Penutup

6. Penutup

Usaha membina taqwim di Jabatan Ukur adalah pada tahap percubaan. Aturcara yang digunakan boleh diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Dalam pada itu kriterion-kriterion yang digunakan setakat ini belumlah berasaskan keputusan rasmi mana-mana pihak berkenaan. Ia berasaskan keputusan yang telah diambil setelah perbincangan dilakukan di antara beberapa individu.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperbaiki kaedah kami dan kami juga mencari penyelesaian mengenai masalah kriterion yang telah ditimbulkan.