Masa Depan
Dari perbincangan yang lalu, nyatalah bahawa isu-isu yang kita hadapi adalah bersifat sains meskipun pertimbangan keagamaan perlu dalam sesuatu hal tertentu. Yang paling memerlukan tindakan segera adalah perlaksanaan seragam Taqwim Islam Antarabangsa untuk tujuan umum. Secara bersama pula kita perlu membentuk / melakukan penyelidikan secara sains dan mencapai kemahiran ke arah menyempurnakan sains taqwim dan astronomi yang berkaitan. Sesungguhnya, sekarang terdapat kesedaran yang meluas mengenai keperluan ini di kalangan Dunia Islam. Lebih penting dari itu, sudah ada beberapa kemajuan perkembangan ke arah menggiatkan program Taqwim Islam Antarabangsa dengan usaha bersepadu antarabangsa. Sekumpulan pakar antarabangsa telah dibentuk, dan perjumpaan awal telah rancangkan tidak lama lagi. Beberapa institusi telah menunjukkan minat dan perhatian yang mendalam dalam usaha ini. Perkembangan yang positif ini memberikan suatu suasana lemah yang terpaksa dihadapi bila kita bersemuka dengan pengurus-pengurus Islam yang kurang memahami usaha penyatuan seperti mana kerja penyatuan astronomi terhadap masyarakat atau mempunyai desakan lain.
Barangkali perlu dinyatakan di sini bahawa sistem Taqwim Islam adalah satu sistem yang termudah di antara kalendar-kalendar lunar. Penyelesaian sistem jangkaan yang sempurna akan bertahan menjadi satu sistem yang hidup untuk kegunaan seharian. Bagi mereka yang biasa dengan kalendar Yahudi atau Hindu, tahu sangat berapa banyak aturan-aturan yang mesti diingat untuk membentuk kalendar itu, kadang-kadang berasaskan dari hari ke hari. Malah dalam pengiraan tarikh "Easter" (pada mulanya dikaitkan dengan "passover" Yahudi, tetapi ditukar kemudian) secara relatif adalah merupakan kerja yang rumit[ 30 ]. Bagaimana pun, oleh kerana tarikh Easter dan seumpamanya telah ditentukan jauh lebih awal, tidak ada seorang pun yang mengadu akan hal itu. Banyak penyelidikan yang dilakukan untuk itu.
Telah kita lihat bahawa astronomi Islam diabaikan terus menerus beberapa abad sejak abad yang lalu. Proses yang terbuka kepada kita sekarang adalah mempelajari semula. Ia adalah suatu proses yang lambat, samalah seperti fasa awal di Baghdad tetapi akhirnya kita akan menjadi satu kelompok besar yang mempunyai kemahiran tertentu yang dapat menyelesaikan masalah astronomi masyarakat pada abad mendatang. Ke arah mempergiatkan proses seumpama inilah yang membangunkan kelompok / badan ahli sains dan inilah yang saya sangat minat. Barangkali, sesuai untuk saya mengakhiri kertas kerja ini dengan petikan dari nota yang saya tulis tidak lama dahulu[ 31 ].
Beberapa tahun yang lalu terdapat kecenderungan untuk merangka / mengatur seminar 2 atau 3 hari untuk mendapatkan penyelesaian dengan segera. Pendekatan penyelesaian kilat seumpama ini akan menimbulkan mudharat dari kebaikan. Sains yang mendasari telah dilupakan sepanjang abad pengabaian. Semua bentuk penyederhanaan / pemudahan telah dikemukakan untuk mengatasi keperluan matematik dan fizik yang rumit, supaya sekarang kita harus belajar semula dan memajukan semula astronomi Islam.
Prosesnya, biarpun lambat, tetapi istiqamah dan dengan usaha yang selanjar. Kaedah sains moden adalah sedemikian rupa di mana kita usahakan hari ini terbuka untuk rujukan / permintaan kembali dan dihalusi hari esok. Pendekatan kita mestilah untuk mencari / menentukan penyelesaian jangka pendek sementara yang dapat diterima lagi suatu masalah, jika boleh, sementara berusaha untuk mencari usaha kepada penyelesaian jangka panjang lebih sempurna.
Rajah 1: Menunjukkan secara skima bagaimana sepanjang bulatan garisan lintang, kemungkinan kenampakan berkurang ke timur ILDL (bulatan gelap yang makin membesar) dan bertambah ke barat ILDL (bulatan cerah yang makin membesar).