Taqwim

2. Taqwim

Pelbagai jenis taqwim wujud dan digunakan diseluruh dunia semenjak beberapa ribu tahun dahulu. Taqwim-taqwim ini berasaskan bulan sahaja atau matahari sahaja atau kedua-dua bulan dan matahari sementara ada golongan-golongan yang mengabaikan kedua-dua bulan dan matahari.

Taqwim yang mempunyai kegunaaan yang paling luas pada hari ini ialah taqwim Gregory. Ianya berasaskan matahari. Ralat dalam taqwim ini ialah lebih kurang 26 saat dalam satu tahun dan mencapai 1 hari dalam masa 3300 tahun (Hambury Brown 1978).

Jenis-jenis taqwim lain ialah dari Babylon yang berasaskan kedua-dua bulan dan matahari dan yang berasal dari tamadun Maya pula terdiri daripada jujukan bilangan hari sahaja. Pakar-pakar astronomi juga menggunakan taqwim yang berasaskan jujukan hari tanpa rujukan kepada bulan atau matahari. Setiap hari ini dinamakan hari Julian. Ia mesti dibezakan daripada taqwim Julian yang telah dinamakan sempena Julius Caesar dan berasaskan pergerakan matahari.

Untuk ummah Islam taqwim berasaskan peredaran bulan dan diberi nama taqwim qamariah atau taqwim Islam.