Friday, March 19th 2010  
Home | Quran | Hadith | Aqidah | Fiqh | Tasawwuf | Sejarah | Perundangan | Lexicon | Politik | Sastera | Komuniti
Quran Index
 Senarai Surah
 Tafsir Quran
 Huraian Ibn Kathir
 Bacaan ayat-ayat suci
Hadith Index
 Sahih Muslim
 Sahih Bukhari
 40 Hadis Qudsi
Ibadah Index
 Solat
 Puasa
 Zakat
 Haji & Umrah
Islamic Scholars
 Al-Khawarizmi
 Saiyid Abdullah Al-Ghadamsi
 Syeikh Utsman Syihabuddin
 Tengku Muhammad al-Fathani
Link
 Islamic Finder
 Projek myMasjid
 Harun Yahya
 Islamweb.net
 Radio Ikim.fm
 Al Islam
 Sound Vision.com
 Alahazrat.Net
 Albalagh
 Al Muhaddith
 Yusof Uslam
 Islamic-World.Net
 IslamicCity.Com
 
Search
Law Library of Congress
Undang - Undang Islam
   
  1.1 Jenayah
    1.1.1 Hudud
      + Zina
      + Qazaf
      + Khamar (Minum Arak)
      + Sariqah (Mencuri)
      + Hirabah
      + Murtad
      + Bughat
    1.1.2 Qisas
      + Pembunuhan
      + Rukun Pembunuhan
      + Yang Wajib Qisas
      + Mencederakan
    1.1.3 Diyat
      + Pengertian
      + Jenis-Jenis
      + Diyat Melukai
    1.1.4 Ta'zir
      + Hukuman Ta'zir
    # Hakim
    # Saksi
    # Sumpah
       
  1.2 Keluarga
    1.2.1 Nikah Kahwin
    1.2.2 Harta Pusaka
    1.2.3 Wakaf



UNDANG-UNDANG

1. UNDANG-UNDANG ISLAM

1.1 Jenayah

Pengertian

Jenayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Penakrifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib dikenakan hukuman qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jenayah umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta’zir.

Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya
2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh
3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain
4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri
5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam

a)  Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam al-Qur'an dan al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim"  - surah al-Baqarah (2:229)

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah :

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan

f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan
g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam

+ Zina

Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara’ (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang bukan mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif “ Wati’ Syubhat “ (persetubuhan yang meragukan).

Mengikut peruntukan hukum syara’, orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak seratus kali sebat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

  Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukum siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” – Surah an-Nur : 2

Zina terbahagi kepada 2 jenis :

a) Zina Muhsan – lelaki atau perempuan yang telah melakukan persetubuhan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah berkahwin) – kifayah al-Akhyaar :2/178

b) Zina ghairu muhsan – lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin) – kifayah al-Akhyaar : 2/178

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.

Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.

(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka
surat 111-112)

Musahaqah (Lesbian)

Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.

Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.

Mendatangi Binatang

Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.

Bersetubuah Dengan Orang Yang Telah Mati

Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.

Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Bukti-Bukti Untuk Mensabitkan Kesalahan Zina

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut :-

i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud :

”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadi.

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.

Kelayakan Saksi-saksi Dalam Kes Zina

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut :-

1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).

( Rujukan Kitab - Kitab Mathla’al Badraian – Syeikh Muhammad Daud Al-Fathani )

+ Qazaf

Qazaf ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.

Pembahagian Qazaf

1) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud :

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”. -- Surah An-Nur (ayat 4)

Penuduh Yang Boleh Dikenakan Hukuman Qazaf

1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.

Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya”.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)

Cara-Cara Melakukan Qazaf

Dalam Qanun Jenayah Sayr’iyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara :

i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)

ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atau selainnya.

iii) Tuduhan yang dibuat secara ta’ridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakan perkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.

Bukti-Bukti Yang Mensabitkan Kesalahan Qazaf

Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut :-

1. Syahadah (penyaksian)
2. Ikrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)

+ Khamar (Minum Arak)

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)

Hukum Orang Yang Minum Arak

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud :

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

Kesabitan Kesalahan Minum Arak (Khamar)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang yang telah minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab :

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.

Peminum Arak Yang Boleh Dikenakan Hukum Hudud

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut :

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut

Kanak–kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hudud ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hudud. Ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.

(Riwayat Bukhari dalam Sahih)

Bukti-Bukti Yang mensabitkan Kesalahan Minum Arak (Khamar)

Bukti-bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hudud adalah sebagaimana berikut :-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh orang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.

+ Sariqah (Mencuri)

Takrif Pencuri

Pencuri ialah individu yang mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud :

” Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana ”,
- surah al-Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

” Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” - Riwayat Bukhari Muslim

Ciri–Ciri Perbuatan Mencuri

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.

Hukuman Hudud Yang Wajib Dikenakan Keatas Pencuri

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah :-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujah Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

Pencuri Yang Tidak Boleh Dikenakan Hukuman Kesalahan Sariqah

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan, termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku di
medan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

Sabit Kesalahan Mencuri

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut :-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.

Pencuri Yang Dikecualikan Dari Hukuman Hudud

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

Hukuman Kerana Kesalahan Mencuri

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

+ Hirabah

Pengertian

Hirabah ialah merampas harta orang dengan cara kekerasan atau ugutan yang dilakukan oleh orang perseorangan atau sekumpulan yang bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yang boleh digunakan sebagai senjata atau dengan kekuatan yang ada pada diri orang yang melakukan hirabah itu.

Hirabah itu boleh juga diistilahkan orang atau mereka yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksa, atau membunuh tuanpunya harta itu, atau dengan ugutan yang menakutkan.

Tempat berlaku atau kejadian hirabah itu tidak ada perbezaan, samada dilakukan di jalan, di kedai, di rumah, di kampung, atau bandar, dan samada di tempat sunyi atau di tempat orang ramai, kesemua tempat kejadian tersebut adalah dinamakan hirabah (perompakan atau penyamunan).

Hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan kesalahan hirabah

Dalam kes hirabah, mereka yang melakukan kesalahan tersebut wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana berikut :

a) Hukuman mati, iaitu perompak/penyamun yang telah membunuh orang yang dirompak/disamunnya tanpa mengambil harta atau barangan orang yang dirompak dan yang dibunuhnya itu.

b) Hukuman mati di kayu palang, iaitu perompak/penyamun yang telah membunuh dan mengambil harta atau barangan orang yang dibunuhnya atau harta benda orang lain.

c) Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri, iaitu perompak/penyamun itu hanya mengambil harta atau barangan orang yang dirompak/disamunnya tanpa membunuh atau mencederakannya.

d) Hukuman buang ke tempat lain (buang negeri) iaitu perompak/penyamun itu hanya menakut-nakutkan orang sahaja di jalan-jalan.

Segala kesalahan yang dinyatakan diatas adalah berdalilkan firman Allah ta`ala yang bermaksud : 

"Sesungguhnya bagi golongan yang menentang Allah dan rasulNya, serta melakukan bencana kerosakan di mukabumi (dengan melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan), hendaklah mereka itu dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam), hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar. Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawa Allah Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani." (Surah al-Ma`idah: 33-34)

Hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan hirabah yang disebutkan dalam ayat 33 dan 34 surah al-Ma`idah tersebut bukanlah hukuman pilihan, tetapi adalah hukuman yang wajib dikenakan ke atas penjinayah yang telah sabit kesalahannya di majlis qadha` (mahkamah) melakukan kesalahan hirabah, dan hukumannya adalah mengikut jenis kesalahan yang mereka lakukan.

Perompak/penyamun yang hanya mengambil harta atau barang orang yang dirompak/disamunnya sahaja tanpa melakukan apa-apa kecederaan ke atas mangsanya hendaklah dikenakan hukuman hudud (potong tangan kanan dan kaki kiri).

Perompak/penyamun yang hanya mengugut orang yang dirompak/disamunnya itu sahaja tanpa mengambil harta atau barangan orang yang diugutnya itu dan tidak pula melakukan sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan kecederaan ke atas orang yang diugutnya hendaklah dikenakan hukuman ta`zir, iaitu dipenjara selama tempoh yang difikirkan patut dan munasabah mengikut budibicara dan kearifan hakim yang akan membawa penjinayah itu kepada kesedaran dan kekesalan.

Dalam kes hirabah, mereka yang membunuh dan mengambil harta atau barangan mangsanya wajib dikenakan ke atas penjinayah itu hukuman hudud, dan tidak gugur hukuman hudud itu dengan sebab dimaafkan oleh wali orang yang dibunuh dan yang diambil harta atau barangannya tadi.

Tetapi jika pembunuhan itu berlaku disebabkan permusuhan dan perseteruan, maka hukuman hudud itu gugur dengan sebab kemaafan daripada wali orang yang dibunuh tadi. (al-Fiqhu al-Islami Waadillatuh: 6/129)

Orang yang boleh dituduh di bawah kes hirabah

Dalam kes hirabah, orang yang boleh dituduh dan didakwa melakukan kesalahan hirabah itu ialah :

a) Baligh, iaitu orang yang sudah dewasa mengikut perhitungan syara`, bukan kanak-kanak.

b) Berakal, bukan orang gila atau orang yang tidak siuman.

Kanak-kanak atau orang gila yang melakukan kesalahan hirabah itu tidak boleh dituduh dan didakwa di bawah kes kesalahan hirabah dan tidak boleh dikenakan.

Dalam kes hirabah tidak ada perbezaan di antara penjinayah lelaki dengan penjinayah perempuan. Seseorang yang melakukan jinayah hirabah samada lelaki atau perempuan jika sudah sabit kesalahannya melakukan jinayah hirabah itu mengikut bukti-bukti yang diperuntukkan wajib dikenakan hukuman.

Dalam kes hirabah penggunaan senjata tidak menjadi syarat untuk membolehkan seseorang yang melakukan kesalahan hirabah itu dikenakan.

5) Andainya orang yang melakukan kesalahan hirabah itu membunuh atau mengambil harta atau barangan mangsanya tanpa menggunakan sebarang senjata, malah hanya dengan kekuatan yang ada pada dirinya sahaja wajib dikenakan hukuman.

6) Seseorang yang mengambil dan merampas harta atau barangan mangsanya dengan cara tipu helah tanpa membunuh mangsanya itu, mereka itu juga boleh dituduh dan didakwa di bawah kes kesalahan jinayah hirabah. Dan apabila sabit kesalahannya melakukan jinayah hirabah mengikut bukti-bukti yang diperuntukkan wajib dijatuhkan hukuman melakukan jinayah hirabah mengikut peruntukan iaitu hukuman potong tangan/kaki secara bersilang.

7) Seseorang itu boleh dituduh dan didakwa juga di bawah kes kesalahan jinayah hirabah, jika mereka menghalang, mengugut atau menakutkan-nakutkan orang di jalan-jalan dengan cara kekerasan, sekalipun mereka itu mengambil harta benda atau membunuh mangsanya. Hukuman bagi kesalah ini adalah hukuman buang negeri selama setahun.

8) Dalam kes hirabah, orang yang dirompak dan disamun itu adalah pemilik yang sah kepada harta benda yang dirompak dan yang disamun tadi, atau wakil pemilik atau yang diamanahkan kepadanya harta benda itu. Dalam kes ini jika seorang yang dirompak dan yang disamun itu bukan pemilik yang sah kepada harta benda yang dirompak dan yang disamun tadi, misalnya harta benda yang dimilikinya dengan cara mencuri, menipu, rasuah dan sebagainya, maka orang yang melakukan jinayah hirabah ke atas pemilik harta benda yang tidak sah itu tidak boleh dikenakan hukuman. Tetapi hakim hendaklah menjatuhkan hukuman ta`zir ke atas penjinayah itu.

9) Dalam kes hirabah, orang boleh dituduh, didakwa dan dikenakan hukuman melakukan kesalahan hirabah adalah tertakluk di bawah syarat-syarat berikut :

i) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu disimpan di tempat simpanannya.

ii) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu mempunyai nilai (berharga) di sisi agama Islam.

iii) Harta benda dan barangan yang dirompak dan yang disamun itu bukan milik perompak dan penyamun itu, atau bukan milik yang syubhat.

Mensabitkan kesalahan hirabah

1) Bukti-bukti untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan hirabah adalah tertakluk di bawah perkara-perkara berikut :

a) Iqrar (pengakuan) daripada penjinayah.
b) Keterangan 2 orang saksi lelaki yang adil.

2) Keterangan saksi yang tidak mencukupi untuk mensabitkan kesalahan orang yang dituduh dan yang didakwa itu melakukan jinayah hirabah, misalnya hanya terdapat seorang saksi lelaki sahaja, atau seorang lelaki dan seorang perempuan, atau orang dituduh dan didakwa itu mengaku melakukan jinayah hirabah tadi, kemudian selepas itu ia menarik pengakuannya, maka dalam kes ini penjinayah itu tidak boleh dikenakan hukuman melakukan jinayah hirabah.

Penjenayah Hirabah yang bertaubat sebelum dapat ditangkap

1) Mengikut peruntukan hukum syara` seseorang yang melakukan jinayah hirabah yang bertaubat sebelum ditangkap (menyerah diri), taubat mereka itu adalah diterima, dan mereka terlepas dari hukuman hudud (dibebaskan) dari hukuman had hirabah. Ini adalah merujuk firman Allah Ta`ala dalam surah al-Ma`idah ayat 34.

2) Penjinayah-penjinayah hirabah yang bertaubat sesudah dan selepas mereka ditangkap, taubat mereka tidak boleh diterima, kerana taubatnya itu bukan dengan keikhlasan hati, tetapi adalah kerana hendak melepaskan dirinya dari hukuman had hirabah.

3) Penjinayah-penjinayah hirabah yang bertaubat sebelum ditangkap yang terlepas dari hukuman had hirabah ialah penjinayah-penjinayah yang bukan melakukan jinayah hirabah yang melibatkan hak manusia, seperti membunuh dan mencederakan tubuh badan mangsanya.

4) Penjinayah-penjinayah yang melakukan kesalahan hirabah yang melibatkan hak manusia wajib dikenakan hukuman mengikut kesalahan yang dilakukannya, sekalipun mereka telah bertaubat sebelum mereka ditangkap.

5) Dalam kes kesalahan hirabah, penjinayah-penjinayah yang membunuh atau mencederakan tubuh badan mangsanya wajib dikenakan hukuman qisas, iaitu membunuh dibalas dengan bunuh, melukakan dibalas dengan luka, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

6) Kesalahan hirabah yang hanya mengambil dan merampas harta benda mangsanya sahaja, kemudian ia bertaubat dan dikembalikannya harta benda yang diambil dan yang dirampas itu kepada tuannya untuk membuktikan taubatnya, maka terlepaslah penjinayah itu dari hukuman had hirabah.

7) Penjinayah-penjinayah yang melakukan kesalahan hirabah yang diperakui taubatnya ialah dengan kerelaannya sendiri menyerah diri kepada pihak yang berkuasa dan mengaku taat setia serta menyerahkan semua senjatanya kepada Ulil Amri sebelum ia ditangkap.

8) Hukuman yang patut dikenakan ke atas penjinayah hirabah yang telah bertaubat adalah hak Ulil Amri di mana Ulil Amri itu mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan hukuman yang boleh dan patut dikenakan ke atas penjinayah hirabah yang telah bertaubat itu.

9) Sesuatu hukuman yang telah diputuskan dan ditentukan oleh Ulil Amri ke atas penjinayah yang telah bertaubat wajib ditaati dan dipatuhi. Ini adalah berdasarkan firman Allah Ta`ala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa di kalangan kamu.)" (Surah an-Nisaa`:59)

Hukuman dalam kes-kes jinayah syar`iyah

1) Dalam kes-kes jinayah syar`iyah, hukuman Allah yang bersumberkan dalil-dalil al-Quran dan hadith-hadith yang sahih dinamakan "hukuman hudud, qisas dan diyat". Dan hukuman yang dijatuhkan dan ditentukan oleh Ulil Amri atau wakilnya (hakim) dinamakan "hukuman ta`zir".

2) Hukuman Allah dan RasulNya tidak boleh diubah, ditukar ganti, dikurangi, atau ditambah. Tetapi hukuman Ulil Amri (hukuman ta`zir) yang dijatuhkan oleh hakim ke atas penjinayah boleh diubah, ditukar ganti, dikurangi, ditambah dan boleh diketepikan hukuman itu, jika difikirkan oleh Ulil Amri atau wakilnya (hakim) bahawa hukuman itu tidak munasabah dan tidak sesuai dikenakan ke atas penjinayah-penjinayah itu.

3) Penjinayah hirabah yang bertaubat sebelum ditangkap, taubatnya itu hanya untuk menghapuskan hukuman yang menjadi hak Allah yang diistilahkan dalam qanun jinayah syar`iyah hukuman hudud.

4) Hukuman yang menjadi hak Ulil Amri yang diistilahkan dalam qanun jinayah syar`iyah hukuman ta`zir tidak boleh dihapuskan dengan hanya bertaubat yang dibuat oleh penjinayah hirabah sebelum ia ditangkap.

5) Penjinayah-penjinayah hirabah yang telah bertaubat sebelum mereka ditangkap hanya boleh digugurkan hukuman Allah, tetapi masih ada lagi dua jenis hukuman yang wajib dipikul dan ditanggung oleh penjinayah-penjinayah yang telah bertaubat itu.

a) Hak Ulil Amri, iaitu hukuman ta`zir.

b) Hak adami (hak manusia), iaitu hukuman qisas, atau mengembalikan harta benda yang diambilnya.

6) Penjinayah-penjinayah hirabah sekalipun mereka itu telah bertaubat sebelum mereka ditangkap, mereka itu wajib juga dibawa dan dihadapkan ke majlis qadha` (mahkamah) untuk menerima hukuman yang menjadi hak Ulil Amri dan hak adami (hak manusia).

+ Murtad

Pengertian

Murtad adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang Islam yang mukallaf di mana perbuatan atau perkataan itu menyebabkan seseorang tadi keluar dari agama Islam.

Perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu menjadi Murtad :

Murtad disebabkan I’tiqad (kepercayaan)
 
a) Tidak mengakui bahawa Allah s.w.t ialah Tuhan yang berhak disembah

b) Tidak mengakui ragu-ragu bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, atau mengingkari salah seorang Rasul-Rasul yang telah terdahulu dari Nabi Muhammad s.a.w

c) Tidak mengakui bahawa al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibrail.

d) Tidak mempercayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w

e) Tidak mengakui adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.

f) Tidak mengakui atau ragu-ragu bahawa Hari Kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan Hari Kiamat, seperti syurga, nereka dan lain-lainnya.

g) Tidak mempercayai qadha’ dan qadar, iaitu buruk atau baiknya semuanya ditentukan dan datang dari Allah s.w.t

h) Tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijma’ sahabat-sahabat Nabi s.a.w dalam perkara-perkara agama.

i) Menghalalkan perkara-perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil-dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba’ dan sebagainya.

j) Mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil qat’ie seperti jualbeli, berkahwin, sewa menyewa dan sebagainya.

k) Mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari bilangan waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

l) Tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat’ie seperti sembahyang
lima waktu sehari semalam, puasa sebulan Ramadhan, zakat, haji dan sebagainya.
 
Murtad disebabkan Perbuatan

a) Sujud menyembah berhala
b) Sujud menyembah matahari dan bulan
c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.
d) Membuangkan al-Quran atau hadis Nabi s.a.w ke dalam najis atau memijak-mijaknya.

Murtad disebabkan Perkataan

a) Mengatakan Allah ada sekutunya dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.

b) Mengatakan syariah Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dengan masyarakat dan negara.

c) Mengatakan hukum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan panda mssa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarkat hari ini.

d) Mengatakan sesetengah-sesetengah hukum Islam tidak sesuai lagi diguna pakai panda hari ini, hanya sesuai panda masa yang silam.

e) Mengatakan tafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat oleh ulama-ulama tafsir yang dahulu tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hykum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukan negara di masa kini.

f) Mengatakan bahawa qadha’ dan qadar bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri, atau kekuatan alam.

g) Mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari tiga Tuhan, iaitu Isa, Maryam dan Ruh Al-Qudus. Dalam Nas al-Quran jelas mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan bahawa Allah s.w.t itu salah satu dari tiga Tuhan adalah kafir. (al_Ma’idah : 73)

Orang Yang Sah Menjadi Murtad

a) Baligh – tidak sah murtad kanak-kanak yang mumaiyiz
b) Berakal – tidak sah murtad orang yang gila
c) Kemahuan Sendiri – tidak sah murtad orang yang dipaksa

Orang Yang Dianggap Murtad

Seseorang Islam tidak dianggap melakukan kesalahan murtad, kecuali dengan adanya dua perkara berikut :

a) Keluar dari agama Islam, iaitu mereka tidak mempercayai lagi kebenaran agama Islam, samada melalui iktikad atau melalui perbuatan atau melalui perkataan.

b) Mereka mempunyai niat sengaja melakukan perbuatan atau mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kepada kekufuran dan mengetahu bahawa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang dikeluarkannya itu membawa kekufuran dan murtad.

Tetapi bagi bagi sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan atau mengeluarkan sesuatu perkataan yang membawa maksud kepada kekufuran, dan ia tidak tahu maksud perbuatan dan perkataannya itu tidak boleh pula dikenakan hukuman hudud.

Untuk menghukumkan seseorang Islam itu menjadi murtad bukan hanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan , atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang membawa kepada kekufuran sahaja tetapi mestilah juga disertai dengan niat di hati untuk menjadi kufur.

Hukuman ke atas Orang Murtad

Seseorang yang telah murtad wajib dibunuh tanpa perbezaan, samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. :

” Sesiapa yang menukar agamanya (iaitu murtad) maka bunuhlah dia “
( Riwayat Bukhari – Sabulus Salam : 3/265 )

Mereka yang telah sabit kesalahan murtad dalam mahkamah sebelum dihukum bunuh hendaklah disuruh bertaubat dan diberu tempoh kepada mereka itu untuk bertaubat dalam masa tiga hari. Jika mereka enggan bertaubat, maka mahkamah hendaklah mengistiharkan hukum bunh keatasnya. Peraturan ini adalah merujuk teguran Saidina Umar terhadap Abu Musa al-Asy’ari kerana membunuh seorang yang murtad tanpa diminta bertaubat terlebih dahulu.

Harta Orang Yang telah disabitkan Murtad

1. Seseorang yang telah disabitkan kesalahan murtad dalam mahkamah, dan enggan bertaubat setelah disuruh dan diberikan tempoh tiga hari untuk bertaubat. Maka dalam kes ini hakim hendaklah menjatuhkan dan mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan semua harta benda yang diperolehinya sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan murtad itu dirampas dan diserahkan kepada Baitulmal dan menjadi hak milik Baitulmal.

2. Bagi kes mereka yang telah murtad, tetapi telah bertaubat sebelum dijatuhkan hukuman bunuh keatasnya atau selepas dijatuhkan hukuman keatas, tetapi hukuman itu belum lagik dilaksanakan dan dijalankan keatasnya, maka hakim hendaklah melepaskan dan membebaskannya dari hukuman bunuh dan hartanya yang dirampas dipulanglan semula dan dia akan dikenakan hukuman tak’zir iaitu dipenjarakan selama temph yang diperlukan untuk dia menyedari kesalahannya.

Menurut peruntukan hukum syara’, harta benda mereka yang melakukan kesalahan murtad tidak boleh diwarisinoleh ahli warisnya, samada warisnya yang Islam atau yang bukan Islam.

Seseorang yang tekah disabitkan kesalahan murtad, hubungan mereka dengan keluarganya dalam msalah perwarisan telah terputus disebabkab berlainan agama, sekalipun harta benda itu diperolehinya sebelum dia murtad. Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid bersabda, maksudnya :

” Orang Islam tiak boleh mewarisi harta orang kafir, dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam “ ( Muttafaq Alaihi – Bukhari & Muslim )

Mereka yang telah murtad tidak terhalang untuk memiliki harta benda melalui hebah, wasiat, sewa menyewa, jual beli dan sebagainya, hanya mereka itu dihalang memiliki harta benda secara perwarisan ( harta pusaka peninggalan otang yang mati )

Perkahwinan orang yang telah sabit kesalahan Murtad

1. Bersabit kesalahan, hakim hendaklah mengisytiharkan bahawa perkahwinan mereka itu terbatal, kerana dengan murtad salah seorang dari suami isteri itu diwajibkan bercerai, kerana orang yang murtad itu adalah orang yang tidak mempunyai sebarang pegangan agama.

Dalam kes, terdapat beberapa perbezaan pandangan dan pendapat :

a) Sebahagian ulama berpendapat, seseorang suami yang murtad wajib dipisahkan dengan isterinya dengan “Talak Bain”.

b) Sekiranya suami itu bertaubat dan is hendak kembali semula kepada isterinya, hendaklah dinikahkan semual dengan “ ‘aqad dan mahar” yang baru, kerana penceraian di antara suami dan isteri itu adalah dari sebelah pihak lelaki dengan kehendaknya sendiri, iaitu melakukan kesalahan murtad.

c) Kebanyakkan ilmu ulama’ fiqh berpendapat, penceraian di antara saumi isteri disebabkan murtad suaminya adalah dianggap sebagai “fasakh” , kerana penceraian diantara suami isteri itu adalah ditetapkan oleh hukum syara’ bukan dilakukan oleh suami.

d) Seseorang isteri yang telah murtad wajib dipisahkan dengan suaminya dengan penceraian “ fasakh”.

e) Sekiranya isteri itu bertaubat dan ia hendak kembali semula kepada suaminya, hendaklah di’aqad nikah dan mahar yang baru dan tidak boleh dikurangkan bilangan talaknya.

f) Seseorang yang telah murtad yang hendak berkahwin dengan pasangannya dari penganut agama yang baru dianutinya, orang yang murtad itu menurut peruntukkan hukum sayarak wajib dibunuh dan is tidak dianggap lagi sebagai kafir zimmi yang boleh diberi perlindungan.

g) Orang-orang yang murtad bukan sahaja tidak boleh berkahwin, malah dinafikan hak mereka sebagai wali bagi anak perempuan mereka yang hendak berkahwin.


+ Bughat

Pengertian

Bughat mengikut istilah syara’ ialah segolongan umat Islam yang melawan dan mendurhaka kepada Ulil Amri (Imam/Pemimpin), iaitu pemerintah/kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syari’at Islam.

Manakala dari segi ilmu tatanegara pula, satu perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan mendurhaka kepada Ulil Amri adalah dinamakan Jarimah Siasah” iaitu kesalahan dalam politik.

Kesalahan Dalam Politik (jarimas siasah)

Syarat-syarat bagi sesuatu perlakukan itu dianggap sebagai satu kesalahan dalam politik :

1) Pemberontakan dan penentangan mereka itu bertujuan untuk menggulingkan ketua negara atau tidak mahu lagi mematuhi pemerintahannya.

2) Didapati sebab-sebab mereka memberontak dan menentang dasar pemerintah, sekalipun sebab-sebab yang mereka kemukakan itu merupakan sebab yang paling lemah

3) Penderhaka dan pemebrontak itu telah mempunyai kekuatan dengan adanya ketua kumpulan itu dari orang yang mereka taati untuk mengatur dan menyusun penderhakaan dan pemberontakan yang akan mereka lancarkan.

4) Telah berlaku penderhakaan dan pemberontakan yang merupakan perang saudara dalam negara selepas mereka itu mengadakan persiapan senjata dan pertahanan.

Penderhakaan Yang Wajib Diperangi

Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :

1) Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.

2) Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.

3) Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.

4) Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.

5)Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.

Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.

b) Qisas

Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam al-Qur'an dan al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)

+ Pembunuhan

1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya." --Surah An-Nisa'a (ayat 93)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."

2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :

a) Sengaja semata-semata

i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau mematikan seseorang.

Hukumannya : Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa membayar diyat(denda) -

Syarat wajib qisas :-

1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris

b) Tersalah semata-mata

- Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan orang itu terbunuh.

Hukuman :-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

"Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh." -- Surah An-Nisa'a (Ayat 92)

c) Menyerupai semata-mata

- Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan mati dengan pukulan itu

- Hukumannya :-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.

- Rukun pembunuhan

Rukun-rukun pembunuhan dengan sengaja (qatlul amdi) adalah seperti berikut :

a) Pembunuh itu berakal, baligh dan sengaja secara sedar untuk membunuh orang yang dibunuhnya.

b) Orang yang dibunuh itu manusia yang masih hidup, walaupun dalam sakaratul maut, dan terpelihara darahnya.

c) Alat yang digunakan untuk membunuh itu adalah dari suatu benda yang biasanya boleh mematikan.

d) Perbuatan penjenayah itu menyebabkan kematian orang yang terbunuh.

Orang yang gila atau kanak-kanak yang melakukan jenayah syar;iah tidak boleh dianggap melakukan jenayah yang boleh dikenakan hukuman hudud atau qisas. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah ( yang diriwayatkan Ali r.a) yang bermaksud :

” Di angkatkan Qalam (Allah tidak menyiksa) tiga golongan manusia : Orang yang gila hingga ia sembuh dari gilanya(sudah siuman), orang yang tidur hingga ia jaga (bangun dari tidurnya), dan kanak-kanak hingga bermimpi (baligh). ( Riayat Ahmad dan Abu Daud dan Al-Termizi)

Pembunuhan yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh ialah pembunuhan yang dilakukan dengan sengaja secara sedar untuk membunuh orang yang dibunuhnya, kecuali si pembunuh itu dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh. Hadith Rasulullah yang bermaksud :

” Pembunuhan dengan sengaja dikenakan hukuman qisas, kecuali dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh. (Riwayat Abu Daud)

Pembunuhan dengan sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuhnya ialah membunuh orang yang terpelihara darahnya, iaitu orang Islam. Tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh yang membunuh orang yang tidak terpelihara darahnya, seperti orang yang murtad, atau kafir harbi, atau musta’man (kafir yang berada dalam negara Islam).

Pembunuhan yang berlaku ke atas mereka itu tidak dikenakan hukuman qisas ke atas pembunuhnya kerana darah mereka yang dibunuh itu tidak terpelihara. Maka pembunuh ini akan dikenakan hukuman ta’zir mengikut budi bicara hakim yang mengadili kes tersebut.

Pembunuhan yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh ilah alat yang digunakan untuk membunuh itu mestilah alat yang biasanya mematikan, dimana si pembunuh yang menggunkan alat-alat itu yang menyebabkan kematian orang yang dubunhnya itu.

Rukun Pembunuhan Yang Serupa Dengan Sengaja

a) Perbuatan si pembunuh itu membawa kematian
b) Penjenayah itu sengaja melakukan perbuatan yang membawa kematian
c) Antara kematian orang yang terbunuh dan perbuatan penjenayah ada hubungan sebab dan musababnya.

Pembunuhan yang serupa dengan sengaja ialah perbuatan si pembunuh itu membawa kematian dan penjenayah itu memang bersengaja melakukan perbuatan itu dan di antara kematian orang yang terbunuh dan perbuatan penjenayah ada hubungan sebab dan musababnya. MIsalnya sesorang memukul seseorang yang lain dengan sesuatu benda yang panda adatnya tidak boleh mematikan, tetapi dengan sebab pukulan itu secara kebetulan orang yang dipukulnya itu mati.

Dalam kes pembunuhan yang sengaja (qatlul ‘amdi), atau yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil ‘amdi) bolehlaj disimpulkan sebagaimana berikut :

a) Jika pukulan itu panda tempat yang boleh mematikan, atau yang dipukul itu kecil, atau sakit yang biasanya pukulan seumpama itu boleh menyebabkan kematian, atau pukulan yang kuat hingga mati, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja (qatlul’ ‘amdi)

b) Jika pukulan itu dengan tongkat yang ringan atau batu yang kecil sekali pukul atau dua kali pukul, lalu mati orang yang dipukulnya itu disebabkan pukulan tadi, maka pembunuhan itu adalah pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil ‘amdi)

Rukun Pembunuhan Yang Tersalah

a) Perbuatan itu membawa mati orang lain
b) Perbuatan itu nyata tersalah dan terkeliru
c) Antara perbuatan yang tersalah dan kemudian ada hubungan sebab dan musababnya

Pembunuhan yang tersalah ialah perbuatan itu membawa mati orang lain, dan perbuatan itu juga nyata tersalah dan terkeliru itu pula ada hubungan sebab dan musababnya. Misalnya seorang pemburu menembak binatang buruan, maka terkena manusia, lalu mati disebabkan terkena tembakan tadi, atau seseorang menggali perigi, maka terjerumus manusia ke dalam perigi itu, dan ia mati di dalamnya. Maka dalam kes ini, terdapat 3 sebab yang membolehkan kes ini dimasukkan ke dalam ke spembunuhan yang ersalah (qatlul khata’)

a) Perbuatan seseorang menembak, atau menggali perigi itu menyebabkan kematian orang lain.
b) Perbuatan seseorang menembak, atau mengali perigi ternyata salah dan terkeliru
c) Perbuatan seseorang menembak, atau menggali perigi itu mempunyai hubungan dengan kematian

- Yang wajib Qisas

Syarat-syarat yang mewajibkan Qisas

a) Orang yang menbunuh itu sudah baligh dan berakal (Mukallaf)
b) Orang yang membunuh itu bukan bapa atau ibu orang yang dibunuh
c) Orang yang dibunuh itu sama darjatnya dengan orang yang membunuh, atau kurang darjatnya
d) Qisas dilaksanakan dalam perkara-perkara yang bersamaan
e) Qisas dilaksanakan menurut yang telah dilakukan oleh orang yang membunuh, atau orang yang melukai
f) Orang yang terbunuh itu berhak mendapat perlindungan nyawanya

Bukti Mensabitkan pembunuhan

Dalam kes pembunuhan, untuk mensabitkan seseorang itu melakukan pembunuhan yang wajib dikenakan hukuman qisas adalah tertakluk bukti-bukti berikut :

a) Iqrar (pengakuan si pembunuh)
b) Saksi dua orang lelaki yang adil

Masa Pelaksanaan Hukuman Qisas

Hukuman Qisas boleh dilaksanakan setelah hadir ahli-ahli waris orang yang dibunuh yang telah baligh semuanya, dan mereka telah menuntut supaya hukuman qisas itu dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, sekiranya pesalah itu adalah seorang wanita yang sedang mengandung, maka hukuman yang sepatutnya boleh ditangguhkan sehingga pesalah iu melahirkan anaknya.

Menyempurnakan Pelaksanaan Hukuman Qisas

Untuk menyempurnakan pelaksanaan hukuman qisas yang telah dijatuhkan oleh hakim ke atas pembunuh adalah tertakluk dibawah 3 syarat :

a) Orang yang berhak menuntut hukuman qisas itu mestilah orang yang berakal dan baligh
b) Kesemua ahli waris orang yang dibunuh itu mestilah bersetuju supaya hukuman qisas yang telah dijatuhkan oleh hakim ke atas pembunuh itu dilaksanakan
c) Hukuman qisas yang dikenakan ke atas pembunuh itu tidak melibatkan kepada orang lain.

Ahli-ahli waris orag yang dibunuh yang berhak menuntut hukuman qisas ke atas si pembunuh ialah ahli waris yang mukallaf, kerana mereka itu adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk melaksanakan hukum-hukumnya.

Jika ahli-ahli waris yang berhak menuntut hukuman qisas ke atas si pembunuh itu masih kanak-kanak, atau gila dan tidak ada seorang pun yang berhak untuk menjadi ganti mereka itu bagi menyempurnakan tuntutan hukuman qisas itu. Misalnya tidak ada bapa, tidak ada orang yang menerima wasiat, dan tidak ada hakim, maka dalam kes ini, pembunuh itu hendaklah dikenakan hukuman penjara sehingga kanak-kanak yang menjadi ahli waris orang yang dibunuh itu baligh, dan siuman ahli waris yang gila tadi.

Kesemua ahli waris orang yang dibunuh itu mestilah bersetuju supaya hukuman qisas yang telah dijatuhkan keatas si pembunuh itu dilaksanakan. Dan tidak boleh sebahagian daripada ahli waris yang dibunuh tadi berkecuali dari persetujuan itu.

Namun untuk kes pembunuh adalah seorang yang sedang mengandung, maka wajib ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya.

Alat Pelaksanaan Hukuman Qisas

Alat yang digunakan untuk melaksanakan hukuamn qisas mestilah sama seperti alat yang telah digunakan oleh pembunuh ketika ia membunuh. Maka dalam kes ini, alat yang digunakan untuk melaksanakan hkuman qisas itu mestilah menggukan pedang. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

” Tidak ada hukuman qisas itu, kecuali dengan menggunakan pedang” ( Riwayat Bazaar dan Ibnu ‘Adi)

Sebab-sebab Menggugurkan Hukuman Qisas

Hukuman qisas boleh digugurkan daripada pembunuh dengan adanya salah satu daripada sebab-sebab berikut :

a) Kemaafan daripada semua ahli waris orang yang dibunuh
b) Kematian orang yang melakukan pembunuhan itu
c) Telah wujud perdamaian dan penyelesaian di antara si pembunuh dengan ahli waris orang yang dibunuh

Sebab-sebab Yang Membebaskan Dari Hukuman Qisas

Seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dibebaskan dari hukuman qisas disebabkan perkara-perkara berikut :

a) Orang yang dibunuh adalah anak dari orang yang membunuh hingga ke bawah
b) Orang yang dibunuh tidak sedarjat dengan si pembunuh dalam perkara agama dan kemerdekaan
c) Si pembunuh tidak secara langsung melakukan pembunuhan, tetapi hanya dengan  :

- Menolong atau memberi jala cara-cara melakukan pembunuhan
- Menahan orang yang terbunuh untuk tujuan pembunuhan oleh si pembunuh
- Menyuruh seseorang melakukan pembunuhan ke atas orang yang terbunuh
- Memaksa orang lain supaya melakukan pembunuhan mengikut syarat-syarat paksaan

d) Pembunuhan itu dilakukan ialah disebabkan tersalah, bukan dilakukan secara langsung
e) Ahli waris orang yang terbunuh itu tidak diketahui siapa orangnya, dan tidak diketahui juga tempatnya
f) Pembunuhan itu bukan berlaku dalam negara Islam

Menahan dan Memegang Orang Untuk Dibunuh
Seseorang yang menahan dan memegang seorang yang lain untuk dibunuh hendaklah dipenjara sehingga mati sebagai balasan menahan dan memegang orang yang dibunuh tadi. Dan si pembunuh itu pula wajib dikenakan hukuman qisas. Hukuman ini adalah berdalilkan hadis Rasulullah s.a.w ( Ibnu Umar r.a) yang bermaksud :

” Apabila seseorang menahan (memegang) seseorang, dan orang yang dipegang itu dibunuh oleh seorang yang lain, maka hendaklah dibunuh orang yang membunuh itu (dikenakan hukuman qisas) dan dipenjarakan orang yang memegang tadi”. ( Riwayat Darul Qutni )

Ahli Waris Orang Yang Dibunuh Tidak Diketahui Orangnya dan Tempatnya

Dalam kes pembunuhan, jika ahli waris orang yang dibunuh itutidak diketahui siapa orangnya, dan tidak diketahui pula di mana tempatnya, maka hukuman qisas yang telah dijatuhkan hendaklah digugurkan kerana tidak ada orang yang berhak menuntut hukuman qisas dan diyat.

Pembunuhan Yang Dilakukan Bukan Dalam Negara Islam

Seseorang yang melakukan pembunuhan boleh dibebaskan dari hukuman qisas jika pembunuhan itu berlaku dalam negara yang bukan negara Islam. Dalam kes ini, seseorang yang melakukan pembunuhan bukan dalam negara Islam (dalam negara kafir), hukuman qisas yang telah dijatuhkan ke atas si pembunuh itu hendaklah digugurkan ( tidak boleh dilaksanakan ), kerana timbul keraguan siapakah yang sebenarnya pembunuh orang itu, adakah orang Islam, atau orang kafir.

Pembunuhan Dengan Racun

Jika seseorang yang memberi dan yang menyediakan sesuatu benda yang mengandungi racun untuk makanan atau minuman  kanak-kanak yang belum mumaiyiz, atau orang yang gila, dan mereka itu mati disebabkan makan atau minum bahan-bahan yang beracun tadi. Pembunuhan itu adalah pembunhan yang sengaja, dan mereka yang melakukan jenayah itu wajib dikenakan hukuman qisas.

Wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjenayah yang memberi dan yang menungkan racun ke dalam makanan atau minuman seseorang yang baligh lagi berakal, dan dipaksanya mereka itu makan atau minum bahan-bahan yang telah bercampur racun tadi sehingga mendatangkan kematian.

Pembunuhan Dengan Meneggelamkan dan Membakar

Pembunuhan dengan menggelamkan dan membakar ialah mencampakkan dan melontarkan seseorang yang lain ke dalam api atau air yang tidak mungkin seseorang itu terlepas daripada api atau air itu disebabkan api atau air tadi terlalu banyak, atau disebabkan seseorang itu tidak pandai berenang, atau pun pandai tetapi tagannya diikat, atau disebabkan ia masih kanak-kanak. Atau sudah terlalu tua, lalu mereka itu mati dengan sebab dicampakkan atau dilontarkan ke dalam api atau air tadi, maka pembunuhan tersebut adalah yang sengaja yang wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjenayah yang melakukan jenayah tersebut.

Namun sekiranya berlaku kes dimana, mangsa tadi dapat menyelamatkan diri, maka tidak wajib dikenakan hukuman qisas dan tidak wajib juga dikenakan ke atasnya diyat. Maka dalam kes ini, hakim hendaklah mengenakan hukuman ta’zir ke atas penjenayah itu megikut yang difikirkannya perlu dan patut untuk menghalang dan mencegah supaya perbuatan tidak berulang lagi.

Pembunuhan Dengan Mencekikkan Leher

Pembunuhan dengan mencekik leher seseorang dan orang yang dicekik tadi mati disebabkan cekikan itu, pembunuhan itu adalah pembunuhan yang sengaja yang wajib kenakan hukuman qisas ke atasnya penjenayah itu.


- Mencederakan

Qisas Anggota

Jika seseorang yang telah merosakkan atau mencederakan anggota tubuh badan orang lain wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjenayah itu sebagaimana wajib qisas ke atas orang yang melakukan jenayah pembunuhan.

Hukuman qisas yang dikenakan ke atas penjenayah-penjanyah yang mencederakan anggota dan tubuh badan seseorang dengan hukuman yang sama dan seimbang sebagaimana yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya adalah jenayah yang dilakukan oleh penhenayahnya dengan sengaja.

Hukuman diyat dikenakan kepada mereka yang mencederakan seseorang itu tanpa niat ( tidak sengaja)

Cara melaksanakan qisas anggota wajib dilaksanakan dengan cara yang seadil-adilnya dalam pelaksanaan qisas anggota badan adalah sebagaimana berikut :

a) Tidak boleh dicederakan dan rosakkan anggota yang kanan disebabkan mencederakan dan merosakkan anggota yang kiri, atau sebaliknya
b) Tidak boleh  dicederakan dan dirosakkan sesuatu anggota yang sihat disebabkan mencederakan dan merosakkan anggota yang sakit
c) Tidak boleh dicederakan dan dirosakkan sesuatu anggota disebabkan mencederakan dan merosakkan anggota yang lain. Misalnya kaki tidak boleh dicederakan dan dirosakkan disebabkan mencederkan dan merosakkan tangan atau sebaliknya

Syarat-syarat Qisas Angota

a) Berakal (mempunyai pemikiran yang sempurna) – tidak gila
b) Baligh (sudah dewasa mengikut perhitungan syara’)
c) Sengaja melakukan perbuatan jenayah
d) Setaraf di antara penjenayah dan mangsanya

Mencederakan  Anggota Yang Wajib Dikenakan Hukuman Qisas

Seseorang yang mencederkan anggota seseorang yang lain yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah mencederakan anggota badan yang mempunyai persendian, seperti siku atau pergelangan tangan.

Tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas seseorang yang mencederakan anggota atau tubuh badan seseorang yang lain yang tidak mempunyai persendian seperti melukakan kepala atau muka, kerana tidak boleh untuk menyamakan besar atau dalamnya luka yang patut dikenakan ke atas penjenayah itu sebagai qisas.

Syarat-syarat Qisas Panda Anggota Yang Bersendi

Syarat-syarat qisas pada anggota-anggota yang mempunyai persendian adalah tertakluk di bawah 3 syarat :

a) Aman daripada penganiayaan
b) Bersamaan nama anggota dan tempat yang di qisas
c) Bersamaan panda sihat an sempurnaannya di antara anggota penjenayah dan mangsanya

Melukakan Dengan Sengaja

Dalam qanun jenayah syarliah, seseorang Islam yang melukakan seseorang Islam yang lain dengan sengaja tidak wajib dikenakan hukuman qisas, kecuali ada kemungkinan untuk menyamakan luka penjenayah dengan luka mangsanya tanpa perbezaan, samada besar atau dalamnya.

Menampar, Menumbuk, Memukul dan Memaki

Seseorang yang menampar atau menumbuk atau memukul atau memaki seseorang yang lain harus dikenakan hukuman qisas ke atas mereka yang melakukan perkara-perkara itu sebagaimana yang dilakukannya ke atas mangsanya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

” Maka sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu, maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu”. ( Suarah al-Baqarah : 194 )

c) Diyat

Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah :

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." - Surah Al-Baqarah (2:178)

- Pengertian Diyat

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau ahli waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan melakukan sesuatu jemayah seperti mencederakan anggota badan atau melukakan atau membinasakannya.

Hukuman siyat adalah hukuman yang telah ditetepkan oleh syara’ berdasarkan nas-nas al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w kerana melakukan kesalahan-kesalahan jenayah syar’iyah yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melakukannya, atau membinasakannya.

Kesalahan-kesalahan Yang Mewajibkan Hukuman Diyat adalah tertakhluk di bawah kes-kes berikut :

a) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlul ‘amdi)
- perbuatan si pembunuh itu membawa kematian, an penjenayah tadi memang bersengaja malakukan perbuatan itu, dan diantara kematian orang yang terbunuh dan perbuatan penjenayah itu ada hubungan sebab dan musababnya.

b) Pembunuhan yang tersalah/tidak sengaja(qatlul khata’)
- perbuatan seseorang yang menyebabkan kematian orang lain, dan yang menyebabkan orang lain, dan perbuatan itu juga nyata tersalah dan terkeliru dan antara perbuatan yang tersalah dan kematian itu ada hubungan sebab dan musababnya.

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang terbunuh

- Jenis Diyat

Diyat terbahagi kepada 2 jenis :

a) Diyat mughallazah (ganti kerugian yang berat)
b) Diyat mukhaffafah (ganti kerugian yang ringan)


Diyat Mughallazah
- ialah ganti kerugian yang berat sebanyak 100 ekor unta yang dibahagikan kepada 3 jenis :
1) 30 ekor unta yang berumur 3 tahun
2) 30 ekor unta yang berumur 4 tahun
3) 40 ekor unta yang sedang bunting

Diyat jenis ini wajib dikenakan ke atas seseorang yang melakukan pembunuhan yang serupa dengan sengaja (qatlu syabhil ‘amdi).

Diyat mughallazah wajib juga dikenakan ke atas seseorang yang melakukan pembunuhan dengan sengaja (qatlul ‘amdi) yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang terbunuh.

Diyat Mukhaffaf
- ialah ganti kerugian yang ringan sebanyak 100 ekor unta yang dibahagikan kepada 5 jenis :
1) 20 ekor unta yang berumur 3 tahun
2) 20 ekor unta yang berumur 4 tahun
3) 20 ekor unta betina yang berumur 2 tahun
4) 20 ekor unta jantan yang berumut 2 tahun
5) 20 ekor unta betina yang berumur 1 tahun

Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, yang bermaksud :

” Diyat pada pembunuhan yang tersalah (qatlul khata’) adalah 20 ekor unta yang berumur 3 tahun, 20 unta yang berumur 4 tahun, 20 ekor unta betina yang berumur 2 tahun, 20 ekor unta jantan yang berumur 2 tahun, 20 ekor unta betina yang berumur setahun”.- riwayat Abu Daud dan Tarmizi

Diyat pembunuhan yang tersalah (qatlul khata’) apabla dilakukan dengan cemeti atau dengan tongkat, diyatnya sama dengan diyat pembunuhan yang tidak sengaja (qatlu syabhil ‘amdi) iaitu 100 ekor unta. Di antaranya 40 ekor unta yang sedang bunting.

Nilai Diyat Pembunuhan Yang disengajakan

Pembunuhan yang disengajakan dilakukan di daerah atau tempat yang tidak ada unta, wajib dibayar diyatnya senilai harganya dengan jumlah harga 100 ekor unta.

Nilai harga diyat pembunuhan dengan sengaja di zaman Rasulullah s.a.w adalah 800 dinar ( 8000 dirgam).

Nilai Diyat Pembunuhan Yang Tersalah

Pembunuhan yang tersalah yang dilakukan di daerah atau tempat yang tidak ada unta, wajib dibayar duyatnya sebanyak 400 dinar, atau dibayar dengan wang perak senilai dengannya dan diyat itu mestilah dibayar mengikut nilai harga unta.

Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amri bin Syuib, yang bermaksud :

” Adalah Nabi s.a.w membayarkan diyat menurut harganya atas pembunuhan yang ersalah kepada penduduk kampung dan bandar sebanyak 400 dinar, atau pun perak senilai dengan harga itu, dan diyat adalah menurut nilai harga unta. Apabila harga unta mahal dinaikkannya nilai harganya, dan apabila harga unta turun diturunkannya nilai harganya dan si masa Rassulullah s.a.w pernah nilai harga diyat itu antara 400 hingga 800 dinar. Dan baginda telah menghukumkan orang yang mempunyai lembu sebanyak 200 ekor dan atas orang yang mempunyai kambing sebanyak 2,000 ekor, kemudian belian berkata : Diyat itu ialah pusaka wajib dibahagikan di antara ahli waris orang yang terbunuh yang hampir hubungan warisnya dengan mereka. Maka baki harta yang tinggal itu adalah untuk ahli waris yang ‘asbah. – riwayat Nasaai dan Abu Daud

- Diyat Melukai

Jenis-jenis luka

a) Luka yang terdapat dan yang berlaku di kepala atau di muka atau di anggota badan yang lain terdapat 10 jenis :

1) Luka yang mngoyakkan kulit
2) Luka yang mngoyakkkan daging selepas kulit
3) Luka yang mengalirkan darah
4) Luka yang tembus ke dalam daging
5) Luka yang tinggal di antaranya dan antara tulang kulit yang nipis
6) Luka yang ternampak tulang
7) Luka yang mematahkan tulang dan yang menghancurkannya
8) Luka yang menampakkan dan yang menghancurkan tulang hingga berpindah daripadanya ke beberapa tulang
9) Luka yang sampai kepada kulit kepala
10) Luka yang sampai kepada rongga

b) Dalam undang-undang jenayah syar’iah, jenis luka yang disebutkan boleh dibahagikan kepada 2

i) luka di kepala atau di muka
ii) luka pada anggota badan selain daripada luka dikepala dan dimuka. Dan bahagian ini terbahagi kepada 2 jenis :

a) luka yang sampai kepada rongga ( dada, perut, dubur atau dua rusuk )
b) luka yang tidak sampai kepada rongga ( leher, tangan atau kaki )

Luka Yang Sampai Kepada Tulang

Setiap luka yang sampai kepada tulang wajib dikenakan hukuman qisas kepada penjenayah-penjanayah yang melakukan jenayah itu, seperti luka di kepala, di muka, di lengan, di peha, di betis, dan di tapak kaki, dimana kes ini boleh disempurnakan qisas itu serupa dan sama dengan luka yang dilakukan oleh penjenayah tadi ke atas mangsanya dengan tidak menganiayai dan melebihi, kerana luka itu dapat dilihat sampai kepada tulang.

Luka Yang Tidak Sampai Kepada Tulang

Luka yang tiak sampai kepada tulang tidak wajib dikenakan hukuman qisas ke atas penjenayah-penjenayah yang melakukan jenayah itu, malah wajib dikenakan ke atas mereka itu diyat mengikut keputusan yang ditetepkan dan ditentukan ole hakim, kerana tidak mungkin untuk menyamakan kadar dalam dan besar luka tadi dengan qisas itu.

Diyat Melukai

Seseorang yang melukai seseorang yang lain di kepala atau di muka atau di anggota badan yang lain sebagaimana yang disebut dan diyatnya adalah sebagaimana berikut :

1) Luka yang ternampak tulang, diyatnya ialah 1/20 diyat iaitu 5 ekor unta
2) Luka yang mematahkan tulang dan yang menghancurkannya, diyatnya ialah 1/10 diyat, 10 ekor unta
3) Luka yang menampakkan dan yang menghancurkan tulang hingga berpindah daripadanya ke beberapa tulang, diyatnya iala 15 ekor unta
4) Luka yang sampai kepada kulit kepala, diyatnya ialah 1/3 diyat
5) Luka yang mengalirkan darah, diyatnya ialah 1/3 diyat juga

Diyat Anggota Badan

Seseorang yang memeukul seseorang yang lain yag menyebabkan hilang akal orang yang dipukulnya itu wajib dikenakan ke atasnya orang yang memukul itu diyat yang sempurna juga.

Seseorang yang hilang pancainderanya disebabkan pukulan seseorang, maka dalam kes ini wajib dikenakan diyat ke atas seseorang yang memukul itu diyat yang sempurna juga.

Seseorang yang mencederkan, atau menghilangkan anggota badan seseorang yang lain wajib dikenakan diyat ke atas mereka yang melakukan jenayah sebagaimana berikut :

1) Pada dua mata wajib dibayar diyat yang sempurna
2) Pada satu mata wajib dibayar satu perdua diyat
3) Pada dua kelopak dua mata wajib dibayar diyat yang sempurna
4) Pada kelopak salah satu daripada dua mata wajib dibayar satu perdua diyat, dan panda satu kelopak daripadanya wajib dibayar diyat satu perempat diyat
5) Pada dua telinga wajib dibayar diyat satu perdua diyat
6) Pada satu telinga wajib dibayar diyat satu perdua diyat
7) Pada dua bibir mulut wajib dibayar diyat yang sempurna
8) Pada satu bibir mulut wajib dibayar diyat satu perdua diyat, sama ada bibir sebelah atas atau sebelah bawah.
9) Pada dua tanga wajib dibayar diyat satu perdua diyat
10) Pada satu tangan wajib dibayar diyat satu perdua diyat
11) Pada dua kaki wajib dibayar diyat yang sempurna
12) Pada satu kaki wajib dibayar diyat satu perdua diyat
13) Panda anak-anak jari dua tangan dan dua kaki wajib dibayar diayt yag sempurna
14) Panda tiap-tiap satu anak jari tangan dan kaki wajib dibayar diyat sepuluh ekor unta. Dan anak-anak jari itu adalah sama sahaja, tidak ada perbezaan di antara anak jari kelingking dan ibu jari
15) Pada tiap-tiap hujung jari daripada anak-anak jari dua tangan atau dua kaki wajib dibayar diyat satu pertiga puluh diyat. Pada tiap-tiap anak jari ada tiga sendi, dan ibu tangan ada dua sendi. Dan pada tiap-tiap satu sendi daripada anak-anak jari tangan dan kaki wajib dibayar diyat satu per duapuluh diyat.
16)Pada dua telur kemaluan lelaki wajib dibayar diyat yang sempurna
17) Pada salah satu daripada dua telur kemaluan lelaki wajib dibayar satu perdua diyat
18) Pada bibir kemaluan wanita dan dua susunya dan dua susu lelaki wajib dibayar diyat yang sempurna
19) Pada salah susu wanita atau susu lelaki wajib dibayar diyat satu persatu diyat
20) Pada semua gigi wajib dibayar diyat yang sempurna
21) Pada tiap-tiap satu gigi wajib dibayar lima ekor unta

Menuduh Seseorang Yang Disyaki Membunuh

Apabila sesuatu kes itu berlaku, maka pihak keluarga yang terbunuh tadi boleh membawa kes ini ke mahkamah dan mendakwa sekiranya mereka boleh mengemukakan bukti-bukti yang menyekinkan dan keterangan-keterangan yang kukuh yang boleh menyokong pertuduhan mereka.

Dalam kes ini, apabila tuduhan mereka itu telah diterima oleh mahkamah dan telah disabitkan dengan bukti-bukti yang menyekinkan pihak mahkamah dengan keterangan-keterangan yang kukuh, maka hakim bolehlah menjatuhkan hukuman qisas ke atas orang yang dituduh tadi. Dan bolehlah diambil sumpah mereka dari golongan orang yang dituduh itu seramai 50 orang pula.

Apabila mereka (dari pihak yang dituduh) bersedia dan mahu untuk bersumpah, maka terlepaslah orang yang dituduh tadi daripada tuduhan orang yang menuduh.

d) Ta’zir

Hukuman Ta’zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam al-Qur'an dan al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

# Hakim

Pengertian

Hakim adalah orang yang menjatuhkan hukuman dan menyelesaikan persengketaan di antara dua pihak dan memutuskannya dengan hukuman yang berlandaskan al-Quran dan hadith. Dalam perundangan Islam, hakim mempunyai peranan penting untuk menyelesaikan dan mendamaikan persengketaan manusia secara hak, dan memutuskannya dengan hukuman yang adil berdasarkan hukum-hukum yang diturukan oleg Allah s.w.t yang termaktub di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w.

Firman Allah yang bermaksud :

” Dan hendaklah engkau menjalankan hukuman di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepadamu” - Al-Maidah (49)

Pengadilan dan penghakiman

Seseorang yang telah dilantik menjadi hakim mestilah berjati-hati dan penuh keyakinan dalam menjatuhkan sesuatu hukuman ke atas orang-orang yang bersalah, atau orang yang kalah perbicaraannya dalam mahkamah.

Dalam masalah pengadilan dan penghakiman terdapat banyak penganiayaan terhadap orang-orang yang tidak bersalah. Perkara yang sebaliknya juga sering berlaku. Ini kerana pengadilan dan penghakiman itu tidak berlandaskan hukum al-Quran dan hadis sebaliknya dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Hakim bertanggungjawab terhadap segala pengadilan yang beliau adili di dunia ini.

Pelaksanaan Kehakiman

Pelaksanaan kehakiman dalam mahkamah adalah tertakluk di bawah 4 perkara :

1) Ada Hakim
2) Ada peguam bela dan peguam cara
3) Ada keterangan bukti dan saksi
4) Malakukan sumpah

Perlantikan Hakim

Syarat layak untuk menjadi hakim :

1) Islam – bukan orang yang kafir
2) Baligh – sudah dewasa mengikut perhitungan syara’
3) Berakal – bukan orang yang bodoh
4) Merdeka – bukan hamba sahaya
5) Adil – bukan orang yang fasik atau zalim
6) Lelaki – Bukan seorang perempuan
7) Memahami maksud ayat-ayat al-Quaran dan hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan kahakiman
8) Mengetahui ijma’ ulama’, dan perselisihan faham mereka itu
9) Mengetahui bahasa Arab sekadar dapat memahami ayat-ayat al-Quaran dan hadis Nabi s.a.w mengenai hukum-hukum syara’.
10) Pandai menjalankan qiyas(perbandingan)
11) Memepunyai pendengaran dan penglihatan yang cukup
12) Bukan orang yang pelalai

Menurut Imam Ghazali, untuk mendapat hakim yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah amat sukar. Oleh yang demikian, beliau berpendapat hendaklah mencari calon yang mempunyai seberapa banyak persamaan dengan syarat-syarat yang telah disebutkan di atas, walau apa cara sekalipun. Jika tidak, maka akan berlakukan pengadilan yang tidak telus dan penganiayaan.

Tugas Hakim

1) Hakim mempunyai tugas yang berat utnutk memutuskan sesuatu kes dan menyelesaikan sesuatu persengketaaan/permasalahan di antara dua pihak dengan meneliti segala bukti keterangan saksi, pengakuan atau sumpah.

2) Penyelesaian sesuatu kes atau persengketaan yang telah di bawa oleh pendakwa ke mahkamah, pihak hakim hendaklah memutuskan kes itu dan menyelesaikan persengketaan mereka secara adil tanpa memihak ke mana-mana pihak.

3) Jika seseorang hakim sengaja memutuskan sesuatu kes dengan cara yang salah dan mengakui bahawa keputusan hukuman yang salah itu memang dijatuhkannya secara sengaja, maka wajib bagi hakim itu membayar ganti rugi kepada orang yang menerima kerugian, dan hendaklah hakim itu dikenakan hukumann ta’zir, kerana sengaja melakukan kesalahan yang merupakan jenayah dalam penghakiman dan pengadilan, dan hendaklah juga hakim tadi dipecat daripada jawatannya.

4) Jika kesalahan yang dilakukan oleh hakim dalam penghakiman dan pengadilannya tanpa disengajakannya, maka tidak wajib bagi hakim membayar ganti rugi kepada orang yang menerima kerugian akibat dari kesalahan itu dalam penghakiman dan pengadilannya.

5) Sesuatu kes yang diputuskan oleh hakim dengan tersalah tanpa sengajanya mengenai sesuatu hak di antara hak-hak Allah, seperti hukuman zina, minum arak dan mencuri, maka akan terbatal keputusan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tadi, jika hukuman itu telah dilaksanakan, dan wajib bagi hakim membayar ganti rugi orang yang menerima kerugian itu, di mana pembayarannya hendaklah diambil dari harta Baitulmal.

6) Dalam penghakiman kekuasaan hakim adalah kembali kepada umat Islam seluruhnya, dan hakim memutuskan sesuatu kes dan menjatuhkan hukuman adalah untuk kemuslihatan umum. Dengan sebab itulah pembayaran ganti rugi kerana kesalahan yang dilakukan oleh hakim yang tidak disengajakannya dalam penghakiman diambil dari harta Baitulmal.

7) Sesuatu kes yang merupakan hak di antara hak-hak manusia diputuskan oleh hakim dengan tersalah tanpa disengajakannya, di mana keputusan itu masih boleh dikaji semula, maka keputusan hakim itu boleh dibatalkan dan diketepikan.

8) Dalam kes ini, apabila keputusan hakim tadi merupakan keputusan ahli panel, dan telah dilaksanakan, dimana kesalahan hakim dalam penghakiman itu ialah disebabkan pemalsuan bukti, maka pembayaran ganti rugi tadi hendaklan dikenakan ke atas orang yang memalsukan bukti yang menang dalam perbicaraan itu.

9) Sehubungan dengan itu dengan kes ini juga, andainya keputusan hakim yang tersalah itu disebabkan pemalsuan bukti dalam kes qisas, maka orang yang memalsukan bukti yang menang dalam perbicaraan wajib membayar diyat, dan tidak boleh dikenakan hukuman qisas ke atasnya, kerana keputusan hakim itu adalah merupakan keputusan yang syubhat yang tidak boleh dikenakan hukuman qisas.

10) Berkaitan dengan kes ini, jika timbul kesalahan itu dari pihak hakim sendiri dalam penghakimannya kerana kesalahan ijtihadnya, maka hakim itu tidak boleh dikenakan apa-apa hukuman ke atasnya, dan keputusan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim tadi tidak boleh dibatalkan.

11) Kedudukan hakim dalam memutuskan sesuatu kes adalah menjadi wakil pihak kerajaan untuk membuat sesuatu keputusan dalam kes-kes yang berkenaan, di mana hakim yang menjadi wakil kerajaan di majlis penghakiman (mahkamah) tidak boleh dikenakan membayar ganti rugi di atas kesalahan penghakiman yang tidak disengajanya.

# Saksi

Pengertian

Saksi adalah seseorang yang bertindak sebagai menyokong bahan bukti atau keterangan yang merupakan fakta penting yang disabitkan sesuatu kes untuk pertimbangan hakim yang akan membuat pengadilan.

Dalam ke semua kes, orang-orang yang menjadi saksi itu mestilah mereka yang mempunyai syarat-syarat yang cukup selaku seorang saksi yang bertanggungjawab untuk menentukan kedudukan sesuatu kes itu supaya keputusan hakim itu menjadi keputusan yang muktamad dan tidak boleh dipertikaikan kebenarannya.

Saksi juga dianggap sebagai kuasa pemutus bagi sesuatu kes itu, kerana keputusan yang dibuat oleh seseorang hakim, atau jemaah hakim adalah tertakluk di atas keterangan-keterangan saksi-saksi dan penilaian hakim di atas kebenaran atau kepalsuan keterangan-keterangan yang dibuat oleh saksi-saksi itu.

Rukun Saksi

Rukun-rukun saksi adalah tertakluk kepada 5 perkara :

1) Orang yang menjadi saksi. Tidak wujud persaksian, jika tidak ada orang yang sanggup untuk menjadi saksi.

2) Sesuatu perkara yang disaksikan, iaitu kes yang dikemukakan oleh pendakwa di dalam mahkamah.

3) Orang yang akan diberi saksi, iaitu orang yang dibuktikan kebenarannya atau kebohongannya dengan saksi.

4) Orang yang mempunyai saksi, samada dari pihak pendakwa atau dari pihak yang di dakwa.

5) Lafaz atau sighah saksi, seperti “ Aku bersaksi …………. “

Syarat-syarat Saksi

1) Orang yang mukallaf – orang yang berakal dan telah dewasa mengikut perhitungan syara’.

2) Islam – Tidak harus dan tidak sah bagi orang kafir menjadi saksi, sama ada kafir zimmi atau kafir harbi, dan sama ada menjadi saksi ke atas orang Islam atau kafir.

3) Merdeka – Tidak sah dan tidak boleh diterima penyaksian hamba sahaya, kerana konsep penyaksian itu adalah wilayah, iaitu mempunyai kuasa pemutus, sedangkan hamba sahaya itu bukan “ ahlul Wilayah “, iaitu tidak termasuk dalam golongan orang yang mempunyai kuasa pemutus.

4) Bermaruah – Orang yang pandai menjaga kehormatan diri menurut martabat dan kedudukannya. Mereka yang tidak pandai menjaga kehormatan dirinya bererti mereka itu tidak mempunyai sifat maruah. Oleh itu mereka tidak sah dan tidak boleh dijadikan saksi kerena mereka itu tidak mempunyai sifat malu.

5) Adil – Mereka yang menjaga dan menjauhkan dirinya daripada melakukan dosa besar, seperti zina, mencuri, minum arak dan sebagainya, atau tidak melakukan dosa kecil sepanjang masa, misalnya tidak mengeluarkan kata-kata yang lucah, tidak selalu membuka aurat, tidak suka memaki dan sebagainya. Tidak sah dan tidak boleh diteriam penyaksian orang yang tidak adil. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu” - al-Talaq : 2

6) Tidak ada tohmahan ke atas dirinya – Tidak sah dan tidak boleh diterima penyaksian orang yang ada sangka-sangka yang tidak baik terhadap diri orang yang akan menjadi saksi itu.

7) Tidak menjadi musuh terhadap orang yang didakwa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

” Tidak harus dijadikan saksi orang yang khianat, lelaki atau perempuan. Dan tidak harus juga dijadikan saksi orang yang berdendam dalam hatinya(dengki) terhadap saudaranya. Dan tidak harus pula orang yang tinggal dalam satu rumah bagi orang yang serumah dengan dia” – Riwayat Ahmad dan Abu Daud.

Jenis-jenis saksi

Dalam kes-kes yang wajib kepada saksi terbahagi kepada 2, iaitu :

1) saksi-saksi mengenai hak Allah s.w.t

a) Orang yang diterima menjadi saksi itu ialah seorang lelaki, iaitu saksi dalam kes-kes penetapan awal Ramadhan sahaja, bukan bulan yang lain. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud :

” Orang-orang sibuk mengatakan bahawa ada orang melihat bulan ( anak bulan Ramadhan) lalu aku sampaikan berita itu kepada Rasulullah s.a.w bahawa aku telah melihatnya. Maka baginda pun berpuasa, dan ia menyuruh manusia berpuasa” – Riwayat Abu Daud dan Ibnu Hibban

b) Orang yang tidak diterima menjadi saksi kurang daripada empat orang, iaitu saksi mengenai kes zina dan liwat. Saksi-saksi dalam kes-kes tersebut mestilah terdiri daripada 4 orang lelaki. Tidak boleh diterima penyaksian dalam kes zina dan liwat kurang daripada 4 orang lelaki. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

” Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka” -
al-Nisa : 15

Penyaksian dalam kes liwat adalah sama bilangan dengan kes zina, iaitu tidak boleh kurang daripada 4 orang lelaki juga , kerana perbuatan liwat itu adalah satu perbuatan yang keji sebagaimana perbuatan zina juga. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mua al-Asy’ari, sabda Rasulullah :

” Apabila lelaki mendatangai lelaki (liwat), maka kedua-dua lelaki itu adalah berzina” - Al-Majmu’ Sayarah al-Muhazzab (263/18)

c) Orang yang boleh diterima menjadi saksi seramai 2 orang lelaki, iaitu saksi mengenai kes minum arak. Hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sasan r.a, katanya :

” Aku hadir bersama-sama Saidina Othman r.a dan diberitahu ada seorang bernama Walid, ia telah sembahyang subuh 2 rakaat. Kemudian ia berkata : Adakah aku akan tambahkan sembahyangku untuk kamu. Lalu menjadi saksi atasnya dua orang lelaki. Dan salah seorang daripadanya Humran. Ia menyaksikan bahawa Walid itu sebenarnya telah minum arak (khamar). Dan menjadi saksi pula seorang lelaki yang lain bahawa ia memang telah melihat Walid muntah-muntah. Maka Saidina Othman berkata : Is (Walid) tidak akan muntah, kecuali selepas dan sesudah ia minum khamar, lalu Saidina Othman berkata kepada Saidina Ali. Wahai Ali! Bangunlah, maka sebatlah dia” --
Riwayat Muslim dan Abu Daud

2) Saksi-saksi mengenai hak manusia

a) Orang yang tidak diterima menjadi saksi, kecuali dua orang saksi lelaki, iaitu dalam kes-kes yang hanya boleh disaksikan oleh lelaki sahaja, seperti dalam kes-kes hudud, nikah dan talak.

b) Orang yang boleh diterima menjadi saksi seramai empat orang perempuan, iaitu dalam kes-kes yang hanya boleh disaksikan oleh perempuan sahaja, seperti melahirkan anak, kedatangan haid, dara, janda dan kecatatan kaum perempuan.
c) Orang yang boleh diterima menjadi saksi 2 orang lelaki, atau seorang lelaki dan 2 orang perempuan, atau seorang saksi lelaki dan sumpah orang yang mendakwa, iaitu pada kes-kes yang berkaitan dengan harta benda (jual beli, gadai-mengadai, hutang-piutang dan sebagainya)

# Sumpah

Pengertian

Sumpah bermaksud memastikan kebenaran sesuatu yang masih diragukan benar atau sebaliknya dengan menyebut salah satu nama Allah atau salah satu sifatnya.

Menurut perundangan Islam dalam perkara penghakiman dan pengadilan, bahawa orang yang mendakwa adalah dianggap dari pihak yang benar apabila pendakwa tadi dapat mengemukakan keterangan-keterangan yang lengkap yang berupa bukti yang memuaskan untuk menyokong dan menguatkan dakwaannya itu.

Apabila orang yang mendakwa itu gagal mengemukakan bukti sebagai keterangan yang boleh menyokong dan menguatkan dakwaannya, maka orang yang didakwa itu adalah dianggap dari pihak orang yang benar dengan bersumpah.

Jika orang yang didakwa itu tidak mahu bersumpah, maka orang yang mendakwa adalah dianggap dari pihak orang yang benar dengan sumpahannya yang dinamakan di dalam istilah perundangan Islam sebagai “sumpah Rad”, iaitu sumpah yang ditolakkan kepada orang yang mendakwa.

Seseorang yang tidak boleh mendakwa seseorang yang lain mengikut kemahuannya sahaja tanpa mengemukakan alat-alat bukti dari saksi-saksi sebagai keterangan yang boleh diambil kira untuk menyokong dan menguatkan dakwaannya. Dan menetapkan haknya.

Apabila orang yang mendakwa itu gagal mengemukakan bahan bukti dari saksi-saksi, maka pihak hakim adalah berhak untuk mengenepikan dakwaan pendakwa itu, dan hakim hendaklah memutuskan, bahawa orang yang didakwa itu adalah orang yang benar dengan bersumpah.

Apabila orang yang didakwa itu enggan untuk bersumpah, maka sumpah itu hendaklah dikembalikan kepada orang yang mendakwa untuk menetapkan haknya, dan mnegakui kesahihan dakwaannya. Sumpah yang dikembalikan kepada orang yang mendakwa itu dalam istilah perundangan Islam dinamakan “sumpah Mardud”, iaitu sumpah yang dikembalikan kepada orang yang mendakwa.

Peranan Sumpah Dalam Mahkamah

Dalam perundangan Islam, bersumpah dalam mahkamah mempunyai peranan penting untuk menolak atau mensabitkan sesuatu dakwaan atau tuduhan seseorang ke atas seseorang yang lain.

Seseorang yang bersumpah, sama ada dari pihak yang mendakwa atau yang didakwa yang dibuat oleh mereka itu dalam mahkamah mempunyai faedah dan kegunaan yang besar bagi pendakwah dan yang didakwa sebagaimana berikut :

1) Untuk menolak dakwaan atau tuduhan yang dibuat oleh pendakwa atau penuduh terhadap orang yang didakwa atau orang yang dituduh.

2) Untuk menyatakan dan memastikan kebenaran diri seseorang.

3) Untuk memastikan dan menyakinkan seseorang bahawa segala apa yang dikatakan oleh pendakwa atau yang didakwa dalam mahkamah kesemuanya adalah benar.

Bersumpah hendaklah dibuat dan dilafazkan dalam mahkamah oleh orang yang mengingkari dakwaan atau tuduhan dengan menyebut salah satu nama-nama Allah atau salah satu sifat-sifatnya. Misalnya “Wallahi” (Demi Allah), atau “ War-Rahmani “ (Demi Tuhan yang bersifat Maha Pemurah) dan sebagainya.

# Perbahasan

- Perbezaan pendapat di antara fuqahah dalam sesuatu permasalahan atau isu.





1.2 Keluarga

a) Nikah-kahwin

Perkahwinan

Islam telah menekankan kepentingan perkahwinan dan menguatkan perhubungan keluarga. Islam juga menekankan bahawa perkahwinan adalah yang penting dan pertama sekali perkara ibadat. Apabila kita merujuk kepada al-Quran  kita dapati maksudnya "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari diri yang satu dan yang menjadikan isterinya dan juga membiakkan dari keduanya zuriat keturunan laki-laki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan arham; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu". (surah al-Nisa' 4 : 1)

"Dialah (Allah) yang mencipta kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan ia mengadakan pada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain". (surah al-A'raaf 7 : 189)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawaIa menciptkan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu suami-isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Surah Ar-Rum 30::21)

"Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu anak-anak dan cucu cicit, serta kurniakan kepada kamu dari benda-benda yang baik lagi halal". (Surah An-Nahl 16:72)

Perkahwinan adalah dianjurkan bagi lelaki dan perempuan.  Disebutkan di dalam Al-Quran maksudnya -

"Dan kahwinkanlah orang0orang yang bujang lelaki dan perempuan dari kalangan kamu dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu.  Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha luas RahmatNya dan limpah kurniaNya lagi Maha Mengetahui.

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya".
(Surah An-Nur 924:32 dan sebahagian 33)

Perkahwinan adalah sunnah Nabi (s.a.w.) dan beliau telah bersabda maksudnya -

"Demi Allah bukanlah aku ini orang yang paling taqwa kepada Allah, tetapi aku tetap berpuasa dan berbuka, bersalat dan tidur dan berkahwin.  Barangsiapa membenci sunnahku, bererti ia bukan dari umatku".

Nabi (s.a.w.) juga telah bersabda maksudnya -

"Bila di antara kamu ada yang mampu kahwin hendaklah ia berkahwin, kerana nanti matanya akan lebih terjaga dan kemaluannya akan lebih terpelihara,  Dan bilamana  ia belum mampu kahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu mengawal nafsunya".
(Sunan Abu Dawud, Kitab Al-Nihah)

Perkahwinan didalam Islam bukan perjanjian atau kontrak biasa akan tetapi ia adalah perjanjian yang kuat (mithaq ghlidha).

Di masa haji beliau yang terakhir Nabi (s.a.w.) telah berpesan maksudnya -

"Bertaqwalah kepada Allah mengenai kaum perempuan.  Sebenarnya kamu telah mengambil mereka atas jaminan kepada Allah dan perhubungan jenis dengan mereka telah dihalal bagi kamu dengan perkataan-perkataan Allah". (Sahih Muslim, Kitab al-Haji Vol. 2 p. 615)

Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya -

"Dan jika kamu hendaklah mengambil isteri menggantikan isteri lama yang kamu ceraikan sedang kamu telahpun memberikan kepadanya harta yang banyak maka janganlah kamu mengambil sedikit pun dari harta itu.  Patutlah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan yang menyebabkan dosa yang nyata?  Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan lain dan mereka pula telahpun mengambil perjanjian yang kuat (mithaq ghalidha) dari kami". (Surah An-Nisaa 4: 20-21)
 
Supaya kita betul-betul memahami hak-hak dan kewajipan suami isteri di dalam Islam ada baiknya jikalau kita memandang kepada ajaran Islam mengenai kedudukan lelaki dan perempuan. Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat serta orang-orang perempuan yang benar,  dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri kepada Allah dan orang-orang perempuan yang merendah diri kepada Allah dan orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatan serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatan dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar". (Surah Al-Ahzab 33:35)

Mengenai hak-hak perempuan al-Quran menerangkan maskudnya -

"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan". ( Surah Al-Baqarah 2:228)

Kedudukan itu telah dijelaskan di dalam suatu ayat al-Quran yang lain yang bermaksud -

" Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan dan memberi nafkah sebahagian dari harta mereka". (Surah an-Nisa 4:34)

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Setiap orang dari kamu pengembala dan bertanggungjawab terhadap yang digembalakan.  Kepala negara pengembala dan bertanggungjawab terhadap bawahannya. Seorang suami pengembala keluarganya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya.  Seorang isteri pengembala dalam ruamah suaminya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya.  Seorang makan gaji pengembala mengenai hartabenda majikannya dan bertanggungjawab terhadap yang digembalanya.  Tiap-tiap orang dari kamu adalah pengembala dan bertanggungjawab terhadap apa yang digembalakannya".

Suami dan isteri hendaklah menguruskan soal rumahtangga mereka dengan cara tolong menolong dan bantu membantu.  Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -

"dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka". (Surah Ash-Syura 42:38)

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), 1984 memperuntukkan sesuatu perkahwinan adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara", untuk menjadikannya sah.  Sebagai tambahan beberapa peruntukan pentadbiran telah diadakan di bawah Akta itu.  Pada masa sekarang diperuntukkan bahawa suatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta itu akan tetapi telah dicadangkan bahawa peruntukan itu hendaklah dipinda supaya memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta ini tidak boleh didaftarkan di bawah Akta itu akan tetapi telah dicadangkan bahawa peruntukan itu hendaklah dipinda supaya memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Akta itu akan tetapi sah mengikut Hukum Syarak hendaklah didaftarkan tertakluk kepada penalti yang dikenakan.  Ini termasuk perkahwinan di bawah umur minima (S. 8) dan poligama (S. 23).  Ada juga terdapat peruntukan cara bagi permohonan berkahwin dan untuk pendaftaran perkahwinan.
 

Antara peruntukan di dalam Akta itu adalah peruntukan yang memerlukan persetujuan wali pihak perempuan untuk perkahwinan selain dari persetujuan perempuan itu.  Ini mengikut ajaran yang ditafsir di dalam mazhab itu.  Antara hadis yang digunakan ialah hadis maksudnya -

"Perkahwinan seorang perempuan tanpa izin walinya, adalah batal, batal, batal - Jika ada pertelingkahan Sultan yang menjadi wali bagi seorang yang tidak mempunyai wali".

Mengenai poligami kita boleh merujuk kepada ayat di dalam al-Quran yang maksudnya -

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua, tiga atau empat.  Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.  Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah supaya kamu tidak melakukan kezalaiman". (Surah An-Nisaa 4:3)

"Dan kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya.  Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-melampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang; dan jika kamu memperbaiki keadaan yang picang itu dan memelihara diri daripada perbuatan yang zalim maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi". (Surah An-Nisaa 4:129)

Di dalam al-Quran disebutkan perkahwinan-perkahwinan yang dilarang, seperti maksudnya -

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut - ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu yang telah menyusukan kamu dan suadara-saudara susuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu dan kamu telahpun menceraikan mereka, maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya.  Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.  Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.  Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.

Dan diharamkan juga kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan isteri orang.  Haramnya segala yang tersebut itu ialah suatu ketetapan Allah yang diwajibkan ke atas kamu.  Dan sebaliknya dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut, untuk kamu mencari isteri dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara zina.  Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya setelah ia menjadi isteri kamu maka berikanlah kepada mereka maskahsinnya dengan sempurna sebagai ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.  Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu suami isteri, sesudah ditetapkan maskahwin itu tentang cara dan kadar pembayarannya.  Sesungguhpun Allah Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
(Surah An-Nisaa 4: 23 - 24)

Disebutkan juga di dalam al-Quran maksudnya -

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan musyrik kafir sekalipun keadaannya menarik hati kamu.  Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan-perempuan Islam dengan lalaki kafir musyrik sebelum mereka beriman.  Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu.  Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan dengan izinNya.  Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada umat manusia, supaya mereka dapat megambil pelajaran". (Surah al-Baqarah 2:221)

"Pada masa ini dihalalkan bagi kamu memakan makanan yang lazat serta baik.  Dan makanan orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan kamu adalah halal bagi mereka.  Dan dihalalkan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan di antara perempuan-perempuan yang beriman dan juga perempuan-perempuan yang menjagi kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamumemberi mereka maskahwinnya, sedang kamu bernikah bukan berzina dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan.  Dan sesiapa yang ingkar sesudah ia beriman maka sesungguhnya gugurlah amalannya dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (Surah al-Midah 5:5)

Perhubungan suami isteri
 
Seperti yang telah dihuraikan di atas, Islam menekankan pentingnya dan kewajipan menjaga hubungan perkahwinan seperti yang disebutkan di dalam al-Quran maksudnya :

"Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dan menyebut-nyebut namaNya serta peliharalah hubungan arham; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu"
(surah al-Nisa'  4:sebahagian ayat 1)
 
"Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan memberi nafkah sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat dan yang memelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan  yang kamu bimbang melakukan perbuatan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan jika mereka berdegil pulaukan mereka di tempat tidur dan kalau juga masih berdegil pukullah mereka dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Lagi Maha Besar". (surah al-Nisa'
4:34)

"Dan isteri-isteri mempunyai hak yang sama seperti hak suami terhadap mereka dengan cara yang sepatutnya; dalam pada itu orang-orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas orang-orang perempuan". (surah al-Baqarah 2 : sebahagian ayat 228)

Suami dan isteri diperintah hidup bersama di dalam aman dan hidup mesra dengan perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya bahawa Allah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang ynag berfikir". (surah al-Rum 30:21)

Al-Quran juga mengingatkan kita maksudnya :

"Wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan  jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka isteri-isteri kamu itu dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasai benci kepada mereka janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (surah al-Nisa' 4 : 19)

Pada masa haji terakhir baginda Nabi s.a.w. telah berkhutbah antara lain maksudnya -

"Bertakwalah kepada Allah mengenai kaum perempuan! Sesungguhnya kamu telah menerima mereka atas jaminan Allah dan perhubungan kamu dengan mereka telah dihalalkan dengan perkataan-perkataan Allah. Kamu mempunyai hak atas mereka iaitu mereka tidak membenarkan sesiapa duduk atas katil kamu yang kamu tidak berkenaan. Jika mereka membuat demikian kamu boleh memukul mereka akan tetapi tidak dengan keras. Hak-hak mereka supaya kamu memberi mereka makanan dan pakaian dengan cara yang sepatutnya." (sahih Muslim, kitab al-Hajj)

Perhubungan suami isteri kerana sangat rapat dan mesra masing-masing disifatkan, antara satu sama lain, sebagai pakaian yang lekat di badan yang dapat mengawal dan memelihara pemakainya.

Seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka."
(surah al-Baqarah 2 : 187)

Perhubungan jenis di antara suami dan isteri dijadikan suci. Di dalam al-Quran disebutkan maksudnya -

"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang disukai dan sediakanlah amal-amal yang baik untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya pada hari akhirat kelak. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." (surah al-Baqarah 2 : 223)

Kita dianjurkan berdoa kepada Allah seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Wahai Tuhan kami berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa." (surah al-Furqa 25 :74)

Tugas suami dan ayah di dalam Islam ialah seperti yang disebut di dalam al-Quran maksudnya -
"Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahannya manusia dan batu." (surah al-Tahrim 66 : sebahagian ayat 6)

Di dalam al-Quran disebutkan juga maksudnya -

"Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka suami isteri membuat perdamaian di antara mereka berdua secara yang sebaik-baiknya kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka daripada cerai berai;sedang sifat bakhil kedekut tidak suka memberi atau bertolak ansur itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan." (surah al-Nisa' 4 : 128)

Mengenai hak berkaitan pendapatan, disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang-orang perempuan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; maka berusahalah kamu dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..."
(surah al-Nisa' 4 : sebahagian ayat 32)
 

Perceraian

Talaq adalah perbuatan yang tidak disukai. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya -
"Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talaq."
(sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq Vol. 2 p. 586)

"Siapapun perempuan yang minta cerai kepada suaminya tanpa suatu sebab, maka haram baginya bau syurga."

Di dalam al-Quran ada disebutkan banyak ajaran mengenai talaq dan acaranya. Antara ayat ialah yang bermaksud -

"Talaq yang boleh dirujuk kembali itu hanya dua kali. Sesudah itu boleh ia rujuk dan memegang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan dengan cara yang baik."
(surah al-Baqarah 2 : sebahagian ayat 229)

"Sesudah dicerai dua kali itu jika diceraikan pula bagi kali yang ketiga maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan oleh suami baharu itu dan habis eddahnya, maka mereka berdua suami lama dan bekas isterinya tidaklah berdosa untuk kembali berkahwin semula jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mahu mengetahui dan memahaminya." (surah al-Baqarah 2 : 230) 

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka dari berkahwin selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.  Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali isteri-isteri itu jika suami-suami bertujuan hendak berdamai." (surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 228)

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu kemudian mereka hampir habis tempoh eddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka dan (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejekan-ejekan dan permainan. Dan kenanglah nikmat Allah yang diberi kepada kamu dan kenanglah apa yang diturun kepada kamu iaitu kitab al-Quran dan ilmu hikmah, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (surah al-Baqarah (2) : 231)

Di dalam Surah At-Talaq disebutkan maksudnya -
"Wahai Nabi !  Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa dapat memulakan  iddahnya dan hitunglah masa-masa iddah itu dengan betul  serta-bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.  Janganlah kamu mengeluarkan dari rumah-rumah kediamannya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.  Dan  itulah aturan-aturan  hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya  ia telah berlaku  zalim  kepada dirinya.  Patuhilah hukum-hukum itu kerana engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara yang lain.

Kemudian apabila mereka hampir habis tempoh iddahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (ruju') dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu; dan hendaklaha kamu yang menjadi saksi menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.  Dengan hukum  Allah yang tersebut diberi pengingatan  dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segara perkara yang menyusahkannya -

serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.  Dan ingatlah sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah cukuplah baginya.  Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.  Allah telahpun menentukan kadar dan kuasa masa yang berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Dan  perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haidh jika kamu menaruh syak terhadap tempoh iddah mereka, maka iddahnya ialah tiga bulan; dan demikian juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaidh.  Dan perempuan-perempuan  mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak (melepaskan beban mereka).  Dan ingatlah sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan.

Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan ingatlah sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.

Tempatlah isteri-isteri yang menjalani iddahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai  dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu  yang menyakiti mereka dengan tujuan hendaklah menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu.  Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu berikanlah kepada mereka upahnya dan berundinglah di antara kamu dengan cara yang baik.  Dan sebaliknya jika kmau mengalami  kesulitan, maka bolehlah perempuan iaitu menyusukannya.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yag diberikan Allah kepadanya sekadar mampu; Allah tidak memberati  seseorang melainkan sekadar kemampuan yang diberikan Allah kepadanya.  Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.  (Surah At-Talaq (65) : 1 - 7)

Perdamaian digalakkan, seperti yang disebut dalam Al-Quran maksudnya - "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka (suami isteri) maka lantiklah hakam untuk mendamaikan  mereka iaitu seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.  Jika kedua-dua hakam itu dengan ikhlas bertujuan hendak mendamaikan nescya Allah  akan menjadikan kedua suami isteri berpakat baik.  sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuanNya;  (Surah An-Nisaa (4) : 35)

Ada diriwayatkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud -

"Bahawa Ibn Umar menthalaq salah seorang isterinya di masa haid dengan sekali talaq.  Lalu Umar menyampaikan hal itu kepada Nabi s.a.w.   Maka beliau bersabada "Surahlah dia untuk merujuk, kemudian bolehlah ia mentalaqnya jika telah suci atau ketika ia hamil.  (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Talaq Vol 2 p. 586)

Di dalam satu hadith yang lain disebutkan maksudnya -

"Rasulullah (s.a.w.) mengakhbarkan kepada kami tentang seorang laki-laki yang menceraikan isterinya tiga kali sekaligus, maka beliau berdiri dengan marah lalu bersabda "Apakah akan dipermainkan kitab Allah padahal saya ada ditengah-tengah kamu?" Sehingga bangunlah seorang lalu berkata " Wahai Rasulullah! Adakah saya boleh membunuh dia?

Mengenai khlu' disebut di dalam al-Quran -
"Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan) kecuali jika keduanya suami isteri takut  tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.  Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran tebus talak yang diberikan oleh isteri untuk menebus diriny dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu.  Itulah  aturan-aturan  hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah maka mereka itulah orang yang zalim.  (Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 229)

Di dalam suatu hadith pula disebutkan maksudnya -

"Isteri Tsabit bin Qais datang kepada Rasulullah (s.a.w.) sambil berkata "Ya Rasulullah saya tidak mencela akhlaq dan agamanya, tetapi  saya tidak ingin mengingkari ajaran Islam.  Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Mahukah kamu mengambilkan kebunnya" Jawabnya "Mau".  Maka Rasulullah s.a.w.  bersabda "Terima Tsabit kebun itu dan talaqlah ia satu kali ".
(Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq vol 2 p. 600)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) ada disebut mengenai talaq dan cara pelaksanaannya, perdamaian dan hakm, khulu, taalik dan fasak, rujukdan pendaftaran perceraian dan rujuk.  Ada peruntukan mengenai anggapan mati akan tetapi dicadang di dalam perkara itu isteri memohon fasakh.

Tuntutan fasakh boleh disandarkan kepada ayat al-Quran dan hadith antaranya yang bermaksud -
"Maka peliharalah dengan baik atau lepaskan dengan baik"
(Surah al-Baqarah (2) : Sebahagian ayat 229)

"Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiyakan dirinya sendiri"
(Sunan al-Baqarah (2) :  Sebahagian ayat 231)

Hadith Nabi s.a.w. maksudnya -
"Tidak boleh membahayakan dan membalas dengan bahaya"

Disebutkan juga di dalam al-Quran maksudnya -

"Dan jika perempuan bimbang akan timbul nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya dari suami, maka tiadalah salah mereka membuat pendamaian di antara mereka berdua secara yang sebaik-baiknya kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka dari bercerai-berai; sedang sifat bakhil kedekut tidak suka memberi atau bertolak ansur itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.  Dan jika kamu berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan. (Surah An-Nisaa (4) : 128)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga (Wilayah Persekutuan) 1984 tidak disebut mengenai zihar dan lian.  Lian  disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -

"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu, hanya dirinya sendiri, maka persaksian-persaksian bagi seorang yang menuduh itu hendaklah  ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar."

Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata - Bahawa la'nat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang dusta.

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri yang kena tuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali, bahawa suaminya yang menuduh itu sesungguhnya adalah dari orang yang berdusta.  Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata "Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."

Kesan pembubaran perkahwinan

Seorang perempuan yang dicerai berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal di dalam masa eddahnya.

Di dalam Al-Quran disebutkan maksudnya -

"Wahai Nabi!  apabila kamu (engkau dan umatmu) hendaklah menceraikan  isteri-isteri kamu maka cerikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya dan hitunglah masa iddah itu  dengan betul, serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.  Janganlah kamu mengeluarkan  mereka dari rumah kediamannya dan janganlah pula dibenaran  mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata" (Surah At-Talaq (65) - Sabahagian ayat 1)

Tempatkanlah isteri-isteri kamu yang menjalankan iddah itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka di tempat tinggalnya itu dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu.  Dan jika mereka keadaan sedang mengandung maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan  anak; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikalan kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara  kamu dengan cara yang baik.  Dan sebaliknya jika kamu  dari kedua pihak mengalami sulitan, aka bolehlah perempuan lain menyusukannya.  (Surah At-Talaq (65) : 6)

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya maka hendaklah  ia memberi nafkah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuannya yang (Surah at-Talaq (65) : 7)

Mengenai muta'ah disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -

"Tidaklah kamu bersalah jika kamu enceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh  mereka atau sebelum kamu menetapkan maskahwin untuk mereka.  Walaupun demikian  hendaklah kamu memberi muta'ah  (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu.  Iaitu suami yang senang hendaklah memberi saguhati itu menurut ukuran  kemampuannya;  dan suami yang susah pula menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan" (Surah al-Baqarah (2) : 236)

"Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat muta'ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan  yang wajib atas orang-orang taqwa".  (Surah al-Baqarah (2) : 241)

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya maka tiadalah  kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya.  Oleh itu berilah muta'ah (pemberian sagu hati) kepada mereka dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya. (Surah al-Ahzal (33) : 49)

Di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, ada disebutkan mengenai tuntutan maskahwin, nafkah eddah, mutaah dan tempat tinggal.  Ada juga disebut mengenai tuntutan harta sepencarian.  Harta sepencarian boleh diasaskan kepada beberapa pendpaat ulama dan fatwa dan terdapat juga hadith Nabi s.a.w yang bermaksud -

"Nabi (s.a.w.) telah menghukumkan pembahagian sama rata antara dua orang yang dua-dua menuntut atas binatang, tiap-tiap seorang mendakwa binatang itu dia yang punya, selepas dua-dua mereka mengangkat sumpah"

Kedudukan kanak-kanak
 
Kesahtarafan seorang anak boleh diputuskan berdasar kepada dua ayat al-Quran yang bermaksud -

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.  Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan"
(Surah al-Ahqaf (46) : 15)

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan  susunya ialahd alam masa dua tahun.
(Surah Luqman (31) : 14)

Jelaslah dari dua ayat ini bahawa masa mengandung yang minima ialah 6  bulan.  Adalah riwayat dari Aishah yang menyatakan "anak itu tidak tinggal lebih dari dua tahun dalah rahim ibunya" - ini menjadi pegangan mazhab Hanafi.  di dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) maka itu ditetapkan 4 tahun.

Mengenai hak jagaan anak disebutkan di dalam al-Quran maksudnya -
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan  penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.  Tidaklah diiberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.  Janganlah menjadikan seorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan seorang bapa menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut jika sibapa tiada.  Kemudian  jika keduanya suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya.  Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan upah yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.  Dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah (2) : 233)

Terdapat juga dua hadith yang boleh menjadi panduan perkara hadhanah  ini.  Hadithnya ialah yang bermaksud -

(a)    "Dari Abdullah bin Amar, bahawa seorang perempuan bertanya "Ya Rasulullah, sesungguhnya bagi anak laki-lakiku ini       perutkulah  yang mengandungnya, pangkuan aku menjadi perlindungannya dan tetek aku yang menyusuinya, tiba-tiba sekarang ayahnya mahu mencabutnya dari aku.  Maka Rasulullah s.a.w. bersabda "Engkaulah lebih berhak terhadapnya selama engkau tidak berkahwin lain" (Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol.2 p. 636)

(b)    "Seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. katanya "Ya Rasulullah!   Sesungguhnya suamiku mau membawa anakku pergi pada hal dialah yang mengambil air untukku dari sumur Abu Unbah dan dia pun berguna sekali bagiku.  Maka Rasulullah s.a.w. bersabada "Ini ayahmu dan ini ibu mu.  Pilihlah mana yang engkau sukai".  Lalu anak tersebut  memilih ibunya.  Lalu ibunya pergi membawa anaknya. (Sunan Abu Dawud Kitab at-Talaq Vol. 2 p. 617)

b) Pembahagian harta pusaka

Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam

Apabila seorang yang beragama Islam meninggal dunia, perkara-perkara yang perlu dilaksanakan mengikut keutamaan ialah :

1) membayar segala pengurusan pengkebumian si mati dan kos-kos yang berkaitan dengannya;
2) membayar hutang-hutang yang masih dimiliki oleh si mati (melainkan jika si pemiutang telah menghalalkan hutang itu);
3) perlaksanaan wasiat yang telah dibuat oleh si mati (jika ada);
4) pembahagian harta pusaka si mati kepada ahli warisnya yang berhak menurut perundangan Islam.

Apakah kebebasan seorang Muslim di dalam membuat wasiat ke atas hartanya?

Kebebasan seorang Muslim membuat wasiat adalah terhad kepada satu pertiga (1/3) daripada hartanya untuk penerima wasiat yang tidak tersenarai sebagai ahli waris yang berhak mewarisi harta pusaka. Ini bermakna sebanyak satu pertiga (1/3) sahaja daripada harta si mati yang akan dibahagikan mengikut kehendak wasiat.

Apakah kesan wasiat si mati jika ia bertentangan dengan had-had yang telah ditetapkan?

Wasiat si mati akan terbatal melainkan mendapat persetujuan daripada kesemua ahli waris si mati yang berhak mewarisi harta pusaka. Sekiranya wasiat itu diteruskan pihak yang tidak berpuashati boleh membawa kes ini ke Mahkamah Syariah.

Apakah yang berlaku kepada dua pertiga (2/3) daripada harta si mati yang tidak boleh diwasiatkan?

Dua pertiga (2/3) daripada harta si mati yang tidak boleh diwasiatkan akan menjadi harta pusaka pewaris (si mati) untuk dibahagikan kepada ahli warisnya yang berhak menurut system pembahagian harta pusaka Islam (faraid).

Bagaimanakah pembahagian harta si mati jika ia meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat?

Sekiranya seorang Muslim meninggal dunia tanpa wasiat, maka keseluruhan harta-harta si mati menjadi harta pusaka yang akan dibahagikan kepada ahli warisnya yang berhak mengikut perundangan Islam (faraid).

Apakah yang berlaku pada harta pusaka si mati jika ia tidak mempunyai ahli waris yang berhak mewarisi harta pusaka?

Sekiranya seorang Muslim meninggal dunia tanpa meninggalkan ahli waris, maka harta si mati itu akan disalurkan kepada Baitulmal sebagai warisan bagi kaum muslimin secara am.

Apakah yang berlaku jika masih terdapat bakian harta pusaka setelah pembahagian dilaksanakan kepada ahli waris yang berhak?

Bakian harta pusaka yang tidak diwarisi oleh ahli waris (setelah dibahagikan mengikut system faraid) akan diserahkan kepada Baitulmal yang bertindak sebagai pemegang amanah kepada umat Islam secara menyeluruh.

Siapakah ahli waris si mati yang berhak mewarisi harta pusaka?

Ahli waris si mati yang berhak mewarisi harta pusaka terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu :

1) Ashab al-furud : Ahli waris yang berhak mewarisi bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan di dalam faraid Islam. Mereka terdiri daripada tiga kategori :

i) Ahli waris utama yang berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan walau apa juga keadaan dan tidak akan terdinding oleh ahli waris yang lain. Mereka adalah :

+ Suami
+ Isteri
+ Bapa kandung
+ Ibu kandung
+ Anak perempuan

ii) Ahli waris kedua yang berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan sekiranya tiada pendindingan yang menghalang mereka daripada mewarisi harta pusaka. Mereka adalah-

+ Saudara perempuan seibu dan sebapa dengan si mati
+ Saudara perempuan sebapa dengan si mati
+ Saudara perempuan seibu dengan si mati
+ Saudara lelaki seibu dengan si mati

iii) Ahli waris gantian yang berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan apabila ahli waris utama telah meninggal dunia sebelum si mati. Mereka adalah-

+ Datuk lelaki
+ Nenek
+ Cucu perempuan daripada anak lelaki

2) Asobah : Ahli waris yang berhak mewarisi bakian harta pusaka si mati (residue). Oleh yang demikian, bahagian pewarisan harta pusaka tidak ditetapkan untuk mereka. Asobah terdiri daripada tiga kumpulan :

i) Asabah bi nafsihi : Mereka terdiri daripada tiga kategori mengikut tertib dan prioriti-

+ Bunuwwah : iaitu anak lelaki si mati dan kesemua cucu cicit lelaki daripada anak lelaki si mati.
+ Ubuwwah : iaitu bapa si mati dan datuk moyang lelaki kepada ayah si mati.
+ Ukhuwwah : iaitu saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja dengan si mati.
+ Umumah : iaitu bapa saudara sebelah bapa dengan si mati.

ii) Asobah bi ghairihi : Mereka terdiri daripada-

+ Anak perempuan si mati.
+ Cucu perempuan daripada anak lelaki si mati
+ Saudara perempuan seibu dan sebapa
+ Saudara perempuan sebapa

iii) Asobah ma a ghairihi : Mereka terdiri daripada-

+ Saudara perempuan seibu dan sebapa
+ Saudara perempuan sebapa


----- jadual lengkap, sila rujuk laman yg berkenaan [ http://www.johorebar.org.my/content/view/119/51 ]


Pengertian Ilmu Faraidh

Ilmu faraidh ialah ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si mati mengikut ketentuan-ketentuan Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

Yang Dimaksudkan Sebagai Harta Pusaka

Harta pusaka ialah peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia, baik berupa harta benda atau hak-hak atau apapun aset yang mempunyai nilai kebendaan, yang dibenarkan syariat untuk dipusakai oleh ahli waris.

Perkara tersebut di terangkan dalam Hadith Rasulullah s.a.w: "Barang siapa yang meninggalkan sesuatu hak atau harta, maka hak atau harta itu adalah untuk ahli warisnya setelah kematiannya."

Termasuk sebagai harta pusaka si mati adalah:

+ Harta benda yang bersifat tetap seperti bangunan, tanah, ladang dan seumpamanya
+ Harta benda yang bersifat tidak tetap atau boleh bergerak seperti wang tunai, peralatan, kenderaan, barang-barang kemas, pakaian dan seumpamanya
+ Hutang-hutang orang kepada si mati
+ Harta benda yang telah digadaikan si mati dan boleh ditebusi
+ Harta benda yang telah beli si mati semasa hayatnya berupa sesuatu pembelian yang telah dibayar wangnya tetapi belum diterima barangnya
+ Mas kahwin yang masih belum diserahkan kepada isteri sehingga ia meninggal
+ Harta-harta lain seperti wang simpanan, wang CPF, saham-saham, saham-saham amanah (Unit Trust), bon, insurance dan seumpamanya yang dibolehkan syarak
+ Harta benda yang disebutkan tadi sama ada berada di dalam dan di luar tempat tinggal si mati.
+ Lain-lain aset yang mempunyai nilai kebendaan.

Yang diistilahkan sebagai para waris

Para waris ialah orang yang berhak mewarisi harta pusaka si mati berdasarkan hubungan berikut dengan si mati :

+ Kekeluargaan (nasab)
+ Perkahwinan atau perwalian
+ Perhubungan perhambaan

c) Wakaf

Konsep Wakaf

Wakaf di dalam bahasa Arab ialah penahanan. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, wakaf ialah penahanan pokok harta yang dimiliki oleh pewakaf dan menyumbangkan manfaatnya (hasilnya) untuk orang miskin atau untuk tujuan kebajikan.

Penahanan itu, tidak bermakna hilang hak milik pewakaf ke atas harta tersebut. Pewakaf masih mempunyai hak ke atasnya dan boleh menarik balik penahanannya atau menjual harta itu, sebagaimana harta-hartanya yang lain.

Bagaimanapun, apabila seseorang telah mewakafkan hartanya untuk tujuan-tujuan yang diakui syarak, ia terikat kepada ketentuan yang dibuatnya dan tidak boleh menarik kembali keputusannya itu, atau ditarik kembali wakaf yang dilakukan itu atau dijual dan sebagainya, dengan sebab dua perkara :

Pertama : Apabila hakim telah memutuskan bahawa wakafnya itu terikat atau tertakluk kepada tujuan-tujuan yang ditentukannya.

Kedua : Apabila wakaf itu dibuat dengan jalan wasiat.

Jika hakim membuat keputusan bahawa harta yang diwakaf itu tidak terikat kepada tujuan yang ditetapkan atau tidak terikat dengan wasiat pewakaf, maka pewakaf atau warisnya berhak menarik balik wakaf atau menjualnya.

Menurut aliran perundangan Al-Shafiyyah, wakaf ialah penahanan sesuatu harta yang boleh dimanfaatkan dan digunakan penghasilannya untuk tujuan-tujuan penggunaan yang harus, tanpa menghabiskan pokok harta itu atau ainnya. Menurut aliran perundangan ini, apabila seseorang mewakafkan sesuatu harta atau barangan, bererti ia telah melarang dirinya membuat sesuka hatinya ke atas harta atau barangan itu untuk faedah dirinya sendiri seperti menjual, menghadiahkan, menggadai dan lain-lain hak yang dimilikinya sebelum harta atau barangan itu diwakafkan. Sebabnya, harta atau barangan itu telah menjadi hak milik Allah dan tidak lagi menjadi hak miliknya, dan tidak juga menjadi hak milik orang yang diwakafkan untuknya. Yang menjadi hak orang diwakaf untuknya, hanya mengambil manfaat atau hasilnya sahaja.
Ada pun pokok harta atau ain barangan itu, tidak menjadi milik pewakaf atau orang yang diwakaf untuknya.

Definisi yang dikemukakan oleh aliran perundangan Al-Shafiyyah ini mengandungi tiga elemen penting bagi setiap harta atau barangan yang diwakafkan.

1. Pemilihan harta atau barangan yang diwakafkan itu kembali kepada Allah.
Pemilikan Allah itu bersifat abadi dan wakaf tidak lagi boleh ditarik balik.

2. Terhapus hak milik pewakaf ke atas harta atau barangan yang diwakafkan itu.

3. Penggunaan manfaat atau hasil daripada harta atau barangan yang diwakafkan itu, untuk tujuan kebajikan atau yang diharuskan syarak.

Kedua-dua pendapat mengenai wakaf ini dapat dirumuskan sebagai berikut :

Pertama : Wakaf hanya melibatkan penggunaan manfaat sahaja dan tidak menyentuh milik pewakaf ke atas harta yang diwakafkan, kecuali jika diwakafkan menerusi wasiat atau dengan keputusan hakim. Jika berlaku demikian, wakaf itu tertakluk kepada butiran-butiran wasiat dan keputusan hakim itu.

Kedua : Pewakaf kehilangan miliknya ke atas harta atau barangan yang diwakafkan dan kembali kepada milik Allah s.w.t. Pewakaf tidak lagi mempunyai hak menjual, menggadai dan sebagainya buat selama-lamanya. Perbezaan pendapat perundangan ini, mempunyai kesan yang luas kepada pelaksanaan wakaf di negara-negara Islam. Bahkan perbezaan pandangan perundangan-perundangan ini, memberi ruang untuk membina dan membentuk sistem wakaf kontemporari, serta merangka konsep baru mengenai wakaf yang relevan dengan perubahan masa bagi melahirkan amalan berwakaf yang lebih profesional, progresif, dan berkesan bagi mengembangkan amal jariah untuk kebajikan.

Daripada perbezaan pendapat perundangan ini juga, kita dapati bahawa penghayatan Islam di lapangan muamalat adalah “flexible” dan harus dirangka kaedah-kaedah dan sistem terkini untuk menjadikan amalan wakaf itu lebih menarik dan dapat mengumpulkan lebih ramai pewakaf untuk mengembangkan amalan berwakaf di negara ini. Dengan itu, sumber untuk membiayai kerja-kerja kebajikan akan lebih kukuh. Maka, keadilan sosial dapat ditegakkan secara lebih berkesan lagi.

Konsep Baru Wakaf

Tiada halangan syarak untuk kita membina konsep baru mengenai wakaf bagi memudahkan kita merangka sistem yang boleh dilaksanakan ibadat wakaf secara lebih berkesan asalkan matlamat dan tujuan wakaf itu dapat dipenuhi sebagaimana asalnya, iaitu mengumpul dana dan sumber kukuh yang berterusan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial untuk kebajikan golongan terpinggir di dalam masyarakat atau lain-lain kebajikan yang dibenarkan syarak.

Konsep baru wakaf yang diperkenalkan ini merupakan gabungan atau rumusan daripada ulama Al-Hanafiyyah, Al-Mahkiyyah dan Al-Shafiyyah, dan bukannya idea inovatif yang tidak langsung mengambil kira pandangan-pandangan warisan di dalam sastera perundangan Islam klasik. Tujuan dikemukakan konsep baru ini ialah untuk membolehkan pelaksanaan wakaf secara lebih berkesan, dan profesional, baik dari segi amalan wakaf itu, mahu pun pengurusannya, supaya lebih telus dan relevan dengan perkembangan hidup kontemporari.

Di dalam konsep baru ini, elemen wakaf manfaat dan tidak ain sesuatu harta dan barangan seperti pandangan Abu Hanifah menjadi elemen yang terpenting. Tetapi sifat kekal yang terdapat di dalam konsep wakaf Al-Shafiyyah, juga adalah penting supaya dapat dielak pemberian yang bersifat sementara yang boleh mengganggu proses pengurusan dan penggunaan manfaat untuk program-program kebajikan dan sosial.

Ini bermakna wakaf itu ialah pelaksanaan harta atau barangan atau saham di dalam mana-mana harta yang dimiliki secara bersama, tanpa kehilangan hak pewakaf ke atas harta, barangan dan saham tersebut dengan syarat bahawa penahanan manfaat untuk tujuan wakaf itu adalah untuk selama-lamanya. Ini juga bermakna hak pewakaf ke atas harta itu tidak hilang, namun, ia tidak lagi boleh menggunakan hasil dan manfaat daripada harta itu, melainkan untuk tujuan-tujuan wakaf yang telah ditetapkannya. Pewakaf boleh menjual harta, barangan dan saham wakaf itu, kepada orang lain dan orang yang membeli itu membeli harta tersebut untuk tujuan wakaf dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pewakaf pertama dan dipersetujui oleh pewakaf yang baru.

Barangkali konsep wakaf yang dikemukakan ini, dilihat aneh. Tetapi sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak syarie. Justeru di dalam muamalat kefahaman mengenai pelaksanaan dan kaedah pelaksanaan, adalah anjal. Jika Al-Shafiyyah dan Al-Hanafiyyah mempunyai perbezaan pandangan mengenai konsep wakaf, perbezaan itu tidak lain, adalah kerana keanjalan fiqh Islam itu sendiri. Imam-imam kita terdahulu, memanfaat kebebasan berfikir dan berinovasi di dalam bidang-bidang seperti muamalat ini, asalkan tidak terkeluar daripada objektif dan prinsip yang ditetapkan. Konsep baru yang dikemukakan ini, adalah rumusan atau penyesuaian antara pandangan dua aliran perundangan yang diakui atau muktabar yang dikira dapat dimanfaatkan. Sebagai asas kepada cadangan pembentukan sistem wakaf kontemporari.

Penyesuaian antara isu pemilikan ke atas harta wakaf dan keabadian manfaat wakaf untuk tujuan-tujuan kebajikan, dan tujuan-tujuan lain yang diharuskan syarak, adalah menjadi asas kepada konsep wakaf yang baru, di mana hak milik ke atas harta wakaf itu kekal di tangan pewakaf, berdasarkan kepada pandangan aliran Al-Hanafiyyah dan kekalnya manfaat atau hasil harta itu untuk tujuan wakaf, adalah didasarkan kepada pendapat Al-Shafiyyah.

Tidak timbul masalah talfiq di sini, kerana penyesuaian dilakukan bukan di dalam lapangan ibadat khusus dengan meringan-ringankan kewajipan. Tetapi penyesuaian yang dilakukan adalah bertujuan menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam amalan berwakaf bagi menjadikannya lebih praktikal dan berkesan. Lagipun wakaf adalah isu muamalat yang bersifat anjal dari segi kaedah pelaksanaannya.

Cadangan Sistem Baru

Untuk mengemukakan cadangan mengenai sistem wakaf yang baru, beberapa isu perlu diperjelaskan kedudukannya. Isu pertama ialah mengenai harta atau barangan yang hendak diwakafkan.

Kebanyakan harta-harta yang diwakafkan di zaman awalan Islam ialah harta-harta kekal atau tahan lama, seperti tanah, rumah dan lain-lain. Harta yang diwakafkan oleh Umar Ibn Khattab ialah sebidang tanah. Uthman pula mewakafkan telaga Al-Rahmah untuk kegunaan kaum Muslimin. Harta-harta yang berkekalan itu bukanlah terbatas kepada harta-harta tidak boleh alih sahaja. Tetapi termasuk harta boleh alih, seperti senjata atau alat-alat pertanian. Yang dimaksudkan berkekalan itu ialah yang tahan lama kegunaannya. Ini dinyatakan di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, dan Ahmad daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menyeru supaya diwakafkan alat-alat peperangan. Alat-alat peperangan bukanlah kekal, tetapi ia adalah sesuatu yang tahan lama.

Menurut sesetengah ahli hukum, unsur terpenting di dalam harta yang diwakafkan ialah kegunaannya. Pendapat ini, dianggap pendapat yang kukuh dalam mazhab Syafie. Justeru, tanaman kekal yang ditanam di tanah yang disewakan boleh diwakafkan. Menurut Al-Qalyabi, syarat berkekalan sudah memadai dengan jarak masa antara permulaan perjanjian sewa dan masa tamatnya. Jika bangunan atau tanaman di tanah yang disewakan itu dipindahkan ke tempat lain dan masih boleh digunakan, bangunan dan tanaman itu, masih kekal sebagai wakaf.

Perbahasan mengenai isu ini, dikemukakan bagi menentukan kesesuaian harta kontemporari yang didaftarkan sebagai saham. Adalah jelas, dilihat dari kegunaannya yang lama, saham merupakan harta yang menterjemahkan milik ke atas harta-harta tertentu, seperti tanah atau firma-firma yang mengeluar dan mengedar pelbagai barangan. Ini bernakna bahawa saham di dalam syarikat-syarikat yang memiliki tanah, mengeluarkan barangan dan perkhidmatan boleh diterima sebagai harta yang boleh diwakafkan berdasarkan pemilikan dan juga kegunaannya yang kekal atau lama.

Isu kedua yang perlu difahami di dalam usaha membangun sistem wakaf kontemporari ialah isu yang berkaitan dengan pengurusan.

Di dalam pengurusan tradisi, orang yang berwakaf mempunyai kuasa yang luas di dalam menentukan siapakah yang akan mentadbir wakaf itu. Bahkan, dia dibolehkan melantik dirinya sebagai pengurus. Jika pewakaf memutuskan perlantikan dirinya atau orang lain sebagai pentadbir, syarat itu mestilah dipatuhi.

Jika orang yang berwakaf itu tidak mensyaratkan pengurusnya, maka pewakaf itulah yang menjadi pengurusnya. Ini berdasarkan pendapat bahawa hak milik harta yang diwakafkan itu masih di tangan orang yang berwakaf. Tetapi bagi pendapat yang menyatakan bahawa hak milik ke atas harta itu hak milik Allah, maka kuasa mentadbir terserah di pihak yang diwakafkan untuknya atau kepada hakim atau kerajaan. Menurut pengarang Al-Muhla, pendapat yang kuat ialah bahawa hakim atau kerajaan yang menjadi pengurusnya.

Di dalam pelaksanaan wakaf kontemporari, keutamaan di dalam pengurusan wakaf diambil kira dari segi keberkesanan, ketelusan, dan tahap profesionalisme pengurusan itu. Pentadbiran seperti inilah yang sebenarnya yang memenuhi kehendak syarak sama ada ia dijalankan oleh sektor awam atau swasta. Pandangan yang memberi kuasa pentadbiran kepada pemerintah atau hakim, sebenarnya adalah kerana keupayaan pemerintah mengurus harta wakaf itu dengan berpegang kepada prinsip keadilan yang lebih sempurna.

Dari segi syarak tiada halangan bagi pewakaf untuk menentukan pengurusnya kepada pihak swasta atau pihak awam untuk mengurus wakaf. Tetapi perundangan negeri telah memutuskan, demi maslahat umum, bahawa hanya pihak berkuasa awam sahaja yang boleh mengurus harta wakaf itu. Dalam hubungan ini ialah Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Setelah mengambil kira isu-isu yang dibangkitkan di atas, suatu kerangka wakaf untuk dilaksanakan di zaman ini, boleh dicadangkan supaya amalan wakaf dapat dilaksanakan secara lebih berkesan, sebagai instrumen yang dapat memenuhi tujuan syarak, memelihara harta-benda dan mengurusnya untuk memenuhi keperluan manusia di tahap dharuriyyat, hajiyat dan tahsinat.

Yang dilaksanakan dengan harta bagi tujuan wakaf ialah harta berkekalan atau yang tahan lama, sama ada tanah, bangunan, alat-alat perindustrian dan lain-lain. Di dalam amalan moden, harta-harta itu diterjemahkan ke dalam bentuk saham, bagi memudahkan tujuan perkongsian pemilikan ke atas harta tersebut. Penggunaan kaedah saham ini, bukan pengganti kepada harta tersebut, tetapi sebagai cara memudahkan pengurusan. Ini bermakna yang diambil kira sebenarnya harta itu sendiri. Saham adalah kaedah pengurusan bagi memudahkan transaksi.

Penerimaan terhadap konsep saham bagi memudahkan transaksi, membolehkan amalan wakaf secara moden dilaksanakan. Pengurusannya juga boleh dilakukan secara profesional bagi memastikan wakaf sebagai instrumen ekonomi untuk pembangunan ummah.

Dengan menggunapakai fatwa dan perundangan ulama di luar mazhab Syafie, penawaran saham wakaf boleh ditawarkan kepada masyarakat untuk membelinya bagi tujuan wakaf. Saham tersebut boleh dipindah milik dengan syarat tujuan pembelian itu juga adalah untuk diwakafkan kepada pihak yang sama. Contohnya, A memiliki 100 saham wakaf di dalam sebuah bangunan F. Manfaatnya adalah untuk memakmurkan masjid. A boleh menjualkan sebahagian atau sama sahamnya itu kepada B untuk diwakafkan bagi tujuan yang sama.

Pelaksanaan kaedah ini, berdasarkan kepada pendapat bahawa yang diwakafkan itu adalah manfaat harta F dan hak milik A ke atas harta tersebut kekal di tangan A. Justeru hak miliknya adalah kekal, maka A berhak menjualnya kepada orang lain, tetapi manfaat daripada A itu telah diwakafkan dan tidak boleh berubah.

Bahkan jika digunapakai pendapat Al-Hanafiah, wakaf boleh ditentukan untuk tempoh yang ditetapkan dan bukan untuk selamanya. Apabila tamat tempoh berkenaan, harta tersebut tidak lagi menjadi harta wakaf.

Pelaksanaan saham wakaf boleh membuka peluang yang luas kepada masyarakat Islam mengamalkan wakaf mengikut keupayaan masing-masing. Mereka tidak perlu memiliki harta untuk berwakaf. Memadai mereka membeli saham di dalam harta yang tertentu dan mewakafkan harta tersebut atau manfaatnya sahaja. Bahkan jika yang diwakafkan itu manfaat daripada harta tersebut, saham yang dimilikinya boleh dijual kepada orang lain yang ingin mengamalkan wakaf yang sama, dengan syarat tujuan wakaf dan pihak yang diwakafkan itu juga adalah sama.

[ rujukan | datuk hj mohd nakhaie hj ahmad – Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia ]

Majlis Agama Perak

Mentadbir dan membangunkan dengan berkesan segala urusan hartanah dan sumber am di negeri Perak Darul Ridzuan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992

Seksyen 74

"...Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf am, wakaf khas dan semua nazar am, setakat mana sesuatu harta yang mengenainya terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan,..."

Di bawah bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit utama:-

        (a)    Unit Baitulmal

           Tanah Baitulmal merupakan tanah milik Baitulmal samada diperolehi melalui cara pembelian dan   perintah   pembahagian harta pesaka yang tiada waris atau  tidak dihabisi oleh waris.

              Tanah-tanah Baitulmal boleh dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan pendapatan dari  harta Baitulmal boleh digunakan untuk pentadbiran dan pembangunan Baitulmal sendiri.

 (b)   Unit Wakaf

Wakaf dalam bahasa Arab bermaksud menahan (habs) dan membeku (man’u) dari segi syarak, Syed Sabiq mendefinisikan wakaf sebagai “menahan harta untuk memberikan manfaatnya di jalan Allah s.w.t.”.

Secara umumnya wakaf bermaksud harta  yang ditahan dan diserahkan kepada Nazir Wakaf supaya dimanfaatkan hasil untuk tujuan yang ditentukan.

 

TA’RIF BAITULMAL :

           

Baitulmal menurut bahasa ialah tempat yang disediakan untuk menyimpan harta samada harta khas ataupun harta am.

           

SUMBER AM BAITULMAL

           

1) Sumber am Baitulmal hendaklah termasuk perkara-perakra berikut :-   


a)                  Sumbangan dan pemberian

b)                  Fidyah dan kaffarah

c)                   Wang dan harta orang Islam yang tidak dituntut

d)                  Wasiat am

e)                  Harta pusaka yang tidak diwarisi

f)                    Harta-harta tercicir (luqatah)

g)                  Lain-lain sumber Baitulmal mengikut Enakmen ini atau Hukum Syara’

 

2) Kerajaan hendaklah dari semasa ke semasa menyumbang kepada Baitulmal mengikut amaun yng difikirkannya wajar,

 

2.1   Majlis boleh menerima apa-apa deposit kedalam Baitulmal daripada mana-mana orang, badan atau organisasi Islam atas syarat-syarat tentang pembayaran balik dan pelaburannya dan apa-apa faedah-faedah lain yang boleh dibayar ke atasnya, atau selainnya, sebagaimana dipersetujui di antara Majlis dengan pendeposit.

 

2.2   Majlis boleh menjadi pemegang amanah bagi mana-mana pungutan kerana khairat di bawah Enakmen ini dan bagi apa-apa sumbangan atau pemberian yang diterima bagi maksud menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syara’.


TA’RIF WAKAF

 

 “Menahan harta benda yang kekal zatnya, yang mungkin di ambil manfaatnya, untuk diberikan pada jalan kebaikan.”

 

           

CIRI-CIRI WAQAF

Untuk menjamin amalan tersebut sah dan diterima  oleh syara, beberapa ciri penting perlu ada.

a.       Amalan waqaf akan menyebabkan kuasa pemilikan harata dari tuannya akan terhapus terhadap harta tersebut. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah.

b.       Waqaf adalah satu sedekah yang berlainan berterusan oleh itu harta yang hendak diwakafkan itu mestilah kekal sifat dan zatnya. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah.

c.       Setiap amalan wakaf mesti ada pemberi dan penerimanya.

d.       Setiap harta yang hendak diwakafkan mestilah harta persendirian dan bukan milik orang lain.

e.       Penggunaan harta wakaf mestilah digunakan untuk kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan syara’.

f.        Waqaf bukanlah pemberian harta kepada seseorang secara mutlak kerana harta waqaf adalah milik Allah. Kecuali pada pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah.

 

 

HIKMAH DISYARIATKAN WAKAF

a)      Menggalakkan orang-orang Islam menggunakan hartanya di jalan kebaikan bagi kepentingan masyarakat Islam, seperti pembangunan masjid, sekolah institusi-institusi pendidikan dan sosial, menyebarkan dakwah Islamiah, mengembangkan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

b)      Bagi memenuhi hajat orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan .

c)         Sebagai ‘amal taqarrub untuk mencari keredhaan allah, di mana kebaikannya akan terus berkekalan walaupun ia sudah meninggal dunia.

 

 

RUKUN WAKAF

d)      Waqif                      -           Orang yang berwakaf

e)      Mauquf                    -           Benda (harta) yang diwakafkan

f)        Mauquf Alaih            -           Orang (pihak) yang diwakaf atasnya

g)      Sighah                    -           Perkataan yang digunakan untuk maksud berwakaf

 

 

HUKUM - HUKUM YANG BERKENAAN DENGAN WAKAF

Wakaf merupakan satu ‘aqad yang pasti terbit daripada beberapa hukum :

a.       Tiada boleh khiyar apabila sudah berlaku ‘aqad wakaf samada khiyar majlis atau khiyar syarat.

b.         Perpindahan milik harta yang diwakafkan itu kepada Allah S.W.T. Kerana itu tidak ada bagi pemilik asal untuk bertindak (tasharruf) di dalam harta yang diwakafkannya itu, tidak menjualnya atau memberikannnya dan sebagainya.

c.         Perpindahan hak untuk mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan kepada pihak yang diwakafkan baginya, sama ada secara khusus ataupun secara umum.

 

 

JENIS - JENIS WAKAF


Wakaf terbahagi kepada tiga jenis :-

1. Wakaf Ahli ( Keluarga / khusus / khas) atau dikenali juga sebagai waqaf zurri

Waqaf yang menjadi milik kepada meraka yang ditentukan dalam konteks  waqaf. Dalam  waqaf ini mereka sajalah yang berhak untuk mendapat faedah dan kegunaan waqaf tesebut. Waqaf ini biasanya ditujukan kepada kaum keluarga sendiri, alim ulama dan orang – orang tertentu.


2. Wakaf Khairi (umum)


Waqaf umum ialah waqaf yang bersabit denagn nas al-Quran dan hadith, ia bertujuan untuk mendapat pahala dari Allah, beramal Jariah untuk fakir miskin dan juga untuk berjihad ke jalan Allah. Penerimanya adalah terdiri dari golongan fakir miskin atau badan kebajikan.

Waqaf jenis ini tidak memerlukan kepada akaun penerimaan  bahkan ia terus menjadi milik Allah. Harta waqaf ini akan dikendalikan oleh pemerintah dan dimanfaatkan kepada saluran-saluran kebajikan. Waqaf jenis ini jugadapat menikmati secara meluas oleh masyarakat dan sebahagiannya dapat merupakan salah satu sumber pembiayaan kegiatan pembinaan ummah samada dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

 

3. Wakaf Mustarak ( Campuran antara Ahli dan Khairi)

Waqaf ini merupakan campuran antara waqaf ahli yang khusus dan waqaf khairi yang umum. Misalnya waqaf tanah pertanian yang sebahagian dari hasilnya ditujukan untuk anak-anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Setengah daripada waqaf jenis ini telah menimbulkan masalah perpecahan harta yang melahirkan kerosakan dan lain-lain. Oleh itu setiap bahagian waqaf tersebut akan mengambil kedudukan serta hukum khusus samada sebagai waqaf ahli atau khairi.


TUJUAN DAN HIKMAT WAQAF


a)                  Tujuan yang paling utama ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat pahala daripadanya. Oleh itu setiap sesuatu yang berbentuk keagamaan akan dianggap suci dan sah dalam masyarakat dan ia merupakan satu pengorbanan atau pemberian yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah atau balasan baik di akhirat.

b)                  Tujuan dan matlamat waqaf dari segi pentadbiran dan perundangan pula ialah untuk membolehkan orang -orang yang membuat pengorbanan waqaf itu mencapai kemajuan kerohanian dalam penghidupannnya berdasarkan amalan kebaikan yang telah dilakukan semasa hayatnya. Sungguhpun begitu amalan waqaf bukanlah satu sedekah yang wajib, tetapi suatu amalan sunat yang digalakkan. Manakala tujuan dan matlamat waqaf dalam bidang kemasyarakatan pula ialah dengan adanya harta waqaf maka dapatlah pihak berkuasa merancang sesuatu rancangan untuk memajukannya.

c)                   Dengan adanya harta waqaf juga pihak berjkuasa dapat menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang memerlukannya. Dalam hal hubungan sosial pula, ia dapat menghubungkan antara pemberi dan pengguna harta waqaf tersebut dengan suatu hubungan erat. 

 

 

SYARAT – SYARAT BENDA YANG DIWAKAFKAN

a)                  Mestilah hanya milik sendiri.

b) Benda  yang bermanfaat dan mempunyai ciri-ciri yang kekal. Ini kerana harta tersebut berlainan daripada harta yang disedekahkan secara biasa.

 

 

SYARAT – SYARAT PERLAKSANAAN WAQAF

Setelah seseorang pewaqaf melafazkan waqafnya, ia mestialh dilaksanakan dengan kadar segera, berkekalan dan mengikut arah waqaf itu dibuat seperti perincian berikut :

a) Kemestian perlaksanaan : 
Waqaf merupakan amalan yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang syarat atau pilihan (khiyar) samada meneruskan atau membatalkan.

 

b) Perlaksanaan segera :
Apabila sesuatu waqaf itu telah dilafazkan, ia perlu dilaksanakan dengan segera tanpa tangguh-tangguh, atau diisyaratkan kepada kejadian sesuatu peristiwa atau kelahiran sesuatu perkara di masa akan datang. Perlaksanaan segera ini perlu kerana lafaz waqaf itu membawa kesan perlepasan hak milik waqif selepas sahaja lafaz itu dilakukan. Oleh itu waqaf tidak boleh tujukan  kepada anak-anak yang akan lahir.

 

c) Kekal selama-lamanya :
Waqaf tidak boleh dihadkan kepada satu tempoh masa tertentu kerana ia bersifat berterusan untuk ganjaran yang berterusan.

 

d) Menentukan arah waqaf yang jelas : 
Pihak-pihak yang dicadangkan untuk menerima waqaf mestilah dijelaskan secara terperinci untuk mengelakkan dari sebarang kekecohan, fitnah atau persengketaan di belakang hari.

 

 

SYARAT – SYARAT LAFAZ (SIGHAH)


Sighah adalah merupakan lafaz atau ucapan yang dilakukan oleh pewaqaf dan penerima waqaf, yang terkandung didalamnya satu pengakuan penerimaan. Maka dengan itu sighah adalah merupakan unsur utama dalam urusan ibadat waqaf. Oleh itu penting dituturkan dengan jelas supaya diketahui dan difahami maksud sebenar pewaqaf.

 

Para fuqaha telah bersependapat bahawa sesuatu waqaf itu dapat dilaksanakan dengan sebarang lafaz perkataan yang mengandungi maksud yang hendak disampaikan, samada iaya berbentuk secara terang, atau kinayah. Lafaz sighah ini pula terlebih baik ditulis atau dibuat dihadapan saksi, kerana mungkin disebalik perkataan tersebut terdapat pula pelbagai syarat lain yang perlu dipenuhi oleh penerima waqaf. Lafaz sighah lebih ‘afdhal’ jika ditulis.

 

 

SYARAT – SYARAT UNTUK MENJADI PENGURUS HARTA WAQAF

 

  i.                  Adil

Syarat ini tidak termasuk bagi pengawas / penyelia harta waqaf yang diberikan kepada dirinya sendiri.

 

ii.                  Amanah

Seseorang yang boleh diharap dan tidak khianat terhadap tugas yang diberikan.

 

iii.                   Berupaya untuk berurusan dengannya

Iaitu seseorang yang tahu untuk menjaga dan memajukannya.

 

iv.                  Orang dewasa
Ini bermakna bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menguruskan harta waqaf.

Selain daripada syarat di atas, persetujuan daripada orang yang dilantik adalah diperlukan.

 

 

TUGAS PENGURUS / PENYELIA HARTA WAQAF

a)                  Tugas penyelia berkenaan meliputi menjaga, membangun, memaju dan membahagikan harta tesebut kepada orang-orang yang berhak dan berkenaan. Penyelia / pengurus berkenaan bebas melaksanakan program yang berfaedah untuk memajukan harta berkenaan asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak.

b)                  Walaupun begitu pihak penyelia tidak boleh berhutang dari pihak lain untuk memajukan harta waqaf berkenaan melainkan mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa. Tugas penyelia ini menyerupai tugas seseorang yang di amanahkan untuk menjaga anak yatim.


Jenis-jenis Pegangan Tanah

a. Tanah Bermilik

+ Yang diwakaf oleh orang yang perseorangan
+ Tanah daripada pembahagian pesaka
+ Tanah yang diberi milik oleh Pihak Berkuasa Negeri

b. Tanah Rezab

Tanah yang direzabkan oleh pihak berkuasa Negeri kepada Majlis bagi tujuan:

+ Masjid
+ Surau
+ Sekolah Agama Rakyat
+ Perkuburan
+ Tujuan-tujuan lain

c. Dasar Tanah Baitulmal

i) Tanah Wakaf Khas
- Hendaklah terus dipegang dan tidak boleh ditukar beli atau urusniaga tetapi boleh disewakan untuk mendatangkan hasil bagi tujuan wakaf tersebut. Pengurusan kewangan dibawah institusi yang menerima wakaf berkenaan.

ii) Wakaf Am
- Boleh dijual dalam bentuk badal (ganti) untuk membeli harta yang lain yang lebih ekonomik.

iii) Pesaka
- Boleh dijual beli kepada sesiapa yang difikirkan sesuai.

iv)  Tanah diberi milik/rezab oleh Kerajaan
- Selain daripada tanah yang diberi khusus oleh kerajaan untuk masjid,  SAR, perkuburan dan saraan tanah lain boleh dijual

Pembangunan Tanah Wakaf Dan Baitulmal

Proses Pembangunan Tanah Wakaf Am dan Baitulmal

1.Kenalpasti tanah untuk dibangunkan.
2.Tentukan Peruntukan.
3.Bawa ke Jawatankuasa Pelaburan.
4.Pelaksanaan melalui tender/konsultan

Proses Pembangunan Tanah Wakaf Khas

1. Terima permohonan daripada Jawatankuasa surau/masjid/SAR.
2. Perakuan daripada Pegawai Tadbir Agama.
3. Sediakan belanjawan tahunan / peruntukan kewangan.
4. Dapatkan kelulusan Jawatankuasa yang berkenaan.
5. Pelaksanaan melalui tender/sebutharga

Isu-isu Tanah

a) Saiz tanah yang kecil dan kedudukan tanah yang tidak strategik.
b) Jauh daripada tumpuan penduduk dan jalanraya.
c) Kekurangan tenaga pengurusan/manusia untuk mengawal tanah di seluruh Negeri Perak.
d) Sumber kewangan terhad untuk memajukan tanah.
e) Pencerobohan dan penerokaan haram.
f) Jawantankuasa pengurusan Masjid, surau dan SAR yang tidak efektif kerana kekurangan modal dan kepakaran.
g) Penyenggaraan rekod maklumat tanah wakaf dan baitulmal yang kurang sempurna.

-------------

a. Tanah Bermilik

+ Yang diwakaf oleh orang yang perseorangan
+ Tanah daripada pembahagian pesaka
+ Tanah yang diberi milik oleh Pihak Berkuasa Negeri

b. Tanah Rezab

Tanah yang direzabkan oleh pihak berkuasa Negeri kepada Majlis bagi tujuan:

+ Masjid
+ Surau
+ Sekolah Agama Rakyat
+ Perkuburan
+ Tujuan-tujuan lain

c. Dasar Tanah Baitumal

i) Tanah Wakaf Khas
- Hendaklah terus dipegang dan tidak boleh ditukar beli atau urusniaga tetapi boleh disewakan untuk mendatangkan hasil bagi tujuan wakaf tersebut. Pengurusan kewangan dibawah institusi yang menerima wakaf berkenaan.

ii) Wakaf Am
- Boleh dijual dalam bentuk badal (ganti) untuk membeli harta yang lain yang lebih ekonomik.

iii) Pesaka
- Boleh dijual beli kepada sesiapa yang difikirkan sesuai.

iv)  Tanah diberi milik/rezab oleh Kerajaan
- Selain daripada tanah yang diberi khusus oleh kerajaan untuk masjid,  SAR, perkuburan dan saraan tanah lain boleh dijual


Pembangunan Tanah Wakaf Dan Baitulmal

Proses Pembangunan Tanah Wakaf Am dan Baitulmal

1. Kenalpasti tanah untuk dibangunkan.
2. Tentukan Peruntukan.
3. Bawa ke Jawatankuasa Pelaburan.
4. Pelaksanaan melalui tender/konsultan

Proses Pembangunan Tanah Wakaf Khas

1. Terima permohonan daripada Jawatankuasa surau/masjid/SAR.
2. Perakuan daripada Pegawai Tadbir Agama.
3. Sediakan belanjawan tahunan / peruntukan kewangan.
4. Dapatkan kelulusan Jawatankuasa yang berkenaan.
5. Pelaksanaan melalui tender/sebutharga

Isu-isu Tanah

a) Saiz tanah yang kecil dan kedudukan tanah yang tidak strategik.
b) Jauh daripada tumpuan penduduk dan jalanraya.
c) Kekurangan tenaga pengurusan/manusia untuk mengawal tanah di seluruh Negeri Perak.
d) Sumber kewangan terhad untuk memajukan tanah.
e) Pencerobohan dan penerokaan haram.
f)  Jawantankuasa pengurusan Masjid, surau dan SAR yang tidak efektif kerana kekurangan modal dan kepakaran.
g) Penyenggaraan rekod maklumat tanah wakaf dan baitulmal yang kurang sempurna.

 
 
 
Pilihan Bahasa
 Melayu | Inggeris | Arab
Kalendar Solat
Site Stats
 73096 mukasurat
Artikel
 Korban, Pengorbanan dan Keikhlasan
 Perintah Menjauhi Taqlid
 Tafsir Surah Al-Fatihah
 Kebenaran dakwah Islam
 Kebenaran dakwah Islam
 Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW
Your use of the web site is subject to and constitutes acceptance of the Terms of Use and Privacy Statement.
Copyright © 2005 Ashtech Holdings Sdn Bhd. All rights reserved.