| | | |
 |
|
|
 |
|
 |
Mutiara Kata |
|
 |
| |
Barangsiapa yang menyukai bertemu dengan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t menyukai untuk bertemu dengannya, dan barangsiap yang benci bertemu dengan Allah s.w.t maka Allah s.w.t benci bertemu dengannya |
|
| |
|
|
|
 |
Saluran Dakwah |
|
 |
| |
|
|
|
| |
|
 |
 |
| » Kelas Fardu 'Ain |
 |
| |
|
|
|
|
 |
| |
 |
 |
 |
 |
 |
Tujuan Akhlak
Tamadun sesebuah masyarakat akan diperakui kehebatannya oleh seluruh menusia dan di sisi Allah s.w.t jika masyarakatnya mempunyai akhlak yang mulia. Ia merupakan struktur asas suatu bangsa untuk membentuk suatu masyarakat yang harmoni dan berwawasan. Amal Soleh Pembersih Jiwa Matlamat Islam adalah untuk memelihara manusia daripada godaan syaitan. Amal soleh akan mewujudkan insan yang berakhlak dan membawa kesejahteraan kepada manusia. Firman Allah s.w.t, "Sesungguhnya berjayalah orang yang (menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taat dan beramal soleh)." (Surah Al-A'la: Ayat 144)
Amal Jariah
Amal Jariah bermakna belas kasihan dan kebaikan hati. Al-Quran memberi penekanan berkenaan matlamat bekerja dan golongan yang berhak menerima sedekah dan menyeru manusia berbuat kebaikan agar mereka mencapai kemuliaan. Allah s.w.t berfirman "Jika kamu berbuat kebaikan, (faedah) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. Jika kamu berbuat kejahatan maka kesan buruk berbalik kepada diri kamu juga." (Surah Al-Isra': Ayat 7)
Taqwa
Berbagai istilah perkataan takwa digunakan dalam Al-Quran yang menyentuh persoalan moral dan sosial. Orang-orang yang bertakwa akan memelihara diri mereka dari melakukan perkara-perkara kemurkaan dan azab Allah di dunia dan di akhirat. Firaman Allah s.w.t, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati selain dalam keadaan Islam." (Surah Al-Imran: Ayat 102)
Pemaaf
Satu sifat yang patut dipuji yang lahir dari hati yang suci dan fikiran yang waras. Ia memelihara kesabaran insan ketika berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman. Kekejaman yang dilakukan berpunca dari perasaan sakit hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh syaitan.
Jujur
Ia merupakan salah satu asas penubuhan sesebuah masyarakat. Tanpanya stabiliti sosial dan keyakinan di kalangan masyarakat tidak akan terjamin. Kejujuran juga melambangkan identiti sesuatu masyarakat, bangsa dan negara.
Berbaik-baik Sesama Manusia
Satu sifat yang terpuji lahir dari hati yang menitik beratkan kasih sayang kepada orang lain. Allah s.w.t mengajak manusia berbuat baik sesama orang beriman dihubungkan atas dasar persaudaraan Islam. Firman Allah s.w.t, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat (dariNya)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 10) Menentang Hawa
Nafsu
Objektif ajaran Islam adalah mengawal perasaan jahat manusia yang dipengaruhi oleh berbagai keinginan hawa (nafsu) dan perasaan. Kegagalan mengawalnya akan merosakkan peraturan semulajadi kehidupan yang sepatutnya diperintah secara seimbang dan harmoni.
Takbur
Adalah satu gejala sosial yang menyemai bibit perpisahan dan permusuhan dikalangan individu. Ia menghentikan semangat kerjasama dan persahabatan sesama manusia. Orang takbur merupakan manusia yang paling keras hati untuk mematuhi segala perintah Allah s.w.t.
Sifat-sifat Terpuji
01. Taubah ertinya eminggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
a) |
Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya. |
b) |
Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan. |
c) |
Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. |
02. Khauf ertinya takutkan Allah s.w.t, takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.
03. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah s.w.t.
04. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
05. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah s.w.t dan ia merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah s.w.t.
06. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredaan Allah s.w.t, bukan kerana tujuan yang lain.
07. Tawakkal ertinya berserah diri kepada Allah s.w.t dalam melakukan sesuatu rancangan.
08. Mahabbah ertinya kasihkan Allah s.w.t dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.
09. Reda dengan Qada' dan Qadar ertinya merasa lapang menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah s.w.t sama ada yang berupa nikmat atau musbah.
10. Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.
Sifat-sifat Tercela
01. Syarhul Thaa'am ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.
02. Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhirat.
03. Gha'dhab ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
04. Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dari dirinya.
05. Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
06. Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakkan kepada kemasyhuran.
07. Hubbun Dunya ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah s.w.t.
08. Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.
09. Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya adalah nikmat dari Allah.
10. Riyak ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan atau untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.
Hikmah Dan Ganjaran
Kelebihan Berzikir
|
» |
Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan. |
|
» |
Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan. |
|
» |
Menyibukkan lidah supaya tiada masa untuk mengumpat atau bercakap yang sia-sia. |
|
» |
Mendatangkan kelapangan pada hati dan kelapangan dada. |
|
» |
Mewariskan kecintaan Allah pada dirinya. |
|
» |
Dapat meneguhkan hati dan menguatkan iman. |
|
» |
Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hati. |
|
» |
Untuk mendapatkan keredaan Allah dan rahmatNya. |
|
» |
Untuk mendapatkan rezeki yang berkat. |
|
» |
Akan diingati oleh Allah seperti firmanNya, "Ingatlah kamu kepadaKu maka aku akan mengingatimu." |
Kelebihan Berselawat
| » |
Allah akan menggandakan limpah kurnia serta Rahmat kepadaNya orang tersebut. |
| » |
Akan beroleh syafaat kepada Rasulullah pada hari kiamat kelak. |
| » |
Satu kali selawat yang dibacakan, Allah akan membacakan untuknya sebanyak 10 kali. |
| » |
Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor yang berselaput di dalam dada. |
| » |
Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w. |
| » |
Mewariskan kecintaan Rasulullah s.a.w. pada umatnya. |
| » |
Memantapkan iman di dalam dada. |
| » |
Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w. |
| » |
Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari hal-hal keduniaan mahupun akhirat. |
| » |
Kedudukannya di akirat kelak ia sentiasa hampir di sisi Rasulullah s.a.w. walau di mana saja baginda berada. |
|
|
 |
|
 |
|
 |
 |
 |
|
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Tokoh Islam |
|
 |
| |
Mengenal Imam-imam yang empat (4) :
|
|
|
|
 |
|
 |
|
 |
| |
| |
|
|
|
| |
|
| |
Polisi Kami | Terma & Syarat Peraduan | Peta Laman | Iklankan | Maklumbalas | Mengenai Kami | Hubungi Kami
© 2004, ISX_ZONE.COM. Hakcipta Terpelihara. |
| |
|