TAMADUN
1. Pengertian Tamadun
+ Kemajuan Teknologi
2. Sistem Pemerintahan
3. Ekonomi
4. Urbanisasi
5. Struktur Sosial
6. Kepercayaan dan Agama
+ Budaya
+ Kesenian
+ Tulisan dan Bahasa
TAMADUN ISLAM
1. Semenanjung Arab Sebelum Kedatangan Islam
1.1 Bangsa Arab
1.2 Sosio-Politik
1.3 Ekonomi
1.4 Agama
1.5 Pendidikan
1.6 Pengaruh Rom dan Parsi
1.6.1 Pengaruh dan Kuasa
1.7 Makkah
1.7.1 Sejarah
1.7.2 Pusat Ibadat
1.7.3 Pusat Perdagangan
1.7.4 Pentadbiran
1.8 Era Jahiliah
1.8.1 Akhlak dan Agama
1.8.2 Politik
1.8.3 Ekonomi
1.8.4 Pendidikan
2. Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
2.1 Kepimpian Keluarga Bani
2.2 Nabi Muhammad S.A.W
2.3 Perkahwinan dengan Siti Khadijah
2.4 Kerasulan
2.5 Hijrah
3.Kedatangan Islam di Mekah
3.1 Wahyu
3.2 Dakwah
3.3 Israk dan Mikraj
4.Penyebaran Islam di Madinah
4.1 Madinah
5. Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin
6. Kerajaan Bani Umaiyyah
7. Islam di China
TAMADUN
1. Pengertian Tamadun
Perkataan tamadun berasal dari perkataan Arab. Bagaimanapun perkataan ini tidak asing lagi pada masa ini. Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah peradaban atau dalam bahasa Inggeris ialah Civilisation . Walaupun semua istilah di atas adalah berbeza tetapi secara umumnya bererti maju atau mencapai kemajuan.
Para Sarjana ilmu ketamadunan mengemukakan pengertian tamadun kepada empat aspek iaitu:-
§
Aspek pertama tamadun adalah suatu tingkat pencapaian atau kemajuan hidup manusia dari cara hidup nomad kepada kehidupan hidupan kota atau Bandar.
§
Aspek Kedua tamadun dianggap sebagai proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan di dalam kehidupan.
§
Aspek ketiga, tamadun diberikan makna kombinasi kepada kemajuan aspek pemikiran rohani dan jasmani atau material manusia.
§
Aspek keempat tamadun adalah keadaan kemajuan manusia yang diasaskan kepada ketinggian akhlak atau budi pekerti, tidak hanya setakat hidup di kota atau di Bandar atau mencapai kemajuan material.
Kemajuan Teknologi
- Pada peringkat awal manusia menggunakan batu sebagai alat penting.
- Kemudian digunakan berleluasa maka zaman itu dikenali sebagai Zaman Batu.
- Zaman Batu
- Zaman Batu dibahagikan kepada:
- Zaman Paleolitik
- Zaman Mesolitik
- Zaman Neolitik:
- lebih tinggi teknologinya.
- penggunaan batu lebih sempurna
- memasuki era pertanian dan kerja2 kraftangan dan tembikar.
- penciptaan bajak untuk pertanian dan roda untuk pengangkutan pembuatan tembikar dan pengairan.
- Zaman Logam
- Manusia menggunakan alatan diperbuat daripada logam.
- Di Asia Tenggara, muncul era Dongson dengan penggunaan Gendang Gangsa.
- Orang yan memiliki alatan gangsa mempunyai kekayaan dan ketinggian martabatnya.
- Manusia lebih selesa dan produktif.
- Ada usaha meningkatkan keperluan masyarakat dalam bidang ekonomi.
- Wujud perdagagan dan penaklukan.
- Di Eropah, wujud Era Revolusi membawa kepada sektor industri diwujudkan dan membawa kepada era imperlialisme.
2. Sistem Pemerintahan
- Mempunyai pembahagian tertentu dalam pentadbiran dan fungsi2 pentadbiran.
- Memberi tanggungjawab kerajaan dan rakyat.
- Dalam tamadun klasik, raja merupakan tiang utama kuasa pemerintahan.
- Dia adalah wakil Tuhan dalam Tamadun China, Mesir dan Mesopotamia.
- Dia adalah anak syurga di China dan Devaraja dalam Kerajaan Khmer.
- Raja mendapat anugerah dari Tuhan atau langit untuk memerintah dunia.
- Dalam Tamadun Melayu, raja2 Melaka adalah keturunan Iskandar Zulkarnain.
- Kemudian tamadun ini bertukar menjadi pemerintahan.
- 5 jenis pemerintahan di kota Greek:
- Oligarki, Plutokrasi dan Aristokrasi - kuasa dipegang oleh sebilangan penduduk.
- Tyrant
- Demokrasi
- Sistem pemerintahan dibentuk oleh sarjana2 klasik seperti pada Tamadun Greek memaparkan ahli falsafahnya seperti Socrates, Plato dan Aristotle.
- Falsafah cina pula seperti Lao Tze, Konfusius dan meng-Tze.
- Sesebuah tamadun mempunyai sistem pentadbiran yang teratur.
- Conohnya, tamadun China:
- semasa pemerintahan Dinasti Tang, empayarnya dibahagikan kepada 10 wilayah (tao) dan menjadi 15 wilayah pada abad ke 8 yang ditadbir oleh pengawas pentadbiran, kewangan dan kehakiman.
- Dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
- Ketuanya ialah Sultan.
- Pegawai tertinggi ialah Pembesar Berempat yang terdiri daripada:
- Bendahara - menasihat Sultan.
- Temenggung - ketua penguatkuasa keamanan.
- Laksamana - ketua tentera laut.
- Penghulu Bendahari - ketua adat-istiadat istana.
- Di bawahnya ada orang besar berlapan dan orang besar enam belas.
- Pada abad ke20, berlaku ketegangan antara sistem liberal demokrasi dengan nazi, fasis dan komunis yang membawa kepada Perang Dunia Kedua.
- Pelbagai sistem pemerintahan muncul seperti demokrasi berparlimen, raja berparlimen, raja mutlak dan republik.
- Pemerintahan mempunyai pelbagai bentuk pentadbiran seperti kehakiman, perkhidmatan awam suruhanjaya dan badan2 keselamatan seperti polis dan tentera untuk melicinkan pentadbiran dan menjamin kemakmuran rakyat.
- Baron de Montesquieu mengideakan negara harus mempunyai pembahagian kuasa pemerintahan dalam perundangan, eksekutif dan kehakiman.
- Menyarankan check and balance.
- Keberkesanannya bergantung kepada kekuatan demokrasi di dalam sesebuah negara itu.
- Dalam tamadun islam, yang penting ialah keadilan dan musyawarah.
3. Ekonomi
- Kemajuan ekonomi membawa kemakmuran kepada sesuatu tamadun.
- Pada awalya terlibat dengan aktiviti pertanian, kemudian pertukangan dan perdagangan dan kemudian diperluaskan ke peringkat antarabangsa.
- Kemudian membawa kepada perkembangan sisem sukat dan ukur serta penciptaan wang kertas dan duit syilling.
- Dalam tamadun Melayu ada hasta, jengkal dan depa.
- Sistem pembelian berubah dari sistem barter kepad sistem wang.
- Tamadun Barat mencipta falsafah ekonomi seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme.
- Kapitalisme mula2 diutarakan oleh Bapa Ekonomi Moden iaitu Adam Smith pada 1776 dalam bukunya The Wealth of nations.
- Katanya pasaran bebas tanpa gangguan kerajaan akan membawa kepada kemakmuran maksimum bagi sesebuah negara.
4. Urbanisasi
- Bandar adalah pusat kegiatan tamadun yang utama seperti bidang agama, pemerintahan, ekonomi atau pelbagai pusat.
- Kerana bandar sebagai pusat pertemuan penduduk dan orang asing, ini membantu proses urbanisasi.
- Pada Tamadun Lembah Indus, terdapat tinggalan bangunan besar, bilik air, limbah, pmebentungan, longkang, dan palung di kaki2 atap.
- Di Mohenjo-daaro, terdapat kolam besar (great bath) dibina untuk upacara agama.
- Semasa Dinasti Tang, Changan ialah bandar yang mempunyai penduduk ramai iaitu 1,960,186 orang, serta datang dari pelbagai tempat di Asia.
5. Struktur Sosial
- Peringkat pertama, wujud masyarakat petani.
- Wujud pemimpin atau ketua agama, kemudian menjadi ketua penduduk tempatan dan seterusnya muncul golongan pemerintah.
- Pada masa ini, wujud tiga kelas masyarakat:
- pemerintah,
- rakyat dan
- hamba.
- Wujud dominasi individu atau kumpulan ke atas segolongan petani oleh tuan tanah.
- Revolusi pertanian ini membawa kepada pengkhususan pekerjaan seperti pedagang, peniaga, artis, tukang dsb.
- Tamadun China dibahagikan oleh Konfusius kepada:
- cerdik pandai
- petani
- buruh
- pedagang
- Tamadun India dibahagikan kepada:
- Bahmin (golongan sami-sami)
- Ksyatria (hulubalang dan tentera, bangsawan dan pahlawan)
- Vaisya (pedagang dan petani)
- Sudra (hamba abdi)
- Paria - golongan paling bawah.
- Tamadun Jepun dibahagikan oleh Syogun Tokugawa (1603-1867) kepada:
- Samurai (pahlawan)
- Nomin (petani)
- Shonin (tukang)
- Chonin (Saudagar)
- Tamadun lain pula dibahagikan kepada:
- kumpulan pemerintah
- ahli agama
- cedik pandai
- rakyat biasa
- hamba.
- Tamadun Islam tidak membahagi2kan penganutnya.
- Semua penganut Islam adalah sama antara satu sama lain.
6. Kepercayaan dan Agama
- Elemen2 ghaib dan berkuasa menjadi kepercayaan biasa bagi manusia sejak dulu lagi.
- Pada peringkat awal, pokok, batu, matahari dan sungai serta laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dipuja kerana memberi rezeki kepada mereka.
- Ribut, gempa bumi dan gunung berapi ditakuti dan dilihat sebagai satu fenomena yang sangat marah.
- Ini dipanggil kepercayaan animisme.
- Upacara korban dibuat untuk mengelakkan segala kecelakaan.
- Pemimpin agama dipanggil syaman akan mengurus soal2 ghaib dan penyakit dan mengetuai upacara agama dan memberi restu kepada apa jug aktiviti rakyat.
- Mereka dihormati dan ada juga dijadikan pemimpin.
- Kemudian kepercayaan ini ditukar dengan kepercayaan kepada tuhan2 atau dewa2.
- Tamadun Greek Klasik:
- ada pelbagai tuhan seperti Poseidon, Aphrodite, Ares, Artemis, Apollo, Zeus, Athena dan Demeter.
- Tamadun India
- percaya matahari, api, angin, sungai an gunung ada semangat, oleh itu dipuja.
- Oleh itu mereka mengkategorikan tuhan2 mereka seperti Dyaus (dewa langit), Varuna (dewa aturan duniawi), Surya (dewa matahari), Saraswaati (dewi Sungai Saraswati), dan Prthvi (bumi).
- Kemudian mereka percaya ada satu kuasa agong yang membawa kepercayaan kepada dewa2 Brahma (pencipta), Visnu (memelihara) dan Siva (pemusnah).
- Agama ini berperanan sebagai pembentuk masyarkat bersatu dan mengajar mereka mengenai cara2 mengorganisasikan masyarakat serta mendisiplinkan diri hawa nafsu ajaan Buddha dan Hindu, dan mengajak ke arah kebaikan bagi mencapai Nirvana.
- Kehadiran Islam
- membantu mencipta Tamadun arab lebih gemlang.
- Maysarakat Arab terus bersatu untuk membna kegemilangan Empayar Islam sehingga ke Eropah dan India.
- Agama dijadikan alat penenang.
- Apabila kejatuhan Dinasti Han pad 220s.M. berlaku huru-hara dan kacau-bilau, rakyat mencari ketenangan dari agama dengan menerima ajaran Buddha.
- Buddha juga memperkayakan ciri2 ketamadunan China dalam bidang seni dan pengetahuan dan perubatan.
- Manakala Tamadun Barat kontemorari tidak berpaksikan agama tetapi berfahaman sekular.
Budaya
- Merupakan cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
- Meliputi semua aktiviti harian manusia.
- Membezakan antara bangsa2 tertentu.
- Dalam aspek makanan:
- Masyarakat China - sayuran
- Masyarakat Timur Tengah dan India - gandum iaitu roti
- masyarakat Kepulauan Melayu - nasi
- Dalam aspek pakaian:
- Tamadun Melayu - baju Melayu
- Tamadun Jepun - kimono
- Tamadun India - sari dan dhoti
- Dalam aspek minuman keras:
- Tamadun Jepun - sake
- Tamadun China - wain China
- Sabah dan Sarawak - tuak
Kesenian
- Seni melambangkan kegemilangan dan keunggulan tamadun seperti:
- Binaan - Taj mahal, Piramid, Tembok Besar China dan Taman Tergantung Babylon.
- Lukisan, sastera dan ukiran.
- Karya - Hikayat Seribu Satu Malam.
Tulisan dan Bahasa
- Tulisan:
- membantu manusia menyimpan rekod, menulis undang2, sastera, bidang intelektual.
- dikri2 raja dapat disampaikan kepada rakyat.
- urusan perdagangan dapat dijalankan.
- berkembangnya bidang penulisan dan ilmu pengetahuan.
- Masyarakat Sumeria mencipta tulisan cuneiform pada 3100 S.M. - 1399 S.M.
- Bahasa:
- penting dalam perhubungan.
- Tamadun China mempunyai bahasa Mandarin.
- Usaha penyatuan bahas ibuat oleh Raja Shih Huang-Ti (221-210 S.M.).
- Tetapi bahasa2 berlainan tidak menghadkan perhubungan antara tamadun.
- Pelbgai bahasa seperti Tamadun Barat mempunyai bahasa Inggeris, Peranchis, Jerman, sepanyol dan sebagainya, tetapi bahasa tidak membataskan tamadun tersebut.
TAMADUN ISLAM
[3]
1.
Semenanjung Arab Sebelum Kedatangan Islam 1.1 Bangsa Arab
-
berasal daripada bangsa Semitik yang tinggal di lembah Sungai Dajlal dan al-Furat di Iraq
-
Bangsa Arab menetap di Semenanjung Arab dan suka berpindah-randah. Akhirnya sebahagian daripada mereka telah menetap di kawasan persisiran pantai dan membina beberapa buah bandar dan kerajaan di situ termasuklah kerajaan Saba' di Yaman. Mereka ini dinamakan Arab Hadari
-
Sementara yang tinggal di kawasan tengah terus hidup berpindah-randah dikenali sebagai Arab Badwi.
-
Orang Arab terbahagi kepada dua kumpulan: Arab Ba'idah dan Arab Baqiyah.
-
Arab Baqiyah ialah Arab yang masih meninggalkan keturunan hingga ke hari ini
-
Akibat daripada keruntuhan kerajaan Saba' dan Himyar ramai diantara mereka berhijrah ke utara.
-
Kaum Quraisy yang mula-mula tiba di Kota Mekah adalah daripada keturunan Nizar pimpinan Qusayy bin Kilab.
-
Qusayy tiba di Makkah pada kurun ke-5 Masihi. Sewaktu di Makkah beliau telah berjaya menyatupadukan kaumnya. Sempena kejayaan inilah mereka digelar Quraisy (yang bererti Penyatuan)
-
Puak Quraisy yang terkenal datangnya daripada Bani Hashim, Bani Umaiyyah, Bani Yaqzah, Bani Sahm, Bani Adi dan Bani Taim.
1.2 Sosio-Politik
-
Sebelum kedatangan Agama Islam, kesemuanya hidup dibawah naungan Sistem Kabilah.
-
Kabilah merupakan satu unit sosial yang mengawal sistem pentadbiran masyarakat.
-
Penyatuan Masyarakat berkabilah adalah berlandaskan pertalian darah dan keturunan dan mempunyai nama dan status, nama dan status ini dipelihara dan dipertahankan.
-
Peperangan antara kabilah sering berlaku dan kabilah yang kalah akan di jadikan hamba abdi.
-
Perlindungan keatas tawanan perang boleh dilakukan melalui dua perkara:
i)
samaada menerusi perlindungan daripada kabilah yang menang
ii)
membayar wang tebusan oleh kaum keluarga atau kabilah yang tewas
-
Melalui semangat perkauman lah yang menyebabkan mereka selalu berperang. Tujuammya adalah untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta-bneda sebagai lambang kemegahan.
-
Kaum Arab Hadari mengamalkan sistem warisan dalam perlantikkan ketua. Melaui sistem ini, seseorang itu boleh menjadi pemimpim secara automatik jika sekiranya keluarganya telah memimpin selama 3 generasi secara berturur-turut.
-
Jika diteliti sistem pemilihan ketua suku di atas, baik dikalangan Arab Badwi mahupun Arab Hadari, ternyata is bukanlah satu sistem demokrasi atau monarki secara mutlak.
1.3 Ekonomi
-
Dari segi ekonomi, orang Arab Badwi hampir keseluruhannya hidup bertani dan menternak binatang .
-
Mereka berkhemah di lembah yang terdapat takungan air bagi memajukan usaha ternakan dan tanaman.
-
Selain menternak binatang, mereka bercuck tanam seperti kurma, gandum, jagung, anggur dan sayur-sayuran.
-
Bagi mereka yang tinggal di bandar pada lazimnya menjalankan urusan perniagaan dan pertukangan. Mereka berniaga melalui jalan laut dan darat
-
Jika di darat mereka berniaga secara Kafilah.
-
Selain hasil perniagaan, ada juga yang mengaut keuntungan hasil cukai yang dikenakan ke atas pedagang-pedagang yang melalui kawasan mereka.
-
Selain itu, ada juga yang memperolehi keuntungan menerusi amalan riba dan judi.
-
Dikawasan pantai laut pula mereka melakukan perdangangan antarabangsa. Semenanjung Arab khususnya bahagian pantai mempunyai hasil eksport seperti rempah, bau-bauan, kulit binatang, barang-barang pertukangan dan lain-lain lagi.
-
Disitu jugak terdapat beberapa buah perlabuhan penting sepeti: Adna, Ubullah, dan Siraf di pantai Lautan Hindi dan Teluk Parsi, Syu'aibah di Pantai Laut Merah.
-
Wujud perhubungan di antara Orang Arab dan saudagar-saudagar asing dari luar. Negeri-negeri Arab juga telah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing seperti Greece, Rom, Parsi, India dan Habsyah.
-
Bangsa-bangsa asing ini sedikit sebanyak telah memperngaruhi cara kehidupan orang Arab khususnya yang menetap di kawasan pantai dalam aspek agama, pentadbiran dan ketenteraan, kejuruteraan, seni bina, perubatan, pertaniaan, bahasa dan kebudayaan.
1.4 Agama
-
Dari segi agama dan kepercayaan, ada diantara mereka yang tidak beragama atau mengamalkan animisme seprti mempercayai roh, penunggu, atau kuasa ghaib.
-
Corak penyembahan dan pemujaan yang dilakukan bergantung kepada keadaan dan suasana tempat tinggal dan pekerjaan mereka; contohnya jika mereka petani mereka akan memuja matahari dan bulan, kerana mereka percaya matahari dan bulan lah yang menghidupkan tanaman mereka.
-
Golongan yang beragama pula di bahagikan kepada lima kumpulan:
i)
Majusi (penyembah api)
ii)
Penyembah Berhala
iii)
Nasrani (Kristian)
iv)
Yahudi
v)
Pengikut Agama Hanif iaitu agama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.
-
Kebanyakkan pada zaman itu adalah penyembah berhala. Diantara berhala-berhala yang masyhur ialah al-Lat (di Taif), al-Uzza ( di Nakhlah), al-Manat (antara Mekah dan Madinah) dan Hubal (di kota Mekah).
-
Agama Majusi berasal dari negeri Parsi. Agama Majusi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui sebarang nabi yang diutuskan oleh Allah swt tetapi mereka mengakui nabi-nabi palsu. Agama Majusi terbahagi kepada tiga Mazhab yang besar seperti: Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Penganut agama Majusi terdapat di Yaman, Oman dan Bahrain (dipengaruhi oleh orang Parsi).
-
Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa as yang diutuskan kepadanya kitab suci Taurat. Penganut asal agama Yahudi ialah kaum Bani Israil yang tinggal di utara Semenanjung Arab. Agama Yahudi dibawa ke Semenanjung Arab oleh kaum pedagang Yahudi dari Palestin.Mereka tinggal di beberapa buah kawasan penting seperti Yathrib, Khaybar, Taima dam Wadi al-Qura.
-
Nasrani ialah agama yang dibawa oleh Nabi Isa as yang diturunkan oleh Allah kepadanya kitab suci Injil. Penganut-penganut asalnya juga dari Bani Israil. Agama Nasrani dibawa dan dikembangkan ke utara Semenanjung Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah.
-
Di samping itu, terdapat segelintir kecil orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa Nabi Ibrahim as yang digelar Hanufa'.
-
Sebab wujud dan tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab ialah kerana hubungan yang sentiasa terjakin dengan dunia luar menerusi perdagangan, hubungan diplomatik dan kegiatan-kegiatan agama.
-
Agama menyembah berhala atau agama Wathani merupakan agama yang dominan di kalangan orang Arab. Ada pendapat mengatakan bahawa punca penyembahan berhala adalah disebabkan kepercayaan sesetengah orang Arab bahawa Hajar al-Aswad yang berada pada Kaabah itu didatangi dari langit.
1.5 Pendidikan
-
Orang –orang Arab pada zaman kegemilangannya, khususnya pada zaman pemerintahan Saba' mempunyai kepandaian dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, senibina, pertanian, pertukangan dan perdagangan.
-
Mereka juga mempunyai pengetahuan dalam bidang politi, ekonomi dan teknologi.
-
Dalam bidang politik mereka telah berjaya mendirikan beberapa buah kerajaan di selatan dan utara Semenanjung Arab. Mereka turut mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.
-
Dalam bidang ekonomi, mereka telah berjaya membina empangan Ma'rib yang menjadi sumber bekalan air untuk pertanian dan juga mencerminkan kemahiran sains dan teknologi yang tinggi.
-
Disamping itu juga mereka berupaya mendirikan bangunan-bangunan yang indah dengan senibina dan ukiran yang cantik.
1.6 Pengaruh Rom dan Parsi
-
Kerajaan Rom dan Parsi (Sasanian) adalah dua buah kerajaan yang besar sebelum kedatangan Islam. Kedua-duanya berjaya membentuk empayar masing-masing.
-
Empayar Parsi terletak di sebelah timur Semenanjung Arab, meliputi kesemua negeri di kawasan Sungai Nil hingga ke Pantai Laut Hitam dan memanjang ke sempadan India.
-
Ibu negerinya ialah al-Mada'in yabg terletak di tebing Sungai Dajlal (Tigres) di Iraq. Rajanya bergelar Kisra dan kerajaannya mengamalkan sistem pemerintahan Monarki Feudal.
-
Empayar Rom pula mempunyai wilayah pemerintahan yang sangat luas yang mengusai bahagian barat. Ia terbahagi kepada dua:
i)
Empayar Rom Timur (Byzantine)
ii)
Empayar Rom Barat
-
Empayar Rom Timur (Byzantine) yang memerintah kawasan Eropah Timur berpusat di Constantinople dan diperintah oleh Aroadias.
-
Empayar Rom Barat yang memerintah Eropah Barat yang berpusat di Rom, Itali dan diperintah oleh Honorious. Empayar Rom Barat telah runtuh pada kurun ke 5 Masihi dan sejak itu Eropah barat telah mengalami satu zaman yang dinamakan “Zaman Gelap”.
-
Zaman Gelap ini berterusan selama sepuluh kurun.
-
Empayar Byzantine terus bertahan dan telah meluaskan jajahan takluknya hingga ke Balkan, Macedonia Thrace, Yunan, Lllyria dan Asia Kecil. Pada masa yang sama ia bersaing hebat dengan Empayar Parsi bagi mengusai kawasan Asia Kecil dan pantai-pantai di Semenanjung Arab.
-
Kedua-dua kerajaan ini mengamalkan sistem pemerintahan monarki atau sistem beraja.
1.6.1 Kuasa dan Pengaruh
-
Kedua-dua kuasa empayar Ram dan Parsi ini sering bersaing bagi meluaskan jajahan takluk masing-masing. Perluasan jajahan ini melibatkan kawasan Semenanjung Arab
-
Kedudukan Semenanjung Arab terletak di tengah-tengah timur-barat yang amat penting, oleh sebab itu mereka berlumba-lumba untuk mengusai kawasan berkenaan.
-
Dalam pada itu mereka juga menaruh curiga terhadap orang-orang Arab yang boleh mengugat keselamatan dan ketenteraman mereka.
-
Disebabkan dua faktor ini, mereka berusaha mendirikan dua buah kerajaan Arab di sebelah utara Semenanjung Arab bagi menjamin keselamatan dan kepentingan masing-masing.
-
Kerajaan Arab yang dibentuk oleh Rom dan Parsi ialah kerajaan Ghassan dan kerajaan Hirah.
1.7 Makkah
1.7.1 Sejarah
- Nama asal Makkah ialah Makoraba, setelah iti diubah kepada Bakkah dan Makkah.
Sejak kira-kira 2400 tahun yang lalu Kota Makkah sudah diduduki manusia. Penduduk terawal ini di kenali sebagai puak Amaliqah, dan diikuti puak Jurhum.
- Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as telah membina Kaabah di kota Makkah.
- Dengan adanya Kaabah, ramai orang mengunjungi Makkah untuk melakukan ibadat haji dan berdagang.
- Kota Makkah telah menjadi pusat pusat ibadat, perdagangan dan kebudayaan penting di Semenanjung Arab.
1.7.2 Pusat Ibadat
- Sebelum tersebarnya agama Islam, kota Makkah sudah menjadi pusat ibadat orang Arab. Ini adalah disebabkan oleh wujudnya Kaabah.
- Apabila orang Arab berpaling daripada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as kepada agama berhala, Kaabah masih digunakan sebagai tempat ibadat penyembahan berhala.
- Mereka membina di sekeliling Kaabah lebih daripada 360 buah berhala yang mewakili pelbagai suku diantaranya ialah berhala al-Lat dan ‘Uzza yang disembaholeh penduduk Ta'if dan Nakhlah.
1.7.3 Pusat Perdagangan
- Makkah merupakan kawasan strategik dari segi perdagangan kerana ia terletak di pertengahan jalan antara Habsyah di barat, Teluk Parsi di timur, Syam di utara dan Yaman diselatan.
- Oleh sebab, Makkah mempunyai telaga Zamzam menyebabkan ia sangay sesuai dijadikan tempat persinggahan kaum pedagang yang datang dari segala pelosok Semenanjung Arab.
- Terdapat tiga buah pasar yang berhampiran kota Makkah iaitu Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz.
- Pada awalnya aktiviti perdagangan hanya merupakan aktiviti penduduk setempat, setelah itu menjadi aktiviti serantau dan Makkah menjadi pusat perdagangan diseluruh Semenanjung Arab.
- Sebelum kedatangan Islam, para pedagang dari Makkah menggunakan sebuah pelabuhan kecil di Syu'aibah yang terletak di pantai Laut Mekah.
- Pelabuhan Syu'aibah digunakan untuk mengangkat barangan dari Habsyah dan negeri-negeri Afrika.
- Oleh sebab Makkah merupakan kawsan bebas daripada kuasa asing, menyebabkan para pedagang berasatenteram dan bebas bergeraktanpa sebarang sekatan, lebih-lebih lagi dengan terlaksananya peraturan ‘bulan-bulan haram' atau bulan yang diharamkan berperang.
1.7.4 Pentadbiran
- Kaum Quraisy tela mula mentadbir kota Makkah sejak zaman Qusayy lagi. Beliau telah mewujudkan beberapa buah jabatan dan dewan mesyuarat bagi mengatur urusan pentadbiran kota Makkah, termasuk penjagaan Kaabah, urusan jemaah haji dan kebajikkan masyarakat Makkah.
- Diantara jabatan-jabatan yang ditubuhkan:
i) Hijabah (urusan menjaga dan memegang kunci Kaabah)
ii) Siqayah ( urusan menyediakan minuman orang Haji)
iii) Rifadah (urusan menyediakan makanan orang Haji)
iv) Liwa (urusan menyedia dan memimpin tentera)
v) Nadwah (urusan umum yang berkaitan dengan kebajikan penduduk Makkah)
- Disamping jabatan-jabatan ini, mereka juga mempunyai sebuah majlis tertinggi yang dinamakan Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku). Walaupun majlis ini diwakili oleh ketua-ketua suku tetapi setiap keputusan dipengaruhi oleh golongan ynag kaya dan berpengaruh.
- Suku Ta'im yang kurang berpengaruhdalam Majlis Mala' terpaksa bertindak keluar dari majlistersebut bagi menubuhkan suatu majlis lain yang dinamakan Hilf al-Fudul.
- Tujuan penubuhannyaialah untuk mengimbangi pertubuhan Mala' serta melindungi hak dan kepentingan suku-suku yang lemah.
1.8 Era Jahiliah
-
Maksud zaman Jahiliah ialah:
i)
Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
ii)
Tidak mempunyai peradaban dan tamadun
iii)
Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak
iv)
Masyarakatnya jahil dan tidakboleh menulis dan membaca
-
Pada zaman ini, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi.
-
Pada zaman ini masyarakat Arab, telah mengalami zaman keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi jugadari segi politik, ekonomi, pendidikan dan ilmu pengetahuan.
1.8.1
Akhlak dan Agama
-
Nilai kepercayaan dan moral orang Arab terlalu rendah kerana tiada seorang nabi yangdiutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama pun yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan dia akhirat
-
Majoriti masyarakat Arab telah berpaling daripada menyembah berhala dan kembali kepada kepercayaan anismisme.
-
Pada ketika itu orang-orang Arab menyembah patung atau berhala yang dibuat sendiri, patung dan berhala itu pulak boleh dijual beli seperti barang perdagangan yang lain.
-
Mereka yang mengamalkan kepercayaan Animisme memuja bulan, matahari, bintang-bintang, pokok, rohdan objek-objek yang lain.
-
Agama dan kepercayaan orang Arab ketika itu penuh dengan tahyul dan mitos.
-
Moral dan akhlak mereka sangat buruk.
1.8.2
Politik
-
Kedudukan poitik orang Arab pada zaman Jahiliah telah tergugat akibat ketibaan pengaruh dan kuasa penjajah.
-
Disebelah utara Semenanjung Arab dikuasai kerajaan Rom dan Parsi, disebelah selatan dikuasai oleh Habsyah-Rom dan Parsi.
-
Dikawasan tengah seperti Makkah walaupun tidak dijajah tetapi turut menerima kesan buruk penjajah.
1.8.3
Ekonomi
-
Selepas keruntuhan empangan Ma'rib diYaman kedudukan ekonomi orang Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil. Ramai diantara mereka berpindah ke sebelah utara untuk mencari sumber-sumber ekonomi yang baru.
-
Perdagangan pada waktu ini tidaklah begitu menguntungkan kerana terdapat beberapa halangan politik yang yidak dapat dielakkan berikutan tekanan dan ancaman beberapa pihak Parsi dan Rom dan pertelagahan antara sesama kabilah Arab.
-
Oleh sebab sumber pertanian hampir tiada, maka pihak kerajaan Himyar telah cuba mendapatkan sumber ekonomi baru dengan cara penaklukan.
-
Aktiviti perdagangan diantara Yaman dan Makkah tidak dapat dilakukan seperti dahulu kerana kejatuhan kerajaan Himyar di tangan kerajaan Habsyah. Apabila ini berlaku perdangangan antara Syam dan Habsyah terjejas kerana Makkah terletak di pertengahan jalan antara Yaman dan Syam
1.8.4
Pendidikan
-
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf kerana pada masa ini tiada aktiviti penyebaran ilmu.
-
Aktiviti penyebaran ilmu sangat terbatas kerana kaum pendagang dari luar lebih menumpukan perhatian memcari keuntungan daripada hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu pengetahuan.
-
Masyarakat Arab tidak pandai menulis dan membaca, maka dengan itu ilmu hanya dapat disampaikan secara lisan dan penghafazan.
2. Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
2.1 Kepimpinan Keluarga Nabi
-
Nabi Muhammad saw berasal dari keluarga Bani Hasyim. Keluarga Bani Hasyim telah memainkan peranan yang penting dalam aspek sosio-politik kota Makkah
-
Kewibawaan kepimpinan Bani Hasyim semakin terselah pada zaman Abd-Muttalib, datuk Nabi Muhammad saw.
-
Abd Muttalib menjadi terkenal kerana dua faktor besar iaitu:
i)
Disebabkan usaha mendalamkan dan meluaskan perigi zamzam
ii)
Peristiwa serangan tentera Abrahah dari Yaman keatas Kota Makkah
-
Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad saw terus memimpim Bani Hasyim sehinggalah Nabi Muhammad diutuskan menjadi rasul
2.2 Nabi Muhammad S.A.W
-
Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam keluarga yang ternama dalam masyarakat Quraisy
-
Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abd Muttalib dan ibunya bernama Aminah bt Wahab.
-
Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam.
-
Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah.
-
Walaupun diketahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s.
-
Muhammad s.a.w telah diputerakan di Mekah, Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (2 Ogos 570M). Ibunya, Aminah, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
[4]
-
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.
-
Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh pakciknya, Abu Talib. Ketika inilah baginda diminta mengembala kambing-kambingnya sekitar Mekah dan kerap menemani pakciknya dalam urusan dagangnya ke Syam.
-
Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah).
-
Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
2.3 Perkahwinan dengan Siti Khadijah
-
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, pakciknya menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
-
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.
2.4 Kerasulan
-
Muhammad s.a.w. telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
-
Pada suatu malam (17 Ramadhan), ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
-
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
-
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
-
Apabila Rasulullah s.a.w. menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkannya adalah dari para anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
-
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Mekah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
-
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alaukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.
2.5 Hijrah
-
Di Mekah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama.
-
Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara semubunyi-sembunyi.
-
Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
-
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Mekah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib.
-
Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
-
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Mekah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
-
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Mekah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
3. Kedatangan Islam di Mekah
3.1
Wahyu
-
Wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad sewaktu 40 tahun.
-
Sejarah Islam yang lama telah menceritakan bahawa pada satu malam dalam bulan Ramadhan, Malaikat Jibril telah datang kepada Muhammad semasa baginda sedang tidur dalam sebuah gua bernama Hira` dan berkata: “Bacalah!”
-
Muhammad berasa keberatan dan sebanyak 3 kali Malaikat tersebut hampir merimaskan Muhammad sehingga baginda berkata: “Apa yang hendak dibaca!” Kemudian malaikat berkata: “Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam, Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya” .
-
Ini ialah perkataan Arab yang bermaksud “bacalah” , dan digunakan untuk menggambarkan kitab yang mengandungi wahyu-wahyu yang dipercayai oleh umat Islam bahawa diturunkan oleh Allah untuk Muhammad.
-
Selepas wahyu yang pertama, Muhammad menerima banyak lagi wahyu, yang kemudiannya disebarkan kepada para penduduk di tempat kelahirannya. Dia mendesak mereka untuk membuang kepercayaan dan perbuatan mereka menyembah berhala-berhala dan mempercayai Tuhan yang yang esa dan universal.
3.2
Dakwah
-
Muhammad dilahirkan di sebuah kawasan lembah di Makkah yang bernama Hijjaz di Barat Arab pada tahun 571 M.
-
Pada ketika itu, semenanjung Arab berada pada margin dunia yang bertamadun, iaitu empayar Bezantin dan Parsi tetapi tidak mengarah kepada keduanya. Di bahagian barat daya, kawasannya adalah lembah yang subur, pertanian dan pembandaran membangun sejak zaman dahulu lagi. Namun begitu, bahagian yang paling penting di Tanah Arab termasuk tanah gurun yang gersang, dilegakan dengan kolam-kolam air dan dilintasi dengan beberapa jalan untuk kafilah-kafilah.
-
Kebanyakan populasi di sana ialah golongan nomad yang memelihara binatang ternakan, menyerang kaum yang bersaing dan penduduk di kawasan lembah dan sempadan kawasan mereka.
-
Sesetengahnya hidup dengan bercucuk tanam, di beberapa kawasan yang sesuai. Ada juga yang menjalankan aktiviti perdagangan apabila terdapat acara-acara di luar kawasan yang menyedarkan tentang minat dalam laluan perdagangan trans-Arabian.
-
Terjadinya semula konflik antara Byzantium dan Parsi, sikap angkuh sesama kaum di Timur Tengah., selepas lebih satu abad dalam keadaab aman, tiba masanya kedua empayar menjadi sangat aktif dalam dan berhampiran Arab semasa abad ke-6.
-
Beberapa bandar kecil terletak dalam kesesakan yang berlalu melepasi Arab, antara dunia Mediterranean dan Timur. Satu daripada bandar-bandar ini ialah Makkah, asalnya ditubuhkan oleh orang Arab selatan, kemudian didiami oleh kaum Arab berbangsa Quraisy.
-
Penduduk-penduduk semenanjung Arab mempunyai literasi bahasa yang biasa dan kaya dengan puisi-puisi, yang membantu mereka membina identiti mereka. Tetapi mereka tidak mempunyai peraturan politik sendiri dan kepercayaan mereka tentang agama masih keliru, menyembah banyak tuhan yang mereka percaya berada di bawah suatu kuasa yang agung dipanggil Allah.
-
Mereka diperkenalkan dengan agama-agama lain, terdapat koloni Kristian dan Yahudi. Sesetengah orang Arab bertukar agama seperti agama mereka. Selebihnya menjadi tidak puashati dengan penyembahan berhala oleh kaum mereka tetapi mereka tidak juga berpuashati dengan kepercayaan Kristian dan Yahudi.
-
Mereka dikenali secara tradisi Arab sebagai Hanif.
-
Seruan Muhammad di Makkah mula mendapat perhatian, pada mulanya dari kaum keluarganya sendiri, kemudian menjadi kumpulan yang lebih luas. Selepas beberapa lama, mereka mendapat penentangan daripada kaum mereka yang mendakwa bahawa Muhammad membawa seruan yang menentang kepercayaan dan minat mereka.
-
Tekanan dalam pelbagai bentuk dan penyiksaan secara fizikal digunakan ke atas pengikut-pengikut Muhammad untuk melemahkan pegangan mereka. Hubungan antara Nabi Muhammad dan penduduk setempat menjadi semakin buruk sehingga sesetengah pengikutnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Ethiopia.
-
Pada tahun 622 M, kira-kira 13 tahun selepas kenabian, Muhammad telah membuat perjanjian dengan wakil dari Yathrib, sebuah bandar lain di Hijaz iaitu kira-kira 280 batu ke utara Makkah.
-
Penduduk Yathrib bersetujuan menyambut kedatangan Muhammad di kalangan mereka, menjadikannya sebagai pengadil dan untuk mempertahankannya dan para pengikut lain dari Makkah sepertimana mereka dapat mempertahankan diri mereka. Muhammad telah menghantar 60 keluarga di Makkah yang telah menyertainya ke Yathrib. Muhammad sendiri akhirnya telah mengikuti mereka pada September 622.
-
Di Makkah, Muhammad telah menyeru sendiri tentang kepercayaan baru, menentang pemerintah yang tidak mengambil hirau tentang seruannya dan memusuhinya.
-
Di Madinah, Muhammad adalah ketua negara yang pertama, kemudian menjadi pentadbir dan mewujudkan kuasa politik dan ketenteraan serta keagamaan.
-
Peranan yang baru ini adalah digambarkan dalam pengajarannya dan aktiviti-aktiviti Muhammad sendiri, juga dalam bentuk wahyu yang perolehi untuk memimpin masyarakatnya.
-
Ayat Makkiah dalam al-Quran, menekankan tentang persoalan etika fahaman manakala ayat Madaniah membicarakan tentang perkara-perkara politik dan undang-undang, berdasarkan masalah yang berlaku setiap hari dalam masyarakat Islam yang menjadi negara Islam selepas penghijrahan.
-
Selama 10 tahun selepas Hijrah, Rasulullah telah meneruskan ke atas masyarakat Islam dengan peperangan dan memimpin mereka pada tahun 630. Makkah telah ditakluk dan dibawa ke dalam jajahan Islam.
-
Pada 8 Jun 632, Rasulullah telah meninggal dunia selepas mengalami tempoh sakit yang pendek. Dia telah berjaya membuat pencapaian yang hebat. Dia telah membawa agama Islam yang suci dan tinggi darjatnya kepada penduduk barat Arab.Dia juga membawa kepada orang-orang yang beriman kitab yang mengandungi wahyu yang kekal sehingga akhir zaman sebagai panduan hidup umat Islam.
-
Rasulullah juga telah mewujudkan komuniti baru dan negara baru yang tersusun, mempunyai sistem ketenteraan yang baik, kuasa dan prestij yang menjadi faktor yang terkenal di Tanah Arab.
3.3
Israk dan Mikraj
-
ISRAK Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
-
Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).
-
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.
-
"Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratil Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.
-
Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama. Antara pengajaran peristiwa Israk Mikraj:
-
Manusia hendaklah sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik ketika ditimpa kesusahan mahupun mendapat kesenangan. Perkara ini penting kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, duka cita dan kesusahan pada diri manusia.
-
Nabi juga ditimpa beberapa musibah sebelum berlakunya Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj iaitu untuk berhadapan dengan Allah.
-
Perkara itu memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya, di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.
i.
Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Sewaktu Israk Mikraj, tepatnya ketika Nabi diajak meninjau keadaan neraka, Baginda ditunjukkan pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh pelbagai kaum, akibat kejahatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Misalnya, Rasulullah diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sedia kala.
Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat dan yang suka memfitnah.
Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidakmelakukan segala perbuatan tercela dan pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah. Mereka akan mendapat seksaan di akhirat nanti sekiranya melakukan perbuatan yang dilarang Allah.
ii.
Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya.
iii.
Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agarkeyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia.
Perkara ini perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan pelbagai keajaiban ciptaan- Nya di alam tinggi bernama langit seperti Sidratil Muntaha dan syurga.
iv.
Anjuran memberi salam. Sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang Baginda temui. Hal ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.
v.
Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat.
Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanya bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.
vi.
Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit' telah mengejar Baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan Baginda.
Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.
4.
Penyebaran Islam di Madinah
4.1
Madinah
-
Sebelum Hijrah kota Madinah dikenali sebagai Yathrib. Perkataan Yathrib diambil sempena nama seorang pemimpin daripadakaum Amaliq iaitu Yathrab.
-
Perkataan Madinah diambil daripada bahasa Armaik ‘Medinta' yang bermaksud kawasan yang mempunyai undang-undang.
-
Perkataan Islam biasanya difahami oleh umat Islam dan orang lain sebagai menyerah diri, beriman kepada Allah. Seorang Muslim bermaksud seorang yang melaksanakan tanggungjawab untuk menyerah diri kepada Allah. Umat Islam dalam konteks ini adalah seseorang yang menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah yang satu bukan menyembah pelbagai tuhan seperti yang dipercayai oleh masyarakat Jahiliyyah di Makkah sebelum kedatangan Islam. Islam adalah agama yang `syumul` iaitu lengkap dan menyeluruh. Dari segi aspek sejarah, ia mungkin dilihat sebagai satu permulaan, asas kepada agama, empayar dan tamadun baru. Terdapat satu sebab penting yang perlu dihormati iaitu tugas Muhammad berbeza daripada Isa dan nabi-nabi yang lain yang hanya berperanan pada zaman mereka sahaja. Pada mulanya, Muhammad juga sedemikian, seperti utusan-utusan Allah yang lain, sebagai pengajar yang rendah diri dan menekankan tentang keagamaan. Tetapi selain dari pejuang agama, baginda juga telah mencapai kemuliaan yang tinggi. Melalui aktiviti-aktiviti oleh Nabi Muhammad S.A.W, Islam telah dilibatkan dengan politik sejak awal lagi. Umat Islam Madinah bukan sekadar satu kelompok masyarakat, tetapi juga sebuah negara. Peristiwa-peristiwa berikutnya menjadikan kelompok tersebut sebagai satu pusat bagi sebuah empayar. Pada pandangan Islam, semua kedaulatan adalah milik Allah yang menurunkan kuasa dan undang-undang kepada para nabi. Nabi Muhammad S.A.W adalah pembawa wahyu Allah. Pentadbir mengikut matlamat Tuhan, wakil Tuhan untuk golongan yang beriman dengan-Nya. Nabi Isa A.S. telah mengarahkan orang-orang orang-orang Kristian untuk taat dengan perintah Tuhan dan mematuhi pemerintah dengan apa yang diarahkan. Selama tiga abad arahan dan penekanan ini dipegang oleh mereka. Pemisahan antara keduanya diteruskan dan sebati dalam fahaman dan perbuatan mereka. Penganut Agama Kristian telah mencipta sendiri struktur institusi yang terasing daripada negara yang dikenali sebagai Gereja Kristian dengan undang-undang dan hierarki tersendiri. Perubahan besar telah datang dengan pertentangan kepada agama Kristian di Konstatin, kerajaan Roman dan permulaan kepada hubungan yang rumit di antara gereja dengan kerajaan. Pemisahan antara dua kuasa ini tidak wujud langsung dalam Islam. Perkataan `sekular dan agama` dan `keagamaan dan duniawi` tidak ada dalam istilah Arab terdahulu. Di Rome, pemerintah adalah Tuhan, di negara-negara Kristian, Tuhan dan pemerintah berkongsi kuasa. Dalam Islam pula, Tuhan adalah pemerintah tertinggi dan ketua dalam komuniti adalah khalifah (pemimpin) di bumi. Nabi Muhammaad s.a.w. telah menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Rakyat mendapat hak dan perlindungan yang adil dan saksama. Sebuah piagam juga dibentuk dan dikenali sebagai Piagam Madinah (Sahifah Madinah). Piagam ini bertujuan untuk melahirkan sebuah badan pemerintahan Islam yang mantap dari segi keadilan, kestabilan dan dapat mencapai kemajuan yang dikehendaki. Ia merujuk kepada kanun, piagam atau atau perjanjian bertulis tentang hak dan tanggungjawab pemerintah dengan rakyat di bawah pemerintahannya. Piagam ini melibatkan hubungan sesama Islam iaitu Muhajirin dan Ansar, dan juga hubungan antara orang Islam dan bukan Islam termasuk Yahudi. Piagam menggariskan beberapa prinsip umum mengenai masyarakat dan negara Islam mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Umat Islam telah berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 M/ 9 Hijrah. Seramai 10 000 orang umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah telah berjaya memasuki dan memusnahkan sebanyak 360 berhala di sekitar Kaabah. Madinah menjadi semakin maju dan kukuh dari ekonomi mahupun ketenteraan. Apabila wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, ajaran dan misi kenabian baginda telah disempurnakan. Maka selesailah tugas yang diberikan kepada baginda supaya mengembalikan semula kepercayaan kepada Allah yang satu . Kepercayaan ini seperti yang diseru oleh nabi-nabi sebelum ini tetapi telah diseleweng dan dimusnahkan. Baginda juga bertanggungjawab untuk membasmi penyembahan berhala, memperkenalkan wahyu Allah, menanamkan kepercayaan yang benar dan undang-undang Allah. Semuanya dilaksanakan oleh baginda semasa hidupnya. Dalam kepercayaan Islam, Muhammad adalah nabi yang terakhir. Apabila baginda wafat pada 632 M, wahyu daripada Allah kepada manusia telah sempurna lengkap. Tidak mungkin wujud lagi nabi dan sambungan kepada wahyu tersebut. Walaupun begitu, fungsi keagamaan tetap kekal dan mempertahankan perundangan Islam serta disebarkan kepada seluruh manusia. Ciri-ciri keagamaan juga diperlukan dalam politik, kuasa ketenteraan dan kedaulatan sebuah negara.
5. Pemerintahan Khulafa' Al-Rasyidin
Kematian Nabi Muhammad S.A.W telah menimbulkan krisis pertama dalam Islam. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah menganggap dirinya lebih dari seorang makhluk biasa namun dia berbeza kedudukan daripada yang lain kerana menjadi penyampai wahyu Allah dan pemimpin kepada penganut-penganut agama Allah, tetapi baginda sendiri bukan tuhan atau bukan makhluk biasa. “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?. Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali`Imran, 3: 144) Nabi Muhammad S.A.W wafat dan tiada lagi nabi selepas baginda. Pemimpin dalam masyarakat telah tiada dan perlu diganti. Dalam saat genting ini, lelaki yang paling berwibawa dan paling aktif di antara sahabat-sahabat nabi adalah Abu Bakar. Dia adalah antara sahabat terawal yang memeluk Islam dan dihormati oleh orang-orang Islam. Dia dilantik sebagai pemimpin dengan gelaran khalifah yang bermaksud … Keturunan ketua-ketua tersebut tidak dikenali oleh orang-orang Arab pada waktu itu. Dari atas sempadan di utara Arab, dua empayar besar Byzantium dan Persia, memperlihatkan kepada dunia tamadun mereka yang unggul di benua Arab. Mereka menggunakan pemerintahan secara monarki.Negara-negara yang berada di Tenggara Arab ditadbir untuk beberapa lama berdasarkan undang-undang tempatan, raja yang diwarisi. Namun di kalangan orang-orang Arab di bahagian utara yang menghasilkan pengenalan utama yang menyokong bentuk baru, bentuk yang sah telah wujud, dan ketua kabilah selalunya dipilih bukan daripada satu keturunan yang tetap tetapi dari kalangan ahli keluarga dari sebuah keluarga yang mulia. Namun begitu, jika orang-orang Arab mengetahui tentang monarki, mereka tidak akan menyukainya dan merujuk kepada sistem beraja pada zaman pra-islam selalunya bermusuhan. Prestij tidak sama seperti kekuasaan dan pemilihan untuk ketua kabilah, walaupun dalam perlaksanaaannya terhad kepada ahli-ahli satu keluarga, ia tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang pertukaran. Pemilihan adalah peribadi dan dibuat untuk kualiti peribadi-keupayaan untuk membangkitkan dan mempertahankan kesetiaan.Dengan kedatangan Islam, perasaan anti-dinasti yang telah lama wujud dikuatkan dengan sentimen anti-aristokratik yang ditunjukkan dalam kepercayaan Islam tentang persaudaraan dan kesamaan orang-orang yang beriman, dan penolakan mana-mana pengecualian terhadap yang beriman atau kebaikan peribadi. Melalui semua perubahan yang berturut-berturut dalam kekhalifahan seperti telah sebenarnya wujud, fahaman tentang pertukaran elektif kekal termaktub dalam teori dan perundangan Muslim dan pengundian terus terpelihara sehingga dinasti khalifah seterusnya. Abu Bakar dan Umar, khalifah yang pertama dan keduanya datang dari puak yang tidak berapa penting pada zaman pra-Islam di Makkah. Khalifah yang ketiga ialah lelaki dari puak yang berbeza. Uthman bin `Affan ialah dari keluarga Bani Umayyah, salah satu puak yang terkenal di Makkah dan dia juga sahabat yang paling tua antara mereka. Perlantikannya ialah satu kejayaan dan peluang untuk bangsawan Makkah, untuk mendapat faedah. Perhentian sementara bagi peperangan dengan sempadan-sempadan memberikan ahli-ahli kaum masa untuk membalas rasa terkilan mereka. Ketegangan dan tekanan dari segi persaingan meledak sebagai siri-siri kebinasaan pada peperangan sivil. Siri yang pertama bermula pada 656 (36 Hijrah) dengan pembunuhan Uthman dan digantikan dengan Ali, menantu dan sepupu Rasulullah. Buat kali pertama, pemerintah Islam dibunuh oleh orang Islam sendiri dan tentera-tentera Islam berperang sesama sendiri. Khalifah Ali juga dibunuh, maka berakhirlah pemerintahan oleh empat orang sahabat yang terpilih itu. Sistem khalifah yang baru muncul iaitu Bani Umayyah yang mempunyai prinsip monarki . Nyata sekali, mereka telah memindahkan sistem khalifah dari Arab ke Syria, kawasan jajahan baru dan amat dikenali dalam bidang politik dan pentadbiran empayar Timur Tengah yang lama. Dalam situasi yang kompleks dan kekalutan ini, satu kumpulan telah memperoleh kepentingan istimewa sebagai pengikut Ali bin Abi Talib. Sebagai suami kepada anak perempuan Rasulullah, Fatimah, dia tidak mempunyai kemuliaan seperti Rasulullah namun terlalu diagung-agungkan oleh para pengikutnya. Ali adalah seorang pahlawan yang gagah dan mempunyai peribadi diri yang mulia. Ini membolehkannya mendapat sokongan yang padu daripada sesetengah umat Islam. Mereka setia menyokongnya walaupun selepas dia digulingkan dan mereka pada mulanya dikenali sebagai Shi`at Ali, kemudiannya dipanggil sebagai Syi`ah. Bani Umayyah kekal memerintah selama lebih satu abad melaui beberapa siri kompromi dan susunan sementara yang mempertahankan kesatuan umat Islam, tetapi kos untuk mewujud dan mempertahankan dominasi bangsawan Arab terhadap bangsa bukan Arab, termasuk penganut Islam yang bukan berbangsa Arab, dan satu sistem kerajaan yang hebat dan pentadbiran yang tiba untuk meminjamkan lebih banyak struktur, kaedah-kaedah dan kakitangan yang telah ditempatkan oleh Islam. Terdapat banyak yang menentang proses tersebut. Penyokong-penyokong Ali yang dikenali sebagai Kharijis yang telah keluar , terasing daripada gerakan Umayyah dan menentang Umayyah semasa hidupnya terus menentang keturunannya. Mereka adalah golongan yang sangat ekstrim yang menolak sebarang kuasa yang bukan dari pilihan mereka dan membenci mendesak mereka menuruti mereka. Golongan Syi`ah telah memberikan kesetiaan kepada beberapa orang ahli keluarga Rasulullah.dan menuruti siri-siri pemimpin yang cuba mematahkan khalifah Ummayyah dan membina satu pentadbiran yang baru. Peperangan yang kedua bermula dengan kebangkitan awal yang memberi sedikit kesan kepada ketenteraan dan politik, juga kesan yang besar terhadap keagamaan yang sejarah. Pada tahun 680 (61 Hirah), Husin anak Ali (cucu Rasulullah) memimpin satu pemberontakan terhadap kuasa Ummayyah. Pada 10 Muharram di Karbala, Iraq, Husin bersama keluarga dan para pengikutnya bertemu dengan tentera-tentera Umayyah. Mereka ditentang dan dibunuh. Berdasarkan sejarah lama, sebanyak 70 orang menjadi mangsa pertempuran dan yang terselamat hanya seorang anak kecil yang sakit terlantar di khemah. Anak kepada Husin itu, Ali (Zain Al-Abbidin) telah menceritakan tentang pertempuran tersebut. Tragedi yang dramatik ini memberikan satu semangat baru kepada pergerakan Syi`ah bertemakan pengorbanan, kesilapan dan penebusan semula maruah mereka.Darah mangsa yang tumpah di Karbala menjadikan Syi`ah daripada sebuah parti kepada mazhab, daripada sebuah puak kepada agama. Prestasi pemerintahan dinasti Bani Umayyah menjadi semakin menurun selepas kejadian pertempuran dengan puak Syi`ah. Namun dinasti tersebut bangkit semula dengan perlantikan Khalifah Abdul Al-Malik yang telah mengembali dan mengukuhkan semula prinsip monarki. Namun akhirnya Bani Umayyah telah jatuh kepada Bani Abbasiyyah pada tahun 750 selepas perang sivil yang ketiga atau dikenali juga sebagai Revolusi Abbasiyyah. Bani Abbasiyyah ialah golongan dari keturunan Nabi Muhammad juga. Ini adalah revolusi terbesar yang telah membawa perubahan terhadap tampuk pemerintahan dan perpindahan pusat pentadbiran daripada Syria ke Iraq.Khalifahnya yang pertama ialah Abu Al-Abbas al-Saffah. Namun begitu, pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Baghdad oleh khalifah yang kedua, Abu Ja`afar al-Mansur.Baghdad telah menjadi sebuah kota yang hebat yang didiami oleh penduduk Islam dari pelbagai bangsa tetapi masih menggunakan bahasa Arab sebagi medium utama dalam komunikasi dan Islam sebagai ikatan dan lambang identiti mereka. Perang sivil yang keempat berlaku selepas kematian Khalifah Harun Al-Rashid pada 809 (194 Hijrah), di antara anaknya Al-Amin dan Al-Ma`mum. Kerajaan ini berakhir pada 1258 selepas pemerintahan oleh 37 orang khalifah mengikut sistem warisan seperti Bani Umayyah juga. Kerajaan ini telah jatuh kepada tentera Mongol. Namun begitu sebuah kerajaan baru iaitu Mamluk telah wujud daripada cabang kerajaan Bani Abbasiyyah, yang memerintah semenjak 1261 M hingga 1517 M.
6. Kerajaan Bani Umaiyyah
Pemerintahan dinasti Umayyah yang didirikan oleh Mu'awiyah tidak hanya peralihan kekuasaan, namun membawa perubahan prinsip dasar dan ajaran permusyawaratan Islam. Selama masa pemerintahan khulafa' al- Rasyidun, khalifah dipilih oleh para pemuka dan tokoh di Madinah.
kemudian dilanjutkan dengan bai'at oleh seluruh pemuka Arab. Hal ini tidak pernah terjadi pada masa pemerintahan dinasti Umayyah. Sejak Mu'awiyah berkuasa menggantikan khalifah Ali Ibn Abu Thalib, raja-raja Umayyah yang berkuasa menunjuk penggantinya kelak dan para pemuka agama diperintahkan menyatakan sumpah kesetiaan dihadapan raja. Pada masa pemerintahan khulafa' al-Rasyidun, baitul mal berfungsi sebagai harta kekayaan rakyat sehingga setiap orang memiliki hak yang sama terhadap baitul mal, namun sejak Mu'awiyah mendirikan dinasti Umayyah, baitul mal menjadi harta kekayaan keluarga raja. Seluruh raja dinasti Umayyah kecuali Umar Ibn Abdul
Azis memperlakukan baitul mal sebagai harta kekayaan peribadi sehingga raja berhak menggunakannya sekehendak hati.
Mu'awiyah sebagai pendiri dinasti Umayyah adalah putra Abu Sufyan, seorang pemuka Quraisy yang menjadi musuh Nabi Muhammad saw. Mu'awiyah dan keluarga keturunan Bani Umayyah memeluk Islam pada saat terjadi penaklukan kota Makkah. Nabi pernah mengangkatnya sebagai sekretaris pribadi dan Nabi berkenan menikahi saudaranya
yang perempuan yang bernama Umi Habibah. Karier politik Mu'awiyah mulai meningkat pada masa pemerintahan Umar Ibn Khattab. Setelah kematian Yazid Ibn Abu Sufyan pada peperangan Yarmuk, Mu'awiyah diangkat menjadi kepala di sebuah distrik di Syria. Kecakapan kerja dan keberhasilan kepemimpinannya, tidak lama kemudian dia diangkat gubernur Syria oleh khalifah Umar. Ketika Usman Ibn Affan berkuasa, Mu'awiyah tetap dipercaya oleh khalifah Usman sebagai gubernur Syria. Mu'awiyah selama menjabat sebagai gubernur Syria, giat melancarkan perluasan wilayah kekuasaan Islam sampai perbatasan wilayah kekuasaan Bizantine. Pada masa pemerintahan khalifah Ali Ibn Abu Thalib,
Mu'awiyah terlibat konflik dengan khalifah Ali untuk mempertahankan kedudukannya sebagai gubernur Syria. Sejak saat itu Mu'awiyah mulai berambisi untuk menjadi khalifah dengan mendirikan dinasti Umayyah. Setelah menurunkan Hasan Ibn Ali, Mu'awiyah menjadi penguasa seluruh imperium Islam.
Selama Mu'awiyah berkuasa, ia berusaha memulihkan kembali kesatuan wilayah Islam. Untuk itu ia memindahkan ibukota dari Kufah ke Damascus. Sumber terjadinya kekacauan adalah konflik antara kelompok khawarij, Himyariyah dan Mudariyah. Maka menjadi prioritas utama kebijaksanaan Mu'awiyah untuk mengembalikan stabilitas hubungan antara kedua kelompok tersebut. Mu'awiyah akhirnya berhasil memulihkan kembali kesatuan ummat Islam dan melindungi keutuhan imperium Islam. Setelah berhasil mengamankan situasi dalam negeri, Mu'awiyah segera mengerahkan pasukan untuk mengadakan upaya perluasan wilayah. Penaklukan Afrika Utara merupakan peristiwa penting dan bersejarah
selama masa kekuasaannya. Amr Ibn Ash adalah gubernur di Mesir, Ia sering terganggu oleh kekuasaan Roomawi di Afrika Utara. Karenanya Amr Ibn Ash mengerahkan pasukan di bawah pimpinan Jenderal Uqbah untuk menaklukkan wilayah Afrika Utara. Pasukan Uqbah berhasil menguasai Kairowan hingga ke bagian selatan wilayah Tunisia. Mu'awiyah kemudian membangun benteng untuk melindungi kota Kairowan dari serangan pasukan Berber dan menjadikan kota Kairowan sebagai ibukota propinsi Afrika Utara. Mu'awiyah adalah pendiri pasukan laut Islam. Selama menjadi gubernur Syria, Mu'awiyah telah memiliki lima puluh armada laut yang tangguh. Pasukan laut ini akhirnya berhasil menaklukkan Cyprus, Rodes dan kepulauan lainnya di sekitar Asia Kecil.
Mu'awiyah adalah penguasa Islam yang pertama yang menggantikan sistem demokratis republik Islam menjadi sistem Monarkis (kerajaan). Mu'awiyah pernah menegaskan bahwa dirinya adalah seorang raja Islam yang pertama. Ia membentuk sistem kekuasaan berdasarkan garis keturunan dengan menunjuk anaknya, Yazid, sebagai putra mahkota. Sikapnya menunjuk putra mahkota ini akhirnya menjadi model dan diikuti oleh seluruh penguasa Umayyah sesudahnya. Karenanya Mu'awiyah dipandang sebagai pendiri sistem kerajaan yang turun temurun dalam sejarah umat Islam. Tradisi demokrasi kesukuan nenek moyang bangsa Arab seketika itu hilang untuk selama-lamanya dan digantikan dengan pola kekuasaan individu dan otokrasi. Dalam hal ini Mu'awiyah mengikuti tradisi kekuasaan absolutisme yang berkembang di Bizantium dan Persia.
Mu'awiyah setelah menjadi raja tampaknya masih menjalankan kedudukan dan fungsi khalifah, seperti menyampaikan khutbah dan menjadi imam shalat Jum'at, tetapi ia terlalu menjaga jarak dengan kehidupan masyarakat. Mu'awiyah hidup dalam kemewahan istana yang selalu dijaga oleh pengawal bersenjata, baitul mal dijadikan sebagai harta kekayaan pribadi dan memutuskan segala yang penting hanya menggunakan pertimbangannya sendiri tanpa melalui musyawarah. Di sinilah letak perbedaannya dengan pemerintahan masa sebelumnya. Mu'awiyah selama memerintah berhasil menegakkan kerukunan antara bangsa Arab wilayah utara (Kaisaniyyah) dengan bangsa Arab wilayah selatan (kalbiyah). Sekalipun nasab Mu'awiyah lebih dekat kepada kelompok kaisaniyyah, namun ia justru mengangkat putra mahkota dari istrinya yang berketurunan Kalbiyah. Selama masa pemerintahannya, penguasa dan rakyat hidup rukun. Ia juga bertindak cukup bijaksana terhadap penganut agama Kristen. Hal ini terbukti dengan diangkatnya beberapa orang nasrani sebagai pejabat negara, salah satunya menjabat sebagai dewan penasihat.
7.
Islam di China
[5]
Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada mengekalkan kuasa di Asia Tengah.
Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam tersebar ke negara China:
1. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah, present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic)
2. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaitu Uthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Semasa pemerintahan khulafah Al-Rashidin yang ketiga (Othman bin Affan), baginda telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651 Masehi (29 Hijrah.). Hasilnya lawatan tersebut, maharaja China tersebut telah mengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou. (Abdur- Rauf, 1994)
3. Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankan penaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Pada tahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan komunis China.)
4.Dalam tahun In 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chen memberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah AL-Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islam yang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin dengan wanita tenpatan. Ini membantu dalam penyebaran Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994)
5. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagang dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan sebagainya (Abdullah, 1994)
6. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timur memeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam di Turkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987).
7. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di Turkestan Timur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam di Turkestan Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994)
8. Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agama Islam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islam secara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islam dengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkat awal.
1- Zaman Tang. berakhir 907 Masehi
2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi
4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik, ekonomi dan sosial. (Muhyiddin Hasan, 1987).
|