Kalendar Bulan dalam Tamadun Manusia

3. Kalendar Bulan dalam Tamadun Manusia.

Proses mengawal dan mengukur masa adalah sama usianya dengan tamadun manusia itu sendiri. Walaupun sekarang kita menggunakan matahari (solar) untuk tujuan ini, hanya dikebelakangan ini, matahari lebih mendapat tempat dari bulan (lunar). Sebab utama disebalik pemilihan awal bulan sebagai kalendar ialah kekuatan astronominya dan kelebihan sains sistem kitarnya yang mudah tetapi tepat. Dengan itu tidak hairanlah hampir semua tamadun awal menggunakan kalendar bulan -- Babilon, Greek, Yahudi dan Mesir di Timur Tengah; Aztec dan Inca di Barat; Cina dan Hindu di Timur. Hampir kesemuanya menggunakan sistem bulan tulin pada mulanya -- tetapi kemudiannya menukarnya kepada sistem bulan-matahari di mana kitarnya (bulan) masih berdasarkan kepada lunar, tetapi tahun lunarnya kadangkala diperbetulkan dengan menambahkan satu bulan agar musim-musimnya jatuh disekitar bulan yang sama. Amalan ini berlanjutan ke hari ini dalam kalendar kebudayaan / keagamaan Cina dan Hindu, berbanding dengan kegunaan orang-orang Islam, dimana sistem lunar jati digunakan untuk menentukan bilangan bulan (12) dalam setahun. Walaupun negara-negara Barat dan Gereja Kristian menggunakan tahun solar untuk kalendarnya, mereka masih ada menggunakan sistem lunar untuk tarikh terpenting bagi gereja - Easter. Dengan itu kita tegaskan bahawa sistem lunar diguna oleh seluruh manusia di dunia, dalam satu bentuk atau lainnya. Inilah sebabnya kenapa semua tarikh penting keagamaan pelbagai masyarakat berganjak setiap tahun (tidak seiring dengan musim) -- Hari Raya, Easter, Deepavali, Tahun Baru Cina, dll.

Dalam sejarah kalendar lunar, terjadi suatu peristiwa yang menimbulkan masalah yang serius; iaitu keputusan Julius Ceaser 46 B.C menggantikan kalendar lunar yang dipinda secara bermusim kepada suatu kalendar solar jati (disusun pada 45 B.C). Perkara yang menyebabkan kemarahan Ceaser bukanlah kerana kalendar lunar sangat, tetapi kerana salah guna kuasa oleh paderi dalam hal "intercalation". Walau bagaimana pun hal ini tidak menjejaskan sangat penggunaan kalendar lunar, sehinggalah diakhir-akhir ini sebelum tamadun Barat merebak ke Benua Amerika dan penjajah Eropah ke atas negara-negara lainnya. Dari situlah kalendar solar mula menapak dan akhirnya diguna di seluruh dunia.

Kalendar lunar mendapat nafas baru apabila Islam menerima sistem lunar jati (632 A.D) dalam bentuk yang mudah -- 12 bulan tepat dan tetap. Sebelum itu penduduk Mekah sering menukar kedudukan bulan-bulan suci (di mana dilarang berperang) untuk menyesuaikan diri mereka melalui intercalation seperti paderi-paderi Rom dulu.

Allah berfirman:

íóÓúÃóáõæäóßó Úóäö ÇáúÃóåöáøóÉö Þõáú åöíó ãóæóÇÞöíÊõ áöáäøóÇÓö æóÇáúÍóÌøö.

Yang bermaksud:
Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji;... (Surah Al-Baqarah, Ayat: 189).

FirmanNya lagi:

Åöäøó ÚöÏøóÉó ÇáÔøõåõæÑö ÚöäúÏó Çááøóåö ÇËúäóÇ ÚóÔóÑó ÔóåúÑðÇ Ýöí ßöÊóÇÈö Çááøóåö íóæúãó ÎóáóÞó ÇáÓøóãóæóÇÊö æóÇáúÃóÑúÖó ãöäúåóÇ ÃóÑúÈóÚóÉñ ÍõÑõãñ Ðóáößó ÇáÏøöíäõ ÇáúÞóíøöãõ.

Yang bermaksud:
Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus ... (Surah At-Taubah, Ayat: 36).

Dengan melibatkan kenampakan pertama anak bulan (hilal) (amalan ini juga dilakukan oleh mereka yang terdahulu seperti Babilon, Yahudi, Inca, Aztec dll) taqwim Islam menjadi lebih mudah dan sempurna. Tetapi lebih penting, dengan berdasarkan kepada kenampakan terawal, taqwim lunar -- yang sudah memerlukan mekanika angkasalepas, astronomi dan matematik bersfera -- menjadi lebih mencabar secara sains dalam astronomi pencerapan dan juga fizik optik. Mengusahakan pengiraan astronomi taqwim, termasuk menjangka kenampakannya menjadi suatu aktiviti yang sangat gigih, suatu amalan agama dan mencabar bagi akal ahli-ahli sains Islam yang terkemuka semasa zaman kegemilangan ahli sains Islam, seperti Ya'kub Ibn Tariq, al-Khawarizmi, al-Battani, al-Farghani, al-Sufi, al-Biruni, al-Tusi Omar Khayyam. Tidak banyak pertambahan dalam bidang ini setelah kejatuhan sains Islam, dan diikuti pula dengan perubahan kepada kalendar solar, terutama sekali diabad yang lalu, menyebabkan sedikit sekali perhatian yang serius yang diberikan terhadap kalendar lunar.

Di zaman moden ini, jika suatu kalendar itu perlu digunakan secara praktik seluruh dunia, maka tarikh-tarikhnya mestilah saling berkait antara dua tempat melalui suatu Garis Tarikh (Date Line). Kedua-dua sistem lunar dan solar, pada dasarnya bersifat tempatan, sementara di Eropah dan juga ditempat-tempat lain, masa dan tarikh ditentukan berdasarkan kepada meridian tempatan di tempat tersebut, sehinggalah ke akhir abad yang lalu. Dengan adanya telegraf, keretapi, perjalanan cepat dan jam yang tepat, mengubah keadaan ini. Sejak itulah sistem solar secara tidak langsung, dan secara kebetulan, diterima antarabangsa dengan mengambil Greenwich secara sebarangan pada 1884 sebagai meridian utama, untuk mempermudahkan penentuan kedudukan di laut. Ada sepuluh tempat yang boleh dipilih, termasuk Palestin, Piramid dan meridian Perancis. Penerimaan Meridian Utama dan percampuran sistem zon-masa ke dalamnya, menghasilkan Garis Tarikh Solar Antarabangsa yakni Anti-utama (garis bujur 180). Perlahan-perlahan, negara-negara mula menerima Garis Tarikh Solar sebarangan untuk kegunaan kalendar. Setengahnya didekad yang baru lalu (misalnya Leberia dalam tahun 1972). Walaupun hal ini tidak difikir secara serius, peristiwa ini menjadi penting, menukarkan kelandar solar tempatan kepada suatu sistem berskima yang boleh dilaksanakan, walaupun kesilapan hanyut jangka-pendek dan bermusim tidak diambil kira. Mengabaikan semua hal ini, perkembangan di atas menolong (menggalakkan) penggunaan kalendar solar dan penguasaannya mengecilkan perkembangan awal kalendar lunar antarabangsa yang sesuai. Kerana Garis Tarikhlah menyebabkan kalendar lunar terbantut dan tertinggal di belakang. Dan keperluan Garis Tarikh Antarabangsa inilah menjadi kajian yang serius oleh Ilyas terutamanya Kalendar Lunar Islam. Di akhir-akhir ini ianya sudah dapat digunakan. Cara bekerjanya dapat diperluaskan kepada sebarang kalendar Lunar.