|
SASN:
Pemindahan hak milik ekuiti yang dipegang sebagai amanah oleh agensi-agensi kerajaan kepada Bumiputra, adalah satu matlamat dalam RME bagi menyusun semula masyarakat. Program khusus dengannya ialah SASN.
Tidak dipertikaikan tentang matlamat dan strategi SASN ini, kerana ia memang baik, dan berfungsi bukan sahaja untuk merapatkan jurang diantara yang berpendapatan lebih tinggi dengan yang berpendapatan lebih rendah, tetapi disamping itu, ia juga berfungsi untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Walau bagaimanapun pendekatannya adalah menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan masyarakat Islam yang dihalalkan skim ini kepadanya. Keadaan ini boleh dirujukkan kepada tiga perkara yang berikut:
1. Kedudukan saham dalam SASN.
2. Teknik penjualan saham dalam SASN.
3. Pembahagian 10% peratus dividen dalam saham SASN.
Kedudukan saham dalam SASN adalah tertakluk kepada nature syarikat-syarikat yang berkenaan. Adalah amat sukar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang begitu terperinci tentang syarikat-syarikat yang berkaitan dengan SASN. Tetapi butir dalam jualan berikut adalah dapat membantu dalam membuat penilaian.
Jadual 5
Antara Senarai Pelaburan Yang Dibuat Oleh PNB Dan Skim ASN Mengikut Peratusan Ekuiti Sehingga Pada 20hb. Ogos, 1981 ====================================
| 1. |
70 Peratus Ke Atas |
Peratus Ekuiti |
| |
1. |
KOMPLEKS KEWANGAN (M) BERHAD |
71.77 |
| |
2. |
MALAYSIA MINING CORPORATION BERHAD |
71.35 |
| |
3. |
RAPEMA CORPORATION SDN. BERHAD |
70.00 |
| |
4. |
BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD |
70.00 |
| |
5. |
KONTENA NASIONAL SDN. BERHAD |
70.00 |
| |
6. |
MALAYSIA NASIONAL INSURANCE SDN. BERHAD |
70.00 |
| |
|
|
|
| 2. |
50 Peratus - 69 Peratus |
Peratus Ekuiti |
| |
1. |
ISLAN AND PENINSULAR DEVELOPMENT BERHAD |
51.98 |
| |
2. |
PERNAS NEC MULTIPLEX SDN. BERHAD |
51.00 |
| |
3. |
SEBOR SABAH SDN. BERHAD |
51.00 |
| |
4. |
UDA SEA PARK SDN. BERHAD |
50.00 |
| |
5. |
MALAYSIA NASIONAL REINSURANCE SDN BERHAD |
50.00 |
| |
|
|
|
| 3. |
30 Peratus - 49 Peratus |
Peratus Ekuiti |
| |
1. |
GOOD YEAR (M) BERHAD |
48.99 |
| |
2. |
M.I.D.F |
33.49 |
| |
3. |
CATHY ORGANISATION (MALAYA) SDN. BERHAD |
31.35 |
| |
4. |
DAW MOTOR MALAYSIA SDN. BERHAD |
31.28 |
| |
5. |
I.C.I. (MALAYSIA) SDN. BERHAD |
31.00 |
| |
6. |
KEMPAS EDIBLE OIL SDN. BERHAD |
30.00 |
| |
7. |
UNION POLYMERS SDN. BERHAD |
30.00 |
| |
8. |
GADFLTUS SDN. BERHAD |
30.00 |
| |
9. |
KUN FASHION KNITNEAR (M) SDN. BERHAD |
30.00 |
| |
|
|
|
| 4. |
5 Peratus - 29 Peratus |
Peratus Ekuiti |
| |
1. |
MALAYAN BUILDING SOCIETY BERHAD |
26.21 |
| |
2. |
SIME DARBY BERHAD |
24.93 |
| |
3. |
GUTHRIE CORPORATION LTD. |
24.83 |
| |
4. |
RIGHLAND AND LOWLAND BERHAD |
21.53 |
| |
5. |
SENAWANG EDIBLE IOL SDN. BERHAD |
20.53 |
| |
6. |
C.I. HOLDING SDN. BERHAD |
20.52 |
| |
7. |
MALAYAN BANKING BERHAD |
20.00 |
| |
8. |
I.C.I. AGRICULTURE (M)SDN. BERHAD |
19.00 |
| |
9. |
UNITED ESTATE PROJECT BERHAD |
19.00 |
| |
10. |
IPOH GARDEN BERHAD |
12.35 |
| |
11. |
COLD STORAGE (M) BERHAD |
12.00 |
| |
12. |
LEVER BROTHER (M) SDN. BERHAD |
11.72 |
| |
13. |
BOH PLANTATIONS SDN. BERHAD |
11.37 |
| |
14. |
MALAYSIAN TOBACCO COMPANY BERHAD |
10.10 |
| |
15. |
NEW SELANGOR PLANTATION SDN. BERHAD |
10.00 |
| |
16. |
CEPEPOS (M) SDN. BERHAD |
10.00 |
| |
17. |
HARRISON & CROSFIELD LTD. |
9.44 |
| |
18. |
BANDARAYA DEVELOPMENTS BERHAD |
8.73 |
| |
19. |
D.B.C BANKS (LTD) BERHAD |
8.10 |
| |
20. |
BATU KAWAN BERHAD |
8.43 |
| |
21. |
MATSUSHITA INDUSTRIAL CORPORATION SDN. BERHAD |
8.00 |
| |
22. |
MALAYSIA OXYGEN INCORPORATED BERHAD |
7.75 |
| |
23. |
MALAYSIAN PLANTATIONS BERHAD |
7.50 |
| |
24. |
ORIENTAL HOLDINGS BERHAD |
7.43 |
| |
25. |
INDUSTRIAL OXYGEN INCORPORATED BERHAD |
5.88 |
| |
26. |
RASA SAYANG SDN. BERHAD |
5.30 |
| |
27. |
UNITED MOTOR WORKS (MALAYA) HOLDING BERHAD |
5.08 |
| |
28. |
SYCLE & CARRIAGE BINRANG BERHAD |
5.04 |
Pada masa sekarang jumlah ekuitinya telah bertambah kepada 50.41 peratus.
13. SUMBER: PERMODALAN NASIONAL BERHAD K. LUMPUR
Senarai dalam Journal di atas adalah mengandungi syarikat haram/menjalankan kegiatan atau syarikat samar/menjalankan kegiatan samar. Institusi yang boleh diketogerikan ke dalam salah satu dari dua kategori di atas ialah institusi bank, insuran dan hotel.
Berdasarkan kepada kedudukan ini pembelian ASN tanpa pengkelasan dan pemisahan dari institusi ekonomi haram dan samar adalah tidak dapat diterima (haram). Sehubungan dengan institusi yang haram dapat dirujukkan kepada kaedah Fiqh.
إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام
Maksudnya: "Apabila bercampur yang halal dan yang haram adalah dikira haram". (14) Kaedah ini dirujuk kepada Hadith Rasul Allah S.A.W.
(15)
الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُتَشاَبِهَةٌ
Maksdunya: "Yang halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas dan di antara kedua-duanya perkara yang syubahat".
Hadith yang kedua ada menyentuh perkara samar yang ditegah (haram) dalam hadith Rasul Allah S.A.W. yang berikut:
(16)
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ
Maksudnya: "Tinggalkanlah yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu".
Tidak ada dharurat atau hajah yang disetarafkan dengan dharurat di sini. Dengan meninggalkan pembelian saham bagi syarikat-syarikat yang haram dan samar tidak bererti gagalnya SASN. Di samping itu kita masih ada pelbagai alternatif untuk tempatnya. Sama ada dengan memperluas kegiatan beberapa institusi yang ada seperti Tabung Haji atau melahirkan beberapa syarikat baru, bagi tujuan yang sama.
Berhubung dengan teknik penjualan saham dalam SASN dibangkitkan masaalah spekulasi. Sehubungan dengan ini adalah baik dikemukakan Hadith Rasul Allah S.A.W.;
(17)
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّزَّاقُ وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّي وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِي بِمَظْلِمَةٍ فِي دَمٍ وَلَا مَالٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah Yang menetapkan harga, yang mengontrol, yang membuka luas dan yang memberi rezeki. Sesungguh Aku berharap menemui TuhanKu dalam keadaan tidak seorang juapun yang menuntut kepada Ku berhubung dengan sesuatu yang Ku lakukan yang berkait dengan harta darah dan harta.
Rasul Allah S.A.W menolak tuntutan penetapan harga dalam pasar kerana kenaikannya yang normal (tabi'i) . Ini adalah menggambarkan bahawa pasar Islam pada asasnya mengamalkan sistem harga bebas.
Berdasarkan kepada kedudukan ini, jadi kalau harga sepekulasi itu positif, iaitu berdasarkan kepada prospek sebenar sesuatu syarikat itu (ia tidak diada-adakan), maka ia dapat diterima oleh Syariah Islam.
Ekoran dari ketentuan di atas, setiap unsur "artificial" yang ada dalam keseluruhan spekulasi sekarang ini hendaklah dihindarkan. Ini dirujuk kepada Hadith Rasul Allah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah;
(18)
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ تَلَقِّي الْجَلْبِ
Maksudnya: Rasul Allah S.A.W melarang mendapatkan barang dagangan sebelum ia sampai dalam pasar (larangan ini dimaksudkan kepada keadaannya yang menyebabkan harga pasar tidak ujud dalam keadaannya yang tabi'i (normal).
Amalan spekulasi sekarang amnya adalah mengandungi unsur yang dilarang oleh Hadith Rasul Allah S.A.W di atas.
Berhubung dengan pembahagian 10% dividen pula, baik dikemukakan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Datok Sri Dr. Mahathir, yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri, iaitu; Dividen yang akan dikeluarkan oleh Amanah Saham Nasional kepada pemegang sahamnya bergantung kepada prestasi syarikat-syarikat pengeluar saham serta kedudukan ekonomi negara. Kadar dividen tersebut bukannya tetap, malahan sentiasa berubah-ubah mengikut prestasi syarikat-syarikat pengeluar saham. Sungguhpun kerajaan memberi jamin untuk mengeluarkan dividen sekurang-kurangnya 10% kepada pembeli saham melalui Amanah Saham Nasional, peratus sebenarnya adalah bergantung kepada prestasi, dari ini bermakna kadar dividen itu mungkin lebih atau kurang dari yang dijangkakan. (19)
Dari penegasan di atas adalah jelas bahawa jaminan pembayaran sepuluh peratus dividen adalah merupakan penampungan kekurangan dari 10% itu ketika keuntungan tidak mencapai paras itu. Penampungan yang dibuat oleh kerajaan yang merupakan galakan ini adalah wajar, dan ia tidak mengeluarkan dividen itu dari sifatnya sebagai untung.
Di akhirnya ingin ditegaskan bahawa untuk penyertaan yang diharapkan dalam skim Amanah Saham Nasional ini maka setiap ciri yang membawa kepada persoalan dan keraguan hendaklah dihapuskan, dengan memisalkan SASN dari apa yang berlawanan dengan Syariah Islam atau memberi penjelasan yang wajar dalam kekeliruan yang timbul.
____________________________
14. al-Suyuh al-Ashbah Wa al-Nazair , (Kaherah Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi, 1378/1959, h. 105.
15. al-Shawkani, Nayl al-Autar (Kaherah: Matba'ah Mustafa al-Babi al-Halabi,
16. al-Bukahari, Sahih.
17. Ibnu Majah, Sunan , (Kahirah: Matba'ah Mustafa Al-Babi Al-Halabi 1381/1972), j. 2, h. 741 - 742.
18. Ibid, j. 2 h. 735.
19. Rujuk; Berita Harian bth 13/1/1981
|