Ejaan Kata Terbitan
6. Ejaan Kata Terbitan:
Pada umumnya, rumusan yang dibuat dalam PEJYD tentang penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. Pembaikan atau pengemasan yang ketara dalam PEJYD ialah tentang penulisan awalan di-, ke- dan se- dan kata depan di dan ke, serta akhiran -an dan -i yang sering menimbulkan masalah dalam ejaan Jawi Lama.
i) Awalan di- (huruf dal), ke- (huruf kaf) dan se- (huruf sin) serta kata depan di (huruf dal) dan ke (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata dasar seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi. Dalam hal ini, bagi kata dasar yang bermula dengan vokal, penyebatian atau perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. Contoh:
| Kata Dasar |
|
Kata Berawalan |
|
| اتس |
(atas) |
داءتس |
(di atas) |
| اتس |
(atas) |
داءتسي |
(diatasi) |
| اوتارا |
(utara) |
كاءوتارا |
(ke utara) |
| اينده |
(indah) |
ساءينده |
(seindah) |
| اينده |
(indah) |
كاءيندهن |
(keindahan) |
ii) Ejaan kata terbitan dengan akhiran <-an> : Dikurangkan aturannya daripada empat cara yang dalam ejaan Jawi Lama kepada tiga cara sahaja, iaitu dengan menggunakan akhiran (a) hamzah-nun atau (b) alif-nun, atau (c) nun, bergantung kepada jenis huruf akhir pada akhir kata dasar yang ditetapkan. Dengan ini, ejaan kata dasar tidak berubah apabila menjadi kata yang berimbuhan. Dalam ejaan lama, ejaan kata dasar berubah apabila menerima akhiran sehingga menyebabkan wujud dua bentuk ejaan bagi sesuatu kata dasar. Perincian:
a) Akhiran hamzah-nun ditambah selepas alif di akhir kata dasar. Contoh: cela چلا menjadi celaan چلأن .
b) Akhiran alif-nun ditambah selepas wau di akhir kata dasar. Contoh: Buru بورو menjadi buruan بوروان .
c) Akhiran nun ditambah selepas ya dan semua konsonan yang lain. Contoh: tari تاري menjadi tarian تارين ; surat سورت menjadi suratan سورتن .