Catatan
كونبينشين توليسن جاوي > Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986)>Catatan

Catatan

Catatan:

1. Antara penerbitan tentang ejaan Jawi yang diusahakan oleh Major Dato' Mohd. Said Sulaiman ialah buku Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, Singapura, 1937.

2. Sistem Ejaan Jawi Za'ba dapat dilihat dalam dua buah buku yang menjadi asas pedoman yang digunakan begitu meluas: (i) Pelita Bahasa Melayu Penggal I (Permulaan Nahu Melayu), tahun 1941. (Kami menggunakan edisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan keempat, 1958.) dan (ii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi), Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang, Sultan Idris Training College, cetakan pertama, 1949.

3. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia, 1982. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 131.

4. Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman. Ahli-ahlinya ialah: Prof. Madya Tuan Haji Amat Juhari bin Moain, Tuan Haji Muhammad Bukhari bin Lubis, Tuan Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid, Encik Arbak bin Othman, Encik Awang Muhammad bin Amin, dan Puan Aminah binti Haji Harun.

5. Majalah Dian (Digest) ialah majalah bulanan yang diterbitkan oleh Syarikat Dian Sdn. Bhd. Kota Bharu Kelantan sejak tahun 1961. Edisi Jawi menggunakan sistem ejaan yang memperkenalkan penggunaan huruf vokal alif, ya dan wau pada pola-pola tertentu sebagai pembaikan dan tambahan kepada sistem ejaan Jawi Za'ba.

6. Terutamanya akhbar Utusan Melayu dan majalah Utusan Qiblat .

7. Lihat: Keputusan-Keputusan dan Usul-Usul Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, Kuala Terengganu.

8. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, 36 hlm.

9. Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1987. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua, 35 hlm. Buku edisi kedua ini memansuhkan buku edisi pertama tahun 1986.

10. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama 198 hlm.

11. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua, 401 hlm.

12. Daftar Ejaan Rumi-Jawi, 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua, 198 hlm.

13. Lihat: Kertas Kerja Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, hlm. 1.

14. Pedoman Transliterasi Huruf Arab Ke Huruf Rumi, 1984. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, 20 hlm.; cetakan kedua, 1988.

15. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) menyenaraikan satu kata sahaja dengan ejaan klasik tanpa huruf alif, iaitu يک (yang). Kata nyah په sepatutnya dieja dengan alif ( ياه ). Antara kata-kata lain yang dieja semula dengan sisipan alif termasuklah bam, ban, cat, das, gam, rak, ram, ran, rap, sang, tar dan tas. Kata-kata daripada bahasa Arab tanpa alif yang dikekalkan termasuklah had, haj, hak, khat, saf, sah dan syak.

16. Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) menyenaraikan hampir 80 kata ekasuku tertutup yang memiliki vokal [a]. Daripadanya, terdapat sejumlah 26 kata daripada bahasa Inggeris, termasuk kata ekasuku yang menggunakan gugus konsonan. Ejaan Jawi bagi kata-kata daripada bahasa Inggeris ini semuanya ditulis dengan huruf alif, termasuk kata yang sudah lama terserap yang dieja tanpa alif dalam Jawi Za'ba/Lama.

17. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi menyenaraikan lebih kurang 40 pasangan kata yang berpola KVK-KVK yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet di suku kata pertama. Dalam ejaan Rumi, tidak wujud homograf bagi kasus ini. Jumlah sebesar ini akan memberikan semacam kekacauan dalam sistem Jawi sekiranya homograf bagi kasus ini dibiarkan kekal.

18. Rumusan Konvensyen Tulisan Rumi 1984 menetapkan supaya tidak menggunakan angka dua Arab ( ٢ ) bagi penulisan kata ulang, sebaliknya menggunakan tanda sempang seperti dalam ejaan Rumi. Tetapi, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP, atas nasihat para pakar, menerima penggunaan angka dua Arab ( ٢ ) bagi menulis kata ulang penuh, dan menerima penggunaan tanda sempang bagi menulis kata ulang berimbuhan. Rumusan ini dimaktubkan dalam PEJYD (1987).

19. Setakat ini, Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989) telah menyenaraikan kata-kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang sahih: apa, ada, beta, pada, maka, jika, dia, lima, kita, itu, ini, dari, ketika, daripada dan manusia .

ماءنسي   درڤد   كتيك   دري   اين   ايت   كيت   ليم   دي   جك   مك   ڤد   بيت   اد   اڤ

Beberapa kata yang lain telah dieja semula menurut peraturan yang tidak dikecualikan.

Sebelum Berikut