Faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi
كونبينشين توليسن جاوي > Keputusan-keputusan Dan Usul-usul Konvensyen Tulisan Jawi>3.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertas kerja ketiga yang bertajuk

Faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi

3.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertaskerja ketiga yang bertajuk:

'Faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi'

- Oleh Universiti Malaya.

Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:

3.1- Sebuah Jawatankuasa penyelidikan dan penyelarasan tentang sistem ejaan jawi di peringkat serantau hendaklah dibentuk. Gerakan penulis seluruh negara, mencadangkan supaya Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan pindaan 1967 disemak semula, dan dimasukkan sama tulisan jawi.

3.2- Taraf tulisan jawi sebagai alat penyebaran dan pengajaran agama Islam hendaklah dipertingkatkan, terutama melalui pengajaran agama Islam di sekolah.

3.3- Pengajaran tulisan jawi di sekolah hendaklah dipercepat, iaitu pada tahun 1 tahap 1, bukan pada tahun 4 tahap 2 sebagaimana yang dilaksanakan dalam KBSR sekarang.

3.4- Kementerian Pelajaran hendaklah menyelaraskan pengajaran tulisan jawi yang diberikan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dengan yang diberikan dalam matapelajaran Agama Islam.

3.5- Jawi hendaklah dijadikan asas ejaan rumi dan sebagai sumber-sumber rujukan kepada etimologi perkataan Bahasa Malaysia.

3.6- Kaedah pengajaran jawi hendaklah didasarkan pada sistemnya yang tersendiri, iaitu tidak semestinya terikat kepada kaedah pengajaran rumi.

3.7- Kaedah pengajaran jawi yang dirumuskan dalam kertas kerja ini dapat diterima sebagai salah satu kaedah asas pengajaran jawi.

3.8- Pengajaran jawi secara berperingkat-peringkat di sekolah hendaklah bermula dari sekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah dengan tidak menetapkan jangkamasa pemeringkatan seperti yang terdapat pada usul di muka surat 17 kertas kerja ini.

MAKA, dengan ini para perwakilan rasmi yang bersidang pada konvensyen ini bersetuju supaya keputusan-keputusan dan usul-usul di atas disampaikan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk pelaksanaannya.

Sebelum Berikut