Kesimpulan

9. Kesimpulan:

Sebagai kesimpulannya bolehlah dirumuskan bahawa:-

1. Ilmu Falak adalah Ilmu Fardu Kifayah dalam Islam tetapi ia lebih hampir dengan Ilmu-ilmu Fardu Ain kerana hubungannya yang rapat dengan penentuan-penentuan waktu ibadat dan sebagainya.

2. Ilmu Falak seharusnya dijadikan satu pelajaran asas di Sekolah Agama berdasarkan sifatnya yang berkait rapat dengan ilmu-ilmu Fardu Ain tersebut. Oleh kerana ilmu Falak adalah satu cabang sains, ia boleh menolong para pelajar memahami beberapa bidang sains.

3. Usaha haruslah dimulakan dari sekarang bagi memasukkan semula pelajaran ilmu Falak ke dalam kurikulum Sekolah Agama dan Maktab Perguruan.

4. Usaha-usaha yang dijalankan oleh Pusat Islam, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Falak Syarie Malaysia haruslah diberi sokongan yang kuat supaya usaha ini dapat mencapai matlamatnya.