman yang seangkatan beliau yang sama-sama belajar
kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani. Walau bagaimana pun saya
berhasil menemui sepucuk
Surat yang ditulis di Mekah bulan Zulhijjah 1296 H
telah mendahului semua karya beliau yang dimulai dengan Tajul 'Arus, yang
diselesaikan pada 24 Ramadan 1304 H. Karya terakhir ialah Fat-hul Mutafakkirin,
diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Dari tarikh yang tersebut kita dapat
membanding dengan kemunculan ulama yang berasal dari
Penulisan
Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani adalah
satu-satunya ulama
1. Tajul 'Arus, diselesaikan 24 Ramadan 1304 H.
Kandungannya mengenai tasawuf, merupakan terjemahan dari kitab At-Tanwir fi
Isqathit Tadbir karangan Syeikh Ibnu Athaullah as-Sakandari. Terdapat banyak
edisi cetakan di antaranya oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir,
1358 H/1939 M. Ditashhih oleh gurunya Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman
al-Fathani.
2. Fat-hul Mekah, diselesaikan 1310 H. Kandungan
mengenai sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bersama sahabat-sahabatnya dapat
menaklukkan kota Mekah. Hanya terdapat satu edisi cetakan oleh Mathba'ah
al-Miriyah al-Kainah, Makkah, 17 Safar 1311 H. Ditashhih oleh Syeikh Abdur
Rahman Gudang bin Syeikh Muhammad Ali bin Syeikh Ismail al-Fathani.
3. Tanwirul Qulub fi Isqati Tadbiril 'Uyub,
diselesaikan 12 Sya'ban 1311 H. Kandungan mengenai tasawuf, merupakan
terjemahan dari kitab At-Tanwir fi Isqatit Tadbir karangan Syeikh Ibnu
Athaullah as-Sakandari. Masih diajarkan di beberapa pondok pengajian
tradisional. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 15
Ramadan 1311 H. Dicetak pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir,
Sya'ban, 1343 H. Dicetak pula oleh percetakan yang sama tahun 1353 H/1934 M. Cetakan
mutakhir ditashhih oleh Syeikh Abdullah bin Ibrahim Kedah, juga terdapat
tashhihan Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azhari.
4. Risalah Tafsir Surah Yasin, diselesaikan 12
Rabiulakhir 1312 H, di Mekah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah
Mekah, 1330 H. Kandungan merupakan terjemahan dan tafsir surah Yasin yang
dipetik daripada Tafsir Jamal dan Tafsir Jalalain. Risalah Tafsir Surah Yasin
ini adalah penting, kerana banyak isu semasa dalam masyarakat sekarang, ada
golongan yang membidaahkan membaca surah Yasin, terjawab dalam kitab tersebut.
Sebagai contoh yang dibidaahkan, bahawa bidaah membaca surah Yasin malam
Jumaat. Syeikh Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani menulis hadis lengkap dengan
lafaz Arabnya, lalu beliau terjemah, “Barang siapa membaca ia akan surah Yasin
pada malam Jumaat, nescaya ber-Subuh-Subuh ia diampun baginya [oleh] Allah.”
5. Ashal Khutbah, tidak diketahui tarikh selesai
penulisan kerana beberapa halaman bahagian akhir belum ditemui. Kandungan
membicarakan berbagai-bagai bentuk khutbah yang ditulis dalam bahasa Arab yang
diberi gantungan maknanya dalam bahasa Melayu. Tebal (halaman yang dijumpai)
318 halaman. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 H.
6. Judul sebenar belum diketahui kerana hanya
dijumpai mulai halaman sembilan hingga halaman akhir, iaitu halaman 16. Pada
halaman akhir terdapat nama Utsman bin Syihabuddin al-Funtiani sebagai
pengarangnya. Diselesaikan pada hari Ahad, 19 Syaaban 1317 H, di Mekah.
Kandungan membicarakan permasalahan ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah.
7. Fadhilat Mekah Dan Adab Ziarah Madinah Dan
Fadhilat Negeri Thaif, diselesaikan 30 Rabiulawal 1319 H. Kandungan
menceritakan keadaan Mekah, Madinah dan Thaif. Cetakan yang kedua oleh
Mathba'ah al-Miriyah al- Kainah, Mekah, 1319 H.
8. Nurul Anwar, diselesaikan 16 Rejab 1324 H.
Kandungan membicarakan peperangan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah hijrah,
peperangan Saiyidina Ali sesudah menjadi khalifah Islam, dan lain-lain. Rujukan
utama penyusunan kitab ini ialah Nurul Abshar. Dicetak oleh Mathba'ah
al-Miriyah Mekah, 1324 H
9. Fat-hul Mutafakkirin Supaya Bertempat Iman dan
Yaqin, diselesaikan 16 Rejab 1324 H, di Taif. Kandungan membicarakan tafsir
beberapa ayat al-Quran yang bersangkutan dengan tasawuf. Dipetik dari karya Saiyid
Ahmad Zaini Dahlan daripada hadis Jami'us Shaghir as-Suyuthi. Cetakan yang
pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 24 Ramadan 1324 H. Dicetak
pula oleh Mathba'ah Mushthafa al-Baby al-Halaby, Mesir, Shafar 1349 H. Cetakan
yang pertama ditashhih oleh pengarangnya sendiri. Cetakan lanjutan ditashhih
oleh Syeikh Ahmad Sa'ad al-Filfulani dan Syeikh Abdullah Ibrahim al-Qad-hi
(Kedah).
10. Risalah Bergantung Maknanya Di Bawahnya Maulid
al-Barzanji, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan. Kandungan merupakan
Kitab Barzanji bergantung makna dalam bahasa Melayu. Cetakan yang pertama
Mathba'ah al-Miriyah, Mekah al-Mahmiyah, 1324 H.
11. Irsyadul 'Ibad, tanpa dinyatakan tarikh selesai
penulisan. Kandungan merupakan terjemahan hadis Nabi s.a.w., petikan dari kitab
Munabbihatul Qulub. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 13 Syawal 1324 H.
Sumber:
Utusan Malaysia
May 2006