KAEDAH PENGLIHATAN AWAL HILAL:
Keperluan rukyatul hilal (penglihatan sebenar anak bulan) telah menjadi asas kepada penentuan permulaan bulan hijriyah. Walaubagaimanapun kaum-kaum dan tamadun yang lebih lama telah juga mempelopori kajian saintifik untuk menentukan saat yang terawal dimana hilal itu dapat kelihatan, Ini adalah kerana mereka juga menggunakan sistem taqwim qamariah.
Kaum Babylonia adalah di antara yang terawal yang menetap kaedah bagi kemungkinan (jika langit terang ) kelihatan hilal. Mereka menetapkan melalui kajian dan penglihatan yang lama bahawa untuk kelihatan hilal yang terawal, kaedah a s > 12° digunakan. Kaedah ini bermakna hilal itu akan mula kelihatan jika waktunya ghurubnya daripada masa ghurub matahari lebih daripada 48 minit.
Al-Mumtahan (810M) di Damascus, telah memberikan kaedah tentang kedudukan hilal di atas ufuk yang mungkin dapat dilihat, sesuai dengan hasil pengamatannya. Beliau memberikan syarat hilal itu dapat dilihat jika:
d ³ 15° ; D T > 52 m,
iaitu , jarak sudut matahari dan bulan sama atau lebih besar daripada 15° dan selisih waktu ghurub matahari dan bulan lebih 52 minit.
Al-Khuwarizmi (840 M) di Baghdad menerangkan batas minima dan maksima bagi syarat agar hilal dapat dilihat sebagai:
9° < a L < 24°
Kaedah ini menggambarkan bahawa hilal akan selalu dapat dilihat jika apabila tingginya lebih besar dari 9° pada saat matahari ghurub sedang apabila hilal sudah melebihi 24° tidak ada yang tidak melihatnya.
Thabit bin Qurra (870 M) terkenal dengan sebagai seorang ahli falak di zaman Abbasyiah dan rumusannya kemungkinan kelihatan anak bulan ialah sebagai:
5° 22´ > d > 10° 52´ dan D ³ 11° 06´ @ A z = 0°
Kaedah ini menunjukkan bahawa apabila jarak sudut matahari dan bulan pada saat ghurub matahari lebih besar daripada 10° 52´ hilal dapat dilihat sedangkan apabila jarak sudut antara dua benda langit itu lebih kecil daripada 5° 22´ hilal tidak mungkin dilihat. Walau bagaimanapun ia ada memberi satu lagi syarat di mana apabila selisih azimuth (السمت) antara matahari dan bulan 0°, disyaratkan selisih jarak sudut antara matahari dan bulan lebih besar atau sama dengan 11° 06´.
Berbagai kaedah dibuat oleh ahli-ahli falak Islam pada masa dahulu untuk menentukan keadaan di mana kemungkinan hilal itu kelihatan. Walaubagaimanapun kaedah-kaedah ini tidak diperbaiki atau diperbaharui selepas mulanya kemalapan di dalam tamaddun sains Islam.
Kaedah semasa bagi kemungkinan penglihatan hilal ialah kaedah yang telah diperbaiki daripada kaedah-kaedah terdahulu oleh Dr. Mohammad Ilyas daripada Universiti Sains Malaysia. Kajian-kajian saintifik mengenai hilal dan kemungkinan penglihatannya yang dilakukan oleh beliau merupakan kajian yang tunggal yang dijalankan di kalangan ahli falak Islam semasa dan kini telah pun mendapat pengiktirafan ahli-ahli astronomi antarabangsa . Hasil kerjanya telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam bukunya: ' A Modern Guide to Astronomical Calculations of Islamic Calendar Times & Qibla' .
Tiga jenis kaedah telah dikeluarkan olehnya bagi menetapkan kemungkinan penglihatan hilal iaitu:
(1) a D ( D Z ) ³ f(a L ,Z)
Gambarajah 1 menunjukkan kaedah ini. Kaedah ini adalah yang tertepat pada masa ini.
Gambarajah 1: Perbezaan azimuth antara Matahari dengan Bulan waktu senja.
(2) Umur bulan ³ f(latitud, musim, tahun).
Rumusan daripada kaedah ini, ialah umur bulan itu adalah fungsi aradh tempat, musim dan tahun. Dan didapati bahawa umur bulan yang terawal di aradh 0° ialah 16 jam, untuk kemungkinan penglihatannya.
(3) a s ³ f(latitud, musim) (selisih masa ghurub matahari bulan)
| Latitud |
Selisih Ghurub Bulan Selepas Matahari (Min) |
| |
|
| 00° |
41 m ± 2 |
| 30° |
46 m ± 4 |
| 40° |
49 m ± 9 |
| 50° |
55 m ± 15 |
Rumusan daripada kaedah ini ialah waktu ghurub bulan selepas waktu ghurub matahari dan selisih masa itu berubah mengikut 'aradh (latitud) tempat dan musim.
Kaedah kedua dan ketiga di atas adalah berbentuk umum dan tidak berapa tepat untuk digunakan dalam sistem pengiraan yang memerlukan kejituan. Walaubagaimanapun kedua-dua kaedah tersebut mudah difahami dan digunakan oleh mereka yang bukan ahli dalam bidang falak.
Di dalam hubungan ini perlu dinyatakan bahawa kaedah-kaedah yang telah dikeluarkan di Muktamar Antarabangsa mengenai Taqwim di Istanbul bagi menetapkan kemungkinan rukyah dapat dilakukan, telah ditunjukkan menurut kajian terakhir, mempunyai kelemahan-kelemahan.
Kaedah yang pertama yang digunakan iaitu a L = 8° adalah berdasarkan kepada hasil kerja ahli falak Perancis A. Danjon (1931). Sekarang telah ada pembaharuan terhadap Danjon Limit di mana didapati a L = 8° adalah terlalu rendah dan lebih tepat jika a L > 10.5°.
Kaedah yang kedua iaitu ketinggian bulan mesti sekurang-kurangnya 5° daripada ufuk untuk penglihatan boleh diterima.
Kaedah atau cadangan yang ketiga, iaitu umur bulan mesti sekurang-kurangnya 8 jam, untuknya kelihatan adalah terlalu singkat dan kaedah ini juga tidak mengambil kira bahawa kaedah umur ini berbeza mengikut garisan lintang, musim dan juga tahun.