HOME
Bengkel Ilmiah
Panduan Hidup
Zon Permainan
Kelab ISX_ZONE
Ilmu Perubatan Islam
Kelas Fardu Ain
Kartun Islam
Sudut Dakwah
Zon Persekolahan
Muat Turun Percuma
Sudut Riadah
Main & Menang
Sudut Membaca
 
Mutiara Kata  
  Barangsiapa yang menyukai bertemu dengan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t menyukai untuk bertemu dengannya, dan barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah s.w.t maka Allah s.w.t benci bertemu dengannya  
     
Saluran Dakwah  
 
 
 
 
» Kelas Fardu 'Ain
 
 
 

Pengabdian hamba kepada Allah s.w.t berdasarkan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan sebagai mendekati diri kepada Allah s.w.t serta mendapatkan ganjaran daripadanya.

Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan manusia dan jin itu kecuali untuk beribadat."

Pengertian & Matlamat Ibadat

Ibadat adalah di antara nilai Islam yang penting sekali kerana ia memainkan peranan yang berkesan untuk membina keperibadian dan memajukan masyarakat. Ibadat juga merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan Tuhan mengawal manusia agar tidak terlepas daripada akidahnya. Akidah pula merupakan ikatan hati dan perasaan manusia kepada Allah s.w.t manakala ibadat mengambil berat tentang gerak langkah manusia bagi ikatan tersebut supaya pertaliannya selalu rapat serta teguh dengan Allah s.w.t. Matlamat akidah dan ibadat ialah melaksanakan tujuan bahawa wujudnya manusia sebagai Khalifah Allah s.w.t adalah untuk membina dan memajukan.

Ibadat ialah Hubungan Langsung Antara Hamba Dengan Allah

Ibadat di dalam Islam ialah merupakan pertalian terus menerus antara hamba dengan Allah s.w.t tanpa perantaraan sama ada orang biasa dan golongan ulama. Dalam hubungan ini seseorang manusia di masa menyembah Allah s.w.t bebas daripada sebarang perantaraan atau wasilah dan tempat kerana semua tempat yang suci dibumi boleh digunakan untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. Bagi mencapai matlamat menghubungkan seorang seorang hamba dengan Allah s.w.t ianya tidak memerlukan kepada tempat-tempat tertentu atau wasilah sebagaimana terdapat di setengah-setengah agama lain.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “ dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu darihal Aku maka (beritahu kepada mereka sesungguhnya Aku (Allah) senantiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Aku supaya mereka menjadi baik serta betul. ( Surah al-Baqarah : 186)

Konsep Ibadat

Konsep ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap orang muslim boleh mencampurkan di antara dunia dan akhirat kerani inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang mana tidak terdapat di dalam agama-agama lain. Setiap muslim boleh melaksanakan sifat kesempurnaan yang dituntut oleh agama dalam masa ia menjalankan segala kegiatannya di bumi sebagai khalifah Allah s.w.t seperti dalam masa mencari rezeki dan sebagainya, dengan syarat menjujurkan hatinya kepada Allah s.w.t samada di masa menunaikan syiar ibadat atau di masa menjalankan kegiatan-kegiatan di dalam urusan hidup di dunia. Demikianlah pengertian ibadat menurut skop yang luas di dalam Islam.

 
Perkara Wajib Diketahui  
 
Perkara-perkara yang wajib diketahui :

»
Asal-Usul Sembahyang
»
Rukun Sembahyang
»
Sunat Dalam Sembahyang
»
Makruh Dalam Sembahyang
»
Syarat Sah Sembahyang
»
Panduan Khusyuk Dalam Sembahyang
»
Perbezaan Ibadah Lelaki & Wanita
»
Makmum
»
Panduan Jenazah

 
Kemuliaan Zulhijjah  
 

Kemuliaan yang terhampar sepanjang Zulhijjah yang sewajibnya diambil iktibar oleh umat Islam :

»
Sejarah Korban : Ibrahim Dan Perayaan Korban
»
Soal-Jawab Ibadah Korban
»
Syarat Afdal Haiwan Untuk Ibadat Korban
»
Fikrah : Kelebihan 10 hari pertama Zulhijah
»
Tiga Kemuliaan Untuk Direbut Ketika Zulhijjah