4. Astronomi Moden dan Taqwim (Lunar) Islam:
Untuk melihat betapa serius dan pentingnya masalah astronomi Islam, dan betapa pentingnya kiraan yang baik, saya nyatakan dua contoh. Daripada al-Hadis dan tafsirannya, kita mengetahui akan malam Lailatul-Qadr. Mengikut setengah riwayat, ianya jatuh pada sepuluh malam terakhir yang ganjil di Bulan Ramadhan, (yakni 21, 23, 25, 27, dan 29). Jika kita telah tersalah kira awal Ramadhan, maka kita akan mencarinya di malam yang salah -- mungkin inilah yang kita telah buat selama ini. Contoh yang kedua ialah waktu Solat Fajr dan permulaan puasa. Jika azan diazankan pada masa matahari 20 di bawah ufuk, padahal padahal nilai sebenar ialah 18 (yakni terkemudian), maka azan diazankan (dan sembahyang dilaksanakan) terlebih awal dan jangkamasa puasa dilanjutkan tidak sepatutnya (terutama bagi yang tua dan remaja, dan pada garis lintang yang besar). Sebaliknya jika 20 adalah nilai betul, tetapi kita berpuasa mengikut kiraan 18 (yakni terkemudian) untuk Solat Fajr dan Imsak, maka Allah lebih mengetahui mengenai puasa kita yang bermula agak terlewat sedikit. Ringkasnya, kita tidak ada pedoman disebabkan oleh tiadanya institusi astronomi yang sesuai, sesuatu seperti 'Greenwich Islam' atau 'Abad ke 9 Baghdad' melayan keperluan Taqwim Islam bagi seluruh masyarakat Islam. Walau bagaimanapun di akhir-akhir ini, terdapat suatu usaha yang serius, dimungkinkan oleh penyelidikan di mana saya turut sama terlibat sejak satu dekad yang lalu. Perkembangan ini menghasilkan arah baru dalam bidang astronomi Islam, terutamanya bagi isu-isu yang asas seperti anggaran kenampakan anak bulan sedunia dan taqwim Lunar Islam Antarabangsa yang disatukan, berdasarkan kepada Garis-garis Tarikh Lunar Antarabangsa.
Pada asasnya, ada tiga aspek utama berkaitan dengan Taqwim Lunar Islam Antarabangsa:
i) Kaedah anggaran astronomi kenampakan anak bulan.
ii) Penggunaan kaedah anggaran di seluruh dunia.
iii) Applikasi sedunia dan pelaksanaannya.