Penyelarasan Taqwim

PENYELARASAN TAQWIM

ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÃÔÑÝ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä æÚáì Âáå æÕÍÈå ÃÌãÚíä.

1. TAQWIM atau KALENDAR adalah suatu kaedah purba membahagikan masa kepada TARIKH-TARIKH tertentu bagi suatu kaum atau suatu agama. Tarikh-tarikh itu didasarkan kepada suatu kejadian alam yang dipandang suci atau yang dipandang petaka oleh manusia yang berlaku pada zaman purba yang diingati menurut rekod-rekod yang tercatat oleh jenerasi terdahulu. Daripada masa kejadian itulah taqwim-taqwim bangsa atau agama dicipta oleh manusia dan terus digunakan mereka sehingga suatu masa hadapan dengan tidak terhad.

2. Misalnya: Taqwim Hijrah diasaskan pada tahun Hijrah Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke Bandar Yathrib yang berlaku ketika umur Rasulullah s.a.w 52 tahun. Begitu juga Taqwim Miladi diasaskan mulai pada tahun kelahiran Syaidina Isa bin Mariam. Taqwim Cina diasaskan pada tarikh lahir pencipta ugama Budha oleh Konposius. Tarikh Julian bermula pada zaman Kaesar Roma, Juluis Ceaser dan Tarikh Gerigorian bermula pada zaman pemerintahan Pope Grigorian.

3. Bagaimanapun, semua peruntukan pusingan tarikh-tarikh tersebut adalah berasaskan kepada gerakan bulan mengelilingi bumi dan gerakan bumi mengelilingi matahari. Taqwim yang berdasarkan kepada gerakan bulan dinamakan Taqwim Qamari dan taqwim yang berdasarkan kepada gerakan matahari dinamakan Taqwim Shamsi. Dan taqwim yang menyelaraskan gerakan Qamari dan Shamsi dinamakan Luni-Solar kerana Luni atau Lunar ialah bulan dan Solar ialah Matahari. Ketiga-tiga jenis taqwim ini diasaskan oleh puak-puak agama purba terutama oleh Rahib-Rahib Ugama yang mendiami kawasan Timur-Dekat dan Timur-Tengah. Tetapi kebanyakan taqwim ciptaan purba itu tidak begitu baik atau begitu tepat kerana mereka tidak tahu dengan tepat lama masa pusingan satu tahun teropika atau masa satu tahun pusingan musim.

4. Dalam masa mutakhir ini pakar-pakar metamatik dan Astronomi dengan menggunakan alat-alat moden telah dapat membetulkan kesilapan masa pusingan satu tahun itu dengan tepat sekali. Menurut mereka masa satu tahun pusingan bumi mengelilingi matahari ialah 365.243330 hari (atau 365 hari 5 jam 48 minit 46.08 saat). Sementara pusingan bulan mengelilingi bumi 29.530589 hari (atau 29 hari, 12 jam, 44 minit, 34.7 saat). Dan 12 kali pusingan mengambil masa 354.367068 hari (atau 354 hari, 8 jam, 48 minit, 34.7 saat).

5. KALENDAR SYAMSI: Lama-masa bumi mengelilingi matahari ialah 365.2422 hari. Jika pusingan pertama dibulatkan selama 365 hari bagi tahun pertama, bakinya 0.2422 hari itu dibawa ke hadapan dan dimasukkan ke dalam pusingan tahun yang kedua pula menjadikan jumlahnya 365.4844 hari. Jika pusingan kedua ini juga dibulatkan selama 365 hari bagi tahun yang kedua, tentulah bakinya meningkat kepada 0.4844 dan dibawa masuk ke dalam pusingan tahun yang ketiga menjadikan jumlahnya pula 365.7266 hari. Jika pusingan ini dibulatkan pula kepada 365 hari bagi tahun yang ketiga, bakinya 0.7266 dibawa masuk pula ke dalam pusingan yang keempat dan menjadikan jumlahnya 365.9688 hari. Pusingan yang keempat ini dibulatkan kepada 366 hari bagi tahun yang keempat. Bakinya ialah -0.0312 hari. Baki ini akan meningkat kepada -3.120 hari dalam masa 400 tahun. Dengan ini Taqwim Shamsi ini perlu dikurangkan SATU hari tiap-tiap tahun 100 pertama, yang kedua dan yang ketiga. Bagi tahun yang 400 disempurnakan balik kepada 366 hari.

* Tahun 1700, 1800 dan 1900 ialah 356 hari (Feb 28 hari).

Tahun 2000, 2400 dan 2800 ialah 366 hari (Feb 29 hari).

6. KALENDAR QAMARI: Lama-masa Bulan mengelilingi Bumi selama 12 kali ialah 354.367068 hari. Oleh kerana gerakan Bulan ini amat mengelirukan, pakar-pakar Kalendar Qamari menentukan hisab gerakan bulan ini selama 30 tahun Qamari dalam satu pusingan. Dalam masa ini Bulan telah bergerak selama 10631.01204 hari. Angka gerakan bulan ini dibulatkan kepada 10631 hari dalam masa 30 tahun dengan bakinya 0.01204 hari yang dibawa masuk ke dalam pusingan 30 tahun yang kedua. Baki ini akan meningkat kepada satu hari dalam masa 2491 tahun Qamari. Pusingan 30 tahun qamari yang mengandungi 1061 hari itu dibahagi kepada 2 bahagian iaitu tahun-tahun Kabisah dan tahun-tahun Basitah. Tahun basitah mengandungi 354 hari sementara tahun Kabisah pula mengandungi 355 hari. Tahun-tahun Kabisah ialah 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 24, 26, dan 29. Tahun-tahun yang lain ialah tahun Basitah.

* Tahun 1406 Hijrah ialah tahun Kabisah (Zulhijjah 30 hari).
* Tahun 1407 Hijrah ialah tahun Basitah (Zulhijjah 29 hari)

7. Kalendar Qamari bukan saja digunakan oleh orang-orang Islam untuk acara Ibadat, tetapi digunakan juga oleh orang-orang bukan Islam seperti orang Cina, India, Yahudi dan lain-lain lagi. Bagaimanapun ada banyak perbezaan antara cara yang diamalkan oleh orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam. Perbezaan itu seperti berikut:

7.1. Hari orang Islam dimulai dari waktu ghurub matahari sehingga waktu ghurubnya pada besok petang. Sementara orang bukan Islam memulakan harinya pada waktu jam 0.0 tengah malam tempatan.

7.2. Awal Bulan Qamari bagi orang-orang Islam dikira dengan adanya Hilal (anak bulan) pada waktu ghurub Matahari pada tarikh 29 haribulan Qamari. Jika Hilal itu ada, hari esoknya dikira awal bulan Qamari yang baru. Jika hilal tidak ada esok harinya disempurnakan 30 hari bagi bulan yang ada. (untuk Hilal Ramadhan dan Syawal ditambah pula dengan syarat (RU'YAH HILAL).

7.3. Orang bukan Islam terutama orang Cina menamakan awal bulan Qamari mereka pada hari berlaku ijtimak (Newmoon) tidak kira wujud atau tidak Hilal waktu Ghurub Matahari pada hari akhir bulan Qamari. Orang-orang Masihi pula bergantung hanya kepada gerakan Matahari semata-mata.

8. Dengan ini Taqwim, orang-orang Islam terbahagi kepada 3 bahagian:

8.1. Taqwim Istilahi (untuk urusan harian).
8.2. Taqwim Hakiki (untuk urusan Ibadat).
8.3. Taqwim Ru'yah (untuk urusan puasa dan hariraya Puasa).

9. PENYELARASAN TAQWIM SHAMSI DAN QAMARI: Pada biasanya Taqwim Shamsi itu dikenali dengan taqwim Masihi (TM) dan taqwim Qamari dikenali dengan Taqwim Hijrah (TH). Berdasarkan kepada pusingan bulan mengelilingi bumi selama 354.367068 dalam satu tahun Qamari dan kepada pusingan Bumi mengelilingi Matahari selama 365.2422 hari dalam satu tahun Shamsi, satu penyelarasan bersama perlu diwujudkan bagi mengetahui tarikh Shamsi dan Qamari ertinya TM membetuli TH atau TH membetuli TM.

10. Penyelarasan TH:TM dan TM:TH adalah menurut kaedah:

10.1. TM kepada TH = 1317.6638 + (1.03069 × TM)

+ (0.002823 × Hari M dari awal Januari)

10.2. TH kepada TM = 1882.8636 + (0.97023 × TH dikira dari tahun 1300H)

+ (0.002733 × Hari Hijrah dari Awal Muharram)

11. Mithalnya:

11.1. Apakah tarikh dan haribulan Hijrah pada hari 30hb Jun 1986 (hari ini):

(a) Tahun 1986 - 1900 = 86 hari

(b) Hari 30 Jun dari 1 Januari = 181 hari

(c)     1317.6638

+    88.63934   = (1.03069 × 86)

+     0.510963 = (0.002823 × 181)

______________

1406.814103

=============

Jawapannya ialah TH 1406

(d) Baki 0.814103 dikali dengan 355 hari kerana TH 1406 itu KABISAH.

Jawapannya - 289.006565 hari dari awal Muharram 1406

Hari yang jatuh ke 289 jatuh membetuli 23 Shawal 1406

(e) Jawapannya: Hari 30 Jun 1986 (hari ini) bersamaan hari 22 Shawal 1406 TH,

11.2. Apakah tarikh dan haribulan Masihi pada hari 22hb. Shawal 1406 H.

(a) Tahun 1406 - 1300

(b) Hari 22 Shawal dari 1 Muharram = 288 hari

(c)    1882.8639

+   102.84438   = (0.97023   × 106 tahun dari tahun 1300)

+       0.789837 = (0.002733 × 289 hari dari awal Muharram)

________________

1986.498117 Jawapannya ialah TM 1986

==============

(d) Baki 0.498117 dikali dengan 365 hari kerana TM 1986 Basitah

Jawapannya 181.8127506 hari

Hari yang ke jatuh ke 181 membetuli 30 Jun 1986.

(e) Jawapan sepenuhnya:

Hari 23 Shawal 1406 TH (hari ini) jatuh bersamaan 30 Jun 1986.

12. Bagi memudahkan mengetahui bilangan hari yang sempurna dalam tahun Basitah dan Kabisah TM dan TH inilah dijadualkan:

 
             
Januari 00 00 00 00     Muharram
Februari 31 31 30 30     Safar
Mac 59 60 59 59     Rabii-Awal
April 90 91 89 89     Rabii-Akhir
Mei 120 121 118 118     Jamal-Awal
Jun 151 152 148 148     Jamad-Akhir
Julai 181 182 177 177     Rejab
Ogos 212 213 207 207     Shaaban
September 243 244 236 236     Ramadzan
Oktober 273 274 266 266     Shawal
November 304 305 295 295     Zulkaedah
Disember 334 335 325 325     Zulhijjah
  365 366 355 354  

13. Bagi mengetahui nama-nama hari satu minggu pada tarikh-tarikh Hijrah dan Masihi hendaklah dikeluarkan angka-angka yang membetuli tahun dan dicampurkan dengan angka-angka yang membetuli bulan dan haribulan. Jumlah angka-angka ini dikira dari hari Ahad. Jika jumlah ini 0 ialah hari Sabtu.

13.1- 1. Ahad
2. Ithnin
3. Thalatha
4. Rabu
5. Khamis
6. Jumaat
7. Sabtu (atau 0)

13.2- Angka-angka TM dikira mulai 1900 - 2013.

Tahun 1900 (K)
 Bulan K B Hari
04 32 60 84 5
08 36 64 88 3
12 40 68 92 1
16 44 72 96 6
20 48 76 00 4
24 52 80 04 2
28 56 84 08 0





Tahun Pecahan (B)

1 2
2 3
3 4
 Jan 0 0 01 08 15 22 29
 Feb 3 3 02 09 16 23 30
 Mac 4 3 03 10 17 24 31
 Apr 0 6 04 11 18 25  
 Mei 2 1 05 12 19 26  
 Jun 5 4 06 13 20 27  
 Jul 0 6 07 14 21 28  
 Ogos 3 2            
 Sep 6 5            
 Okt 1 0            
 Nov 4 3            
 Dis 6 5            

Misal: 30 Jun 1986 =    84     0
(B)           2        3
             86      3

Jun   (B)                   4

30                             2
         9 dikira dari hari Ahad jatuh hari Ithnin

Jawapannya hari 30 Jun 1986 ialah hari Ithnin


13.3- Angka-angka TH dikira mulai 1350 - 1450.

Tahun 1300 - 1400
50 58 66 (1)
51 59 67 (5)
52 60 68 (2)
53 61 69 (0)
54 62 70 (4)
55 63 71 (1)
56 64 72 (6)
57 65 73 (3)
74 82 90 98 (0)
75 83 91 99 (5)
76 84 92 00 (2)
77 85 93 01 (6)
78 86 94 02 (4)
79 87 95 03 (1)
80 88 96 04 (6)
81 89 97 05 (3)
(Tahun 1400)  
06 14 22 (0)
07 15 23 (5)
08 16 24 (2)
09 17 25 (6)
10 18 26 (4)
11 19 27 (1)
12 20 28 (6)
13 21 29 (3)
  
30 38 46 (0)  
31 39 47 (4)  
32 40 48 (2)  
33 41 49 (6)  
34 42 50 (5)  
35 43   (1)  
36 44   (5)  
37 45   (3)  

13.4- Angka-angka bulan Qamari.

Muharram 00   (0)
Safar 30   (2)
Rabii-Awal 59   (3)
Rabii-Akhir 89   (5)
Jamal-Awal 118   (6)
Jamal-Akhir 148   (1)
Rejab 177   (2)
Shaaban 207   (4)
Ramadzan 236   (5)
Shawal 266   (0)
Zulkaedah 295   (1)
Zulhijjah 325   (3)

354/355

Angka harian:

1 8 15 22 29 (1)
2 9 16 23 30 (2)
3 10 17 24   (3)
4 11 18 25   (4)
5 12 19 26   (5)
6 13 20 27   (6)
7 14 21 28   (7 atau 0)

Misal: 23 Shawal 1406 TH
1406              0
Shawal           0
23                   2
                       2 Hari Ithnin

Jawapannya: 23 Shawal 1406 ialah hari Ithnin.


14. 300 TM bersamaan 309 TH: Firman Allah (s.w.t):

æóáóÈöËõæÇ Ýöí ßóåúÝöåöãú ËóáóÇËó ãöÇÆóÉò Óöäöíäó æóÇÒúÏóÇÏõæÇ ÊöÓúÚðÇ. ÇáßåÝ: 25

Yang bermaksud:
" .. dan mereka telah tinggal di dalam gua mereka 300 tahun (dengan kiraan ahli-Kitab) dan mereka tambah lagi 9 tahun (dengan kiraan kamu - ahli Islam). Surah Al-Kahfi: 25. (Al-Rahman 1980)

15. Di dalam hisab ahli-ahli hisab, didapati bilangan hari-hari Shamsi selama 300 tahun ialah 109572.66, sementara hari-hari Qamari selama 309 tahun ialah 109499.42 dengan kekurangan 73.24 hari. Sebagai satu petunjuk umum, seperti yang ditunjuk oleh ayat Al-Quran tersebut bahawa masa yang panjang 300 tahun Shamsi itu adalah bersamaan 309 Qamari. Kelebihan 73.24 hari dalam masa 300 tahun Shamsi akan meningkat kepada satu tahun Shamsi dalam masa 1,499 tahun Shamsi atau 1545 tahun Qamari. Pada ketika ini tahun Qamari hanya kekurangan 1 hari sahaja daripada tahun Shamsi.

15.1- Satu tahun Shamsi 365.2422   hari
  1494 tahun Shamsi   547498.0 hari
  Satu tahun Qamari 354.367068   hari
  1545 tahun Qamari   547497.1 hari
  Perbezaan   0.9 hari

16. Untuk pengetahuan umum, inilah disarankan beberapa perkara yang berkaitan dengan taqwim Shamsi dan Qamari ialah:

A. Tahun-tahun antarabangsa membetuli TM 1980

TH 1401
T. Indian 1902
T. Jepun 2640
T. Yahudi 5741
T. Roman 2733
T. China 2698

B. Hari-hari Jawa berpusing atas 5 hari iaitu:

Legi (5), Paing (9), Powoon (7), Wageh (4) dan Kaliwoon (8).

Pusingan 5 hari berdasarkan kepada tahun-tahun Masihi yang dikira dari 1 Januari.

1 Januari 1980 Legi (5)
.. 1981 Paing (9)
.. 1982 Paing (9)
.. 1983 Paing (9)
.. 1984 Paing (9)
.. 1985 Powoon (7)
.. 1986 Powoon (7)
.. 1987 Powoon (7)
.. 1988 Powoon (7)
.. 1989 Wageh (4)
.. 1990 Wageh (4)
.. 1991 Wageh (4)
.. 1992 Wageh (4)
.. 1993 Kaliwoon (4)
.. 1994 Kaliwoon (8)
.. 1995 Kaliwoon (8)
.. 1996 Kaliwoon (8)
.. 1997 Legi (5)
.. 1998 Legi (5)
.. 1999 Legi (5)
.. 2000 Legi (5)
.. 2001 Paing (9)

Kaedah:

Mula-mula kira berapa bilangan hari yang dikehendaki dari 1 Januari TM. Kemudian bahagi bilangan hari tersebut dengan 5. Baki pembahagian dikira dari nama hari Jawa yang jatuh bersamaan 1 Januari TM yang dikira. Itulah nama hari Jawa yang jatuh pada tarikh.

Misal: Apakah nama hari-hari Jawa yang jatuh bersamaan hari Ithnin 30 Jun 1986 (B).


      30 Jun = 181 hari

            181 baki 1
             5


Oleh kerana 1 Januari 1986 jatuh Powoon, hari 30 Jun juga 1, jawapannya ialah Ithnin (Powoon 7).



17. Sekian sahaja. Adanya. Wassalam.

Md. Khair bin Haji Md. Taib
(KMN. AMK. AMP)
18 Jalan Rokam,
31350 IPOH, Perak.

Tel. 05 - 511490