Hubungan Amalan Agama Islam Dengan Falak

4. Hubungan Amalan Agama Islam Dengan Falak:

4.1. Sudah jelas juga kepada kita bahawa kebanyakkan amalan-amalan dalam Agama kita khususnya amalan-amalan ibadat adalah terikat dengan waktu-waktu atau masa-masa yang ditetapkan oleh Allah. Umpamanya Sembahyang. Ia mempunyai waktu-waktu tertentu dalam sehari semalam sebagai contoh, Allah telah menetapkan bahawa: "Sesungguhnya Sembahyang itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman tertentu waktunya". (An-Nisa ayat 103) demikian juga Puasa, Pembayaran Zakat Fitrah, Ibadat Haji dan sebagainya.

4.2. Di samping itu Allah juga telah menetapkan bilangan bulan pada sisiNya 12 bulan (Al-Taubah ayat 36). Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa umat Islam tidak terlepas daripada tanggungjawab mengetahui waktu-waktu untuk menunaikan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Jadi sudah jelas bahawa pengetahuan ilmu Falak termasuk ilmu Miqat mesti dimiliki oleh umat Islam berdasarkan keperluan tersebut, pelajaran Ilmu Falak atau Miqat adalah menjadi Fardu Kifayah.