وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ. (يس 38)
Artinya: Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikian ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Yasin: 38).
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ. (يس 39)
Artinya: Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. (Yasin: 39).
Penjelasan: Hilal itu pada awal bulan kecil berbentuk sabit kemudian sesudah menempati manzilah-manzilah, dan menjadi purnama, kemudian pada manzilah terakhir kelihatan seperti tandan yang kering yang melengkung.
Terdapat juga hadith-hadith Rasulullah (s.a.w.) yang memberi gambaran yang jelas mengenai perintah untuk melakukan rukyatul hilal bagi memulakan awal bulan qamariah.
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُ سَحَابٌ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلَاثِينَ.
(رواه أحمد بن حنبل).
Artinya: Berpuasalah kamu sekalian kerana melihat hilal, dan berbukalah kamu sekalian kerana melihat hilal. Bila menghalang antara kamu dan Hilal oleh awan, maka sempurnakanlah bilangan bulan Sya'ban.
(Riwayat Ahmad bin Hambal)
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ أُغْمِيَ عَلَيْكُمْ فَأقْدُرُوْا لَهُ ثَلَاثِينَ.
(رواه مسلم).
Artinya: Berpuasalah kamu sekalian kerana melihat Hilal, dan berbukalah kamu sekalian kerana melihat Hilal. Bila Hilal itu tertutup awan, atasmu, maka takdirkanlah ia tiga puluh hari.
(Riwayat Imam Muslim)
إِذَا رَأَيْتُمُوا الْهِلَالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأقْدُرُوْا لَهُ.
(رواه مسلم).
Artinya: Bila kamu melihat Hilal, maka berpuasalah, dan bila kamu melihat hilal maka berbukalah. Bila hilal itu tertutup awan maka takdirkanlah ia.
(Riwayat Imam Muslim)