ii) Kenampakan Anak Bulan Seluruh Dunia dan Garis Tarikh Lunar
Diberi suatu kaedah (kriteria) penganggaran secara astronomi yang baik, maka tidak sukar bagi kita menggunanya untuk menjangkan terlebih dahulu akan kenampakan (hilal) pada petang hari dan bila bermulanya bulan baru, di mana-mana saja. Malah, ini suatu amalan rutin dizaman Islam dari abad ke 8 dan seterusnya. Walau bagaimanapun di masa kini, kita perlu melihat hal ini secara menyeluruh. Untuk membuat kiraan yang perlu bagi seluruh permukaan bumi -- untuk beberapa hari yang berturut bagi setiap bulan baru -- memerlukan paling tidak suatu komputer elektronik. Malah, tanpa perkembangan komputer, kerja seumpama ini menjadi tak mungkin. Dan tanpa membuat kiraan seumpama itu di serata dunia, tidak mungkin suatu kajian Kalendar Antarabangsa yang realistik dan juga penyelesaian kepada keperluan agama dapat diadakan. Malah, walaupun kepada keperluan dan konsep asas Garis Tarikh Lunar Islam -- kerangka utama sesuatu kalendar Antarabangsa -- terdahulunya sudah dikembangkan oleh Ilyas[ 10 , 11 , 12 ]hanya pada tahun 1978 tabii' kenampakan (hilal) di seluruh dunia dan Garis Tarikh Lunar yang sesuai, menjadi jelas[ 13 , 14 , 15 ]apabila set carta seumpamanya pertama kali dikeluarkan. Di tahun-tahun berikutnya, hal ini dipertingkatkan[ 17 , 18 , 19 ]yang akhirnya membawa kepada tercetaknya buku set data untuk seluruh dunia[ 20 ]. Ia merangkumi huraian teknik secara detail. Anggaran skala seluruh dunia adalah perkembangan utama yang pertama di dalam sejarah kalendar moden.
Tanpa memasuki aspek teknik secara terperinci, kita boleh melihat hasil pengiraan secara sejagat. Isu asasnya di sini adalah untuk menghubungkait fenomena kenampakan pertama pada dua tempat A dan B di mana B adalah di timur, atau di barat, atau di utara atau di selatan A.
i) Jika kita menjangkakan kenampakan anak bulan di A, apakah yang terjadi di B?
ii) Apakah terdapat watak / perlakuan bersistem dan keselanjaran secara umum atau hanya kelakuan rawak sahaja ?
iii) Jika bulan pertama kali nampak di satu tempat A, apakah ia akan dilihat juga di A pada bulan berikutnya ?.
Untuk menjawab persoalan asas ini, pengiraan asasnya adalah menyeluruh (involved) dan kompleks tetapi hasilnya mudah sekali dan memuaskan. Ini diterangkan dalam gambarajah secara skima ( Rajah 1 ). Kita dapati bahawa pada setiap bulatan lintang terdapat satu garis bujur genting di mana bulan dijangkakan pertama kali nampak kerana syarat astronomi minimum telah dipenuhi di tempat itu -- pada masa matahari masuk tempatan. Di sebelah timur garis bujur genting ini, perubahan kenampakan berkurang dengan cepatnya (pertumbuhan cakera gelap) disebabkan oleh masa ketibaan tenggelamnya matahari lebih awal dan di sebelah barat pula kemungkinan kenampakan bertambah dengan cepatnya (pertumbuhan cakera terang) disebabkan oleh lewatnya terjadi tenggelamnya matahari tempatan (membolehkan bulan kelihatan lebih tinggi, lebih besar, dan lebih terang). Oleh itu garis yang menghubungkan garis membujur di mana kenampakan pertama terjadi pada garis melintang yang berbeza adalah sebagai Garis Tarikh Lunar Antarbangsa Islam (GTLAI). Disebabkan oleh beberapa zon ketakpastian dalam kriteria jangkaan, terdapat beberapa zon ketakpastian di sekitar garis ini (ILDL - GTLAI) merangkumi garis bujur kira-kira 20 hingga 30 pada setiap sisi.
Dalam zon ini, sekarang kita boleh menjangkakan akan melihat / nampak atau tidak nampak anak bulan. Di luar daerah ini, di sebelah barat kita menjangkakan akan nampak anak bulan jika keadaan cuaca terang. Ini adalah satu dimensa baru bagi pemahaman moden mengenai kenampakan sejagat yang memerlukan perhatian serius dari cendiakawan Islam / Ulamak kita.