|
PENUTUP:
Taqwim hisab rukyah adalah lebih hampir kepada kegiatan rukyah itu sendiri dan perlulah dijadikan dasar kepada taqwim-taqwim yang disediakan tiap-tiap tahun.
Taqwim-taqwim lain yang tidak mengikut taqwim rukyah, seperti Taqwim Istilahi yang banyak terdapat di dalam kalendar, dairi-dairi swasta ataupun kerajaan patutlah dihentikan penggunaannya.
Di dalam usaha untuk mengembalikan taqwim Islam ke tahap yang sewajarnya, yang berfungsi sebagai satu jangkawaktu bagi semua kegiatan Muslimin, dan akhirnya dapat menyeragamkan taqwim-taqwim Islam di peringkat antarabangsa, maka perlulah kaedah-kaedah dan kajian semasa seperti GTBA digunakan.
|