Islam dan Ilmu Falak

2. Islam dan Ilmu Falak:

2.1. Sebagaimana kita semua maklum bahawa Islam adalah Ugama ilmu pengetahuan . Penurunan wahyu Al-Quran adalah sesuatu proses 'taklim' kepada manusia di mana ayat-ayat Al-Quran adalah memberi berbagai ilmu pengetahuan kepada manusia sejagat. Disamping mempunyai ilmu yang berkaitan dengan Akidah dan Syariah al-Quran juga mempunyai penerangan asas berkenaan berbagai-bagai ilmu sains termasuklah Ilmu Sains Bintang atau Astronomi atau juga disebut ilmu falak. Di samping itu kejadian alam oleh Allah s.w.t. adalah mengandungi kaedah saintifik yang memerlukan kajian yang mendalam oleh manusia Allah sentiasa menggalakkan umatnya berfikir dan mengkaji isi alam ini bukan sahaja untuk kegunaan hidup mereka tetapi bagi menambahkan lagi keyakinan kepada Allah s.w.t.