|
6. Penggunaan Ilmu Falak Di Negara Ini:
6.1. Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa amalan-amalan Islam khususnya Amalan Ibadat adalah ditetapkan dalam waktu-waktu tertentu oleh Allah s.w.t. Maka mahu tidak mahu pengetahuan mengenai waktu mesti ada pada umat Islam. Dalam hal ini, yang amat jelas ialah cara penetapan permulaan tarikh Puasa dan Hari Raya iaitu yang didasarkan kepada Rukyah dan Hisab.
6.2. Walau bagaimanapun umat Islam hanya bertaklid dalam hal ini di mana apa yang ditetapkan oleh pakar-pakar ilmu Falak dalam menentukan tarikh-tarikh tersebut juga waktu-waktu sembahyang umpamanya terpaksa diikut sahaja kerana mereka tidak memahaminya. Jadual waktu sembahyang adalah ditetapkan melalui hisab falak.
|