Barangsiapa yang menyukai bertemu dengan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t menyukai untuk bertemu dengannya, dan barangsiap yang benci bertemu dengan Allah s.w.t maka Allah s.w.t benci bertemu dengannya
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat.
Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Akidah Islam
Ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, Akidah islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.
Islam dan Asas-Asasnya
Salah satu daripada pengertian "Islam: ialah mengakui Muhammad sebagai rasul serta menerima hukuman-hukuman yang dibawa oleh baginda yang merupakan whayu daripada Allah.
Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut adalah terdiri daripada yang disuruh dan yang ditegah yang mana meliputi segala bidang hidup umat manusia.
a.
Mangakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan kalimah "Syahadah"
b.
Menggunakan segala anggota untuk berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur sama amalan wajib atau sunat di samping berbakti kepada masyarakat. Mensyukuri segala nikmat-nikmat Allah serta berdoa kepadaNya memohon taufik dan hidayahNya, semua perkara ini terdapat di dalam ibdat " sembahyang".
c.
Berkorban harta benda yang merupakan asas kehidupan manusia dengan cara bersedekah iaitu membantu fakir miskin serta berbuat kebajikan sebagaimana amalan "zakat".
d.
Membendung kamahuan hawa nafsu, sememangnya manusia ini sentiasa kalah dengan hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan dan maksiat kepada Allah. Untuk itu digalakkan kita untuk sentiasa malakukan ibadat "puasa" bagi mengatasi masalah di atas.
e.
Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan. Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama manusia. Perhubungan ini bukan hanya sekadar terbatas di dalam lingkungan masyarakat yang sebangsa semata-mata tetapi merangkumi seluruh masyarakat antarabangsa. Itulah yang terdapat di dalam ibadat "Haji" yang dilaksanakan oleh umat Islam.