1.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertaskerja pertama yang bertajuk:
'Sistem baru ejaan jawi bahasa Melayu'
Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:
1.1- Menerima cadangan tentang sistem ejaan bagi kata dasar dua sukukata yang tidak seragam, sebagaimana yang tersebut dalam kertas kerja Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP pada perenggan 3.3 (1), ( ب ), ( ت ), ( ث ), ( ج ) dan perenggan 3.4 ( ا ) hingga ( ح ).
Walau bagaimanapun Konvensyen memutuskan pengecualian bagi beberapa hukum, iaitu:
1.1.1- Hukum ( د ر ل و ک ): Di dalam 2.4 ( ا )
Seperti: مك، اد، ڤد
1.1.2- Hukum ( كاكا ): Di dalam 3.4 ( ب )
Seperti: جك، كيت, ليم, بيت
1.1.3- Hukum ( د ر ل و ک س ي ): Di dalam 3.4 ( ت )
Seperti: ڤول
1.2- Menyerahkan kaedah mengeja kata berstruktur suku kata terbuka diikuti oleh suku kata tertutup ( dengan pola و + و ) kepada Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP.
1.3- Menerima hasilan penyelidikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia tentang papan kekunci piawaian untuk komputer jawi dan mesin taip jawi.
1.4- Menerima padanan jawi bagi huruf V dalam tulisan rumi sebagai tambahan dalam aksara jawi. Padanan yang dicadangkan ialah sama ada:
1.4.1- ب atau و , bergantung kepada konteks.
Misalnya visa dieja ويسا dan vokal dieja بوكل .
1.4.2- ف (huruf fa yang dipindahkan titiknya ke bahagian bawah).
Walau bagaimanapun konvensyen menyerahkan keputusan tentang hal ini kepada Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP.
1.5- Mengekalkan jumlah vokal yang sedia ada, iaitu tiga vokal saja ( ا, و, ي ).
1.6- Menerima prinsip ekonomi penulisan bagi kata dasar tiga suku kata, misalnya pahala tidak dieja ڤاهالا , tetapi ڤهلا saja.
1.7- Sistem ejaan jawi bagi kata yang berasal daripada bahasa Arab hendaklah mengikut garis panduan yang berikut ini:
1.7.1- Istilah agama Islam hendaklah dikekalkan ejaan asalnya sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Arab.
1.7.2- Kata umum yang tidak ada hubungannya dengan agama Islam dieja menurut bunyi yang lazim dalam bahasa Melayu, dengan tidak menekankan bentuk asalnya.
1.8- Ejaan jawi bagi istilah agama Islam hendaklah dijadikan asas bagi ejaan istilah tersebut dalam tulisan rumi, bukan sebaliknya.
1.9- Ejaan jawi bagi kata ulang hendaklah diselaraskan dengan ejaan ruminya, iaitu dengan menggugurkan tanda ( ٢ ) dan menggunakan tanda sempang.
1.10- Menerima semua cadangan Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP tentang ejaan kata berimbuhan dengan beberapa pindaan, iaitu:
1.10.1- Kata kompleks yang menerima imbuhan س , ك atau د hendaklah dieja dengan meletakkan ء sesudah huruf pertama kata dasar, jika kata dasar itu bermula dengan huruf " ا " ( اليه, اورک, اره ).
Misalnya: دأليه, سأورک, كأره
1.10.2- Akhiran an yang selama ini ditulis dengan tiga cara, iaitu كن (seperti dalam ( فاسوقكن ), ءن (seperti dalam ماسقئن ) dan ن ( seperti dalam توليسن ), ditetapkan sebagai ن saja, kecuali bagi kata yang berakhir dengan huruf و yang menerima bentuk ان (seperti dalam تيروان ).
1.11- Menerima cadangan Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP tentang cara mengeja kata daripada bahasa Eropah, seperti pada halaman 9, para 3.8. ruang 1 dalam kertas kerja.
1.12- Istilah lama dan baru seperti vokal-huruf saksi, konsonan-huruf benar dan sebagainya akan digunakan serentak dalam penjelasan atau huraian tentang sistem ejaan jawi.
1.13- Perlu ada keselarasan di antara ejaan dengan sebutan dalam tulisan jawi sebagaimana halnya dalam tulisan rumi.