Berita Terkini
   
»
Susilo sedih kematian pekerja Australia
»
Lebih 620 disahkan terbunuh
»
Susilo batal lawatan ke Australia
»
Susilo solat Aidiladha bersama rakyat Acheh
»
Suasana sayu solat Aidiladha di Banda Aceh
»
Presiden arah henti kira mayat
»
Presiden Susilo berterima kasih usaha media lancar tabung
»
Susilo minta tentera ditempatkan serta-merta
»
Susilo larang 35,000 anak yatim Acheh dijadikan anak angkat
»
Susilo lawat Meulaboh
»
Visit to makeshift shelter in Air Batumbo village
»
Presiden Berjanji Tingkatkan Akselerasi Pembangunan Nias
»
President orders formation of emergency response task force
»
Susilo joins prayers with quake survivors
»
Presiden Tetapkan Tanggap Darurat Di Nias
»
Indonesia's President: The React of Emergency Period Would Fail If the Air Evacuation Still Exist in Aceh
»
Presiden tinjau lokasi gempa di Nias
   
  Susilo sedih kematian pekerja Australia

CANBERRA 3 April - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah melahirkan rasa sedihnya terhadap kematian sembilan pekerja bantuan tentera Australia ketika beliau dijadual memulakan lawatan bersejarah ke negara itu.

Perdana Menteri Australia, John Howard yang dijangka menyambut ketibaan Susilo Bambang berkata, pemimpin Indonesia itu telah menghubunginya melalui telefon bagi menawarkan bantuan berikutan nahas helikopter tentera laut Australia di Pulau Nias semasa misi bantuan gempa bumi.

Lawatan Presiden Indonesia itu merupakan yang pertama sejak Abdurrahman Wahid pada 2001 yang bertujuan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara.

Menteri Luar Australia , Alexander Downer berkata, tragedi tsunami dan gempa bumi di Pulau Nias akan membayangi lawatan tersebut.

"Pastinya ia akan membayangi lawatan kali ini kerana kedua-dua negara turut merasai kesusahan akibat tragedi tersebut,'' kata Downer.

Menurut Howard, Susilo Bambang telah menghubunginya melalui telefon sebelum menaiki kapal terbang ke Australia .

Hubungan di antara kedua-dua negara sebelum ini tidak begitu baik terutama selepas Australia mengetuai pasukan pengaman PBB di Timor Timur pada 1999 bagi menamatkan keganasan militia pro-Jakarta.

Australia dan Indonesia juga pernah menandatangani perjanjian berhubung keselamatan dan ancaman serantau pada 1995.

Bagaimanapun perjanjian tersebut gagal selepas pembabitan Australia di Timor Timur. – Reuters