Program Dan Projek

PROGRAM DAN PROJEK:

Bagi menilai program dan projek yang diamalkan oleh RME dalam konteks DEB, hendak dirujuk kepada dua perkara pokok, iaitu sifat (nature) program dan projek itu dan juga pendekatan/pelaksanaannya.

Garis panduan pokok yang digunakan bagi penentuan penolakkan (haram) boleh dirujuk kepada kriteria pokok ini;

1. Mudarat.
2. Tidak adil/penekanan.
3. Pembaziran/keterlaluan.

Sehubungan dengan sifat atau nature program yang RME terlibat secara langsung atau dalam bentuk memberi galakan dan perlindungan, ingin dikemukakan beberapa contoh untuk diteliti dan diamati oleh muzakarah, iaitu:

1. Bank (Bank Bumiputera dan Malayan Banking).
2. Insurance (MNI).
3. Ternakan babi oleh Jabatan Veterina.
4. Penyembelihan babi oleh Majuternak.
5. Hotel (Kelab malam dan minuman keras).
6. National Monumant, Marble Arch.
7. Program perancangan keluarga.
8. Program kredit.

Sehubungan dengan pelaksanaannya pula ingin dikemukan beberapa contoh berikut:

1. Ujudnya pilih kasih dan tidak tepatnya pemilihan peserta rancangan tanah.
2. Ujudnya pilih kasih dan tidak tepatnya dalam pemberian subsidi.
3. Kelewatan membuat bayaran.

Adalah diakui bahawa perkara ini banyak berbangkit dari sikap (attitude) pegawai yang tidak jujur dan tidak amanah. Maka di sinilah penekanan pembangunan manusia dalam ekonomi yang dimajukan oleh 'Ideal' ekonomi Islam.

Usaha telah mula dibuat untuk pembaikan dan pembetulan dalam RME. Apa yang diharapkan bahawa ia mencapai matlamat pengujudan individu yang beretika (akhlak) Islam.