....::: KIDZ - Peribadi Cemerlang :::: Ashtech Holdings Sdn Bhd .............
  Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

Janganlah seseorang wanita musafir selama tiga hari melainkan bersama mahram.
 
 
laman utama | ilmu | doa harian
 
  Doa adalah satu ibadah. Ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.

Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Tujuan Dan Adab Berdoa

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baiknya hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.

» Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah s.w.t.
» Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
» Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
» Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
» Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t.

Senarai Doa Harian :

Doa Ketika Melihat Langit
Doa di Waktu Pagi dan Petang
Doa Menghindar dari Sifat Malas
Doa Selepas Makan
Doa Ketika Sukar Menyelesaikan Sesuatu Urusan
Doa Ketika Menghadapi Kecelakaan
Doa Ketika Merasa Takut atau Terkejut
Doa Ketika Menghadapi Kesukaran Tidur
Doa Melihat Barang Yang Di Sukai
Doa Ketika Melihat Diri Di Cermin
 
  lagi»  
     
 
 
Fadhilat Doa  
     
 
» Menghampirkan diri kepada Allah s.w.t
» Mengukuhkan keyakinan di atas kekuasaan Allah s.w.t
» Meringankan bebanan yang menimpa
» Diberikan kebaikan dan kesejahteraan
» Menghindar dari mengambil tindakan yang salah ketika mengatasi kekeliruan
» Melahirkan insan yang redha
» Mendapat keampunan daripada Allah s.w.t
» Melembut dan mententeramkan jiwa
» Menghindar diri dari sifat munafik.
» Memperoleh keredhaan Allah s.w.t
» Memberkati usaha
 
     
Artikel Berkaitan  
     
 
» Waktu-waktu yang Mustajab Untuk Berdoa
» Tempat-tempat yang Mustajab Untuk Berdoa
» Tujuh Perkara Yang Menyebabkan Doa Tertolak
» Orang Yang Ditolak Doanya
» Doa Yang Dilarang
» Faedah Doa
 
     
 
 
 
....::: KIDZ - Peribadi Cemerlang :::: Ashtech Holdings Sdn Bhd .............
 
 
Laman Utama | Mengenai Kami | Iklaneka | Tanya & Jawab | Hubungi Kami | Terma Perkhidmatan | Polisi
© 2005-2007 Ashtech Holdings Sdn Bhd. Hakcipta Terpelihara.