Kesimpulan
كونبينشين توليسن جاوي > Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986)>9. Kesimpulan

Kesimpulan

9. Kesimpulan:

Ringkasan daripada kertas kerja ini bermaksud yang berikut:

i) Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru-baru ini ialah masalah "pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi" pedoman PEJYD . Masalah tersebut timbul kerana pihak Maktab Perguruan Islam menolak PEJYD sebagai pedoman Jawi yang sah untuk digunakan di maktab tersebut, sedangkan pihak-pihak pelaksana yang lain di Kementerian Pendidikan telah menerima, menggunakan dan menyebarkan PEJYD itu.

ii) PEJYD dipersetujui sebagai pedoman yang lebih sempurna berbanding dengan sistem ejaan Jawi yang lama. Kebenaran tentang perkara ini akan diperoleh apabila falsafah dan matlamat penyempurnaan sistem tersebut difahami sebenar-benarnya, dan apabila setiap aturan yang terkandung di dalamnya difahami secara keseluruhannya, bukan secara berpecah-pecah.

iii) DBP berpendapat, sesuatu sistem ejaan memerlukan masa yang lama sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri mantap. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. Perkara ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan Rumi. Pelaksana dan pengguna harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang lebih baik daripada yang lama.

Sebelum Berikut