Latar Belakang Dan Matlamat

LATAR BELAKANG DAN MATLAMAT:

Latar belakang dan matlamat RME boleh dirujukkan kepada kedudukannya sebagai sebahagian dari rangkaian Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dalam usaha mencapai matlamat DEB. Yang dirangka dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan masalah sosio ekonomi yang buruk sebagai natijah dari pelaksanaan polisi ekonomi penjajah Inggeris yang pada hakikatnya mahu memanjangkan lagi tempoh kekuasaannya di Malaysia.

Kedudukan sosio ekonomi warisan penjajah Inggeris yang buruk adalah menggugat pengwujudan masyarakat Malaysia yang teguh, bersatu padu dan harmoni. Maka RME adalah merupakan sebahagian dari DEB yang dilancarkan sebagai usaha penyusunan pembangunan ekonomi yang boleh diibaratkan sebagai serampang mata dua, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. (1)

Dalam persoalan ini ada dua masalah yang menonjol; Yang pertama ialah kedudukan hak milik Melayu dan bumiputera yang lain yang berada di paras yang begitu rendah.

Usaha bagi peningkatan pertumbuhannya dibuat dalam RMD dan RMT dan pencapaian adalah seperti dalam jadual yang berikut;

____________________________

1. Rujuk RME, h. 1.


Jadual I (2)

MALAYSIA: HAKMILIK DAN PENGUASAAN SEKTOR SYARIKAT,
1971-80

($ Juta)

              Kadar Pertumbuhan Tahunan (%)
  1971 % 1975 % 198011 % 1972-80
Pemastautin Malaysia 2,512.8 38.3 7,047.2 46.7 13,817.8 52.5 20.9
Bumiputera perseorangan dan agensi-agensi amanah 279.6 4.3 1,394.0 9.2 3,273.7 12.4 31.4
Bumiputera perseorangan 168.7 2.6 549.8 3.6 1,128.9 4.3 23.5
 






Agensi-agensi amanah Bumiputera 110.9 1.7 844.2 5.6 2,144.8 8.1 39.0
               
Pemastautin Malaysia yang lain 2,233.2 34.0 5,653.2 37.5 10,544.1 40.1 18.8
               
Pemastautin luar Malaysia 4,051.3 61.7 8,037.2 53.3 12,505.2 47.5 13.3
Saham dalam syarikat-syarikat Malaysia 2,159.3 32.9 4,722.8 31.3 7,128.0 27.1 14.2
Harta bersih cawangan-cawangan tempatan 1,892.0 28.8 3,314.4 22.0 5,377.2 20.4 12.3
 






JUMLAH16 6,564.0 100.0 15,084.4 100.0 26,323.0 100.0 16.7
 






Pencapaian ini adalah melebihi sedikit dari jangkaan yang dibuat dalam RMT.
Ini boleh dilihat dengan memperbandingkan jadual I dengan jadual yang berikut.

____________________________

2. RME, Jadual 3-14, h. 69.


Jadual II (3)

SEMENANJUNG MALAYSIA: HAKMILIK MODAL SAHAM
DALAM SYARIKAT-SYARIKAT BERHAD, 1970-90.

  197025
197526
Kadar tambahan purata tahunan(%)
1971-75
198027
199027
Kadar tambahan purata tahunan(%)
1976-90
  $ juta28 % $ juta %   $ juta % $ juta %  
Orang-orang Melayu dan syarikat-syarikat kepentingan Melayu 125.6 2.4 768.1 7.8 43.6 284.3 16.0 24,009.7 30.0 25.8
Orang-orang Melayu Perseorangan29 84.4 1.6 227.1 2.3 21.9 695.4 3.4 5,914.2 7.4 24.3
 









Syarikat-syarikat kepentingan Melayu30 41.2 0.8 541.0 5.5 67.4 2,588.9 12.6 18,095.5 22.6 26.4
Rakyat Malaysia lain31 1,826.5 34.3 3,687.3 37.3 15.1 8,290.5 40.4 32,012.9 40.0 15.5
Orang-orang asing32 3,377.1 63.3 5,434.7 54.9 10.0 8,952.2 43.6 24,009.7 30.0 10.4
 









Jumlah sektor swasta33 5,329.2 100.0 9,890.1 100.0 13.2 20,527.0 100.0 80,032.3 100.0 15.0
 









Keluaran dalam negeri kasar (mengikut harga tahun 1970) 9,038.0   12,914.0   7.4 19,487.0   42,462.0   8.3

Dengan memerhatikan jadual yang sama dan memperbandingkan bahagian dekad 1970 - 1980 dengan 1981 - 1990 adalah ternyata bahawa pencapaian yang menjadi matlamat, hendak dilakukan dengan lebih cepat lagi pertumbuhannya dalam dekad 1981 - 1990. Di antara program yang dilancarkan itu tujuan ini ialah SASN.

____________________________

3. Rujuk RMT, Jadual 4 - 16, h. 99.


Masalah yang kedua pula, ialah masalah pembangunan infrastruktur pertanian dan pembangunan luar bandar adalah begitu terbiar semasa pelaksanaan dasar ekonomi penjajah Inggeris.

Maka kerajaan berusaha untuk memperbaiki keadaan ini melalui DEB, yang mana RME sebahagian darinya pembangunan tanah sebelum RME telah dibuat seperti dalam jadual yang berikut,


Jadual III (4)

MALAYSIA: PEMBANGUNAN TANAH MENGIKUT NEGERI,
1971 - 80

(hektar)

Negeri FELDA FELCRA RISDA Lembaga Kemajuan Wilayah Agensi Negeri2 Sektor Swasta Jumlah tanah dimajukan
Pendapatan tinggi              
Selangor13 342 - - - 10,189 8,279 18,810
               
Pendapatan Pertengahan              
Johor 81,645 12,782 2,308 16,307 18,735 11,038 142,815
Melaka 2,087 1,621 - - - 3,373 7,081
Negeri Sembilan 62,710 6,735 2,807 - 5,567 12,878 90,697
Pahang 164,869 8,143 10,434 18,255 47,033 13,491 262,225
Perak 17,133 9,332 7,252 - 13,530 7,206 54,453
Pulau Pinang - - - - - - -
Sabah 1,428 - - - 57,815 - 59,243
Sarawak - - - - 76,654 - 76,654
               
Pendapatan Rendah              
Kedah 6,879 4,377 1,324 - 10,942 184 23,706
Kelantan 10,693 1,473 7,338 5,663 11,048 279 36,494
Perlis 3,187 - - - - - 3,187
Terengganu 22,732
6,247
-
15,623
41,492
4,599
90,693
JUMLAH 373,705
50,710
31,463
55,848
293,005
61,327
866,058

____________________________

4. Rujuk RME, Jadual 5-5, h. 121.



Disamping ini banyak lagi projek yang dibuat oleh pihak kerajaan diantaranya ialah yang dikenal dengan pembangunan pertanian yang bersepadu. Adalah disedari bahawa pencapaian hingga berakhirnya RMT belum begitu memuaskan, dan masih jauh dari tahap yang mencukupi untuk memperbaiki sosio ekonomi yang seimbang dan adil. Ini dapat dilihat dari jadual yang berikut:


Jadual IV (5)

SEMENANJUNG MALAYSIA: PENDAPATAN PURATA BULANAN
ISIRUMAH KUMPULAN EMPAT PULUH PERATUS TERENDAH
BAGI TAHUN 1970, 1976 DAN 1979.


  Kadar pertumbuhan tahunan
  1970  
($)  
1976  
($)  
1979  
($)  
1971.76  
(%)  
1971.79  
(%)  
Melayu 56.76 101.95 140.35 10.3 10.6
China 135.93 247.27 280.11 10.5 8.4
India 112.48 197.21 263.43 9.8 9.9
Kaum lain 44.72
107.08
154.37
15.7
14.8
JUMLAH 75.90
142.19
186.19
11.0
10.5

Memandang kepada kedudukan ini pihak kerajaan menjadikan RME sebagai titik tolak untuk melipat-gandakan lagi usaha bagi memperbaiki dan mempertingkatkan lagi sosio ekonomi masyarakat Malaysia.

Cita-cita dan matlamat pihak kerajaan dalam pelancaran RME sebagai pengarah yang lebih berkesan terhadap pelaksanaan DEB, adalah merupakan satu perkara baik mengikut perspektif Islam. Ia terangkum dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi yang diamanatkan oleh Allah S.W.T kepada manusia sebagai Khalifah (Vicegerant)

____________________________

5. RME Jadual 3-3, h. 42.


Maksudnya: Supaya (harta itu) tidak hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya dari kamu sekalian.

Ayat Al-Quran ini adalah jelas sekali melarang (mengharam) penguasaan kekayaan oleh segulungan anggota masyarakat, (iaitu orang-orang kayanya).

Tidak dinafikan bahawa ada beberapa penyesuaian yang dibuat dalam "Sistem pasaran bebas yang diamalkan di Malaysia", misalnya mengamalkan konsep ekonomi campuran ataupun penyesuaian dengan persekitaran dalam struktur masyarakat Malaysia.

Walau apapun juga penyelesaian yang dilakukan ia masih tetap berada dalam lingkungan pemikiran ekonomi tradisional yang menganalisis dan menilai pembangunan ekonomi itu dari sudut perlakuan pembangunan ekonomi itu semata-mata tanpa melihat dari sudut apa yang semestinya berlaku mengikut nilai moral (akhlak) "What is, not with what ought to be". (8) Dengan erti kata yang lain pemikiran am yang mempengaruhi pemikiran tradisional ialah pandangan yang mengatakan; bahawa tidak ada hubungan di antara nilai akhlak dengan ilmu ekonomi. Ini adalah merupakan pandangan yang menguasai keseluruhan ekonomi tradisional. Di antara tokoh ekonomi yang berpandangan begini ialah Milton Freidman, Lord Robbins dan Paul Samuelson. (9)

Tidak dinafikan bahawa beberapa orang tokoh politik dan ekonomi dalam masyarakat setempat menyentuh persoalan etika atau moral dalam pembangunan ekonomi. Tetapi etika itu adalah ditinjau dari kacamata ekonomi tradisional.

____________________________

(8) Muhammad Ahmad Saqar (Dr. Prof. Ekonomi, Universiti King Abdul Aziz, Jeddah Saudi Arabia ), Al-Iktisad Al-Islami (Mafahim Wamurtakazat) . Majallah Al-Mujrama', Kuwait, bil. 290, 1396/1976, h. 19. (dikeluarkan di Muktamar Ekonomi Islam Antarabangsa Kedua di Mekah).

(9) Ibid, h. 35.


Kalau dahulu ia lebih banyak menumpukan pandangan ke barat, maka sekarang ia dialih ke Timur, khususnya Jepun dan Korea.

Penilaian pembangunan ekonomi dalam RME masih berasaskan kepada kemajuan pembangunan ekonomi yang dinilai dari sudut pertambahan KDNK atau pendapatan perkapita perseorangan.

Maka falsafah yang menguasai RME bukanlah "Ideal" yang menguasai pembangunan ekonomi dalam Islam. Ideal yang berkenaan menentukan, bahawa pembangunan ekonomi adalah merupakan kewajipan manusia sebagai khalifah "vacegerent" di muka bumi ini. Ini ditegaskan oleh Al-Quran Al-Karim. (10)

Dalam keadaan ini masalah ekonomi dalam Islam bukanlah masalah ekonomi yang dikemukakan oleh falsafah ekonomi tradisional, iaitu; kekurangan "rure" sumber ekonomi. Ideal ekonomi Islam menetapkan, bahawa masalah ekonomi ialah masalah manusia itu sendiri, masalah sikap (altitude) mereka yang negatif, yang menjadi punca kepada wujudnya pelbagai masalah ekonomi Al-Quran menegaskan permasalahan ini seperti berikut:

"æóÅöäú ÊóÚõÏøõæÇ äöÚúãóÉó Çááøóåö áóÇ ÊõÍúÕõæåóÇ Åöäøó ÇáúÅöäúÓóÇäó áóÙóáõæãñ ßóÝøóÇÑñ"

Maksudnya:
Dan jika sekiranya kamu sekalian menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghinggakannya, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat kufur. (11)

Ada tiga penegasan dalam keratan ayat Al-Quran ini, iaitu; Yang pertama sumber ekonomi melimpah, melebihi dari keperluan manusia sejagat yang sebenarnya (halal). Yang kedua sifat manusia yang amat zalim dan yang ketiga sifat manusia yang amat kufur.

____________________________

(10) Rujuk catitan kaki No. 6.

(11) Al-Quran, Surah Ibrahim, 14: 34.


Sehubungan dengan sumber ekonomi dalam ayat Al-Quran di atas dijelaskan bahawa permasalahan yang dibuat oleh ekonomi tradisional di atas adalah bercanggah dengan Al-Quran Al-Karim. Permasalahan ekonomi tradisional ini masih menjadi pokok persoalan dalam ekonomi negara secara umum dan RME secara khusus. Dalam keadaan ini penilaian program dan projek pada keseluruhannya dirujukkan kepada kaedah "discounted cashflow" samada dengan menggunakan kriteria IPV ataupun IRR. Kaedah ini sebenarnya menggunakan konsep kadar faedah (interest) sebagai asas. Tidaklah syak lagi bahawa keadaan ini mendedahkan RME kepada perancangan program dan projek yang sebahagian bercanggah dengan Syariah Islam.

Maka permasalahan ekonomi semestinyalah dirujukkan kepada masalahnya mengikut ekonomi Islam yang berpusat kepada sikap manusia, yang amat zalim dan amat kufur.

Amat zalim dalam ayat Al-Quran ini dimaksudkan dengan tidak mensyukuri hikmat (kekayaan ekonomi) yang dilimpah kurniakan oleh Allah S.W.T atau mendedahkan diri kepada keadaan yang tidak memungkinkannya memperolehi pendapatan yang sewajarnya. Amat kufur pula dimaksudkan (dalam konteks ekonomi) dengan pelunggukan harta kekayaan dan penguasaannya oleh seseorang individu tanpa menyalurkan kepada penggunaan yang dapat memenuhi pembiayaan keperluan asas masyarakat. (12) . Keadaan sikap "attitude" manusia inilah yang menimbulkan pelbagai masalah ekonomi. Pembentukannya mengikut nilai akhlak Islam sekali gus adalah merupakan penyelesaian masalah ekonomi. Kita akan memperkatakan beberapa program dan projek yang berkaitan seperti berikut:

____________________________

(12) Rujuk Al-Baydami, Tafsir, (Al-Matba'ah Al-Uthmaniyyah, 1305 tanpa tempat) h, 34.