Pemakaian dan Perlaksanaan Garis Tarikh Lunar Antarabangsa Islam
Seminar Taqwim Islam > Masa Depan Taqwim Islam>4. Astronomi Moden Dan Taqwim (Lunar) Islam>iii) Pemakaian Dan Perlaksanaan Garis Tarikh Lunar Antarabangsa Islam

Pemakaian dan Perlaksanaan Garis Tarikh Lunar Antarabangsa Islam

iii) Pemakaian dan Perlaksanaan Garis Tarikh Lunar Antarabangsa Islam

Pada asasnya GTLAI (atau ILDL) adalah satu garis sempadan semulajadi serupa dengan garis tarikh solar yang ditentukan sembarangan (bersistem) dan ini membolehkan perubahan kalendar lunar tempatan kepada kalendar lunar antarabangsa tanpa mempengaruhi syarat asas 'kenampakan tempatan' pada setiap dan semua tempat. Dengan perkataan lain, jika setiap orang menyetujui syarat mengenai jangkaan kenampakan tempatannya, tanpa menghiraukan orang lain, hasil yang diperolehinya adalah satu taqwim Islam Antarabangsa yang bersistem dan selaras di seluruh dunia. Oleh kerana taqwim seumpama ini menghampiri dengan keadaan melihat yang sebenar, ini membolehkan penyesuaian dilakukan bagi perbezaan yang kadangkala wujud yang disebabkan oleh penglihatan sebenar tanpa mempengaruhi keseluruhan taqwim secara serius. [Satu bulan yang mempunyai 29 hari mungkin bertukar menjadi 30 hari dan di sisinya menjadi 29 - sebahagian besarnya di daerah ketakpastian sahaja]. ILDL tidak semestinya satu garis lurus tegak tetapi ianya merupakan satu garis lengkung yang kelengkungannya paling besar di garis lintang yang tinggi. Dengan itu beberapa penyesuaian tertentu perlu dilakukan terhadap ILDL pada garis lintang yang tinggi[ 21 - 25 ]dan ini merupakan satu daripada hal-hal yang perlu diperhatikan dengan serius dari sudut saintifik dan agama di masa hadapan. Penghampiran satu garis tegak di mana satu garis tegak dilukis di puncak (apex) ILDL yang dihitung, digunakan untuk Taqwim Islam Antarabangsa umum mempunyai beberapa justifikasi yang baik[ 26 , 27 ]antara lain termasuk cukup hanya dengan mengadakan cerapan penglihatan anak bulan tunggal untuk seluruh negara.

Satu perhatian penting adalah perayaan besar bagi peristiwa keagamaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dan persoalan samada setiap orang dapat menyambut hari-hari itu pada hari yang sama seluruh dunia. Dalam kefahaman kita mengenai corak kenampakan sejagat dan hasil Garis Tarikh Antarabangsa dan sebagainya, tidaklah sukar untuk melihat bahawa Garis Tarikh boleh menukar tarikh tempatan menjadi tarikh antarabangsa. Sebarang perayaan yang dimulai dari garis tersebut akan berlaku pada hari yang sama (dalam masa 24 jam di seluruh permukaan dunia) seluruh dunia. Bagaimana pun terdapat persoalan penglihatan sebenar terutama sekali untuk perayaan tertentu seperti Hari Raya Puasa. Ianya bergantung kepada para Ulama' untuk mengambil berat perkara-perkara berikut yang mempunyai kesan penting mengenai hal ini.

i) Andaikan penglihatan sebenar diperlukan dengan bantuan perkiraan ILDL dan kumpulan pemerhati / pencerap antarabangsa, satu Garis Tarikh berdasarkan pencerapan dibentuk dengan melihat sebenar di setiap garis lintang (latitude) - yang mendekati jangkaan. Mungkinkah boleh dibenar memulakan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri pada Garis Tarikh cerapan tanpa perlunya membuat penglihatan lebih lanjut di tempat-tempat lain di sebelah barat tempat itu. Satu perhatian yang khas diberikan kepada fakta baru sains bahawa apabila anak bulan sudah kelihatan, ianya menjadi lebih mudah dilihat ke barat dari tempat tersebut di sepanjang garis lintang yang sama. Ini tidak lebih dari memperluaskan kenyataan ke seluruh dunia bahawa: "Satu kenampakan sudah cukup untuk seluruh negara" sebagaimana fatwa yang telah dikeluarkan Mufti Shafi dari Pakistan. Dan ini adalah benar secara sains[ 28 ]. Juga, saya difahamkan bahawa hal ini ada skop untuk dikembangkan[ 29 ]. Biasanya keadaan ini boleh digunakan bagi zon yang tidak pasti, kerana diluar zon ini, cerapan dan pengiraan mestilah sama jika kedua-duanya dibuat dengan betul-betul dan teliti.

ii) Soalan kedua, yang mungkin lebih penting untuk ulama' mengkajinya, timbul kemudian, ialah jika dan bila kriteria jangkaan kenampakan secara astronomi dapat disempurnakan secara (hampir) mutlak, apakah kiraan (hisab) boleh menggantikan rukyah? Walau bagaimanapun, saya perlu nyatakan di sini bahawa kesempurnaan kaedah bersains yang disebut di atas dengan bukti cerapan yang jelas memerlukan masa lama lagi untuk dicapai. Ia melibatkan kerja cerapan yang diselaraskan diseluruh dunia selama beberapa tahun. Tentunya, ini menolong kita di zon ketidakpastian disekitar ILDL. Sebaik saja kita capai kesempurnaan di dalam jangkaan kita, maka tidak perlu diutamakan samada hendak menggunakan kiraan (hisab) atau rukyah, kerana kedua-duanya memberi hasil yang sama.

Apacara pun kita guna untuk menentukan tarikh-tarikh tertentu seperti Aidil-Fitri atau Awal Ramadhan, masa depan taqwim Islam (dan juga semua kalendar lunar) sebagai suatu sistem yang hidup dan sempurna bergantung di atas kejayaan kita untuk melaksanakan Taqwim Agama Islam Antarabangsa yang seragam. Ianya dikira (hisab) mengikut asas dan kenampakan jangkaan yang sama, di mana saja di dunia Islam. Sesungguhnya tarikh-tarikh yang (tak menasabah) berbeza antara negara-negara Islam, dan (timbulnya) keadaan yang kelam kabut yang kita alami setiap tahun di hari-hari perayaan adalah lebih disebabkan oleh perbezaan kiraan dari penerimaan kiraan oleh sebahagian dan melihat anak bulan oleh sebahagian yang lain. Melihat anak bulan bagi satu atau dua peristiwa yang penting berkecenderungan menghasilkan keputusan yang salah jika taqwim dikira salah [29] (misalnya jika kiraan 29 sebenarnya 28).

Sebelum Berikut