| Dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang membawa Nur Islam, suatu zaman kegemilangan telah berlaku sebagai zaman penerokaan bagi beberapa ilmu algebra, alkemi dan astronomi.
Ilmu–ilmu itu dikaji, diasingkan dan diselidiki terutamanya dalam bidang perubatan. Beberapa tokoh telah memainkan peranan. Antara tokoh yang telah memberi banyak sumbangan dalam perubatan ialah al Razi (al-Hawi), Ibnu Sina (Al - Qanun), Ibnu Rusyd (AL Kuliyah), al Zahrawi (Al _Tasrif)
Sumbangan Dalam Oftalmologi
Oftalmologi adalah satu bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam jika dibandingkan dengan bidang lain selain dari farmakologi. Istilah–istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab.
Pemikiran tradisional berhubung dengan penglihatan yang timbul dalam zaman Hippocrates adalah ekoran dari teori yang mengatakan bahawa sinaran dikeluarkan oleh mata. Lantas sinaran ini ditumpukan kepada objek dan dipantulkan balik kepada mata dan dengan itu menyebabkan kesedaran individu terhadap dunia luar. Teori- teori yang salah ini telah dipelihara berabad–abad dan berpunca dari Euclid dan Ptolemi. Konsep– konsep yang salah ini telah diperbetulkan dalam zaman kegemilangan Islam dengan timbulnya teori baru yang mementingkan retina dan saraf optik, yang menerima cahaya dari objek untuk diterjemah oleh otak.
Sementara itu al-Hazen dalam bukunya Kitab al-Manazir menceritakan pentingnya bentuk dwicembung pada lensa mata. Beliau mula memikirkan suatu sistem optikal yang mementingkan peranan cahaya dan pembiasanya dalam pembentukkan imej. Orang Arab juga telah membuat sumbangan penting tentang beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit TRAKOMA telah diceritakan buat pertama kalinya oleh orang Arab. Ini telah dilaporkan secara saintifik dan suatu jenis pembedahan untuk memperbaikinya telah terbukti dengan mengamalkan pembedahan yang agak moden. Glaukoma suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bola mata (intraokular) telah dihuraikan dengan panjang lebarnya oleh orang Arab atas tajuk Sakit Kepala dan Pupil.
Sumbangan paling besar dalam Oftalmologi Praktikal ialah dalam perkara Katarak yang dianggap disebabkan oleh pembocoran humor ke dalam mata. Oleh itu ia dinamakan oleh orang Parsi "penurunan air" dan orang Latin "suffusio". Mengikut Celsus, suffusio bersifat humor "kefer inspisat" yang terkumpul di "trans vacuss" antara pupil dengan lensa yang dapat menyekat pupil. Dengan membersihkan ruang kosong itu penglihatan boleh dipulihkan. Ammar bin Ali dari Mosul telah mencipta pembedahan sedutan–jarum berlekuk dimasukkan ke dalam bola mata melalui sklerotik dan lensa dikeluarkan dengan sedutan tiub kosong.
Sumbangan Kepada Farmokologi & Farmasi
Secara umum, pengkajiaan secara objektif tokoh–tokoh Islam menghasilkan 3 prinsip penting :
1. |
Dalam bidang perubatan kimia dan alkemi, tokoh–tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituaan pemerhatiaan, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip–prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakan pertumbuhan dan perkembangan kimia Eropah. |
2. |
Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai Apotekeri dan Dispensari dan mempelopori pusat pengajiaan farmasi. Seterusnya amalan sains farmasi dipisahkan sebagai satu profesion yang tersendiri iaitu berlainan dari profesion kedoktoran. |
3. |
Umat Islam adalah masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang dan pemeriksaan. Formulasi Farmaseutikal terkawal telah diterbitkan dan mengariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Ahli kimia ubat yang tidak mematuhi piawai yang telah ditulis dalam formulasi didenda dan dihukum. Dengan ini buat pertama kalinya umat Islam telah memulakan pergerakan pengguna dan kawalan mutu. |
Huraian terperinci beberapa sumbangan Islam terhadap ilmu ubat–ubatan ialah :
Bidang Farmasi
Tamadun Islam telah membuka bidang ini sebagai satu ilmu berasingan dari ilmu kedoktoran. Proses dan kaedah persediaan bahan Farmaseutikal yang diwarisi dari tamadun Islam termasuklah rebusan, pendebuaan, basuhan, campuran, larutan salap, penyulingan, kalsinasi, pensublimatan dan lain–lain lagi.
Pelbagai bentuk dos ubatan dikemukakan oleh perubatan Islam antaranya ialah salap, serbuk mata, pes, sirap, sediaan beralkohol, dentifis dan lain–lain. Kebanyakan dos yang disebutkan itu masih digunakan pada masa sekarang. Dalam persediaan ubatan tersebut sudah tentu alat-alat khusus diperlukan. Antara lain peninggalan dari tamadun Islam termasuklah penyepit (thongs), "bellows", krusibel, sudu lade, alembik, aludel, bikar, kelalang (flask), periuk, tudung, oven, "stove", kilu, penumbuk (pestle dan mortat) dan penyaring (Hassan Kamal, 1975 : 517). Penggunaan alat-alat ini diterangkan dalam penulisan-penulisan perubatan Islam.
Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu keatas hasilnya. Seorang pegawai khas dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu dan bertanggungjawab keatas
1. |
Penguatkuasaan undang-undang komputasi |
2. |
Penyeliaan pasar (kecil dan besar) |
3. |
Memeriksa kadar berat dan ukuran ubat |
Undang-undang ini dikenakan ke atas semua profesion termasuk profesion ahli kimia ubat. (Hassan Kamal, 1975:238).
Islam juga memandang berat terhadap penodaan sediaan ubat Penguatkuasaan dan penentuan penodaan adalah satu perkara yang rumit yang memerlukan pengetahuan yang dalam mengenai dadah, tindakan farmakologi, kegunaannya dan sifat kimianya. Namun begitu, rintangan ini tidak dapat menghalang proses pengawalan mutu pada ketika itu.
Farmakologi dan Farmakognosi
Perubatan Islam membahagikan ubat kepada dua jenis utama iaitu mufradat (ringkas) dan murakabat (compounds). Mufradat adalah dadah yang di dalam keadaan asal dan kasar. Murakabat adalah dadah yang telah diproses ataupun telah dicampur dengan bahan-bahan lain dan kebiasaannya dibicarakan dibawah tajuk Aqrabadhin.
Sumbangan Kepada Perubatan Internal
Al–Qanun fi al–Tibb, karangan Ibnu Sina telah menghuraikan tentang diabetes. Beliau mencamkan beberapa gejala yang dihadapi oleh pesakit seperti kehausan berpanjangan, sering kencing, makan berselera, kekurusan pesakit dan gangren yang sering mengiring penyakit. Beliau menyebut selalunya kencing pesakit tersebut berwarna jernih, kerap dan banyak dan apabila kencing tersebut di dedahkan ke udara ia cepat kering dan meninggalkan kesan berbau wangi seperti manisan lebah. Analisinya tidak jauh berbeza dengan analisis Thomas Wills.
Ibnu Sina juga mengatakan bahawa tuberkulosis adalah penyakit berjangkit dan merebak. Beliau menyebut beberapa penyakit yang merebak melalui tanah dan air iaitu suatu pendapat yang dianggap sangat termaju pada waktu itu. |