| Sistem perubatan Arab telah didirikan di atas asas yang kukuh dan sebenarnya saintifik. Ia melibatkan kegunaan teori alam yang yang rasional untuk membenarkannya mengenali pemerhatian emprikal secara sistematik. Sistem ini juga mempunyai aturcara yang berkesan untuk meningkatkan kesihatan serta merawat dan menyembuh penyakit berasaskan farmakologi dan terapeutik. Falsafah asas perubatan Islam menekankan bahawa manusia merupakan simbol kewujudan
(al–insan ramz al–wujud) dan dengan itu manusia sebagai "mikrokosmo" mencerminkan alam semesta sebagai "makrokosma". Manusia mempunyai tubuh fizikal (jasmani) yang dalamnya tersemat roh (rohani) ataupun "psike" dan memang erat pertalian antara keduanya.
Ramai diantara kita memikirkan bahawa perubatan Islam mempunyai cir–ciri tersendiri dan sangat berbeza dengan sistem perubatan moden ia adalah satu kesilapan yang besar. Dapat dikatakan bahawa prinsip–prinsip perubatan moden adalah berasal dari sistem tradisional Yunani yang telah diubahsuai, diperbaiki, ditambah oleh tokoh–tokoh perubatan Islam, yang kini telah menjelma kepada suatu sistam perubatan antarabangsa. Sistem perubatan Arab Islam telah menjadi bahan rujukan utama bagi kurikulum perubatan di Universiti Leipzig di Chekoslovakia sehingga ke akhir abad yang ke-15M.
Contoh kurikulum tersebut adalah seperti berikut :
| Masa |
Tahun 1 |
Tahun 2 |
Tahun 3 |
6.00 – 7.00 pagi |
Buku 1
Al –Qanun |
The "Ars Parva" of Galen |
"Aphorism" oleh Hippocrates
|
1.00 petang |
Buku IX oleh Al –Razi |
|
|
3.00 petang |
"Doktor"- "Prognosticon" dibaca oleh penuntut dengan suara lantang. |
"Doktor"-
"Prognosticon" dibaca oleh penuntut dengan suara lantang
|
"Doktor"– "Prognosticon"
dibaca oleh
penuntut dengan suara lantang
|
Program yang hampir sama juga didapati di Universiti Tubbingen Switzerland. Bagaimanapun, pengajaran perubatan di Eropah pada waktu itu dan juga sekarang telah disekularkan, dengan mengenepikan pengajaran agama dan menjadikan ilmu sains semata–mata sebagai matlamat tunggal. Di sinilah timbulnya pokok perbezaan di antara perubatan sekular dengan perubatan Islam yang tidak memisahkan ajaran agama, bahkan agama dijadikan sumber pimpinan dalam amalan perubatan Islam.
Hadith Nabi ada berbunyi (maksudnya) "Mempelajari ilmu pengetahuaan dan mengajarkannya adalah lebih utama daripada ibadat semata–mata" dan, "Tuntutlah ilmu pengetahuan, kerana orang yang menuntut ilmu berada dalam suasana sabillullah.
Jelasnya, umat Islam digalakkan menuntut ilmu serta mengamalkannya tetapi kejayaan ilmu tadi haruslah sentiasa dikaitkan dengan kekuasaan Allah. Di samping itu pula Islam menegaskan bahawa tidak diturunkan penyakit itu jika tidak ada cara menyembuhkannya, tetapi manusia sendiri harus mencari apa sahaja jalan untuk menyembuhkanya. Jadi tidaklah tepat jika disamakan perubatan Islam dengan amalan perubatan Arab semata–mata ataupun perubatan Tibb al–Nabi semata–mata.
Bahkan nabi Muhammad s.a.w sendiri ada menasihatkan pesakit yang datang kepadanya supaya pergi berjumpa dengan pengamal perubatan. Dengan demikian haruslah ditekankan bahawa perubatan Islam tidak dibataskan pada satu–satu rawatan yang tertentu sahaja. Malahan cara rawatan yang disyorkan oleh Islam ialah apa jua cara rawatan yang sesuai baik dengan mengunakan akar kayu, ubat–ubatan moden, pembedahan mahupun dengan cara psikologi dan metafizik jika rawatan cara biasa tidak berkesan. Yang menjadi pokok persoalan ialah pengamalan perubatan Islam hendaklah dibuat mengikut cara yang paling baik sekali, asalkan tidak terkeluar dari lunas–lunas panduan hukum al–Quran dan Sunnah.
Ayat-ayat al-Quran dan Hadith telah memberi beberapa panduan seperti mengistiharkan "kuarantin" bagi penyakit–penyakit yang berjangkit, menghindarkan diri dari mengamalkan perubatan yang merosakkan diri sendiri seperti meminum arak, dan memberitahu kepada kita bahawa "Pencegahan Itu Adalah Lebih Baik Dari Merawat".
Dengan cara menurut hukum–hukum Islam seseorang doktor itu tidak boleh bertindak sekehendak hatinya dan memisahkan "penyakit" dari persoalan–persoalan lain yang melibatkan "pesakit" sebagai seorang individu yang wujud dalam suatu masyarakat umum. Doktor dilarang sama sekali membunuh, misalnya untuk mengugurkan bayi luar nikah, ataupun untuk menamatkan penderitaan si pesakit (mercy killing ), Sabda Nabi s.a.w (maksudnya) "Jangan sesiapa meminta supaya ia dibunuh lantaran penderitaan–penderitaanya, tetapi jika tidak ada cara mengatasinya, berdoalah kepada Allah s.w.t supaya memilihara hayatnya jika masih ada kebaikan bagi dirinya".
Dalam evolusi perkembangan perubatan Islam, cara pemikiran dan rawatan juga berubah mengikut perkembangan semasa. Dalam zaman Ibnu Sina sendiri pun rawatan penyakit ialah dengan cara mengunakan ubat–ubatan dan sediaan–sediaan yang memang dikumpulkan dan disenaraikan di dalam materia medika dalam zaman itu. Al–Zahrawi telah mengunakan pembiusan yang agak moden dengan mengunakan teknik stril.
Dengan kata lain perubatan Islam telah menggunakan segala apa yang telah dicapai oleh kemajuaan sains dan berkembang mengikut perubahannya dari zaman ke zaman. Pengalamannya adalah mengikut hukum–hukum Islam dan dicirikan oleh kod etika dan moral Islam yang tinggi, dengan menggunakan ilmu sains moden yang bermutu bertujuaan untuk menyembuhkan penyakit bersama–sama dengan pesakitnya sekali. Di samping itu perubatan Islam tetap menaruh segala kepercayaan kepada kekuasaan Allah s.w.t, mengutuk segala amalan yang curang, serta menolak kepercayaan karut dan ilmu sihir.
|