Langkah-langkah Yang Telah Diambil

7. Langkah-langkah Yang Telah Diambil:

7.1. Memandangkan bahawa ilmu Falak adalah sebahagian daripada ilmu Islam dan warisan budaya umat Islam zaman berzaman maka beberapa pihak khususnya Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil tindakan yang positif bagi mengembangkan ilmu ini. Universiti Kebangsaan Malaysia telah melantik Tuan Haji Mohd. Khair bin Hj. Mohd. Taib sebagai Karyawan Tamu dari tahun 1981 hingga tahun 1984 dan Pusat Islam telah memulakan kursus Falak Syarie pada 21 Mei 1979 sebagai satu modiul Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) dengan menggunakan tenaga Tuan Haji Mohd. Khair bin Haji Mohd. Taib sepenuhnya. Kursus ini kemudiannya dibahagi kepada tiga peringkat iaitu:

a. Kursus Asas Falak Syarie.
b. Kursus Asas Amali Falak.
c. Kursus Lanjutan Falak.

Tempoh kursus-kursus di atas antara seminggu hingga tiga minggu para peserta terdiri dari Pegawai Agama di negeri-negeri, guru-guru agama dan pensyarah Maktab Perguruan Islam. Di Maktab Perguruan Islam, kursus Falak adalah sebahagian mata pelajaran Tamaddun Islam.

7.2. Dalam satu tahun INDAH berjaya mengadakan tiga siri kursus dalam bentuk asas dan lanjutan dengan bilangan peserta antara 20 hingga 50 orang pada setiap siri. Bagi kursus asas ia berlangsung selama 1 minggu dan Kursus Lanjutan selama tiga minggu. Method kursus ialah syarahan dan kajian, latihan amali, Muzakarah lawatan dan tayangan filem. Sehingga kini INDAH telah melahirkan seramai 432 orang peserta. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil langkah terus menerus bagi melahirkan Ahli Falak yang berwibawa. Persatuan Falak Syarie yang ditubuhkan pada 1 Muharram 1402H bersamaan 7 Oktober 1983 adalah lahir bagi tenaga Fakulti tersebut.