Mukadimah
كونبينشين توليسن جاوي > Keputusan-keputusan Dan Usul-usul Konvensyen Tulisan Jawi>Mukadimah

MUKADIMAH

MUKADIMAH

Menyedari bahawa tulisan jawi adalah warisan bangsa dan negara yang di dalamnya terakam kekayaan khazanah tradisi kebudayaan, kesusasteraan, kepercayaan dan falsafah bangsa turun temurun;

Menyedari bahawa tulisan jawi adalah salah satu unsur kebudayaan pribumi dan kebudayaan kebangsaan yang dapat dimanfaatkan untuk perpaduan dan persefahaman seluruh warganegara dan memupuk perasaan kesetianegaraan;

Menyedari bahawa peranan dan penggunaan tulisan jawi telah mengalami kemunduran di dalam semua sektor awam mahupun swasta;

Menyedari bahawa kaedah-kaedah penulisan dan pengejaan tulisan jawi telah mengalami berbagai perkembangannya sendiri tanpa terdapatnya usaha untuk memantapkan dan menyelaraskan sistem tulisan jawi.

MAKA,

Yayasan Islam Negeri Terengganu dengan Dewan Bahasa dan Pustaka telah bersetuju menganjurkan suatu konvensyen antarabangsa dengan nama Konvensyen Tulisan Jawi pada 9hb hingga 11hb April 1984 bersamaan 7hb hingga 9hb Rejab 1404, bertempat di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu dengan dihadiri oleh 150 orang perwakilan rasmi dari negara-negara Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand.

MAKA,

Konvensyen yang bersidang telah sebulat suara mempersetujui keputusan-keputusan dan usul-usul berikut supaya dilaksanakan di negara Malaysia khasnya dan di negara-negara Perwakilan amnya.

MAKA,

Dengan ini dinyatakan bahawa keputusan-keputusan dan usul-usul yang diluluskan melalui sidang pleno pada 11hb April 1984 bersamaan 9hb Rejab 1404 adalah seperti berikut:

Sebelum Berikut